buku panduan ran bhg 1

15
Sesi Disember 2010 POLITEKNIK KOTA KINABALU Jalan Politeknik, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu Tel: 088-499980 Faks: 088-499960 www.polikk.edu.my Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:- A. Maklumat Am B. Panduan Pendaftaran C. Borang-Borang Pendaftaran ARAHAN : 1.Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera . 2.Lengkapkan semua borang-borang yang terdapat dalam panduan pendaftaran ini. Ceraikan borang-borang berkenaan. 1

Upload: raemkahar

Post on 27-Jun-2015

313 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan ran Bhg 1

Sesi Disember 2010

POLITEKNIK KOTA KINABALUJalan Politeknik, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu

Tel: 088-499980 Faks: 088-499960www.polikk.edu.my

Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:-

A. Maklumat AmB. Panduan PendaftaranC. Borang-Borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

2. Lengkapkan semua borang-borang yang terdapat dalam panduan pendaftaran ini. Ceraikan borang-borang berkenaan.

1

Page 2: Buku Panduan ran Bhg 1

A. MAKLUMAT AM

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar anda dapat memulakan pengajian anda di Politeknik dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)

Sila rujuk pelan lokasi PKK di bahagian belakang buku ini. Kampus PKK terletak di KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park).

2. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

a. Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua dokumen asal yang dikehendaki oleh PKK pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran belajar di PKK sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Buku Panduan Pendaftaran ini sebelum diserahkan kepada PKK semasa pendaftaran.

c. Bawa Borang Permohonan Pinjaman/Biasiswa (jika berkaitan) yang lengkap diisi dengan semua salinan-salinan dokumen yang telah disahkan.

3. YURAN PENGAJIAN , YURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR DAN BAYARAN PENDAFTARAN

Semua pelajar perlu menjelaskan bayaran berikut semasa pendaftaran:-

a. Yuran Pengajian sebanyak RM200.00 dan Yuran Kolej kediaman pelajar sebanyak RM60.00 Bayaran dijelaskan dengan cara memasukkan wang ke dalam Akaun Politeknik Kota Kinabalu di Bank Simpanan Nasional bernombor 12100-29-00021271-1 dengan menggunakan slip bank BSN yang ada disertakan. Sila bawa semua salinan slip bank semasa pendaftaran nanti.

b. Bayaran Pendaftaran atas nama Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad dibayar terus ke akaun CIMB bernombor 1009-0000559-052: Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad (Rujuk Lampiran 1)

Nota:Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (surat asal) semasa mendaftar.

Semua bayaran yang telah dimasukkan kedalam akaun di atas tidak boleh dituntut semula oleh pelajar.

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Kolej kediaman pelajar ada disediakan kepada semua pelajar baru dan pelajar integrasi. Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan kemudahan Kafeteria yang terletak di kawasan kolej kediaman pelajar untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri.

5. BANTUAN KEWANGAN

2

Page 3: Buku Panduan ran Bhg 1

PKK TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pelajaran, buku dan lain-lain.

Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PKK. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.

Nota: Permohonan untuk Pinjaman PTPTN dan KPTM telah dibuat semasa memohon masuk secara On-line. (Sila buka Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk proses permohonan pinjaman melalui PTPTN dan membuat tiga (3) salinan fotostat buku akaun tersebut)

6. RUPADIRI

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di politeknik.

Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

1. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

Baju

a) Baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher. b) Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).c) Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.d) Pemakaian baju Melayu (baju Kebangsaan) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap

sepasang beserta samping dan songkok hitam.

Seluar

e) Seluar 'slack' panjang.f) Seluar "jeans" dan ala-jeans dilarang

Kasutg) Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan adalah

tidak dibenarkan.h) Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang.i) Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.

Rambutj) Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju,

aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

k) Rambut berfesyen seperti "afro", "punk", berekor dan diwarnakan dilarang.l) Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

Perhiasanm) Sebarang bentuk perhiasan dilarang.

2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

3

Page 4: Buku Panduan ran Bhg 1

Bajua) Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.b) Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh pakaian yang menjolok mata ialah

pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang).

c) Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.d) Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.e) Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang lebih pendek dari paras lutut.f) Baju -T dilarang.

Sarung/Maxig) Labuh.h) Longgar.i) Tidak jarang.

Seluarj) Seluar 'slack' panjang.k) Seluar "jeans" dan ala-jeans dilarang.l) Tidak ketat.

Kasutm) Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan

adalah tidak dibenarkan.n) Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.o) Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.

Rambutp) Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti yang disyariatkan Islam.q) Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.r) Rambut berfesyen seperti "afro", "punk", berekor dan diwarnakan dilarang.

Perhiasans) Tidak digalakkan memakai barang kemas.t) Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan dilarang.

7. HAL-HAL LAIN

a. Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat pakaian.

b. Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran. Pelajar lelaki Islam perlu membawa baju Melayu lengkap berwarna bebas serta samping dan songkok hitam.

c. Pelajar dikehendaki membawa mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

d. Pelajar digalakkan membawa 3 salinan fotostat dokumen-dokumen peribadi yang telah disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/pinjaman pelajaran, termasuklah salinan fotostat (di atas kertas saiz A4) kad pengenalan ibu bapa.

e. Pelajar yang memiliki kamus OXFORD (English-English) peringkat pertengahan (intermediate) atau tertinggi (advance) diminta membawanya ke Politeknik Kota Kinabalu dan ada dijual di koperasi. Alat-alat untuk modul lukisan teknik juga ada dijual semasa pendaftaran.

f. Pelajar kejuruteraan dinasihatkan membawa kasut safety boot untuk kerja-kerja bengkel

4

Page 5: Buku Panduan ran Bhg 1

B. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancer. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PKK pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan’ anda dianggap telah menolak tawaran ini.)

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN :-

2.1 Dokumen-dokumen asal yang berikut:-

2.1.1 Kad Pengenalan2.1.1 Sijil Lahir Pelajar2.1.2 Slip Bank BSN2.1.3 Slip Bank CIMB2.1.4 Surat Tawaran ke Politeknik2.1.4 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)2.1.5 Sijil Berhenti Sekolah2.1.6 Dokumen ko-kurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili negara dan

negeri)2.1.7 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)2.1.8 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(a) BHHP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar(b) BHHP2 - Laporan Pemeriksaan Doktor (c) BHHP3 – Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan (d) BHHP4 – Ikrar Pelajar, Pengakuan dan Lepas Tanggung (e) BHHP5 - Akuan Pelajar dan Ibubapa(f) Borang Permohonan mendiami kolej kediaman pelajar(g) Borang pendaftaran keahlian perpustakaan(h) Aku Janji Pelajar

2.1.9 Borang Permohonan Pinjaman/Biasiswa yang telah sempurna diisi serta semua dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang diperlukan.(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL pendaftaran anda DITOLAK )

2.2 Salinan Dokumen-dokumen berikut:- 2.2.1 Salinan Kad Pengenalan Pelajar2.2.2 Salinan Sijil Lahir Pelajar2.2.3 Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa2.2.4 Salinan Sijil Lahir ibu dan bapa

(Salinan dokumen sijil lahir dan kad pengenalan hendaklah disahkan oleh Pegawai kanan kerajaan dari kumpulan A )

2.3 Pelajar Lulusan Sijil Politeknik (Kursus Diploma Integrasi – Semester 2,3 dan 5)

2.3.1 Dokumen-dokumen asal berikut:-a. Kad Pengenalanb. Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknikc. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester terakhir/tahun terakhir di Politeknik.d. Surat Tawaran/Perlantikan pekerjaaan daripada majikane. Sijil Ko-kurikulum semasa di Politeknik.

5

Page 6: Buku Panduan ran Bhg 1

2.4 Bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran.

(Nota : Semua slip bank bayaran di bawah perlu dibawa semasa hari pendaftaran. Jangan diposkan - )

Bil. PerkaraJumlah Bayaran

(RM)Cara Bayaran

1. Yuran Pengajian 200.00Masukkan ke dalam Akaun BSN Politeknik Kota Kinabalu 12100-29-00021271-1

2.Yuran Kolej Kediaman Pelajar(yang ditawarkan kolej kediaman pelajar)

60.00Masukkan ke dalam Akaun BSN Politeknik Kota Kinabalu 12100-29-00021271-1

3. Bayaran Pendaftaran

lihat Lampiran 1

RM**

Bayaran ke akaun CIMBKoperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad.1009-0000559-052

NOTA:1. Sila bawa slip bank BSN. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN

DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti atau menarik diri untuk meneruskan pengajian di PKK.

2. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (yang asal) semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

3 Lapan (8) keping gambar warna yang terbaru. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam disyariatkan bertudung. Gambar dengan baju tidak berkolar tidak diterima. Sila catatkan nama dan Kad Pengenalan anda di belakang setiap keping gambar.

6

Page 7: Buku Panduan ran Bhg 1

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat dan bertudung (bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang.

b) Berkasut kulit hitam serta berstokin.

c) Rambut mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah dilarang.

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Dasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej kediaman pelajar Politeknik Kota Kinabalu adalah berasaskan kepada Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Peraturan Politeknik Kota Kinabalu.

Penempatan yang disediakan di kolej kediaman pelajar adalah merupakan satu kemudahan dan bukan hak tersendiri.

Pihak pengurusan kolej kediaman pelajar boleh menarik balik tawaran penempatan di kolej kediaman pelajar atas sebab sebab kepentingan politeknik.

Yuran kolej kediaman pelajar, wang kebajikan hendaklah dibuat sepenuhnya untuk penginapan bagi satu (1) semester pengajian pada hari pendaftaran atau pada tarikh pelajar mula tinggal di kolej kediaman pelajar.

Pelajar yang menarik diri setelah pendaftaran dibuat tidak akan mendapat balik bayaran kolej kediaman pelajar yang telah dibuat.

Hanya pelajar yang berdaftar sebagai penghuni kolej kediaman pelajar sahaja dibenarkan tinggal di kolej kediaman pelajar.

Pelajar tidak dibenarkan membawa atau membenarkan pelawat/pelajar yang bukan penghuni kolej kediaman pelajar masuk atau bermalam di mana-mana bilik kolej kediaman pelajar tanpa kebenaran ketua waden/waden kolej kediaman pelajar.

Penghuni kolej kediaman pelajar tidak dibenarkan menarik diri dari menjadi penghuni kolej kediaman pelajar atau keluar untuk tinggal di luar tanpa kebenaran ibubapa/penjaga atau pihak pengurusan kolej kediaman pelajar.

Pihak pengurusan kolej kediaman pelajar boleh mengarah seseorang penghuni mengosongkan biliknya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa sekiranya perlu.

Pertukaran bilik selepas pendaftaran kolej kediaman pelajar adalah tidak dibenarkan. Sebarang pertukaran bilik atas sebab sebab kesihatan atau lain-lain sebab perlu diperakukan oleh Pegawai Kesihatan dan mendapat kebenaran dari pihak pengurusan kolej kediaman pelajar.

Penghuni kolej kediaman pelajar adalah bertanggungjawab memelihara harta benda kerajaan yang disediakan samada di bilik, wing, paras dan blok. Bayaran denda atau gantirugi akan dikenakan jika sekiranya dengan sengaja melakukan kerosakan,pencemaran ataupun kehilangan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak pengurusan politeknik/kolej kediaman pelajar.

Penghuni kolej kediaman pelajar adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik rekreasi, tandas, wing, paras dan blok masing-masing.

Penghuni kolej kediaman pelajar mesti berada di kolej kediaman pelajar pada hari-hari kuliah ( Isnin hingga Jumaat) dan tidak boleh bermalam di luar tanpa kebenaran atau sekiranya terdapat kes kecemasan.

Masa keluar/masuk penghuni kolej kediaman pelajar ke kawasan kolej kediaman pelajar adalah sehingga pukul 8.00 malam.

Lampu bilik mesti di matikan pada pukul 11.00 malam sehingga pukul 4.00 pagi. sekiranya terdapat sebarang aktiviti pelajar selepas pukul 11.00 malam ianya boleh dilakukan di kawasan ruang legar atau bilik rekreasi ( masa tidak terhad ). Sebarang perubahan masa adalah tertakluk kepada pihak pengurusan politeknik/kolej kediaman pelajar.

7

Page 8: Buku Panduan ran Bhg 1

Penghuni kolej kediaman pelajar diminta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Suis lampu dan kipas mesti dimatikan apabila meninggalkan bilik dalam jangkamasa yang lama/menghadiri kuliah.

Penghuni kolej kediaman pelajar tidak dibenarkan memasuki blok/bilik kolej kediaman pelajar yang lain tanpa sebarang tujuan. Perjumpaan untuk tujuan perbincangan aktiviti dan pembelajaran hanya setakat di bilik rekreasi sehingga pukul 11.00 malam.

Berkumpul beramai-ramai di dalam sesebuah bilik tidak dibenarkan, hanya penghuni bilik sahaja yang sepatutnya berada di biliknya.

Semua penghuni kolej kediaman pelajar diwajibkan menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian di dalam apa-apa jua perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan politeknik/kolej kediaman pelajar.

Pelajar pelajar Muslim digalakan/wajibkan ( seperti yang dijadualkan ) menghadiri program kuliah di masjid PKK seperti yang di rancang oleh Pusat Islam.

Semasa berada di kolej kediaman pelajar, semua pelajar lelaki Muslim diwajibkan menunaikan Solat Jumaat.

Pelajar/pelawat lelaki dan perempuan dilarang berada di kawasan yang dilarang dan mencurigakan, berkelakuan sumbang atau melakukan sebarang perkara yang dianggap sebagai kurang sopan.

Pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan memasuki atau meletakkan kenderaan di dalam kawasan kolej kediaman pelajar pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab atau kebenaran warden. Kenderaan pelajar/pelawat hendaklah diletak di kawasan yang dibenarkan.

Sebarang aktiviti memasak makanan tidak dibenarkan di dalam bilik/blok kolej kediaman pelajar.

Tidak di benarkan memasang lilin atau sebarang punca api di dalam blok/bilik. Peralatan yang menggunakan pemanas elektrik seperti seterika, pemanas air, periuk

memasak dan sebagainya tidak dibenarkan digunakan di dalam bilik kolej kediaman pelajar ( kawasan yang sesuai di ruang legar di setiap paras disediakan).

Penggunaan radio hanya dibenarkan sekiranya bunyi tersebut tidak mengganggu ketenteraman penghuni persekitaran ( alat-alat muzik tidak dibenarkan dibawa ke kolej kediaman pelajar).

Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penyambungan pendawaian haram kemudahan peralatan elektrik.

Penghuni kolej kediaman pelajar adalah dilarang melibatkan diri dengan najis dadah, minuman keras, berjudi, kumpulan haram, kegiatan politik, vandalisma atau apa-apa kegiatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang undang negara.

Tidak dibenarkan membawa makanan /minuman yang haram di sisi agama Islam ke bilik atau kawasan kolej kediaman pelajar.

Penghuni kolej kediaman pelajar hendaklah sentiasa berkelakuan baik, berdisiplin dan saling menghormati diantara satu sama lain terutama sekali kepada pihak pengurusan kolej kediaman pelajar.

Pelajar lelaki dilarang sama sekali memasuki mana-mana kawasan kolej kediaman pelajar wanita dan bagitu juga sebaliknya.

Dilarang merokok di dalam kawasan blok/bilik kolej kediaman pelajar. Pelajar tidak dibenarkan memasuki atau menggunakan mana-mana bilik kosong untuk

sebarang tujuan . Menyidai pakaian di tingkap bilik juga tidak dibenarkan kerana ianya boleh

mencemarkan pemandangan. Pelajar sentiasa berpakaian kemas dan sesuai pada setiap masa di kawasan kolej

kediaman pelajar seperti yang telah ditetapkan dalam etika berpakaian pelajar politeknik.

Kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan penghuni dikeluarkan dari menginap di kolej kediaman pelajar.

Pelajar tidak dibenarkan membawa atau membenarkan pelawat/pelajar yang bukan penghuni kolej kediaman pelajar masuk atau bermalam di mana-mana bilik kolej kediaman pelajar tanpa kebenaran ketua waden/waden kolej kediaman pelajar.

Dilarang merokok di dalam kawasan blok/bilik kolej kediaman pelajar. Pelajar tidak dibenarkan memasuki atau menggunakan mana mana bilik kosong untuk

sebarang tujuan .

8

Page 9: Buku Panduan ran Bhg 1

Menyidai pakaian di tingkap bilik juga tidak dibenarkan kerana ianya boleh mencemarkan pemandangan.

Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penyambungan pendawaian haram kemudahan peralatan elektrik.

Penghuni kolej kediaman pelajar adalah dilarang melibatkan diri dengan najis dadah, minuman keras, berjudi, kumpulan haram, kegiatan politik, vandalisma atau apa-apa kegiatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang undang negara.

Tidak dibenarkan membawa makanan /minuman yang haram di sisi agama Islam ke bilik atau kawasan kolej kediaman pelajar.

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pelajar lelaki dikehendaki membawa seluar slack hitam dan berkasut hitam dan pelajar perempuan membawa kain sarung hitam/gelap untuk kegunaan semasa Minggu Suaikenal.

4.2 Semua pelajar semester satu diwajibkan mengikuti Program Minggu Suaikenal yang bermula pada hari pendaftaran. Sila rujuk aturcara minggu suaikenal seperti yang terdapat didalam buku panduan pendaftaran PKK.

4.3 Makanan untuk pelajar yang mengikuti Minggu Suaikenal disediakan. 4.4 Semua pelajar wajib mematuhi rupa diri pelajar pada hari pendaftaran. (Sila lihat kulit

buku panduan pendaftaran)

5. PINJAMAN DAN BIASISWA

PROGRAM DIPLOMA

Pelajar Program Diploma yang berminat untuk memohon pinjaman PTPTN, Sila layari laman web tiga (3) minggu sebelum tarikh pendaftaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak PTPTN di talian 03-20942769.

INFO CENTER PTPTN

088-230467

www.ptptn.gov.my

9

Page 10: Buku Panduan ran Bhg 1

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke Politeknik Kota Kinabalu pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk mendaftar diri.

1. Dokumen-Dokumen Asal (PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK)

1.1 Kad Pengenalan dan sijil lahir

1.2 Surat Tawaran ke Politeknik

1.3 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

1.4 Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Ko-Kurikulum

1.5 Sijil Berhenti Sekolah

1.6 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

1.7 Borang-Borang Pendaftaran (yang telah lengkap diisi dan dikepilkan sekali mengikut tertib)

a) BHHP1

b) BHHP2

c) BHHP3

d) BHHP4

e) BHHP5

f) Aku janji Pelajar

g) Borang Permohonan kolej kediaman pelajar

h) Borang pendaftaran keahlianperpustakaan

1.8 Borang Permohonan Pinjaman/Biasiswa (yang telah lengkap diisi berserta dengan SEMUA salinan-salinan yang telah disahkan)

2. Slip Bank BSN bernilai RM200.00 (yuran Pengajian)(RM60.00 Kolej kediaman pelajar)

3. Bayaran ke Akaun RM** (rujuk Lampiran 1)Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad

4. Gambar warna terbaru 8 keping

5. Satu Salinan (photo Copy) Dokumen-dokumen berikut:- 2.4.1 Salinan Kad Pengenalan Pelajar2.4.2 Salinan Sijil Lahir Pelajar2.4.3 Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa2.4.4 Salinan Sijil Lahir ibu dan bapa

10