pengajian am bhg c - sem 3...pengajian am bhg c - sem 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n ea : 5 sia da ru ....

22
2013 © LRT Documents Copyrighted. All rights reserved. Pengajian Am Bhg C - SEM 3

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

2013 © LRT Documents Copyrighted. All rights reserved.

Pengajian Am Bhg C - SEM 3

Page 2: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 1 drp 21

TAJUK 1 : Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dilaksanakan mulai

2003 banyak mendatangkan kesan positif kepada negara dan masyarakat.

Bincangkan.

IDEA : 5 kepentingan perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia

CONTOH KARANGAN LENGKAP:

Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA) telah membuka ruang baharu

kepada pengusaha tempatan dalam meluaskan pasaran. Banyak kesan positif diperoleh daripada

perkembangan baharu perluasan pasaran serantau ini.

Persaingan menguasai pasaran yang terbuka daripada kalangan negara ASEAN akan

mempengaruhi pengeluar untuk meningkatkan mutu barangan atau akan meminimumkan kos.

Keadaan ini mendorong syarikat atau pengeluar barangan lain yang ingin bertahan, bertindak

dengan cara yang sama untuk menguasai pasaran. Persaingan antara pengeluar dalam negara

dengan pengeluar barangan luar akan menguntungkan masyarakat dengan peningkatan mutu,

penurunan harga dan banyak pilihan barang.

Meningkatkan kecekapan pengeluaran merupakan kesan langsung kepada perjanjian ini.

Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk

tenaga buruh, penggunaan jentera dan keupayaan kilang. Industri besar seperti sektor automotif

akan meningkatkan kecekapan bidang, yang seterusnya akan meningkatkan kecekapan dalam

pengeluaran.

Kemasukan teknologi baharu merupakan satu kesan positif kepada kewujudan kawasan

perdagangan bebas ini. Dalam usaha mempertahankan pasaran, salah satu langkah yang akan

diambil oleh pengusaha adalah dengan mendapatkan teknologi terkini. Kerjasama dengan

pengusaha dari negara ASEAN lain sebagai satu langkah mengekalkan pasaran domestic dan

menguasai pasaran negara ASEAN lain. Kerjasama ini termasuklah pemindahan teknologi dan

kepakaran dari liar. Situasi ini meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

Perjanjian ini menyebabkan berlaku perluasan pasaran barangan. Gabungan pasaran antara

negara ASEAN mewujudkan satu skala pasaran baharu yang cukup besar. Kira-kira 250 juta orang

penduduk Indonesia dan 65 juta orang penduduk Thailand merupakan satu pasaran yang terbuka

luas untuk ditakluki oleh pengusaha tempatan. Tiada cukai atau sekatan kemasukan, atau dengan

pengenaan kadar cukai maksimum 5% dapat merangsang pengusaha tempatan meningkatkan

keupayaan dan kapasiti pengeluaran.

Pasaran yang luas merupakan satu tarikan pelaburan. AFTA merupakan satu promosi

kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI). Gabungan 10 buah negara ASEAN mewujudkan

sejumlah 513 juta orang pengguna merupakan satu kawasan pasaran bersama yang amat besar.

Situasi menjadikan AFTA turut mempromosikan wilayah ASEAN sebagai pusat pelaburan

antarabangsa yang tentunya menjadi unsur tarikan kepada pelabur asing, yang turut mewujudkan

tempias kepada Malaysia. Walaupun pengguna di negar China lebih ramai dengan kos upah yang

lebih murah, tetapi daya beli masyarakat ASEAN yang lebih tinggi memberi ruang daya saing

dalam menarik pelabur.

Kesediaan dan kecekapan meminimumkan kesan negatif dan mengeksploitasi kesan positif

daripada kewujudan AFTA akan mendatangkan keuntungan besar kepada negara.

Page 3: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 2 drp 21

TAJUK 2 : Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan

yang diperoleh dengan penglibatan tersebut. Jelaskan.

IDEA : 5 idea keuntungan yang diperoleh oleh Malaysia ( 5+0)

Idea 1 : Mewujudkan hubungan dagangan

Dengan melibatkan secara aktif dalam sebarang pertubuhan negara-negara membangun melalui

G15, D8 dan ASEAN (AFTA), hubungan dagangan meningkat.

Pasaran bagi produk negara meningkat. Penglibatan Malaysia merupakan satu langkah

mempromosikan produk Malaysia ke luar negara.

Ruang kepada syarikat Malaysia melabur dan mendapat ruang perniagaan di negara berkenaan.

Melalui G15, pertubuhan ini telah merangka Mekanismae Kewangan Pembiayaan Perdagangan

yang menghapuskan pengenaan cukai berganda antara negara anggota. G15 juga menganjurkan

forum perniagaan dan pelaburan untuk ahlinya.

Idea 2 : Melindungi keselamatan negara

Malaysia menyokong kuat PBB bagi mendapt keselamatan selepas mendapat kemerdekaan.

Penglibatan Malaysian dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel telah melindungi Malaysia

daripada ancaman komunis dan ancaman konfrontasi dengan Indonesia melalui Perjanjian

Pertahanan Anglo-Malaya dengan Britain.

Idea 3 : Perkongsian maklumat dan data

Penglibatan Malaysia, khususnya dalam G15 telah membolehkan pertukaran data dan maklumat

antara negara membangun.

Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)

Dengan pertukaran maklumat dan data, membantu Malaysia meneroka peluang perniagaan dan

pelaburan dalam kalangan negara membangun.

Idea 4 : Kesepakatan dalam mempertahankan pasaran

Melalui Kerjasama Selatan-selatan mewujudkan muafakat bagi mendesak negara utara

melakukan penstabilan harga.

Penstabilan harga komoditi (getah, bijih timah dan koko) melalui perjanjian antarabangsa dan

penubuhan tabung bersama.

Kejayaan ini menerusi beberapa siri Dialog Utara-Selatan yang menghasilkan perjanjian

komoditi antarabangsa seperti Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Bijih Timah

Antarabangsa dan Perjanjian Koko Antarabangsa.

Idea 5 : Tajaan biasiswa dan peluang pendidikan

Penglibatan aktif dalam Komanwel membolehkan Malaysia menikmati bantuan teknikal dan

biasiswa daripada Rancangan Colombo.

Rancangan ini juga menyediakan bantuan bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada

negara anggota bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Membiayai projek-projek ekonomi negara anggota. Contohnya, pembiayaan Lebuh Raya

Timur-Barat, jambatan serta beberapa institusi pendidikan di Sabah.

Page 4: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 3 drp 21

TAJUK 3 : Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) mempunyai kepentingan kepada banyak negara

termasuk Malaysia. Namun, penguatkuasaannya juga mendatangkan masalah.

Bincangkan.

IDEA: Kepentingan dan masalah ZEE ( 3+2/ 2 +3)

KEPENTINGAN ZEE

Idea 1 : Memberikan hak pengeksploitasian kawasan

Dengan penguatkuasaan, ZEE meletakkan suatu kawasan perairan itu (meliputu jarak sejauh

320km atau 200 batu nautika dari pantai) di bawah penguasaan sesebuah negara.

Dengan ini, memberikan hak kepada sesebuah negara mengekspoitasi suatu kawasan untuk

projek cari gali minyak.

Contohnya, dengan kewujudan ZEE, Malaysia berjaya meneroka kawasan di luar pesisir pantai

Terengganu dalam lingkungan 170 batu nautika sehingga mendapatkan sumber minyak di situ.

Idea 2 : Membolehkan pengendalian sumber

Segala sumber yang terangkum dalam ZEE ini membolehkan aktiviti perikanan dijalankan di

kawasan ini.

Sebarang pencerobohan terhadap ZEE, oleh sesebuah negara boleh diambil tindakan oleh

negara yang mengawal ZEE berkenaan.

Segala sumber di kawasan berkenaan menjadi tanggungjawab dan di bawah penguasaan negara

berkenaan.

Idea 3 : Mengupayakan kawalan lanun

Pelaksanaan ZEE memberi ruang kepada kawalan lanun antarabangsa.

Perairan yang luas mewujudkan keupayaan memantau dan memintas kegiatan lanun sebelum

mereka melepasi sempdan antarabangsa dan sempadan negara lain.

MASALAH

Idea 4 : Pertindihan sempadan laut

Pelaksanaan ZEE telah mewujudkan pertindihan sempadan laut antara negara.

Setiap negara akan mendapat penambahan kawasan kawalan laut yang menjadi kawasan

perairan mereka.

Peluasan ini mewujudkan pertindihan kawasan pertindihan sempadan seperti pertindihan

sempadan Malaysia dengan Indonesia.

Idea 5 : Konfik tuntutan ke atas pulau

ZEE telah membawa kepada pertelingkahan antara banyak negara ke atas gugusan Kepulauan

Spratly dan Paracel.

Tuntutan Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei berasaskan ZEE. Kepulauan ini juga dituntut

oleh China dan Taiwan yang dikatakan mempunyai hubungan sejarah dengan kepulauan

berkenaan.

Idea 6 : Pertindihan kawasan cari gali dan perikanan.

ZEE juga mewujudkan pertindihan kawasan cari gali sebagaimana pertindihan kawasan cari gali

antara Malaysia dengan Thailand.

Pertembungan nelayan beberapa negara kerana peluasan sempadan negara masing-masing

dengan penerimaan ZEE.

Page 5: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 4 drp 21

TAJUK 4 : Walaupun ASEAN yang turut didukungi Malaysia berjaya mewujudkan keamanan

dan keharmonian di rantau ini, tetapi wujud situasi tertentu yang boleh menggugat

keharmoniannya. Bincangkan situasi berkenaan

IDEA : 5 situasi yang boleh menimbulkan konflik (5+0)

Idea 1 : Wujud tuntutan pertindihan wilayah

Singapura dengan Malaysia berhubung tuntutan ke atas Pulau Batu Pitih ( telah dirujuk ke

Mahkamah Keadilan Antarabangsa)

Indonesia dengan Malaysia melibatkan kawasan Pulau Ambalat di Perairan Sulawesi

(pertindihan sempadan)

Tuntutan ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh mewujudkan konflik dua negara serantau.

Idea 2 : Ancaman lanun

Ancaman lanun sama ada di Selat Melaka mahupun di Laut China Selatan telah mengheret

Amerika Syarikat untuk turut mengawal perairan sempit antarabangsa Selat Melaka.

Insurans yang tinggi terpaksa dibayar oleh peniaga bagi penghantaran barangan dagangan dua

benua yang melalui Selat Melaka.

Kegagalan Malaysia dan Indonesia yang berkongsi selat berkenaan mengawal keselamatannya

boleh mengundang kuasa dunia ke rantau ini.

Idea 3 : Perluasan pengaruh kuasa besar

Amerika yang cuba menyaingi kuasa China menempatkan pengaruhnya di rantau ini.

Negara kuasa besar mencari peluang menempatkan kuasa dan penngaruh bagi mengimbangi

kuasa dan pengaruh China.

Kemudahan pangkalannya di Singapura masih tidak memadai bagi menempatkan kemudahan

logistik lain.

Idea 4 : Ancaman senjata nuklear Korea Utara

Ancaman senjata nuklear Korea Utara telah berlarutan bertahun-tahun dan memuncak semula

dengan kematian pemimpin utama negara berkenaan setelah diganti oleh anaknya

Pertimbangan yang tidak rasional boleh menggugat kedudukan rantau ini yang tenang sebelum

ini.

Tekanan ke atas Korea Utara boleh membawa negara berkenaan bertindak melulu.

Idea 5 : Konflik dua negara berjiran

Konfik dua negara berjiran antara Kemboja dan Thailand berkaitan dengan ke atas sebuah kuil.

Isu Kuil Preal Vihar yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan hak

penguasaan ke atas Kemboja boleh mencetuskan konflik serantau.

Kerajaan Thailand yang masih ingin menguasai kawasan sekitar kuil berkenaan telah

menimbulkan kemarahan Kemboja.

Page 6: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 5 drp 21

TAJUK 5: Malaysia mendukung kuat malah ada kalanya menjadi peneraju kepada pertubuhan

ASEAN. Namun, pertubuhan seranntau ini juga menghadapi cabaran sama ada dari

dalam mahupun dari luar ASEAN sendiri. Jelaskan cabaran tersebut.

IDEA : Cabaran dalaman dan cabaran luaran (3+2/2+3)

CABARAN DARI DALAM

Idea 1 : Persaingan dalam pasaran komoditi

Dengan iklim dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian

yang sama seperti getah yang menjadi komoditi kepa da banyak negara anggota ASEAN.

Keadaan ini menjadikan negara anggota berusahan merebut pasaran yang sama pada peringkat

antarabangsa.

Tanpa kebijaksanaan pemimpin negara anggota, persaingan ini boleh mengeruhkan hubungan

negara anggota.

Idea 2 : Sikap bertentangan negara anggota

Keputusan Singapura membenarkan kemudahan pangkalan ketenteraan kepada Amerika

Syarikat bertentangan dengan dasar promosi ASEAN sebagai Kawasan Aman, Beabs dan

Berkecuali.

Sokongan Singapura kepada Israel dalam isu Palestin

Singapura juga mendapat khidmat pakar ketenteraan Israel dalam mepersiapkan angkatan

tenteranya.

Idea 3 : Ketidakstabilan politik dalaman sebilangan negara anggota.

Selatan Thailand telah lama menjadi onar kepada hubungan antara anggta ASEAN, khususnya

dengan Malaysia.

Selatan Filipina juga menghadapi masalah yang sama yang boleh mengeruhkan hubungan

dengan Malaysia.

Pelarian politik kaum Rohingya Myanmar memasuki sempadan Thailand juga mewujudkan

ancaman kepada hubungan bernegara.

Idea 4 : Faktor pengangguran yang kian meningkat

Pengangguran yang tinggi di negara anggota menyebabkan limpahan tenaga kerja yang tidak

diundang ke negara anggota lain.

Malaysia menghadapi masalah dengan beberapa negara anggota lain berhubung dengan

kemasukan pekerja asing yang menganggur di negara sendiri.

Faktor ini sering mewujudkan kocakan kepada hubungan baik dua jiran ASEAN

CABARAN LUAR ASEAN

Idea 5 : Kemunculan kumpulan ekonomi serantau

Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang yang sama (Euro) serta tidak

menggalakkan pelaburan asing ke negara itu.

Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) merancang skim tarif yang sama.

Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan

lebih tertutup menjadi cabaran kepada memantapkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan

negara anggota.

Idea 6 : Kegagalan Perjanjian Am tentang Tarif dan Perdagangan (GATT)

Rundingan Pusinga Uruguay yang bertujuan menghapuskan halangan perdagangan antara

negara maju dengan negara membangun gagal dimuktamadkan.

ASEAN perlu berhadapan dengan sekatan dan tarif yang berterusan ole negara maju.

Cabaran mendapatkan pasaran baharu yang lebih kompetitif.

Page 7: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 6 drp 21

TAJUK 6 : ASEAN yang turut dianggotai Malaysia telah menganjurkan gerakan dan slogan

tertentu. Jelaskan usaha yang dilakukan ASEAN untuk meningkatkan tahap

keselamatan serantau.

IDEA : 5 usaha meningkatkan tahap keselamatan serantau

Idea 1 : Mewujudkan ZOPFAN

Cetusan oleh Malaysia melalui Deklarasi Kuala Lumpur 1971. Bermatlamat untuk menjamin

keamanan dan kestabilan politik serantau, menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman.

Untuk mengelakkan campur tangan kuasa besar ke atas negara Asia Tenggara dan mengelakkan

daripada melibatkan diri dalam pertikaian kuasa besar di samping menyeru pengunduran tentera

Amerika dari Teluk Subic dan Pangkalan Clarke di Filipina.

Pegangan ASEAN bahawa ‘setiap negara besar atau kecil, akan terus kekal tanpa pengaruh atau

campur tangan pihak lain dalam hal ehwal negaranya supaya kebebasan, kedaulatan dan

keutuhannya terpelihara’.

Idea 2 : Mewujudkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

Diterima dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Singapura pada tahun 1987.

Berjaya membebaskan Asia Tenggara daripada percaturan politik kuasa besar, mengelak

sebarang perlumbaan senjata nuklear dan menjamin keselamatan perairan serantau.

Idea 3 : Mengadakan Forum Serantau ASEAN (ARF)

Ditubuhkan pada 1994, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi sedia ada dan

menyelesaikan konflik bersama. Satu-satunya forum keselamatan pelbagai hala di Asia Pasifik

yang diwakili oleh ASEAN, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan

Eropah, Kanada, Australia, India, New Zealand, Korea Utara, Papua New Guinea, Pakistan,

Timor Leste dan Mongolia.

Persidangan di Kuala Lumpur 2006 menekankan tumpuan kepada usaha mempromosikan

pendekatan berteraskan rakyat bagi menangani keganasan, bukan sahaja secara fizikal bahkan

melalui ruang siber.

Setiap negara anggota perlu meningkatkan usaha mempromosikan sikap saling menghormati,

persefahaman dan tolak ansur warga dunia. Pendirian tegas menteri liar ASEAN bahawa

keganasan tidak patut dikaitkan dengan sebarang anutan agama, budaya, bangsa dan

kewarganegaraan.

Idea 4 : Bertukar maklumat dan risikan

Pertukaran maklumat dan risikan telah membawa kepada penangkapan anggota pertubuhan

yang berkaitan dengan keganasan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Walaupun pendekatan berbeza antara negara dalam menangani keganasan, tetapi maklumat dan

risikan membolehkan setiap negara melakukan tindakan sewajarnya.

Kesepakatan juga menjadikan gerakan keganasan terbantut.

Idea 5 : Mewujudkan Piagam ASEAN

Piagam ASEAN akan didaftarkan di Sekretariat PBB apabila disahkan oleh semua negara

anggota.

Antara prinsip yang disepakati melindungi keselamatan bersama adalah untuk mengekalkandan

meningkatkan keamanan dan keselamatan serta memastikan dapat mengukuhkan demokrasi dan

mempromosikan hak asasi manusia.

Bersepakat menghormati kemederkaan, kedaulatan dan integrasi kawasan serta identiti nasional

semua negara anggota dan menolak sebarang bentuk agresif atau ancaman dalam sebarang

bentuk yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta menggunakan penyelesaian

diplomasi untuk sebarang percanggahan.

Page 8: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 7 drp 21

TAJUK 7 : Banyak kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia. Malaysia

telah mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keberkesanan PBB.

Jelaskan.

IDEA: Kelemahan dan cadangan ( 3+2/ 2+3)

KELEMAHAN

Idea 1 : Kewujudan kuasa veto

Kuasa mutlak negara yang memilikinya sama ada menerima atau menolak keputusan majority

yang dibuat Majlis Keselamatan PBB. Kuasa pembatal ini membolehkan sebarang kritikan

terhadap sesuatu isu diketepikan.

Majlis Keselamatn sebagai majlis paling berkuasa PBB dipergunakan oleh kuasa besar dunia.

Kegagalan Majlis Keselamatan menghalang kuasa besar melakukan suatu tindakan tanpa restu

PBB seperti serangan Amerika terhadap Iraq.

Gagal menghalang sikap suka campur tangan kuasa besar ke atas negara kecil.

Idea 2 : Masalah kewangan.

Hutang PBB yang besar sedangkan operasinya memerlukan belanja yang besar.

Kegagalan negara anggota membayar sumbangan kepada badan berkenaan seperti Amerika

yang melibatkan tunggakan hutang yang besar.

Kos pengurusan yang tinggi bagi mengendalikan pejabat yang terletak di seluruh dunia serta

operasi ynag berbangkit.

PBB dilihat mengikut telunjuk kuasa besar, ada negara yang tidak berminat menyumbang.

Idea 3 : Kelemahan pasukan tentera pengaman PBB

Bertindak mengikut kepentingan Amerika kerana kebanyakan tentera pengaman merupakan

tentera bersekutu dengan Amerika.

Tindakan kejam Israel di Palestin dan Serbia di Bosnia-Herzegovina gagal dihalng oleh PBB

Hilang keyakinan terhadap keupayaan PBB.

CADANGAN MALAYSIA

Idea 4 : Menambahkan bilangan anggota tetap Majlis Keselamtan

Penambahan ini bagi mengimbangi kedudukan negara anggota yang tidak seimbang antara

benua.

Cadangan memasukkan Jepun dan Jerman sebagai anggota tetap bagi mewakili semua benua.

Dapat mengimbangi kecenderungan dan keupayaan mempengaruhi anggota lain dalam

membuat ketetapan

Idea 5: Menghapuskan kuasa veto

Kuasa veto ialah lambang kelemahan dan kerendahan tahap demokrasi PBB.

Menjadi penghalang menegakkan suara majoriti

Barat yang mendukung demokrasi seharusnya tidak mengekalkan kuasa veto dalam PBB yang

melambangkan double standard mereka.

Idea 6 : Menyusun semula struktur PBB

Perkecilkan organisasi PBB dapat menjimatkan kos operasi.

Perkecilkan pasukan pengaman dengan membuat tambahan dan perubahan dari semasa ke

semasa.

Menggabungkan unit dan organisasi PBB yang memperlihatkan pertindihan atau kurang perlu

mengikut perkembangan semasa.

Page 9: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 8 drp 21

TAJUK 8: Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada

kestabilan di rantau ini. Jelaskan pernyataan ini.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Kestabilan rantau ASEAN bermula dengan kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dari

segi politik mahupun ekonomi. Kestabilan Malaysia dan usaha negara telah mempengaruhi

kestabilan rantau Asia Tenggara. Peranan Malaysia ini telah diiktiraf antarabangsa.

Peranan Malaysia untuk Kestabilan Rantau ASEAN

Idea 1

Mencetuskan konsep ZOPFAN

• Cetusan idea Malaysia ini diterima dan dimuafakatkan oleh ASEAN. Permuafakatan ini

bermakna negara anggota ASEAN menguar-uarkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak

bersedia menerima kehadiran kuasa besar sama ada dalam bentuk peluasan pengaruh, atau cuba

menyebelahi mana-mana negara dalam krisis yang wujud antara anggota

• ZOPFAN juga menjadi kawalan kepada negara anggota agar tidak berusaha mendapatkan

bantuan negara luar yang akhirnya menyebabkan negara terpaksa 'berpihak' kepada kuasa besar

yang memberi bantuan

• Situasi ini telah membuatkan anggota negara ASEAN berhati-hati dalam mengurus konflik agar

tidak membelakangkan konsep ZOPFAN ini

Idea 2

Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ)

• Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) 'membebaskan' ASEAN daripada percaturan

kuasa besar. Sekurang-kurang negara kuasa besar tidak menjadikan 'keupayaan dalam memiliki

senjata nuklear' sebagai helah untuk menempatkan kepentingan peluasan pengaruh

• Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan

juga bebas daripada sebarang aktiviti dan penghasilan senjata nuklear. Risiko kemusnahan yang

besar dapat dielakkan. Sehingga kini idea yang didukung kuat oleh Malaysia yang disepakati

ASEAN ini belum tercabar

Idea 3

Peningkatan amalan demokrasi di Myanmar

• Tan Sri Razali Ismail menjadi duta/pegawai khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Myanmar bagi

merundingkan peningkatan amalan demokrasi

• Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah keras sekatan yang dikenakan

oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar

untuk terus berunding berhubung penerimaan demokrasi

• Bantuan semasa Taufan Nargis yang memusnahkan sebahagian besar kawasan sawah negara

berkenaan menjadikan pemerintah Myanmar lebih terbuka dalam hubungan luar. Peranan

Malaysia ini ternyata akhirnya menjadi sebahagian faktor kepada tegaknya demokrasi di negara

tersebut

Page 10: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 9 drp 21

Idea 4

Rundingan perjanjian damai di Selatan Filipina

• Menamatkan konflik berdarah selaraa 40 tahun di salah sebuah negara anggota ASEAN. Peranan

Malaysia amat besar dalam rundingan ini

• Kedamaian yang terbentuk menjadikan kehidupan majoriti rakyataya lebih tersusun dan

berpeluang menikmati masa depan yang lebih baik

Idea 5

Gagasan Kesederhanaan Global

• Tidak mengundang simpati masyarakat kerana pendekatan kesederhanaan yang diambil.

Sumbangan dalam bentuk pemikiran ini amat kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat sejagat

• Walaupun tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa sesebuah negara dalam mengambil

tindakan dan keputusan, sekurang-kurangnya gagasan ini mempengaruhi pemikiran masyarakat

untuk menolak atau 'membenci' perang

• Pemimpin yang terpilih dalam kalangan yang cenderung menggunakan pendekatan militeri akan

tergugat dengan penolakan perang oleh rakyat

Idea 6

Peranan di Aceh

• Malaysia turut berperanan sebagai perunding dan penasihat dalam konflik di Aceh. Tuntutan

kumpulan radikal/pemisah Aceh telah menyebabkan ketidaktenteraman dalam kehidupan di

wilayah berkenaan

• Keupayaan rundingan mempengaruhi penerimaan kuasa autonomi yang menjalankan kuasa

perundangan syariah telah menamatkan konflik. Pembangunan selepas sengketa dan bencana

tsunami telah menyediakan kehidupan yang lebih stabil kepada penduduk Aceh dan rantau Asia

Tenggara

Kesimpulan

Usaha dan pendekatan Malaysia dihormati oleh banyak pihak sehingga idea dan saranan

Malaysia tidak mudah diketepikan pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Format jawapan: Mana-mana lima idea

Page 11: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 10 drp 21

TAJUK 9: Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-Undang Zon

Ekonomi Eksklusif (ZEE), namun pelaksanaan undang-undang ini

menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Jelaskan penyataan ini.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan bahawa

Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang

sah bagi sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru

kawasan perairan.

Bahagaian A: Masalab yang Berbangkit

Idea 1

Pertindihan tuntutan wilayah

• Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan antara

negara. Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan

Indonesia. Tuntutan bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat

penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ)

• Tuntutan ke atas Pulau Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa buah negara

ASEAN serta China juga berasaskan penetapan ZEE

Idea 2

Boleh menjadi punca kepada konflik yang lebih besar

• Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE. Pertindihan ini boleh mengundang

konflik lebih besar apabila melibatkan kuasa besar

• Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough Shoal yang jauhnya 220 km dituntut oleh Filipina. Setelah

diuji oleh kapal perang China, Filipina terpaksa berundur. Amerika Syarikat yang mempunyai

perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya di rantau ini apabila

diminta meningkatkan peranan melindungi kepentingan negara berkenaan. Pertembungan dua kuasa

besar ini berisiko kepada ketidakstabilan rantau ini.

Idea 3

Risiko terlepas wilayah

• Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ).

Penyelesaian oleh ICJ menentukan sama ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal atau

terpaksa dilepaskan kepada negara lain

• Sebagai contoh, kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa

kepada penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura atas arahan ICJ berkenaan

• Begitu juga, konflik pertindihan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia

yang membawa pemilikan kepada Malaysia

Page 12: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 11 drp 21

Bahagian B: Manfaat ZEE

Idea 4

Sempadan perairan yang jelas

• ZEE telah mewujudkan satu pengisytiharan sempadan perairan yang jelas bagi sesebuah negara •

Dengan jarak yang ditetapkan, sesebuah negara dapat mengukur

• dengan jelas jarak sempadan antara dua buah negara . Penetapan sempadan perairan yang jelas

juga membolehkan kawalan sempadan dapat dilakukan termasuk kawalan ke atas kegiatan lanun

Idea 5

Hak eksploitasi sumber marin

• . Dengan kawasan sempadan yang jelas, hak mengeksploitasi, sumber marin juga terbuka luas

tanpa merasa bimbang pertembungan dengan nelayan negara lain

• Pihak negara lain j uga secara sedar tidak akan memasuki sempadan sesebuah negara untuk

mendapatkan sumber marin

• Pengiktirafan hak ini dapat dikuatkuasakan sepenuh pada bahagian laut yang terbuka luas seperti

di sebahagian kawasan laut China Selatan

Idea 6

Hak penerokaan sumber galian petroleum

• Dengan kawasan perairan yang terbuka luas, ruang membuat penerokaan dan cari gali juga

terbuka. Banyak penemuan sumber petroleum berlaku selepas pengisytiharan dan penguatkuasaan

undang-undang ini

• Penemuan minyak di luar pantai Terengganu yang jaraknya sekitar 170 batu nautika dari

kawasan pantai negeri berkenaan adalah kesan pelaksanaan ZEE

Idea 7

Ruang mewujudkan perkongsian

• Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaan ZEE, natnun pertindihan ini

membawa kepada perkongsian pintar antara Malaysia dengan negara jiran

• Sebagai contoh, pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Siam

telah mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumber petroleum

• Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negara dengan melakukan usaha sama

penerokaan dan penikmatan hasil cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang

dikenali sebagai Blok 18 antara Malaysia dengan Brunei juga diselesaikan secara perkongsian

pintar

Kesimpulan

Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam bentuk

material mahupun ruang untuk meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah negara.

Format jawapan: 3+2/2+3

Page 13: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 12 drp 21

TAJUK 10: Zon Aman Bebas Berkecuali (ZOPFAN) menjadi lambang muafakat penting

kepada negara anggota ASEAN, namun wujud ancaman kepada cetusan idea

Malaysia ini. Beri pendapat anda.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Deklarasi Kuala Lumpur membawa kepada termeterainya perjanjian

Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang disepakati negara anggota ASEAN. Kepentingan

perjanjian ini jelas kepada ASEAN dalam usaha mengekalkan kestabilan rantau tersebut walaupun

wujud ancaman kepada pelaksanaannya.

Bahagian A: Implikasi Buruk

Idea 1

Menonjolkan pendirian ASEAN

• Slogan ini dengan jelas menonjolkan pendirian dan ketegasan ASEAN dalam usaha melindungi

rantau ASEAN daripada pengaruh kuasa besar

• Dengan pendirian yang diuar-uarkan secara bersama, negara kuasa besar khususnya, lebih berhati-

hati atau tidak secara terbuka campur tangan dalam urusan dan konflik yang mungkin berlaku di

rantau ASEAN

• Slogan ini seolah-olah menjadi 'sempadan' kepada negara kuasa besar dalam usaha memperluas

pengaruh mereka

Idea 2

Peringatan kepada negara anggota

• Permuafakatan dan pendirian ini juga menjadi batasan kepada negara anggota ASEAN dalam

usaha melindungi kepentingan negara

• Negara ASEAN akan lebih berhati-hati dan wujud batasan dalam tindakan semasa membuat

hubungan dengan negara kuasa besar agar tidak terperangkap dengan helah kuasa besar untuk

menempatkan pengaruh mereka

• Negara anggota akan mengelak daripada mengheret negara kuasa besar dalam menyelesaikan

konflik yang dihadapi

Idea 3

Wujud garis panduan kepada kumpulan rakyat

• Untuk memberi kredit kepada kerajaan mereka dalam memberi sokongan terbuka atau menetapkan

pendirian dalam isu membabitkan kuasa besar

• Rakyat yang menghormati dan memahami hasrat slogan berkenaan akan memberi reaksi kepada

tindakan dan keputusan kerajaan mereka yang melanggar dasar dan keputusan bersama

• Situasi ini akan menjadikan sebuah negara akan berhemah dalam tindakan

Page 14: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 13 drp 21

Bahagaian B: A n cam an kepada Kesepakatan

Idea 4

Tindakan berpihak/condong negara anggota

• Dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja yang tidak terlibat dalam konflik dengan jelas

berpihak kepada China dengan menolak kesepakatan ASEAN dalam menghadapi China

• Singapura yang sebelum ini telah mendahului negara anggota lain dengan membenarkan tentera

Amerika Syarikat membina pangkalan untuk kemudahan logistik di negara berkenaan

• Thailand juga dalam banyak hal 'dilihat' berpihak kepada China

Idea 5

Persaingan pengaruh kuasa besar

• China menunjukkan sifat agresif dalam mendapat tuntutannya ke atas beberapa pulau di Laut

China Selatan dan China Timur

• Amerika Syarikat bertindak balas dengan melebarkan kekuatan tenteranya ke rantau Asia Pasifik

bagi menyaingi pengaruh China

• Strategi Pangsi Pasifik Amerika Syarikat di kawasan Asia Pasifik mewujudkan pertembungan

pengaruh yang secara tidak langsung telah ‘merobek’ slogan ZOPFAN ASEAN

Idea 6

Konflik tuntutan wilayah

• Tindakan Filipina yang meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingannya

apabila wujud konflik berkait dengan Pulau Scarborought. Amerika Syarikat yang mempunyai

perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina telah menggandakan bantuan luar kepada negara

berkenaan

• Amerika Syarikat yang telah mempunyai perjanjian dengan Singapura melalui kerangka strategik

telah menempatkan kapal perangnya di Singapura dalam usaha mengekang 'kehadiran berlebihan'

China di rantau ini

Kesimpulan

Sesungguhnya objektif dan semangat ZOPFAN telah berjaya sekian dekad untuk mengekalkan

kestabilan rantau ini. Namun buat pertama kali ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu

Kepulauan Spratly dan Paracel apabila tidak bersedia menghadapi China dalam kerangka

kesepakatan ASEAN.

Format jawapan: 3+2/2+3

Page 15: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 14 drp 21

TAJUK 11: Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin ialah

mengaplikasikan sistem biometrik. Namun kejayaan usaha ini turut dipengaruhi

oleh faktor di luar negara. Huraikan pernyataan ini.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Kelebihan sistem biometrik telah membawa kepada cetusan penggunaannya dalam meningkatkan

keupayaan negara dalam menangani kehadiran warga asing tanpa izin (PATI). Namun faktor di luar

negara turut mempengaruhi kejayaan menangani kemasukan PATI ini.

Kajayaan Menangani Kemasukan PATI

Idea 1

Kelebihan sistem biometrik

Sistem mykad menggunakan sistem ini. Diaplikasikan kepada

pengenalan warga asing yang memasuki Malaysia

• Merekodkan pengenalan warga asing melalui cap jari yang dapai membezakan antara seseorang

itu dengan individu lain. Dengar mempunyai rekod cap jari, dapat dikenal pasti kemasukan wargE

asing ke negara ini sama ada melalui undang-undang yang sah atai sebaliknya

• Operasi ke atas warga asing dapat disusuli dengan tindakan segera

Idea 2

Perkembangan ekonomi di negara jiran

• Perkembangan ekonomi yang pesat akan mewujudkan peluang pekerjaan. Dengan peluang

pekerjaan yang wujud, kemiskinan dapa dielakkan yang akhirnya menurunkan desakan untuk

berhijrah ke negara lain bagi membaiki taraf hidup

• Perkembangan ekonomi juga akan mewujudkan ruang mendapa pendidikan dengan lebih

terbuka. Akses kepada tahap pendidikai yang lebih tinggi mewujudkan mobiliti sosial kepada

rakyat sesebual negara

Idea 3

Keupayaan mewujudkan kesepakatan antara negara

• Aktiviti pemerdagangan orang terus mencabar keupayaan mengawa sempadan negara.

Keupayaan mengubah taktik oleh sindike pemerdagangan orang ini menjadikan sempadan negara

terui tercabar

• Kerjasama risikan dan pertukaran maklumat antara dua bual negara khususnya melibatkan sindiket

pemerdagangan orang akai meningkatkan keupayaan negara mengawal pencerobohan PATI

Page 16: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 15 drp 21

• Kerjasama antara negara akan dapat melemahkan keupayaan sindike ini memerangkap dan

mempengaruhi individu untuk dipindah k< sesebuah negara bagi tujuan mengaut keuntungan

melalui aktivit pemerdagangan orang

Idea 4

Kestabilan politik negara jiran

• Kejayaan merundingkan Perjanjian Selatan Filipina telah berjayj mengurangi kemasukan rakyat

Selatan Filipina ke Sabah

• Kedamaian di Acheh juga telah menurunkan kadar rentas sempadai secara haram ke Malaysia

• Kurangnya konflik di Selatan Thailand juga telah menguranj kemasukan rakyat Thailand ke

negara ini kerana lari dari konflil di negara mereka

Idea 5

Kerjasama agensi pencari kerja

• Tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga gagal dibayai oleh pencari kerja. Situasi ini

menyebabkan sebahagian daripads pencari kerja ini lebih cenderung mengambil jalan pintas

memasuk Malaysia secara haram

• Sebahagian agensi pencari kerja di negara jiran juga turui menyeleweng dengan membantu

pencari kerja yang tidak mampt membolos diri tanpa melalui undang-undang yang sah

Idea 6

Kawalan sempadan negara jiran

• Undang-undang kawalan sempadan negara jiran juga mempengaruhi kejayaan negara mengawal

kemasukan PATI

• Ketegasan negara jiran dalam mengawal pergerakan keluar masuk sempadan negara turut

mempengaruhi kejayaan negara

• Kecekapan sistem kawal masuk sempadan antara dua buah negara meningkatkan keupayaan

negara dalam mengawal pergerakan PATI

Kesimpulan

Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan negara dalam mengawal kemasukan PATI sama ada

faktor dalam negara mahupun faktor di luar negara. Kerjasama antara negara amat penting dalam

menangani konflik merentas sempadan ini.

Format jawapan: Idea 1 (wajib) + 4 idea lain

Page 17: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 16 drp 21

TAJUK 12: Mendukung kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adaiah

antara usaha un.uk memesatkan ekonomi negara. Namun usaha-usaha di luar

negara terus digerakkan bagi mencapai hasrc tersebut. Bincangkan.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mewujudkan pasara yang luas kepada barangan

Malaysia. Dengan lebih 558 juta pendudul peluang meluaskan pasaran amat terbuka. Namun,

Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada pasaran serantau semata-mata.

Langkah-langkah Malaysia

Idea 1

Perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

• Membuka seluasnya pasaran keluaran negara. Gabungan pasara antara negara ASEAN

mewujudkan skala pasaran yang cukup besa

• 250 juta penduduk Indonesia dan 65 juta penduduk Thailan merupakan satu ruang pasaran yang

cukup selesa, ditambah denga kadar cukai minimum 5%

• Wujud permintaan kepada barang tempatan, mengaktifkan ekonon pengeluaran

Idea 2

Menarik pelabur asing

• Pelaburan langsung asing (FDI) amat penting dalam menggerakka projek-projek pembangunan

berimpak tinggi

• Dengan kehadiran FDI, ekonomi berskala besar dapat digerakka yang akan memberi kesan besar

kepada kemajuan ekonomi negar

• Kerajaan sentiasa mencari peluang dan ruang mempromosika Malaysia sebagai destinasi

pelaburan yang menarik

Idea 3

Meluaskan rakan dagang dua hala (FTA)

• Malaysia berusaha mensepakatkan pembukaan pasaran bagi memac pertumbuhan berterusan

ekonomi. Sebanyak 62% dagangan Malaysi dengan negara rakan FTA, keupayaan menambah

bilangan raka; dagang FTA akan meningkatkan lagi eksport

• Peluasan pasaran eksport merangsang pengeluaran dalam negara merangsang aktiviti ekonomi

• Kegagalan memeterai FTA dengan Amerika Syarikat tela! menjejaskan ruang memasuki pasaran

di negara berkenaan secar terbuka

Idea 4

Meningkatkan lagi kesepakatan serantau

• Kesepakatan membentuk pasaran saham berintegriti (ASEAN Trading Link) melibatkan

Malaysia, Thailand dan Singapura Memudahkan urusan transaksi pasaran saham merentasi

sempadai antara tiga negara. Mengelak pengaliran keluar modal oleh pelabu dengan akses mudah

dan pantas ke atas ketiga-tiga pasaran

Page 18: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 17 drp 21

• Permuafakatan dalam menstabilkan harga getah melalui Persidangar Antarabangsa Tiga Negara

Pengeluar Utama Getah Dunia yanj turut dihadiri negara China dan India.

Idea 5

Meningkatkan lagi imej negara

• Meningkatkan penerimaan antarabangsa terhadap Malaysia

• Imej yang positif dari segi standard antarabangsa seperti kedudukan negara dalam penarafan

amalan rasuah, kadar jenayah dan tahap keselamatan, kemudahan mengakses modal, sistem

kewangan dan perbankan dan jaminan dalam sistem kehakiman yang kukuh membentuk aras

keyakinan antarabangsa yang tinggi khususnya para pelabur

• Usaha mempromosi Malaysia di luar negara sebagaimana yang berlaku di Forum Ekonomi Dunia

(WEF) di Davos, Switzerland amat berjaya atas imej positif yang sedia terbentuk

Idea 6

Meningkatkan keamanan serantau

• Menggerakkan segala ruang bagi meningkatkan keamanan serantau termasuk melalui Zon Aman

Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan

Forum Serantau ASEAN (ARF). Keamanan ini akan menstabilkan politik serantau dan

melancarkan kegiatan ekonomi

• Malaysia juga berjaya memuktamadkan rundingan konflik Selatan Filipina agar keamanan yang

wujud merangsang lagi pertumbuhan ekonomi serantau

Kesimpulan

Usaha berterusan dan keupayaan diplomasi yang tinggi membantu negara untuk mengekalkan

momentum pertumbuhan ekonomi negara walaupun dunia masih tidak pulih sepenuhnya daripada

kemelesetan.

Format jawapan: Idea I wajib + 4 idea lain

Page 19: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 18 drp 21

TAJUK 13: Seiring dengan masyarakat antarabangsa, Malaysia turut mengambil pelbagai

mekanisme dalam melindungi alam sekitar daripada kewujudan unsur karbon

berlebihan. Bincangkan.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Isu pemanasan global bukan sekadar isu cuaca, tetapi melibatkan isu ekonomi, politik dan sosial.

Seiring dengan tindakan masyarakat antarabangsa, Malaysia juga mengambil pendekatan tertentu

bagi menangani isu ini.

A) Langkah Masyarakat Antarabangsa

Idea 1

Protokol Kyoto dan Montreal

Langkah awal masyarakat antarabangsa untuk menangani perubahan suhu bumi dirangka

menerusi Protokol Kyoto 1988 yang menetapkan kadar penurunan gas rumah hijau sekitar

12% menjelang tahun 2009

Protokol ini diteguhkan dengan mekanisme Protokol Montreal yang mengawal pelepasan

gas kloroflorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain

Kedua-dua protokol ini membentuk mekanisme kawalan melalui insentif kewangan dan

insentif teknologi mesra alam

Idea 2

Persidangan inisiatif global

Persidangan yang mengumpulkan negara dunia dalam menangani kesan pemanasan global.

Kesepakatan negara yang terlibat untuk melindungi alam sekitar masing-masing dengan

penekanan kepada pengaplikasian teknologi hijau

Tabung hijau dengan dana sebanyak AS$1 bilion dilancarkan untuk membangunkan

teknologi tenaga lestari

Tumpuan tabung adalah untuk mencari langkah untuk mengurangkan kebergantungan

kepada bahan api fosil, mengurangkan impak pencemaran dan mengurangkan peningkatan

suhu bumi

Idea 3

Inisiatif pengeluar kereta antarabangsa

Pengangkutan dikatakan antara penyumbang besar kepada pelepasan gas karbon. Gas ini

dikatakan sebagai ‘gangguan awam’ yang banyak dilepaskan oleh kenderaan persendirian,

iaitu kereta

• Pengeluar kereta mengeluarkan kenyataan secara kolektif untuk raemfokuskan pengeluaran

model baru kenderaan kepada yang tidak menghasilkan gas rumah kaca dan mengeluarkan

enjin yang lebih efisien dalam penggunaan bahan api

Page 20: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 19 drp 21

B) Mekanisme Malaysia

Idea 4

Mewartakan hutan simpan

• Hutan sebagai agen menyimbang gas dengan membekalkan oksigen dan menyerap unsur

karbon Penyerapan karbon akan mengurangkan lebihan unsur ini sekali gus mengurangkan

kuantiti gas pembentuk rumah hijau

• Dengan mengekalkan kawasan hutan, agen penyerap karbon akan terpelihara agar fungsinya

tidak berkurang. Mengekalkan kawasan hutan sebagai sumbangan kepada usaha

mengekalkan suhu agar tidak semakin serius

Idea 5

Mempromosikan teknologi hijau

• Malaysia mula mempromosikan teknologi hijau sebagai satu cara hidup dan juga pemangkin

kepada pertumbuhan ekonomi baharu. Malaysia juga bersedia menjadi hab rantaian teknologi

hijau memandangkan permintaan global bagi produk lestari semakin meningkat

• Industri teknologi hijau negara telah meningkat sebanyak enam peratus pada tahun 2010

daripada RM67 bilion tahun sebelumnya

• Dengan peningkatan penggunaan teknologi hijau ini, Malaysia bersama pihak antarabangsa

berusaha mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40% pada tahun 2012 sebagai kepatuhan

kepada Sidang Kemuncak Copenhagen

Idea 6

Menghasilkan biodisel

• Penghasilan biodisel sebagai sumber tenaga bagi menyahut seruan mengurangkan pelepasan

karbon

• Biodisel daripada kelapa sawit contohnya lebih efisien berbanding penggunaan sumber tenaga

petrol

• Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini juga mesra alam kerana kandungan

karbon yang dilepaskan terlalu kecil berbanding pembakaran menggunakan tenaga fuel

Kesimpulan

Isu peningkatan suhu ialah isu global. Oleh itu, tanpa kerjasama masyarakat antarabangsa, isu

ini gagal ditangani hanya dengan tindakan beberapa buah negara.

Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B

Page 21: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 20 drp 21

TAJUK 14: Amerika Syarikat memberi isyarat yang jelas bahawa pengaruh China di rantau Asia

Pasifik ‘mesti berada pada tahap yang boleh dikawal’. Pendirian ini menjadi

cabaran kepada kestabilan ASEAN. Jelaskan pernyataan ini.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Amerika Syarikat (AS) meletak sasaran sendin dalam penglibatannya di Asm Pasifik khususnya

diRantau ASEAN Sasaran AS mi boleh menimbu.kan ancaman besar kepada rantau in, sekiranya

Lnina bertmdak melebihi standard yang ditetapkan oleh AS

A) Mesej Penglibatan Amerika Syarikat (AS)

Idea 1

Strategi Pangsi Pasifik

• Satu strategi untuk menjadikan Asia Pasifik sebagai pangkalan tumpuan kekuatan ketenteraan

AS. Dengan strategi ini bermakna kekuatan tentera laut AS (USN) akan meningkat di Lautan

Pasifik kepada 60:40 berbanding Lautan Atlantik

• Lebih separuh armada perang AS akan ditempatkan di Asia Pasifik dan kapal penggempur pesisir

pantai akan ditempatkan di Singapura

Idea 2

Penglibatan meluas dalam hal ehwal ASEAN

• Konflik China dan Filipina telah 'mengheret' AS secara tidak langsung. Tragedi Pulau

Scarborough Shoal menunjukkan tentera laut Filipina terpaksa berundur setelah diuji oleh kapal

perang China.

• Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah

meningkatkan peranannya membantu pertahanan Filipina dengan meningkatkan bantuan

ketenteraan kepada negara berkenaan

• Amerika Syarikat juga mempunyai hubungan dengan Singapura melalui persetujuan Singapura menyedia

kemudahan logistik kepada tentera AS

Idea 3

Kesanggupan mempertahankan sekutu

• AS juga melengkapkan pertahanan negara Jepun dengan radar berkuasa tinggi bagi meningkatkan

pertahanan peluru berpandu negara berkenaan

• Radar X-band yang dibekalkan kepada Jepun dapat menangkis peluru berpandu China atau Korea

Page 22: Pengajian Am Bhg C - SEM 3...Pengajian Am Bhg C - SEM 3 s 1 2 1 1 : i t. n. n EA : 5 sia da ru . umkan kos. n g tan mutu, k i suk . e. m f n. sa n n n n ini i dan . Kira-um 5% tkan

Sharing Agent: LRT Documents M/S 21 drp 21

B) Cabaran kepada ASEAN

Idea 4

Ancaman kepada konsep ZOPFAN

• Perubahan dasar AS ini mengancam kestabilan ASEAN. Konsep ZOPFAN yang menjadi pegangan

anggota ASEAN selama ini turut tercabar

• Tindakan Filipina dan Singapura jelas mencabul konsep yang dimuafakatkan dan menjadi pegangan

ASEAN

• Kesediaan China 'berperang' dengan Filipina sebagaimana laporan akhbar utama China, akan meningkatkan

ketegangan di rantau ini apabila AS sedia memainkan peranan mempertahankan kepentingan Filipina

Idea 5

Zon bebas nuklear ASEAN

• ASEAN turut menghadapi cabaran apabila berlaku perubahan dasar luar AS sehingga berlaku perlumbaan

senjata di rantau ini

• Memandangkan Korea Utara dan China juga memiliki senjata nuklear, AS pasti turut bersedia dengan

keupayaan senjata berkenaan

• Pertembungan ini pastinya mencabar pegangan ASEAN agar rantau ini bebas daripada pengaruh senjata

nuklear

Idea 6

Kewujudan Zon Tentera

• Dengan kehadiran sejumlah besar tentera AS di rantau sebelah sini yang berpangkalan di Singapura, Filipina

dan Australia, maka akan berlaku perubahan kepada komposisi kekuatan tentera di Laut China Selatan dan

Selat Melaka

• China yang bergerak di sekitar Laut China Selatan bagi mengawal Pulau Spratly dan Paracel yang didakwa

sebagai wilayahnya akan menjadikan persekitaran laut negara ASEAN sebagai zon pergerakan tentera. Satu

yang amat ditolak oleh ASEAN

Kesimpulan

Pendekatan diplomasi dan bersederhana dalam tindakan mesti menjadi pegangan ASEAN. Negara ASEAN

seharusnya tidak menunjukkan kedudukan 'terlalu berpihak' dan menuntut status quo dikekalkan sekiranya isu

gagal disepakati.

Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B