bhg 6 urusan surat kerajaan

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    1/31

    PEKELILINGPERKHIDMATANBILANGAN 5 TAHUN 2007PANDUAN PENGURUSAN

    PEJABAT

    Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

    PutrajayaMei 2007

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    2/31

    Bahagian 6:Urusan Surat Kerajaan

    Bahagian ini memperincikancara penyediaan surat rasmikerajaan, kaedah pendaftarandan pengedaran surat sertapengurusan surat terperingkat.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    3/31

    Urusan Surat Kerajaan

    Pendahuluan

    Penyediaan Pendaftaran Dan Pengedaran

    Pengurusan Surat Terperingkat

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    4/31

    Pendahuluan

    Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang pentingdi antara agensi Kerajaan dengan agensi Kerajaan yang laindan orang ramai. Surat disediakan bagi tujuan antaranyauntuk menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan,keputusan dan idea baru.

    Surat yang disediakan oleh agensi Kerajaan merupakan salahsatu dokumen dan rekod rasmi. Surat adalah penting bagimembuktikan wujudnya penyaluran maklumat antara sesamaagensi Kerajaan dan dengan pihak lain.

    Setiap surat hendaklah jelas, tepat dan ringkas supaya mesej

    dapat disampaikan dengan berkesan. Sesuai denganperkembangan teknologi, surat boleh dihantar melalui mesinfaksimili dan electronic-mail(emel) di samping melalui posdan penghantaran tangan.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    5/31

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    6/31

    Penyediaan

    Penyediaan surat rasmi Kerajaan hendaklah

    mengandungi elemen-elemen berikut:

    alamat pengirim;

    alamat penerima; nombor rujukan;

    tarikh surat;

    tajuk surat;

    pembukaan dan pengakhiran surat; dan

    penomboran perenggan, muka surat dan lampiran.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    7/31

    Huraian bagi setiap elemen adalah sepertiberikut:-

    Alamat Pengirim :

    Muka surat pertama hendaklah menggunakan kepalasurat yang mengandungi nama, alamat, nombortelefon dan nombor faksimili agensi pengirim.

    Ini akan memudahkan penerima menjawab surat ataumenghubungi agensi pengirim di samping memberi

    gambaran bahawa surat berkenaan adalah atasurusan rasmi Kerajaan;

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    8/31

    Alamat Penerima : Alamat penerima di dalamsurat rasmi Kerajaan hendaklah dibuat sepertiberikut:

    Agensi Kerajaan Surat kepada sesebuah agensi Kerajaan hendaklah

    dialamatkan kepada ketua agensi berkenaanmengikut gelaran rasmi jawatannya, manakala suratyang khusus kepada ketua agensi hendaklahdidahului dengan kata hormat, gelaran kebesaran,

    nama, gelaran jawatan dan alamat rasmi agensiberkenaan. Surat yang ditujukan kepada pegawaitertentu hendaklah ditambah di bawah alamat denganperkataan untuk perhatian (u.p. nama pegawaiberkenaan).

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    9/31

    (ii) Orang Ramai / Individu Surat kepada orang ramai atau individu hendaklah dialamatkan

    kepada nama dan alamat individu berkenaan. Bagi individu yangmempunyai gelaran kebesaran, kata hormat dan gelaranhendaklah dinyatakan pada namanya.

    (iii) Pihak Berkuasa Berkanun / Pertubuhan / Firma

    Surat kepada Pihak Berkuasa Berkanun, Pertubuhan atau Firmahendaklah dialamatkan kepada ketua badan, pertubuhan ataufirma berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatannya, diikutidengan nama dan alamat rasminya.

    (iv) Surat Melalui Peguam Surat kepada orang awam atau firma melalui peguam hendaklah

    dialamatkan kepada peguam yang dilantik bagi menguruskanhal ehwal orang awam atau firma berkenaan.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    10/31

    (c) Permulaan Surat :

    Surat yang ditujukan kepada jabatan/agensiKerajaan hendaklah dimulakan dengan Tuanmanakala kepada orang ramai hendaklahdimulakan dengan Tuan atau Puan.

    Surat yang khusus kepada Ketua Jabatan/Agensiyang mempunyai gelaran kebesaran hendaklahdidahului dengan kata hormat dan gelarankebesarannya.

    Begitu juga bagi surat kepada orang awam yangmempunyai gelaran kebesaran.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    11/31

    Nombor Rujukan : Surat hendaklah mempunyai nombor rujukan

    failnya supaya mudah dikesan untuk tindakanlanjut.

    Nombor rujukan ini hendaklah dicatatkan di ruangatas sebelah kanan surat sebagai rujukan kami.

    Surat jawapan kepada surat yang diterima

    hendaklah juga dicatatkan nombor rujukan failpengirim sebagai rujukan tuan di atas rujukankami;

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    12/31

    Tarikh Surat :

    Tarikh surat hendaklah dicatatkan di bahagian atassebelah kanan;

    Tajuk Surat : Surat perlu diberikan tajuk (atau perkara) yang dapat

    menggambarkan kandungan surat berkenaan.

    Setiap surat hendaklah seboleh-bolehnya dihadkankepada satu tajuk (atau perkara) sahaja.

    Bagi surat jawapan, tajuk yang sama hendaklahdigunakan.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    13/31

    Pembuka Kata dan Akhir Surat : Surat boleh dimulakan dengan cara yang difikirkan

    sesuai oleh penulis, tetapi setiap surat hendaklahdiakhiri dengan perkataan Saya yang menurutperintah di sudut kiri sebelah bawah surat sebelumtandatangan pegawai yang berkenaan.

    Jika pegawai yang menandatangani surat itu bukanKetua Jabatan, pegawai berkenaan hendaklahmenandatanganinya bagi pihak (b.p.) Ketua Jabatan.Nama pegawai itu hendaklah menggunakan huruf

    besar di sudut kiri surat di bawah tandatangannya;dan

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    14/31

    Penomboran Perenggan, Muka Surat dan Lampiran : Semua perenggan dalam

    surat, kecuali perenggan pertama, hendaklahdinomborkan secara berturutan.

    Surat yang mengandungi lebih daripada satu mukasurat, muka surat seterusnya hendaklah juga diberi

    nombor yang berturutan.

    Lampiran yang disertakan kepada surat hendaklahdinomborkan di bahagian atas sebelah kanan,misalnya Lampiran 1 atau Lampiran A dan nomborlampiran ini mestilah sama dengan nombor yangdirujuk di dalam surat.

    Nombor rujukan surat hendaklah dicatitkan dibahagian atas sebelah kiri.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    15/31

    Surat hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan.Salinan asal dihantar kepada penerima, salinan kedua

    dikandungkan dalam fail yang berkenaan dan salinanketiga pula dikandungkan dalam fail timbul (float file).

    Jika ada keperluan, salinan tambahan perlu diedarkansebagai salinan kepada (s.k.).

    Semasa menyediakan surat, pegawai hendaklahmemperakukan kepada pegawai pengelas untukmenentukan taraf keselamatan surat sama ada terbukaatau terperingkat.

    Kod peringkat keselamatan hendaklah dicatatkansebagai sebahagian daripada nombor rujukan fail bagisurat berkenaan.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    16/31

    Pendaftaran Dan Pengedaran

    Surat yang ditujukan khusus kepada Ketua/Timbalan Ketua Jabatanhendaklah diserahkan kepada Pembantu Khas (tanpa dibuka),manakala surat yang dialamatkan kepada Ketua Jabatan dan suratuntuk perhatian pegawai hendaklah diserahkan kepada pegawaiyang bertanggungjawab menguruskan surat jabatan.

    Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan surat jabatansahaja yang boleh membuka surat dan mendaftarkannya mengikutprosedur yang ditetapkan.

    Sebelum sesuatu surat diedarkan untuk diambil tindakan olehKetua/Timbalan Ketua Jabatan atau pegawai lain, tindakan segerahendaklah diambil untuk memasukkan surat ke dalam fail.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    17/31

    Pendaftaran Dan Pengedaran

    Semua surat yang diterima hendaklah diambil tindakan segera. Sekiranyasurat itu memerlukan jawapan segera ia hendaklah dibalas dalam masayang singkat. Sekiranya jawapan segera tidak dapat diberikan, penulis suratitu hendaklah dimaklumkan melalui surat akuan terima yang menyatakanbahawa jawapan yang lengkap akan disusuli dalam satu jangka masa yangdinyatakan.

    Pembantu Khas atau pegawai yang bertanggungjawab menguruskan suratjabatan hendaklah memastikan semua surat yang hendak dihantar keluaradalah salinan asal yang lengkap dengan tarikh, nombor rujukan fail,alamat yang betul dan tepat, lampiran (jika ada) dan telah ditandatanganoleh pegawai yang bertanggungjawab. Setiap surat keluar hendaklahdidaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan.

    Penghantaran surat boleh dibuat melalui mesin faksimili. Walaupun surattelah dihantar melalui mesin faksimili, surat asal hendaklah disusuli segera.Selain itu penghantaran surat juga boleh dibuat melalui emel. Peraturanpenerimaan dan penghantaran surat melalui mesin faksimili dan emelhendaklah dipatuhi.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    18/31

    Pengurusan Surat Terperingkat

    Pengurusan surat terperingkat

    termasuk yang diterima dan yang

    dihantar hendaklah dikawal dengan

    selamat menerusi pendaftaran rahsiasemasa menerima, memproses,

    menyimpan dan menghantar mengikut

    Arahan Keselamatan dan peraturanyang berkaitan.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    19/31

    PERINGKAT KESELAMATAN

    Perkara terperingkat hendaklah diperingkatkan

    dengan salah satu daripada peringkat

    keselamatan yang berikut:

    RAHSIA BESAR

    RAHSIA SULIT TERHAD TERBUKA

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    20/31

    RAHSIA BESAR

    DEFINISI: Dokumen rasmi, maklumat rasmidan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa

    kebenaran akan menyebabkan kerosakan

    yang amat besar kepada Malaysia. Dokumenini hendaklah diperingkatkan Rahsia Besar.

    RUJUKAN:

    Arahan Keselamatan

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    21/31

    CONTOH:

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    22/31

    CONTOH PENGGUNAAN

    Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasarutama Kerajaan berkaitan dengan perkara politik atau ekonomi;

    Maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan

    penempatan barisan peperangan Angkatan Tentera jika berlakupeperangan;

    Surat menyurat dengan kerajaan negara asing mengenai aspekperdagangan dan pertahanan yang sangat penting;

    Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhanperisikan Malaysia dan kaedah-kaedahnya.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    23/31

    RAHSIA

    DEFINISI: Dokumen rasmi, maklumat rasmidan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpakebenaran akan membahayakan keselamatannegara, menyebabkan kerosakan besar

    kepada kepentingan dan martabat Malaysiaatau memberi keuntungan besar kepadasesebuah kuasa asing. Dokumen inihendaklah diperingkatkan Rahsia.

    RUJUKAN:

    Arahan Keselamatan

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    24/31

    CONTOH:

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    25/31

    CONTOH PENGGUNAAN

    a) Arahan-arahan penting untuk perwakilan-perwakilan Malaysia yang membuat perundingandengan negara asing;

    b) Maklumat-maklumat penting mengenaipemasangan-pemasangan tentera;

    c) Maklumat-maklumat penting mengenaipertubuhan-pertubuhan subversif dan kegiatan-

    kegiatannya;

    d) Surat menyurat antara jabatan mengenaiperkara-perkara dasar yang penting.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    26/31

    TERHAD

    DEFINISI: Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahanrasmi selain daripada yang diperingkatkan RahsiaBesar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan jugadiberi satu tahap perlindungan keselamatan hendaklah

    diperingkatkan Terhad.RUJUKAN: Arahan Keselamatan

    CONTOH PENGGUNAAN:

    Buku-buku Jabatan bagi maksud arahan; Perintah-perintah dan arahan-arahan biasa Jabatan;

    Dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alatkelengkapan biasa untuk tentera atau polis.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    27/31

    Sulit

    Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yangjika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidakmembahayakan keselamatan negara tetapimemudaratkan kepentingan atau

    martabat Malaysia ataukegiatan Kerajaan atau

    orang perseorangan atau

    akan menyebabkan keadaan memalukan atau

    kesusahan kepada pentadbiran atau

    akan menguntungkan sesebuah kuasa asing

    hendaklah diperingkatkan Sulit.

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    28/31

    CONTOH:

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    29/31

    SENARAI PEKELILING, SURAT PEKELILING DAN

    PERATURAN YANG BERKUAT KUASA BERKAITAN PANDUAN

    PENGURUSAN PEJABAT

    Per. 6.3 & 6.4 - Penyediaan SuratSurat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1980 - Penyeragaman Kepala Surat Kementerian-Kementerian & Jabatan-Jabatan.

    Per. 6.6 - Pengkelasan SuratBuku Arahan Keselamatan -Pendaftaran Rahsia (Per. 42 & 43).

    Per. 6.12 - Surat Melalui Mesin Faksimili & Emeli. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1993 - Peraturan Penggunaan Mesin Faksimili Di

    Pejabat -Pejabat Kerajaan; danii. PKPA Bil. 1 Tahun 2003- Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet

    & Emel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan.

    Per. 6.13 - Pengurusan Surat Terperingkati. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1981 - Kawalan Rahsia Kerajaan;ii. Buku Arahan Keselamatan- Keselamatan Dokumen (Per. 42-76); daniii. Surat PKPKKM {KPKK(R) 200/55 Klt.7 (21)} Bertarikh 21. 8.1999 - Kawalan

    Keselamatan Rahsia Rasmi

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    30/31

    SEMUGA BERJAYA

    KURSUS INDUKSI

    AADK 2009

  • 8/14/2019 Bhg 6 Urusan Surat Kerajaan

    31/31