20140722061625_topik 5 pendidikan konservasi dalam pendidikan luar.pdf

23
PENGENALAN Setiap hari, kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan kerakusan manusia memusnahkan khazanah alam sekitar. Tahukah anda, akibat daripada sikap yang tidak bertanggungjawab ini, pelbagai masalah mungkin berlaku? Antaranya kehilangan harta benda dan yang lebih dahsyat ialah kehilangan nyawa. Setiap kali terjadi malapetaka besar alam sekitar seperti keruntuhan bangunan, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain, berbagai-bagai cadangan dikemukakan. Namun, cadangan tinggal cadangan. Kita terpaksa menerima hakikat ă perkara paling penting dalam kesemua isu alam sekitar ialah menyedarkan masyarakat; kesedaran lahir daripada pendidikan yang sempurna. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan objektif konsep dan objektif pendidikan konservasi; 2. Menghuraikan impak daripada kesan pelaksanaan aktiviti pendidikan konservasi; 3. Melaksanakan cara pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar; dan 4. Menghuraikan prinsip konservasi dalam pendidikan luar. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 5 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar

Upload: nurabella

Post on 26-Dec-2015

137 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

PENGENALAN

Setiap hari, kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan kerakusan manusia memusnahkan khazanah alam sekitar. Tahukah anda, akibat daripada sikap yang tidak bertanggungjawab ini, pelbagai masalah mungkin berlaku? Antaranya kehilangan harta benda dan yang lebih dahsyat ialah kehilangan nyawa. Setiap kali terjadi malapetaka besar alam sekitar seperti keruntuhan bangunan, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain, berbagai-bagai cadangan dikemukakan. Namun, cadangan tinggal cadangan. Kita terpaksa menerima hakikat perkara paling penting dalam kesemua isu alam sekitar ialah menyedarkan masyarakat; kesedaran lahir daripada pendidikan yang sempurna.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan objektif konsep dan objektif pendidikan konservasi;

2. Menghuraikan impak daripada kesan pelaksanaan aktiviti pendidikan konservasi;

3. Melaksanakan cara pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar; dan

4. Menghuraikan prinsip konservasi dalam pendidikan luar.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

55 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar

Page 2: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

86

Kita selalu tersalah anggap dengan mengatakan bahawa pendidikan konservasi menghalang penggunaan alam sekitar dan kemajuan. Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada menggunakan sumber alam sekitar untuk kemajuan.

Konsep konservasi bukan menghalang penggunaan sumber alam sekitar sehingga menghalang proses kemajuan. Pendidikan konservasi adalah berkaitan dengan cara memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan bijak.

Rajah 5.1: Tanah runtuh Kita harus sedar hakikat bahawa alam semula jadi ini bukan hak milik kita sahaja, kita hanya meminjamnya daripada generasi yang lalu dan perlu mengembalikannya kepada generasi yang akan datang. Dalam ucapan pada persidangan Parlimen Asia mengenai Kemusnahan Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana anjuran Forum Anggota Parlimen Asia mengenai Pembangunan Penduduk (AFPPD) pada 10 Ogos 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB DatoÊ Sri Najib Tun Abdul Razak menyatakan:

Jika kita sendiri tidak prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, siapa lagi yang harus dipertanggungjawabkan? Pelbagai cara diusahakan oleh pemimpin dan pendidik di negara kita untuk membentuk dan menyemai sikap dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya usaha pemeliharaan alam sekitar dan menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Usaha yang dilihat paling berkesan dalam membentuk dan menyemai sikap positif terhadap alam sekitar ialah melalui pendidikan konservasi.

Sebagai pemegang amanah, kita perlu memberi penekanan untuk melindungi alam sekitar kerana jika gagal, kita sebagai pemegang amanah menjaga bumi ini mengecewakan anak-anak dan generasi akan datang.

Page 3: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

87

KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI

Menurut Kamus Dewan (2007):

Kita perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semula jadi dan apa pendidikan alam semula jadi? Alam semula jadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semula jadi. Alam semula jadi boleh dilihat sebagai semua komponen semula jadi, di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Oleh itu, pendidikan konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan. Pendidikan konservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam semula jadi. Dengan kata lain, pendidikan konservatif dalam pendidikan luar lebih banyak tertumpu kepada nilai-nilai murni yang perlu dalam menjaga alam semula jadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar. Dengan melaksanakan pendidikan konservasi di sekolah, kita akan dapat membentuk warganegara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara penghidupan yang seimbang.

Pendidikan ditakrifkan sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup.

Konservasi didefinisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan.

5.1

Page 4: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

88

5.1.1 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar

Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian, bukan sahaja oleh badan bukan kerajaan tetapi media, malahan oleh kerajaan. Keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini, pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam pendidikan luar dewasa ini.

Pendidikan konservasi membolehkan peserta pendidikan luar menghayati kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar, bertujuan untuk mengelakkan malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielakkan sekiranya alam sekitar dapat dijaga dengan sempurna.

5.1.2 Objektif Pendidikan Konservasi

Menurut UNESCO (1976), objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara, sepertimana dinyatakan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Enam Objektif Pendidikan Konservasi

Objektif Deskripsi

Kesedaran Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi.

Pengetahuan Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini diharap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab.

Sikap Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi.

Kemahiran Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

Kebolehan menilai Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor persekitaran dalam semua aspek tindakan.

Bekerjasama Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar.

Page 5: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

89

5.1.3 Impak Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Luar

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa keseimbangan ekosistem dewasa ini telah terganggu akibat degradasi alam. Menyedari hakikat ini, pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca dan hakisan kepupusan spesies telah dibahaskan secara hangat di mana-mana sahaja, sama ada di warung kopi, media mahupun di Parlimen. Keadaan ini telah mendorong pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. Namun, perbahasan dan penguatkuasaan tanpa menekankan kepada pendidikan kesedaran dalam masyarakat hanya akan meninggalkan kesan sementara sahaja atau dalam jangka masa pendek. Perancangan dan pelaksanaan yang akan meninggalkan kesan jangka masa panjang dan kekal ialah mendidik masyarakat terutamanya pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar. Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta tanggungjawab terhadap alam semula jadi secara proaktif dan memainkan peranan dalam pemeliharaan alam sekitar. Perancangan serta pelaksanaan program pendidikan yang teliti akan memberi kesan yang positif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam mereka bentuk pendidikan untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, tiga perkara berikut perlu dipertimbangkan:

(a) Menyedarkan individu dan masyarakat tentang kaitan malapetaka yang

berlaku dan mengancam kehidupan adalah hasil daripada proses pemusnahan alam sekitar yang berleluasa;

(b) Menyedarkan manusia bahawa alam sekitar adalah harta yang perlu

diwarisi. Kehidupan manusia pada masa hadapan bergantung kepada keupayaan masyarakat di zaman ini mengekalkan alam sekitar; dan

(c) Menyedarkan manusia betapa pentingnya alam sekitar selain daripada

usaha mengejar kemajuan dan perubahan. Kesedaran perlu dipertingkatkan supaya manusia mempunyai tanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar.

Page 6: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

90

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar ialah: (a) Melaksanakan aktiviti pendidikan luar yang menyerap pendidikan alam

sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/kelab/ persatuan;

(b) Menganjurkan aktiviti pendidikan luar yang bertemakan alam sekitar

seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk dan Enviro-Bike; (c) Menjadikan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkhemahan atau trek

laluan sebagai aktiviti wajib atau dendaan; dan (d) Program penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok daripada spesies

yang sesuai. Pendekatan serta matlamat penyebatian pendidikan konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Secara tidak langsung, dengan menyerapkan pendidikan konservasi dalam pendidikan luar, para pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan boleh memupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab untuk berusaha serta boleh bertindak secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu alam sekitar. Terdapat dua komponen penting tentang alam semula jadi yang dikaji dalam pendidikan luar sepertimana dipaparkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Dua komponen alam semula jadi

(a) Hutan Hutan ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan

dan serangga yang saling bersimbiosis dengan meliputi kawasan yang sangat luas (lihat Rajah 5.3). Hutan memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk membentuk pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik. Hutan amat penting dalam dunia, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan manusia banyak faedah.

Page 7: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

91

Rajah 5.3: Hutan terdiri daripada flora dan fauna

Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun di negara kita menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan hingga membentuk kawasan hutan yang luas. Malaysia amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli yang agak luas. Namun, kita tidak seharusnya berpuas hati dan mengabaikan masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan yang konkrit bahawa sumber alam semula jadi dan warisan ini akan terus kekal pada masa hadapan. Kita boleh lihat dengan jelas, terdapat tanda-tanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar penebusgunaan hutan masa kini. Sebenarnya, pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber alam semula jadi memerlukan tindakan wajar dan segera terutamanya sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah amat diperlukan. Kita sebagai masyarakat perlu bertindak dengan segera sebelum terlambat; sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Terdapat lima kepentingan hutan di mana ia diilustrasikan dalam Rajah 5.4.

Page 8: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

92

Rajah 5.4: Lima kepentingan hutan

(i) Habitat bagi Haiwan dan Tumbuhan Hutan menyediakan habitat yang semula jadi bagi beribu-ribu haiwan

dan tumbuhan. Kesemuanya mempunyai peranan tersendiri dan hidup saling bergantung dalam mengekalkan ekosistem. Mengikut kajian yang dijalankan, hutan hujan tropika Malaysia mengandungi 1,200 spesies burung, 1,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesies amfibia, 250 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih daripada 8,000 spesies tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2,500 spesies adalah spesies pokok.

Rajah 5.5: Spesies haiwan dan tumbuhan

Berdasarkan rantai makanan, kesemua haiwan dan tumbuhan dalam hutan ini saling memerlukan untuk hidup. Begitu juga keadaan serangga dan tumbuhan, di mana tumbuhan menyediakan makanan untuk serangga sementara serangga pula memainkan peranan dalam proses pendebungaan. Hutan penting sebagai habitat haiwan dan tumbuhan tetapi dengan masalah pemusnahan yang kini semakin serius, terdapat haiwan yang semakin pupus atau sudah pupus dari hutan Malaysia. Dekad ini, sebilangan besar haiwan sedang

Page 9: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

93

mengalami masalah kepupusan sama ada disebabkan oleh kemusnahan alam sekitar atau aktiviti memburu secara haram.

(ii) Mengawal Air dan Kualiti Air

Apabila hujan turun, air hujan akan menitis ke bawah menuju ke lantai tanah hutan dengan pantas. Pergerakan titisan air hujan dapat diperlahankan dengan adanya kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur hutan hujan tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan dari sampai ke tanah.

Dengan kata lain, sebahagian sahaja hujan yang turun dapat sampai

ke lantai tanah hutan manakala sebahagiannya lagi dipintasi oleh kanopi dan lapisan tumbuhan. Kuantiti hujan yang sampai ke lantai tanah hutan bergantung kepada bentuk, susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Selain itu, kuantiti air yang dapat sampai ke lantai tanah hutan juga bergantung kepada jenis hujan (hutan hujan primer dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi) dan tempoh hujan turun. Sebahagian besar air hujan yang dipintas tidak sampai ke tanah. Air ini akan tersejat ke atmosfera.

Daripada keterangan ini, boleh kita lihat liputan hutan dapat

mengurangkan kejadian banjir pada musim hujan lebat dengan memerangkap kebanyakan air hujan dan mengembalikannya kepada atmosfera. Sistem saliran yang ada sekarang ini tidak dapat menampung kesemua air hujan yang turun pada musim hujan dan ini mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir berlaku akibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai (Rajah 5.6).

Rajah 5.6: Tanpa hutan, banjir kilat boleh berlaku

Sumber: www.kl-today.com

Page 10: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

94

Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai tetapi juga boleh menimbulkan perubahan keadaan kimia air sungai. Apabila pokok ditebang, bekalan nutrien yang tersimpan dalam tumbuhan akan hilang. Sebahagian daripada nutrien digunakan oleh tumbuhan yang ditanam oleh petani akan pindah tetapi kebanyakannya akan terlarut resap dan mengalir ke dalam sungai. Perubahan nutrien yang banyak menimbulkan kesan yang tidak diingini seperti pencemaran tasik dan kolam. Maka, kemerosotan kualiti air berlaku.

(iii) Mengawal Hakisan Tanah Apabila hujan turun, percikan titisan hujan akan mempercepatkan

proses hakisan. Hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Daun dan ranting melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan sementara akar tumbuhan akan mencengkam pada tanah. Proses ini akan menghalang hentaman titisan air dan seterusnya menghalang hakisan. Pokok-pokok yang menjalar berfungsi sebagai pengikat tanah dengan akarnya mencengkam tanah. Maka, pokok ini dapat mengelakkan butir-butir tanah daripada dipecahkan dan dihakis oleh air. Daripada fakta ini, boleh kita katakan bahawa tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai agen penghalang hakisan secara semula jadi yang amat penting.

Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat

daripada aktiviti manusia sendiri. Disebabkan jumlah penduduk meningkat, permintaan untuk tanah juga meningkat. Penebangan kawasan hutan untuk dijadikan penempatan, perindustrian dan lebuh raya berlaku bagi memenuhi keperluan pembangunan. Namun, harus kita ingat bahawa penebangan hutan yang melampau akan menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendek. Proses hakisan tanah yang berlaku boleh mengakibatkan kita kehilangan nyawa dan harta.

(iv) Kestabilan Cuaca Pengurangan kawasan hutan hujan tropika sejak kebelakangan ini

telah memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigen. Keadaan ini telah menjadikan suhu udara di sekitar kawasan hutan lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan.

Page 11: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

95

Akibat daripada penebangan hutan yang berleluasa, pemekatan karbon dioksida di udara telah bertambah. Keadaan ini menjadi semakin serius sejak 10 tahun kebelakangan ini, sehingga suhu dunia menjadi semakin panas. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, klorofluorokarbon (CFC) dan nitrik oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran dari permukaan bumi. Situasi ini juga menggalakkan penembusan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan suhu meningkat dan fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

(v) Rekreasi Hutan merupakan sesuatu tempat yang cantik dan selesa untuk

merehatkan minda dan jiwa kita daripada kekalutan di bandar. Hutan telah digunakan untuk berehat dan bersukan, penggunaan hutan untuk rekreasi kian berkembang sejak kebelakangan ini. Hutan merupakan kawasan terbaik untuk mendapatkan udara yang segar dan bersih.

Menyedari hakikat betapa pentingnya hutan sebagai tempat rekreasi,

bermula dari awal tahun 70an, Jabatan Perhutanan telah membina hutan lipur dan kemudiannya dikenali sebagai hutan rekreasi dengan tujuan untuk menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semula jadi bagi aktiviti-aktiviti istirahat kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat berkesempatan untuk menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora dan fauna hutan.

Rajah 5.7: Hutan menjadi tempat rekreasi terbaik untuk mencari ketenangan

Page 12: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

96

Aktiviti rekreasi yang baik membolehkan masyarakat menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya untuk kesejahteraan kehidupan. Justeru, aktiviti ini diharap dapat merangsang masyarakat untuk lebih mencintai alam semula jadi sejajar dengan kehendak negara bagi memelihara dan mengekalkan kualiti dan keindahan alam sekitar. Kini, pengurusan dalam industri berorientasikan pelancongan alam semula jadi berpotensi untuk meningkatkan hasil ekonomi negara. Hutan hujan tropika didapati menepati keperluan berekreasi, di samping menghirup udara segar di bawah teduhan tumbuhan dan aliran sungai, kita juga turut disediakan pelbagai kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran denai alam, kolam mandi dan pelbagai kemudahan rekreasi lain.

(b) Air Merujuk Kamus Dewan (2007):

Aliran air di bumi kita ini sebenarnya berasal daripada air hujan. Ketika hujan, turun air hujan akan bertakung dan memenuhi kawasan puncak tanah tinggi di mana tempat ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Dari kawasan tadahan air (lihat Rajah 5.8), air mengalir memenuhi kawasan muka bumi sehingga wujudnya air terjun, sungai, tasik, laut dan sebagainya. Tiga perempat daripada muka bumi diliputi air.

Kawasan tadahan air didefinisikan sebagai satu kawasan tanah tinggi yang merupakan punca aliran sungai kesemua kawasan lembah.

Air boleh didefinisikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua unsur hidrogen dan satu unsur oksigen.

Page 13: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

97

Rajah 5.8: Hutan merupakan sumber takungan air

Air adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Air merupakan satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa air, pincanglah kehidupan kita dan hidupan lain. Dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang utama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain itu, air penting untuk kehidupan seharian seperti membasuh, mandi, menyiram tumbuhan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita perlu mendapatkan bekalan air yang bersih dan secukupnya. Namun, di dalam usaha kita untuk mendapatkan bekalan air yang bersih, terdapat banyak faktor yang mengekangnya. Menurut kajian, hanya 25% sahaja daripada sungai di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai sungai yang benar-benar bersih. Ancaman utama bekalan air kita ialah bahan buangan dari kawasan perumahan dan perindustrian. Bahan buangan perumahan terdiri daripada sampah sarap, kumbahan manusia dan bahan pencuci. Manakala dari kawasan perindustrian pula terdiri daripada bahan kimia berbahaya seperti fosfat, sianida dan asid sulfurik. Pengaliran air yang bercampur dengan tanah, baja, racun serangga serta minyak ini menyumbang kepada pencemaran air.

Page 14: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

98

Walau bagaimanapun, kita harus sentiasa bersyukur kerana kita masih dapat minum air yang bersih. Namun, apa akan jadi pada anak-anak dan cucu-cucu kita? Justeru, kita sebagai penghuni bumi perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan masalah pencemaran air. Antaranya ialah mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat. Satu sikap yang perlu kita tanamkan di dalam jiwa kita dan pelajar-pelajar kita ialah dengan tidak membuang sampah di kawasan sungai, laut dan sebagainya. Sebaliknya, tanamkan sikap memungut sampah agar pencemaran tidak menjadi serius. Melalui cara ini, air bukan sahaja tidak tercemar, malahan hidupan di dasar laut juga tidak terancam.

PRINSIP KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai-nilai murni. Jadual 5.2 menunjukkan 18 prinsip konservasi berserta dengan penerangan.

5.2

Hutan berfungsi untuk mengawal aliran air dan kualiti air. Nyatakan secara ringkas tentang fungsi hutan dalam mengawal aliran air dan kualiti air.

LATIHAN 5.1

Page 15: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

99

Jadual 5.2: Lapan Belas Prinsip Konservasi dalam Pendidikan Luar

Prinsip Konservasi Penerangan

1. Rendah diri Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran Pencipta di dalam jiwa.

Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurnia-Nya.

Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta alam semula jadi. Oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam sekitar.

2. Bekerjasama Sebagai pendidik, kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semula jadi dan alam sekitar dengan jayanya.

Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja dalam memelihara dan memulihkan alam sekitar. Contohnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perkhemahan pada akhir program.

3. Menghormati alam sekitar

Menghormati alam semula jadi sebagai benda hidup yang terdapat di bumi kita dengan memelihara alam sekitar.

4. Kehidupan seimbang

Sentiasa mengimbangi antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar.

Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar.

5. Mementingkan kemapanan ekosistem

Mementingkan kemapanan ekosistem dengan tidak mengganggu sistem ekosistem semula jadi.

Sensitif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem daripada pelbagai pihak.

6. Mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup

Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa mengalih ia ke tempat lain.

Kita mesti memegang teguh prinsip „melihat tanpa mengganggu‰ dalam aktiviti yang dijalankan dan kehidupan seharian.

7. Kerosakan minimum

Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan menggunakannya ketika perlu saja.

Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup alternatif lain sebelum menggunakan atau mengganggu alam sekitar.

Page 16: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

100

Prinsip Konservasi Penerangan

8. Perubahan berterusan

Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang membawa ke arah menjaga alam sekitar.

Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan ke arah memulihkan alam sekitar.

9. Ekonomi bukanlah segala-galanya

Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada esok hari.

Kita seharusnya sedar bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau dibeli dengan wang ringgit.

10. Mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang

Kita patut menyedari bahawa alam semula jadi adalah harta pusaka yang amat berharga tinggalan nenek moyang kita.

Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar.

Tanamkan kesedaran pada diri kita bahawa generasi akan datang berhak merasakan nikmat alam semula jadi.

11. Tanggungjawab setiap individu

Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam semula jadi.

Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan menjaga alam sekitar dengan baik.

Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan sebagainya.

12. Kesederhanaan Kita perlu bersederhana dalam menggunakan hasil alam semula jadi tanpa membazir.

Kita perlu bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang membabitkan alam sekitar.

13. Perlindungan dan pemulihan ekosistem

Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah alam sekitar.

Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulihkan ekosistem daripada kemusnahan alam sekitar.

14. Etika melebihi hukum

Kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan berdisiplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan hukuman).

Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan berdisiplin.

Page 17: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

101

Prinsip Konservasi Penerangan

15. Mengalami dan menghayati

Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti berlandaskan alam sekitar.

Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulihkan dan menjaga alam sekitar.

16. Mencintai persekitaran

Kita perlu mencintai hutan dengan tidak memusnahkannya dengan sewenang-wenangnya.

Kita amat perlu melindungi alam semula jadi.

Menyayangi binatang dan tumbuhan.

Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup.

17. Sikap menghargai Memupuk sikap menghargai hasil hutan dengan menganggapnya sebagai khazanah yang paling berharga.

Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan alam semula jadi.

Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan hutan hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Menghargai hidupan di persekitaran kita.

18. Berani Kita perlu sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan sebarang aktiviti pencegahan.

Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai. Huraikan empat nilai yang terlibat.

LATIHAN 5.2

Page 18: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

102

PELAKSANAAN PENDIDIKAN KONSERVASI

Pelaksanaan pengurusan risiko pendidikan konservasi memerlukan beberapa aspek penting yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah seperti berikut: (a) Tentukan bidang kajian yang hendak dijalankan;

(b) Pastikan semua peralatan disediakan;

(c) Mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak tertentu sebelum memulakan aktiviti;

(d) Menjalankan aktiviti secara berkumpulan mengikut ketetapan yang telah dirancang;

(e) Mengelakkan daripada mengganggu ketenteraman awam dan pemusnahan kawasan persekitaran; dan

(f) Mencatatkan segala maklumat yang diperoleh dan membuat laporan dan rumusan aktiviti.

5.3.1 Langkah-langkah Keselamatan

Aspek keselamatan merupakan perkara utama yang ditekankan semasa melaksanakan aktiviti pendidikan konservasi dalam pendidikan luar. Berikut adalah enam panduan keselamatan yang boleh dipatuhi bagi mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini: (a) Peserta mestilah bergerak secara berkumpulan yang telah ditetapkan di

bawah seorang ketua. Gerakan secara berkumpulan perlu dirancang dengan teliti dengan aturan dan isyarat yang telah ditetapkan bersama;

(b) Pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti;

(c) Senjata seperti pisau, parang dan alatan yang lain boleh dibawa bagi tujuan keselamatan dan bukannya bagi tujuan pemusnahan;

(d) Elakkan daripada bergerak di luar dari kawasan yang ditetapkan atau dihadkan;

(e) Pastikan aktiviti dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan; dan

(f) Ingat, aktiviti ini bukan satu bentuk perlumbaan.

5.3

Page 19: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

103

Guru hendaklah memberikan taklimat yang berkaitan dengan aspek keselamatan yang perlu pelajar patuhi sebelum, semasa dan selepas aktiviti (Jadual 5.3).

Jadual 5.3: Tiga Jenis Taklimat bagi Aspek Keselamatan Pelajar

Taklimat Aspek Keselamatan

Sebelum aktiviti

Memohon kebenaran daripada guru bertugas.

Pembahagian tugas dan pelantikan organisasi.

Bacaan doa selamat sebelum bergerak.

Ketua membuat sedikit aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.

Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk masuk ke dalam hutan kasut, baju tebal lengan panjang dan lain-lain.

Ketua perlu memastikan semua ahli dalam kumpulan sihat fizikal, mental dan psikologi.

Peserta akan bergerak dalam kumpulan.

Setiap ahli mesti mematuhi arahan juru pandu atau ketua sepanjang masa.

Peserta diingatkan supaya tidak menyentuh, menghidu dan mencuba untuk makan daun dan buah-buahan yang belum pasti beracun atau tidak.

Semasa aktiviti

Peserta-peserta akan bergerak secara dalam berkumpulan di bawah tanggungjawab seorang ketua.

Pakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti berkaitan.

Senjata seperti parang atau pisau boleh dibawa bersama bagi tujuan keselamatan tetapi bukan bertujuan untuk pemusnahan.

Mendapatkan maklumat tentang keadaan setempat dan menyediakan langkah-langkah keselamatan terlebih dahulu.

Pastikan aktiviti diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Wujudkan suasana yang harmoni dengan persekitaran.

Elakkan daripada bergerak keluar dari kawasan yang telah dihadkan.

Setiap kumpulan hendaklah diikuti oleh seorang fasilitator.

Page 20: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

104

Selepas aktiviti

Ketua memastikan ahli kumpulan selamat dan bilangan ahli mencukupi.

Semua ahli kumpulan mestilah memastikan barang-barang yang dibawa diserahkan dalam keadaan sempurna.

Sebarang kehilangan atau masalah yang dihadapi hendaklah segera dimaklumkan kepada fasilitator.

Setelah semuanya telah selesai, ketua akan membuat laporan kepada ketua perkhemahan bahawa mereka telah sampai dan menjalankan aktiviti.

Sesi perbincangan atau refleksi dengan ketua aktiviti atau fasilitator.

5.3.2 Prosedur Aktiviti

Prosedur aktiviti bagi pelaksanaan pendidikan konservasi adalah seperti berikut: (a) Kumpulan besar yang sedia ada dibahagikan kepada dua kumpulan kecil.

Lantik seorang ketua bagi setiap kumpulan kecil; (b) Setiap kumpulan akan diberi masa selama dua hingga setengah jam bagi

menjalankan aktiviti di persekitaran kawasan yang telah ditetapkan; (c) Setiap kumpulan dikehendaki menjawab serta melengkapkan borang

kajian, soalan yang diberi dalam tempoh masa yang diberi; dan (d) Kemudahan alatan bagi menjalankan aktiviti akan dibekalkan. Gunakan

peralatan serta bahan yang dibekalkan dengan sebaik mungkin tanpa melakukan pembaziran. Kembalikan peralatan yang dibekalkan selepas tamat menjalani aktiviti.

5.3.3 Cadangan Aktiviti

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk melaksanakan pendidikan konservasi. Rajah 5.9 memaparkan empat cadangan aktiviti tersebut.

Page 21: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

105

Rajah 5.9: Empat cadangan aktiviti

Pendidikan konservasi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

Pendidikan konservasi dalam pendidikan luar boleh menyemai kesedaran

untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar. Hutan dan air adalah dua komponen utama alam semula jadi yang dikaji

dalam pendidikan luar. Pendidikan konservasi memupuk pelbagai nilai berdasarkan kepada 18

prinsip konservasi.

Air

Flora dan fauna

Hutan

Kawasan

Konservasi

Page 22: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

106

1. Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara.

Huraikan keenam-enam prinsip tersebut. 2. Nyatakan empat aktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran

kepada pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar.

1. Dalam mereka bentuk pendidikan, kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar adalah perlu. Nyatakan perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan.

2. Terdapat pelbagai kepentingan hutan. Nyatakan empat kepentingan hutan.

Abdul Alim Abdul Rahim, & Balkis Wan Daud. (1993). Panduan ekspedisi pengakap Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Alim Abdul Rahim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan

pioneering. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Ford, P. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education.

New York: Wiley. Hammerman, D. R., Hammerman, W. M., & Hammerman, E. L. (1985). Teaching

in the outdoors. Danville, IL: Interstate. Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lewis, C. A. (1975). The administration of outdoor education programs.

Dubuque, IA: Kendall-Hunt. Modul Bina Insan Guru. (2000). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Page 23: 20140722061625_Topik 5 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar.pdf

TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

107

Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Priest, S. (1986). Redefining outdoor education. Journal of environmental

education, 17(3), 13. Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.