5pendidikan konservasi dalam pendidikan luar

Upload: rendangayam

Post on 05-Apr-2018

359 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    1/18

    5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar

    KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI dide!nisikan sebagai menjaga, memelihara

    sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Oleh itu pendidikan konservasi dilihat

    sebagai usaha bagi memberikan kesedaran

    kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

    OBJEKTIF PENDIDIKAN KONSERVASIObjektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu:

    (i) Kesedaran

    Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap

    alam semula jadi

    (ii) Pengetahuan

    Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah

    dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang

    bertanggungjawab

    (iii) Sikap

    Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam

    semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi

    (iv) Kemahiran

    Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk

    memelihara alam semula jadi.

    (v) Kebolehan menilai

    Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan

    mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan.

    (vi) Bekerjasama

    Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan

    bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    2/18

    IMPAK PERLAKSANAAN AKTIVITI PENDIDIKAN

    Dalam mereka bentuk pendidikan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam

    sekitar perkaraperkara berikut perlu di pertimbangkan.

    (a) Menyedarkankan individu dan masyarakat tentang kaitan malapetaka yang berlaku dan

    mengancam kehidupan adalah hasil daripada proses pemusnahan alam sekitar yang

    berleluasa.

    (b) Menyedarkan manusia bahawa alam sekitar adalah harta yang perlu di warisi. Kehidupan

    manusia pada masa hadapan bergantung kepada keupayaan masyarakat di zaman ini

    mengekalkan alam sekitar.

    (c) Menyedarkan manusia bertapa pentingnya alam sekitar selain daripada usaha mengejar

    kemajuan dan perubahan. Kesedaran perlu di pertingkatkan supaya manusia mempunyai

    tanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar.

    DI ANTARA AKTIVITI AKTIVITI YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MEMBERI

    KESEDARAN KEPADA PELAJAR UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM

    SEKITAR IALAH:

    (a) Melaksanakan aktiviti pendidikan luar yang menyerap pendidikan alam sekitar dalam

    perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/ kelab/ persatuan.

    (b) Menganjurkan aktiviti pendidikan luar yang bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau,

    Enviro-Hunt, Enviro-Walk, Enviro-Bike dan lain-lain.

    (c) Menjadikan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkhemahan atau trek laluan sebagai

    aktiviti wajib atau dendaan.

    (d) Program penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok daripada spesies yang sesuai.

    TERDAPAT DUA KOMPONEN PENTING TENTANG ALAM SEMULA JADI YANGDIKAJI DALAM PENDIDIKAN LUAR IAITU HUTAN DAN AIR.

    Kepentingan hutan

    Terdapat pelbagai kepentingan hutan antaranya ialah:(i) Sebagai habitat bagi haiwan, serangga dan tumbuhan

    (ii) Mengawal alir air dan kualiti air- Apabila hujan turun, air hujan akan menitis ke bawah

    menuju ke lantai tanah hutan dengan pantas. Pergerakan titisan air hujan dapat diperlahankan

    dengan adanya kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya

    hutan dapat mengurangkan kejadian banjir pada musim hujan lebat dengan memerangkap

    kebanyakan air hujan dan mengembalikan kepada atmosfera

    (iii) Mengawal hakisan tanah

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    3/18

    (iv) Kestabilan cuaca -Pengurangan kawasan hutan hujan tropika sejak kebelakangan ini telah

    memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi pada tumbuhan,

    tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigen. Keadaan ini

    telah menjadikan suhu udara di sekitar kawasan hutan lebih rendah dan selesa daripada

    kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan.

    (v) Rekreasi

    PRINSIP KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    1. Prinsip rendah diri

    perasaan rendah dri terhdp kebesaran penciptadi dalam jiwa. - bersyukur atas kurniaannya

    2. Prinsip bekerjasama memupuk smgt kerjasam dlm kumplan dlm menyelesaikan mslh alam

    sekitar - meransang sikap bkerjasama dlm memelihara dan memulihara alam sekitar

    3. Prinsip menghormati alam sekitar - menghormati alam sekitar sbg benda hidup

    4. Prinsip kehidupan seimbang mengimbang kperluan ekonomi dgn alam sekitar6. Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup x gangggu ekosistem

    semulajadi

    9. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di

    habitatnya

    10. Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang

    15. Prinsip mengalami dan menghayati dan menjaga alam sekitar

    16. Prinsip mencintai persekitaran

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    4/18

    REKABENTUK KAYAKTerdapat beberapa reka bentuk kayak. Setiap satu memiliki ciri-ciri dan kelebihanyang tersendiri, antaranya seperti:

    1. MandestaLATIHAN 6. 1

    btk v - kelajuan tinggi - sukar dikawal - sesuai di tasik dan sungai

    2. Ottersport

    bbtk U - sgt stabil - rintangan air byk - sesuai prjlnan jauh / ekspedisi - sesuai sungai , laut ,tasik - sesuai utk rekreasi

    3. Slalom

    btk U - hull melengkng - mudah dikawal - laju mudah terbalik - sesuai utk latihan / pertunjukan -

    sesuai utk sungai, tasik, utk rekreasi

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    5/18

    Teknik BerdayungDayungan Junam

    (a) Mulakan dayungan dengan menjunamkan blade ke hadapan sejauh mana yang anda mampu mengikut keselesaan(b) Jatuhkan keseluruhan bahagian blade ke dalam air dan mulakan mendayung dengan tekanan menggunakan tangan yang berada paling atas

    (c) Blade yang berada di dalam air perlu sentiasa berada di sisi kayak dan pastikan tangan yang berada paling bawah dengan pendayung sentiasategak(d) Apabila blade telah mula melepasi bahagian badan anda, pastikan bahagian lengan paling atas akan berada melintas tegak di hadapan mukaanda(e) Akhir sekali apabila berada dalam fasa da yungan paling akhir muka blade yang belum dibenamkan ke air akan mula dihalakan ke bawah(f) Teknik ini perlu diteruskan secara berterusan dan menggilirkan blade di kiri dan di kanan

    Dayung ke belakang atau Back Paddling

    (a) Dimulakan dengan posisi dayung diletakkan pada paras yang rendah iaitudi sebelah tepi / sisi kayak dengan bahagian rata belakang blade di atas air.(b) Gunakan bahagian belakang blade yang rata tersebut, lakukan tolakkan ke dalam air.(c) Kemudian bawalah blade dayung terse but maju ke hadapan dengankedua-dua belah tangan dalam keadaan yang lurus dan menegak.

    Dayungan Sapu (Sweep)

    Merapatkan Kayak (Draw stroke)

    MENYELAMAT KAYAK (RESCUE)teknik dan kaedah menyelamat yang dibincangkanseperti:(A) SELF RESCUE (MENYELAMAT BERSENDIRIAN)Cara menyelamat diri sendiri:(a) Jika kayak akan terbalik, luruskan kaki dan keluar dari kayak dengansegera. Dalam situasi ini cuba capai mana-mana bahagian kayak.(b) Jika kayak tidak dipenuhi air, secara serentak kedua-dua peserta hendaklahmengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan denganpantas. Ini akan membetulkan kedudukan kayak.c) Seorang peserta akan menjaga stabiliti kayak sementara rakannya akan cubamemanjat untuk menaiki kayak.(d) Setelah rakan depan (bowman) berada di dalam kayak, rakan belakang(strenman) akan mula memanjat kayak.

    (B) X RESCUE (a) Kayak yang terbalik akan dinaikkan ke bahagian depan kayak penyelamat(b) Bowman dan sternman akan saling bersama bertindak membuang air daridalam kayak dengan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak sepertipapan jongkang-jongket

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    6/18

    (c) Kemudian jika and telah pasti bahawa semua air telah dikeluarkan darikayak kembalikan kayak anda ke kedudukan asal(d) Seterusnya anda boleh naik semula ke kayak didahului oleh bowman danseterusnya sternman

    (C) H RESCUE

    (a) Kaedah ini boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamatdalam satu masa.(b) Kedua-dua kayak penyelamat akan berada di sisi kayak yang terbalik seolah membuat hurufHc. bowman pd dua2 kayak penyelamat akan memegang hujung kayak terbalik seterusnyamembalikkan kayak itu sambil mengelurakan aird. sternman mengimbangkan kayak

    (D) HI RESCUE

    a. Sternman kayak A dan B merentangkan pendayung satu sama lain(b) Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung yang telah direntangkan.(c) Buang air dengan menggunakan cara meninggi dan merendahkan hujungkayak.d. letakkan semula kayak C pd kedudukan asal dan turunkan semula dlm air

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    7/18

    TOPIK 7 - AKTIVITI DARAT I ASAS PERKHEMAHAN

    Berikut adalah beberapa objektif asas pelaksanaan aktiviti perkhemahan:

    1. Pendekatan Pendidikan

    Melalui aktiviti perkhemahan ianya mampu memberikan pelbagai bentuk pendidikan yang boleh

    diperoleh secara langsung dan tidak langsung. Sebagai contoh, berdikari, bekerjasama,

    pembinaan sahsiah, disiplin, berani berhadapan cabaran, memantapkan !zikal dan mental dan

    sebagainya

    2. Interaksi sosial

    Aktiviti perkhemahan adalah tempat di mana peserta akan berpeluang berinteraksi di antara

    satu sama lain ketika menjalankan aktiviti. Peserta akan sentiasa bersama ketika beraktiviti,

    bertukar-tukar !kiran dan bekerja bersama dalam melengkapkan sebarang tugasan yang

    diberikan. Peserta juga akan terdedah kepada situasi penyelesaian masalah dan menyemat

    semangat kekitaan dalam diri masing-masing.

    3. Berekreasi

    Aktiviti perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam bidang rekreasi.

    4. Mempertingkat keupayaan fizikal dan mental

    Program yang dirancang sepanjang perkhemahan memberikan ruang kepada anda untukmencabar tahap !zikal melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan seperti melalui aktivitimendaki, trekking dan sebagainya. Begitu juga dengan mental, berhadapan dengan pelbagaicabaran membantu menguji, dan memantapkan keupayaan mental.

    5. Memperoleh pengalaman dan kemahiran

    memberikan pengalaman dan mempertingkat kemahiran dalam pelbagai aspek kegiatan luar.Antara kemahiran yang boleh ditimba seperti ilmu hutan, ikhtiar hidup, pandu arah

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    8/18

    PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN

    1. BEG BALIK HARI (DAY PACK) berukuran 20-35 liter dan kebiasaan berkapasiti 11 kilogram

    dan hanya sesuai digunakan jika pengguna tidak bermalam.

    2. BEG BERMALAM (OVERNIGHT PACK) 35-55 liter ianya sesuai digunakan bagi

    perkhemahan yang merangkumi tempoh 2 hingga 3 hari. Berkapasiti 27

    3. BEG BERANGKA (EXPEDITION PACK) 55-120 liter pula memiliki ciri-ciri tahan lasak dan

    memiliki kekuatan yang tinggi kerana rangka yang diperbuat dari aloi dan berkapasiti muatan

    hingga 100 kg. Ianya amat sesuai untuk kegunaan dalam tempoh 10 hari atau lebih.

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    9/18

    KEMAHIRAN ASAS IKATAN TALI

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    10/18

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    11/18

    KONSEP ASAS GEJEKUntuk memudahkan anda memahami apa itu gejek, berikut adalah konsep asas

    sebuah gejek:

    1. Gejek boleh direka bentuk dalam pelbagai bentuk dan saiz

    2. Gejek biasanya hanya digunakan dalam kegiatan luar seperti berkhemah

    3. Gejek berupaya membantu memudahkan tugasan harian di tapak

    perkhemahan

    4. Gejek memberikan kelebihan membantu ketika melakukan aktiviti

    memasak

    5. Gejek adalah alatan yang mudah dibina dan dibuat dari sumber semula jadi

    6. Gejek boleh dibina menggunakan kayu ataupun buluh

    7. Gejek kebiasaannya dibina berdasarkan imaginasi manusia

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    12/18

    PEMILIHAN TAPAK AKTIVITIPerkara utama yang perlu diambil berat dalam aktiviti abseiling ini ialahkeselamatan. Tapak aktiviti yang dipilih perlu memenuhi ciri-ciri asas sepertiberikut:1. Tapak yang dikenal pasti tidak terlalu sukar dan ianya sesuai dengan peringkat umur aktiviti.2. Tiada batuan yang longgar bila dipijak kerana boleh menyebabkan jatuhan batu-batuan laindi sekitarnya.

    3. Pastikan tiada batuan atau permukaan yang terlalu licin hingga menyukarkan untuk dipijak.4. Kawasan persekitaran bebas dari tiupan angin kencang yang menyukarkan penurunan.5. Tiada berlakunya sebarang runtuhan di sekitar tapak.

    TOPIK 9 KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Beberapa faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan apabila hendak menilaitahap keselamatan sesuatu aktiviti. Antara faktor faktor yang perlu diteliti ialah:-1. PenyertaanPenyertaan peserta juga perlu diambil kira kerana terdapat beberapa faktorbahawa penyertaan yang ramai di dalam sesuatu program boleh membawamasalah kepada keselamatan. Faktor faktor yang perlu diambil kira ialah:-umur peserta -pengalaman lalu - keadaan fizikal - mental

    2. Tempat (Lokasi) - tempat di mana aktiviti akan dijalankan juga menjadifaktor yang penting.

    3. Cuaca

    4. Peserta

    5. Pemilihan Peserta

    6. Keterangan Sejarah Kesihatan

    7. Keadaan Fizikal (Kesihatan)8. Pengalaman Lalu

    9. Lain- lain Maklumat

    alamat dan nomb. telefon

    siapa yg boleh dihubungi utk kecemasan

    kebenaran utk membuat pemeriksan kesihatan

    KESELAMATAN DI DALAM AKTIVITI BERASASKAN AIR

    Keselamatan di dalam menjalankan aktiviti di kawasan berair adalah sama ketikamenjalankan aktiviti darat iaitu keperluan mengambil kira faktor faktor berikut:-a) Umur peserta(b) Pengalaman Lalu - program pengenalan kepada orang banj atau programyang menyediakan aktiviti untuk mereka yang berpengalaman atauprogram yang mencampurkan kedua-duanya-sekali.c)keadaan fizikal(d) Mental dan keadaan tekanan perasaan.(e) Kerelaan menyertai - sukarela (percuma atau bayar untuk menyertai) ataudipaksa menyertai.(f) Tempat (Lokasi)g) jarak./jauhnya aktiviti dijlnkan

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    13/18

    (h) Cuaca

    1. BAHAYA ALAM SEKITARKemungkinan bahaya alam sekitar anda perlu melihat kepada empat faktor.(a) AktivitiSetempat di mana kegiatan alam sekitar tidak bertukar. Bergerak di manakegiatan alam sekitar bertukar dengan cepat tanpa diduga.(b) Tempat

    Tempat yang jauh di pendalaman, anda dikehendaki menambahkanpersediaan kemungkinan.(c) Musim/CuacaCuaca dan kemungkinan pertukaran cuaca juga menambahkan tekananke arah Kemungkinan Kemalangan.(d) PeralatanPakaian yang tidak sesuai dan peralatan yang tidak berfungsi

    Topik 10 Kemahiran Pertolongan Cemas

    MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS

    a) Untuk menyelamatkan nyawa individu yang sedang kesakitan ataukemalangan(b) Mengehadkan kesan kesan kecederaan(c) Menggalakkan dan membantu pemulihan

    Tindakan Ketika Kecemasan

    1. Menilai situasi kecemasan(a) Menilai dengan pantas dan tenang keadaan atau tempat peristiwa itu

    berlaku2. Memastikan kawasan kecemasan selamat(a) Pastikan keselamatan diri sebelum melakukan pertolongan terhadap mangsab) Cuba hindarkan mangsa dari bahaya iaitu pindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatirimendatangkan bahaya.3. Menilai semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas(a) Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihanpernafasan ABC dan dapatkan bantuan dengan segera 4. Meminta bantuan(a) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan di dalam perjalanan.

    Tindakan semasa menghadapi keadaan kecemasan

    1. Faktor D.R. A.B.C(a) D pastikan mangsa berada di dalam keadaan dan tempat yangselamat (danger)(b) R cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda(response)(c) A periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atautersumbat akibat dari lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnyaatau benda benda asing seperti gigi palsu dan gula gula atausebagainya. (check airways)(d) B - periksa pernafasan mangsa (check breathing)(e) C peredaran darah (circulation)

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    14/18

    2. Teknik SAFE(a) S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan)(b) Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan(c) A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatandengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut)(d) F - Free from danger (Bebas dari bahaya)

    3. Faktor R.I.C.ER rehat (rest)I ais (ice)C balutan (sesuatu yang dapat mengawal pergerakan) (compressed)E meninggikan tempat yang tercedera (elevation)

    Kit Pertolongan CemasSatu kit yang asas mengandungi:(a) Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal(b) Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)(c) Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakankesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur 16 tahun)(d) Pembalut luka (bandage)(e) Plaster (sepeket)(f) Pita bergam untuk membalut(g) Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh)(h) Pembalut elastik(i) Pembalut tiga segi(j) Losen calamine untuk ruam yang gatal(k) Kapas steril (1 gulung)(l) Pembalut luka atau dressing(m) Gause para!n (untuk luka terbakar)(n) Gause steril(o) Dressing untuk luka (2 saiz)(p) Basuhan mata(q) Lampu suluh(r) Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)(s) Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu(t) Putik kapas (untuk meletakkan ubat)(u) Pin (untuk menetapkan bandage)(v) Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untukkegunaan pertolongan cemas sahaja)(w) Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    15/18

    TOPIK 3 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKANLUAR

    PENYEDIAAN KERTAS KERJA

    Menyediakan Kertas Kerja mengikut format yang di tetapkanAntara format kertas kerja yang selalu di gunakan ialah seperti berikut:1. Tajuk Kertas Kerja

    Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna2. Tujuan Kertas Kerja

    Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada untuk:(a) Kelulusan, maklumat atau perbincangan(b) Untuk siapa kertas kerja di kemukakan(c) Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai3. Penerangan tentang projek

    Nyatakan secara jelas butiran mengenai(a) Tarikh, masa atau tempat(b) Peserta kumpulan sasaran(c) Yuran atau bayaran yang dikenakan(d) Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain4. Jawatan kuasa pelaksana

    Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai:(a) Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telahmemutuskan untuk mengadakan projek yang di pohon(b) Senarai penuh jawatankuasa(c) Peranan dan bidang tugas jawatan kuasa5. Anggaran perbelanjaan

    Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaantermasuk belanja runcit sebanyak 10 peratus dan di perincian mengikutbutir-butir perbelanjaan6. Susun atur atau atur cara

    Sediakan jadual tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhirtermasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakanmasa, tempat dan tindakan jurulatih atau fasilitator.7. Peserta

    Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini samaada pelajar atau kakitangan anggaran bilangan peserta8. Tindakan

    Senaraikan cadangan jurulatih dan fasilitator yang terlibat dalam setiapaktiviti yang di rancang9. Sokongan

    Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yangberkaitan untuk di komen atau di beri sokongan

    BERIKUT ADALAH TUJUH PERKARA DALAM PERATURAN PERKHEMAHAN .

    (a) Disiplin(i) Patuhi semua arahan yang di keluarkan oleh jawatankuasa pengelola danpenasihat

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    16/18

    (ii) Sentiasa menepati masa(iii) Sentiasa berpakaian kemas dan berkasut di kawasan perkhemahan(iv) Bertingkah laku sebagai seorang pelajar yang sentiasa menjaganama baik universit

    (b) Larangan(i) Dilarang sama sekali mengambil dadah, sebarang aktiviti yang melibatkankeadaan khayal adalah di larang keras

    (ii) Dilarang sama sekali menghisap rokok(iii) Dilarang bermain sebarang permainan berbentuk perjudian(iv) Senjata api atau senjata tajam tidak boleh di bawa masuk ke kawasanperkhemahan(v) Dilarang membawa barang kemas yang berharga(vi) Sebarang bentuk alat hiburan seperti radio, gitar tidak boleh di bawa

    (c) Keselamatan Dan Kesihatan(i) Dilarang turun ke laut tanpa kebenaran penasihat(ii) Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa penasihat atau jawatankuasapengelola

    (iii) Gunakan masa rehat yang di peruntukan untuk berehat(iv) Jika hendak ke mana-mana pastikan berkawan dan maklumkan kepadapenasihat atau jawatankuasa pengelola(v) Laporkan masalah kesihatan kepada penasihat atau jawatankuasapengelola(vi) Utamakan keselamatan diri(vii) Alatan merbahaya perlu di simpan di tempat yang selamat(viii) Dilarang menyalakan api atau lilin di dalam khemah(ix) Pastikan api tidak dinyalakan berhampiran khemah(x) Mereka yang mempunyai giliran berjaga malam di wajib melaporkan diri tepat padamasa yang ditetapkan

    (xi) Kenal pasti nada wisel yang dibunyikan.(xii) Belerang harus di taburkan di sekeliling khemah untuk mencegah binatangberbisa merayap di kawasan khemah

    (d) Kebersihan kawasan khemah(i) Bina khemah di tapak khemah di tetapkan oleh urus setia(ii) Tunggu arahan yang di berikan oleh pegawai yang terlibat dalam urusanmembina dan menurunkan khemah(iii) Di larang membuang sampah di merata-rata tempat, buang sampah di tempat yangdikhaskan(iv) Sentiasa menjaga kebersihan kawasan perkhemahan(v) Sediakan lubang basah dan kering untuk setiap khemah(vi) Jangan simpan makan dalam khemah(vii) Jangan jemur pakaian pada tali khemah(viii) Bersihkan kawasan khemah

    (e) Khemah(i) Pastikan alat-alat keperluan khemah lengkap sebelum mendirikannya(ii) Sebarang kekurangan pada alatan hendaklah di beritahu ketuakumpulan dengan segera(iii) Tidak di benarkan menyimpan makan di dalam khemah(iv) Elakkan Kasut dan sarung kaki di simpan di dalam khemah(v) Susun kasut dengan kemas

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    17/18

    (f) Dapur Atau Tempat Masak

    (i) Tempat masak perlu jauh dari khemah(ii) Padam api bila tidak di gunakan(iii) Elakkan daripada memasak menggunakan api yang besar(iv) Pinggan mangkuk hendaklah di basuh dan di susun di tempat khas(v) Jika berlaku kebakaran bertindak dengan segera

    (g) Am(i) Elakkan membuang air di merata tempat, gunakan tempat yang telah di sediakan(ii) Jika berlaku kemalangan atau kecederaan laporkan kepada pihak berkuasadengan segera(iii) Sentiasa mematuhi arahan yang di keluarkan oleh pihak urus setia darisemasa ke semasa(iv) Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala aktivitiberkumpulan

  • 8/2/2019 5Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar

    18/18