pendidikan konservasi

Upload: azad-iqram-nadmilail

Post on 02-Mar-2016

160 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan konservasi

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu bidang yang luas dan banyak boleh dibincangkan. Pendidikan juga merupakan salah medium yang sesuai dalam menyebarkan dan menyampaikan maklumat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan bermaksud kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup. Maka, pendidikan boleh dijadikan sebagai satu kaedah atau cara dalam menyampaikan maklumat bagi memastikan sesuatu perubahan yang positif berlaku sama ada dari segi pemikiran dan cara hidup. Konservasi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Oleh yang demikian, Pendidikan Konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada manusia untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Menyedari hakikat ini, kita haruslah memupuk ataupun memberikan pendidikan konservasi ini di peringkat awal yakni peringkat kanak-kanak lagi agar mereka dapat pengetahuan, mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Dengan adanya pendidikan konservasi dapat memberi kesedaran ke dalam diri para pelajar tentang kewajipan mereka terhadap alam sekitar yakni memelihara dan memulihara serta bersikap dan bertindak positif terhadap alam sekitar yang berada di sekitar mereka. Sepatutnya, ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan pendedahan pendidikan konservasi kepada anak-anak mereka kerana mereka merupakan guru pertama bagi kanak-kanak.

Selain itu, seperti yang kita sedia maklum bahawa alam sekitar memainkan penting dalam kehidupan seharian. Kita juga akan menjalani kehidupan yang selesa dan menyegarkan jika alam sekitar bersih. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih akan menjamin kesihatan tubuh badan, iaitu kita terhindar daripada sebarang penyakit yang mungkin berpunca daripada pencemaran pada alam sekitar. Alam sekitar juga merupakan sumber asli yang berharga bukan sahaja bagi manusia malah sumber bagi makhluk-makhluk yang hidup di dunia ini. Hakikatnya, kita sebagai manusia mesti menjaga alam sekitar yang menjadi sumber utama untuk menghasilkan sumber makanan dan minuman. Oleh yang demikian, manusia sebagai makhluk yang bertanggungjawab atas segala yang berlaku di bumi ini , iaitu sebagai makhluk yang berakal fikiran haruslah memelihara alam sekitar dengan baik agar tidak berlakunya kemusnahan alam sekitar.

Tambahan lagi, usaha yang dijalankan oleh guru, badan bukan kerajaaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya pendidikan konservasi diharapkan dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang kerana mereka bakal memimpin negara pada masa depan. Melalui pendidikan konservasi juga, kita dapat melatih mereka supaya bertanggungjawab, mempunyai nilai etika yang tinggi dan juga mempunyai visi dan misi yang berwawasan dalam mengekalkan alam sekitar. Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan mereka diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam.

PUNCA-PUNCA DAN KESAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR

KILANG-KILANG

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalurkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

KENDERAAN

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar. Bagi sesetengah individu, meraka akan membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Mereka juga beranggapan dengan mencampakkan sisa makanan atau cebisan tisu adalah perkara yang remeh dan merasakan ada individu lain yang akan bertanggungjawab. Malah, jika direnungkan sekiranya terdapat seratus orang dalam ruang keluasan 100 meter persegi bersikap demikian sudah tentu persekitaran dan jalanraya berkeadaan seperti taman sampah atau bukit sampah. Selain itu, kilang-kilang juga sesuka hati mengalirkan sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang boleh merosakkan habitat hidupan marin. Hal ini disebabkan sikap mengambil langkah mudah dan hanya memikirkan keuntungan masing-masing. Ketidakpekaan terhadap kebersihan persekitaran juga merupakan punca-punca berlakunya kerosakan alam sekitar.Punca lain yang menyumbang kepada kerosakan alam sekitar ialah pembangunan yang tidak terancang dan tidak sistematik. Perancangan yang dilakukan seharusnya perlu diteliti dan disusun dengan betul termasuk mengambil kira kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap ekosistem sesuatu kawasan. Hal ini perlu ditekankan selain daripada keuntungan dan kebaikan kepada masyarakat setempat dan pemaju. Sekiranya tiada kawalan dan perancangan yang mantap, pelbagai masalah akan timbul khususnya melibatkan ekosistem kawasan sekitar pembinaan dan pembangunan. Pencemaran udara boleh berlaku melalui debu-debu yang berterbangan disebabkan jalan-jalan yang tidak diselenggara dengan baik. Pencemaran udara ini memberi kesan kepada kesihatan penduduk setempat khususnya kanak-kanak dan warga tua, di samping memberi kesan kepada pekerja kawasan pembinaan dan pembangunan. Pencemaran bunyi juga boleh berlaku kepada kawasan setempat disebabkan penggunaan jentera berat yang terlalu banyak dan tidak diselenggara dengan baik. Bunyi jentera yang terlalku bising boleh mengganggu ketenteraman kawasan setempat sekiranya ada terdapat petempatan di kawasan berhampiran. Sekiranya penggunaan teknologi yang lebih mesra alam sudah tentu pencemaran bunyi ini dapat dielakkan.

PEMBAKARAN TERBUKA

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan kebakaran pokok di kawasan lading dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik dan memberi manfaat kepada banyak pihak. Namun, akibat daripada pembakaran tidak terkawal ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga merupakan antara punca-punca berlakunya pencemaran udara. Pembakaran secara terbuka yang tidak terkawal juga menyebabkan berlakunya kebakaran hutan. Beberapa kes pembakaran terbuka telah dilaporkan oleh media massa dan media elektronik. Namun, laporan-laporan berita yang dikemukakan masih gagal memberi kesedaran kepada orang awam tentang kesan dan akibat pembakaran secara terbuka.

Pembakaran terbuka juga memberi kesan kepada semua pihak. Pencemaran udara yang berlaku menjejaskan kualiti udara di kawasan sekitar yang terlibat dengan kesan pembakaran terbuka. Kualiti udara yang tidak sihat boleh merencatkan aktiviti seharian manusia seperti beriadah, bekerja dan sebagainya. Kualiti kesihatan juga boleh menjadi berkurangan disebabkan pencemaran udara. Pelbagai penyakit akan timbul disebabkan pencemaran udara seperti mata berair, tekak berdarah dan sebagainya. Pencemaran udara yang berlaku juga boleh menyebabkan suhu bumi meningkat. Peningkatan suhu bumi juga merupakan salah satu punca kematian manusia seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah sebelum ini.

PENCEMARAN AIR/SUNGAI

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik. Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik. Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

PENCEMARAN TANAH

Punca utama berlakunya pencemaran tanah adalah pembuangan sisa toksik di kawasan lapang. Pembuangan sisa toksik di kawasan lapang berpunca daripada sikap pengusaha-pengusaha kilang yang mengambil sikap acuh tidak acuh dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Mereka membuang sisa-sisa toksik di kawasan lapang yang sunyi dan jauh daripada penempatan. Kadang-kala kawasan pertanian menjadi sasaran mereka. Hal ini boleh menyebabkan kadar pH tanah pertanian di kawasan tersebut berasid. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian dan sebarang penanaman tanaman makanan. Hal ini boleh menyebabkan hasil pertanian tersebut tidak sesuai untuk dikilangkan dan dipasarkan sebagai bahan makanan. Hal ini juga boleh menyebabkan keracunan makanan dan makanan tidak sihat.

Penggunaan racun serangga secara berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Pada awalnya, penggunaan racun serangga adalah bagus bagi mengawal serangga perosak dari merosakkan tanaman. Namun, sekiranya penggunaan racun serangga ini tidak mengikut skala yang ditetapkan dan tidak terkawal, pencemaran tanah boleh berlaku. Keadaan ini juga boleh menyebabkan nilai pH tanah bertambah keasidan dan sekaligus tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tanah pertanian. Keadaan ini juga menyebabkan kawasan di sekitarnya juga tidak selamat untuk kawasan penempatan manusia. Kesan-kesan dari pencemaran tanah ini dilihat memudaratkan manusia dan cara hidup.

AKTIVIT/PENDIDIKAN LUAR BAGI MEMELIHARA ALAM SEMULA JADIKILANG-KILANGAktivitiPertandingan Mewarna & Melukis Poster bertemakan Kesan Pencemaran oleh aktiviti Perindustrian

Objektif1) memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang kesan aktiviti perindustrian kilang yang tidak terkawal kepada alam sekitar.2) memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

SasaranPelajar sekolah rendah

JustifikasiPertandingan mewarna dan melukis poster ini dijalankan bersesuaian dengan tahap murid sekolah rendah kerana pada tahap ini kesedaran sesuai untuk dipupuk dan diterapkan dalam diri mereka. Hasil daripada lukisan ini boleh diterbitkan, dipasarkan atau dikomersialkan bagi tujuan amal kebajikan dan kesedaran umum.

Keterangan ringkas aktiviti murid dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tahap 1 & 2 pertandingan mewarna akan melibatkan murid tahap 1 dan pertandingan melukis poster akan melibatkan murid tahap 2. Pertandingan akan dijalankan serentak di sekolah dengan diberikan peruntukkan masa. Pertandingan mewarna selama satu jam dan pertandingan melukis poster selama dua jam. Guru Pendidikan Seni dan guru kelas akan bersama-sama menyelaras aktiviti ini. Aktiviti akan dijalankan di kawasan yang lapang seperti dewan besar dan kantin sekolah bagi memudahkan penyelarasan dan pengawasan aktiviti.

KENDERAANAktivitiKempen Bebas Asap

Objektif1) Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya asap kenderaan dan asap rokok serta kesannya 2) memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

SasaranPelajar sekolah menengah

JustifikasiKempen Bebas Asap ini merangkumi beberapa aktiviti seperti kenderaan tanpa motor selama 2 hari, kempen bebas rokok dan pameran. Kempen ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang kandungan yang terdpat di dalam asap kenderaan dan asap rokok serta kesannya kepada kesihatan.

Keterangan ringkas aktiviti Guru dan pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan bermotor ke sekolah selama kempen dijalankan. Pameran akan diadakan di beberapa lokasi di kawasan sekolah seperti dewan besar, kantin dan perpustakaan. Pameran yang diadakan juga disertakan dengan beberapa aktiviti seperti pertandingan kuiz, pertandingan pidato, mini projek dan sesi kaunseling Guru bimbingan dan kaunseling, guru disiplin dan guru kelas akan menyelaraskan kempen ini. Kempen yang dijalankan juga akan melibatkan agensi luar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

PEMBAKARAN TERBUKAAktivitiPembuatan Baja Kompos

Objektif1) Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang pengunaan sisa buangan dalam penghasilan baja Kompos 2) memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

SasaranPelajar sekolah menengah

JustifikasiAktiviti pembuatan baja kompos ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang kepentingan bahan sisa buangan dalam pertanian. Aktiviti ini boleh memberikan pengetahuan inovasi kepada pelajar berkaitan dengan penggunaan sisa buangan sebagai satu kaedah alternatif bagi menghasilkan baja kompos. Hal ini kerana kebiasaan manusia yang membakar sisa buangan di tempat terbuka dan kadang kala pembakaran yang tidak terkawal boleh menyebabkan kebakaran merebak ke kawasan sekitar. Aktiviti ini boleh dijalankan di mana-mana pejabat perhutanan seperti FRIM di Kepong dan SFI di Sipitang.

Keterangan ringkas aktiviti Pelajar akan diperkenalkan dengan jenis-jenis sisa buangan yang boleh dijadikan bahan-bahan bagi menghasilkan baja kompos seperti daun-daun kering, sisa makanan dari sayuran dan tulang. Kaedah pembuatan baja kompos secara manual ini akan didemonstrasi oleh wakil dari FRIM atau SFI. Pelajar boleh membuat sebarang catatan atau carta alir bagi tujuan tersebut. Pelajar diberi peluang untuk mencuba setiap proses yang dibuat bagi memberi pengetahuan amali kepada mereka. Pelajar boleh mengaplikasikan aktiviti ini di sekolah

PENCEMARAN AIR/SUNGAIAktivitiProgram Aquaria

Objektif1) Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan memelihara hidupan marin.2) memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

SasaranPelajar sekolah rendah dan menengah

JustifikasiProgram ini ialah program gotong royong yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama penduduk di sekitar kawasan tersebut dan melibatkan beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Pihak Majlis Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini khusus dijalankan ke atas sistem saliran dan perparitan di sekitar kawasan sekolah dan lingkungan radius 2 kilometer dari sekolah. Penjagaan sistem saliran dan perparitan yang efektif dapat mengelakkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus mengelakkan berlakunya banjir kilat.

Keterangan ringkas aktiviti Pelajar akan dibahagikan tugasan mengikut kesesuaian tahap kebolehan mereka dengan kerjasama agensi-agensi yang dipilih dan dilantik oleh pihak sekolah. Agensi-agensi yang dilantik akan menyelaras program ini mengikut kawasan masing-masing. Ibu bapa juga digalakkan untuk turut terlibat dalam program ini. Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar boleh mengadakan pameran tentang kesedaran penjagaan alam sekitar Pelajar juga boleh memperoleh maklumat tambahan dengan mengunjungi laman web untuk maklumat lanjut berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.

PENCEMARAN TANAHAktivitiSeminar Tanaman Mesra Alam

Objektif1) Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan tanaman mesra alam yang boleh digunakan bagi mengusir serangga perosak2) memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

SasaranPelajar sekolah rendah dan menengah

JustifikasiSeminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang penggunaan tumbuhan sebagai salah satu kaedah alternatif bagi menghalau serangga seperti nyamuk. Penggunaan tanaman ini boleh dijadikan sebagai satu kaedah bagi mengelakkan penggunaan racun penyembur serangga bagi menghalau nyamuk. Hal ini amat penting bagi pelajar agar bijak menggunakan alam sekitar sebagai pelindung diri berbanding penggunaan bahan kimia dan racun. Seminar ini juga diselitkan dengan pameran dan demonstrasi penjagaan tanamn berkaitan. Antara tanaman yang digunakan seperti pokok bunga Tapak Dara, Pokok Citrosa Mosquito dan pokok Serai Wangi.

Keterangan ringkas aktiviti Seminar akan dibahagikan kepada 2 sesi dan akan dijalankan selama 2 hari. Satu sesi bagi setiap tahap. Seminar akan diadakan di dua lokasi iaitu dewan besar dan kantin sekolah. Penyertaan daripada ibu bapa adalah digalakkan. Selain seminar, pameran dan demonstrasi penjagaan tumbuhan tersebut juga akan diadakan. Demonstrasi ini bertujuan untuk memberi pengetahuan amali kepada pelajar tentang penjagaan tumbuhan-tumbuhan berkaitan. Pelajar juga digalakkan menghasilkan folio berkaitan dengan tumbuhan mesra alam ini.

PENILAIAN BAGI SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKANNAMA AKTIVITI : Pertandingan Mewarna & Melukis Poster bertemakan Kesan Pencemaran oleh aktiviti PerindustrianBILSENARAI SEMAK PERKARATINDAKAN

ADATIADA

SEBELUM PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat kali pertama Pelantikan AJK induk dan AJK kerja

2Jawatankuasa pelaksana Pengagihan tugasan AJK Pelantikan AJK Kecil setiap bahagian kerja

3Penyediaan bahan aktiviti, hadiah dan cenderahati Kertas lukisan mewarna Kertas lukisan melukis Bilangan hadiah kepada pemenang Bilangan cenderahati kepada hakim

4Persiapan lokasi Penggunaan bilik darjah. Lokasi penyampaian hadiah di dewan besar.

5Enrolmen murid yang terlibat Setiap murid wajib menyertai

SEMASA PELAKSANAAN

1Penyediaan bahan aktiviti, hadiah dan cenderahati Kertas lukisan mewarna Kertas lukisan melukis Bilangan hadiah kepada pemenang Bilangan cenderahati kepada hakim

2Persiapan lokasi Penggunaan bilik darjah. Lokasi penyampaian hadiah di dewan besar.

3Penglibatan murid Setiap murid wajib menyertai

SELEPAS PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat Post-mortem bagi penambahbaikan

2Logistik Bahan-bahan lukisan yang tidak dipakai Hadiah-hadiah yang tidak dituntut dan berlebihan

3Lokasi Kebersihan dan keceriaan dikekalkan dan dijaga.

NAMA AKTIVITI : Kempen Bebas Asap.BILSENARAI SEMAK PERKARATINDAKAN

ADATIADA

SEBELUM PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat kali pertama Pelantikan AJK induk dan AJK kerja

2Jawatankuasa pelaksana Pengagihan tugasan AJK Pelantikan AJK Kecil setiap bahagian kerja Senarai aktiviti yang akan dijalankan

3Penyediaan bahan aktiviti, hadiah dan cenderahati Banner dan poster aktiviti untuk publisiti. Bahan-bahan pameran Hadiah dan cenderahati

4Persiapan lokasi Penggunaan dewan, perpustakaan dan kantin

5Enrolmen murid yang terlibat Setiap murid wajib menyertai

6Agensi yang terlibat Surat jemputan Senarai cadangan aktiviti yang dijalankan

SEMASA PELAKSANAAN

1Penyediaan bahan aktiviti, hadiah dan cenderahati Bahan-bahan pameran Hadiah dan cenderahati

2Persiapan lokasi Penggunaan dewan, perpustakaan dan kantin Kebersihan dan keceriaan dijaga dan diutamakan.

3Penglibatan murid Setiap murid wajib menyertai

4Agensi yang terlibat Agensi yang hadir Senarai aktiviti yang dijalankan Keperluan lain yang diperlukan

SELEPAS PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat Post-mortem bagi penambahbaikan

2Logistik Bahan-bahan publisiti disimpan

3Lokasi Kebersihan dan keceriaan dikekalkan dan dijaga.

4Agensi yang terlibat Maklumbalas daripada agensi Saranan dan cadangan

NAMA AKTIVITI : Pembuatan Baja OrganikBILSENARAI SEMAK PERKARATINDAKAN

ADATIADA

SEBELUM PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat kali pertama Pelantikan AJK induk dan AJK kerja

2Jawatankuasa pelaksana Pengagihan tugasan AJK Pelantikan AJK Kecil setiap bahagian kerja Senarai aktiviti yang akan dijalankan

3Penyediaan bahan aktiviti dan cenderahati Banner dan poster aktiviti untuk publisiti. Cenderahati kepada agensi yang terlibat

4Persiapan lokasi Menghubungi agensi yang dipilih berkenaan lokasi

5Enrolmen murid yang terlibat Ahli Kelab Pencinta Alam

6Agensi yang terlibat Surat jemputan Senarai cadangan aktiviti yang dijalankan

SEMASA PELAKSANAAN

1Penyediaan bahan aktiviti dan cenderahati Banner dan poster aktiviti untuk publisiti. Cenderahati kepada agensi yang terlibat Hadiah dan cenderahati

2Persiapan lokasi Lokasi disediakan oleh agensi yang dipilih

3Penglibatan murid Ahli Kelab Pencinta Alam

4Agensi yang terlibat Agensi yang hadir Senarai aktiviti yang dijalankan Keperluan lain yang diperlukan

SELEPAS PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat Post-mortem bagi penambahbaikan

2Logistik Bahan-bahan aktiviti dan publisiti disimpan

3Lokasi Kebersihan dan keceriaan dikekalkan dan dijaga.

4Agensi yang terlibat Maklumbalas daripada agensi Saranan dan cadangan

NAMA AKTIVITI : Program AquariaBILSENARAI SEMAK PERKARATINDAKAN

ADATIADA

SEBELUM PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat kali pertama Pelantikan AJK induk dan AJK kerja

2Jawatankuasa pelaksana Pengagihan tugasan AJK Pelantikan AJK Kecil setiap bahagian kerja Senarai aktiviti yang akan dijalankan

3Penyediaan bahan aktiviti, hadiah dan cenderahati Banner dan poster aktiviti untuk publisiti. Bahan-bahan untuk gotong-royong.

4Persiapan lokasi Kerjasama dengan persatuan penduduk dan Majlis Daerah

5Enrolmen murid yang terlibat Setiap murid wajib menyertai

6Agensi yang terlibat Surat jemputan Senarai cadangan aktiviti yang dijalankan

SEMASA PELAKSANAAN

1Penyediaan bahan aktiviti dan cenderahati Bahan-bahan untuk gotong-royong.

2Persiapan lokasi Pembahagian tugas mengikut kumpulan

3Penglibatan murid Setiap murid wajib menyertai

4Agensi yang terlibat Agensi yang hadir Senarai aktiviti yang dijalankan Keperluan lain yang diperlukan

SELEPAS PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat Post-mortem bagi penambahbaikan

2Logistik Bahan-bahan publisiti disimpan

3Lokasi Kebersihan dan keceriaan dikekalkan dan dijaga.

4Agensi yang terlibat Maklumbalas daripada agensi Saranan dan cadangan

NAMA AKTIVITI : Seminar Tanaman Mesra AlamBILSENARAI SEMAK PERKARATINDAKAN

ADATIADA

SEBELUM PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat kali pertama Pelantikan AJK induk dan AJK kerja

2Jawatankuasa pelaksana Pengagihan tugasan AJK Pelantikan AJK Kecil setiap bahagian kerja Senarai aktiviti yang akan dijalankan

3Penyediaan bahan aktiviti dan cenderahati Banner dan poster aktiviti untuk publisiti. Bahan-bahan penggunaan seminar seperti LCD,laptop dan kertas.

4Persiapan lokasi Dewan besar dan kantin

5Enrolmen murid yang terlibat Setiap murid wajib menyertai

6Agensi yang terlibat Surat jemputan Senarai cadangan aktiviti yang dijalankan

SEMASA PELAKSANAAN

1Penyediaan bahan aktiviti dan cenderahati Bahan-bahan untuk pameran dan seminar

2Persiapan lokasi Menjaga kebersihan dan keceriaan lokasi

3Penglibatan murid Setiap murid wajib menyertai

4Agensi yang terlibat Agensi yang hadir Senarai aktiviti yang dijalankan Keperluan lain yang diperlukan

SELEPAS PELAKSANAAN

1Mesyuarat Mesyuarat Post-mortem bagi penambahbaikan

2Logistik Bahan-bahan publisiti disimpan

3Lokasi Kebersihan dan keceriaan dikekalkan dan dijaga.

4Agensi yang terlibat Maklumbalas daripada agensi Saranan dan cadangan

(3457 patah perkataan)Rujukan1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2012). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 13. Kementerian Pelajaran Malaysia.2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2012). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 7. Kementerian Pelajaran Malaysia.3. http://panduanpercuma.info/info/tahukah/6060/10-tanaman-pengusir-nyamuk/#axzz3JTlQPG774. laman web FRIM http://www.frim.gov.my5. Laman web Sabah Forest Industry http://www.stia.com.my