pendidikan jasmani suaian- refleksi.docx
DESCRIPTION
sebagai rujukanTRANSCRIPT
[ ] 1
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Khas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran, serta Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan
untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa
rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Dari segi kurikulum, murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti
murid biasa. Kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas dan
Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum
alternatif.
“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang
mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan
kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal,
rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan
nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan”
(Akta Pendidikan: 1996)
Bagi kumpulan murid dalam spektrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana
dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah, telah
digubal satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan
individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program
pendidikan arus perdana. Reka bentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel
bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada pada murid
khas tersebut. Dalam konteks pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas di
Malaysia, penekankan adalah lebih menjurus kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam
kemahiran - kemahiran pengembangan (developmental skills). Maka adalah penting
untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan
pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas
di Malaysia iaitu;
... untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan
dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran
(suasana) biasa...
2.0 PENDAHULUAN
Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan
dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk
memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan
bermakna. Selain itu, kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak
terikat, iaitu aktivit i- aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan
keupayaan murid melalui bidang - bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik
2
[ ] 3
Berfungsi, Kerohanian dan Nilai - nilai Murni, serta Sosial, Riadah dan Kreativiti. Dalam
setiap bidang utama tersebut, masing- masing terdapat komponen - komponen kecil
seperti berikut:
a) Bidang Pengurusan Diri
- Komponen Pengurusan Diri
- Komponen Kemahiran Manipulatif
- Komponen Pengurusan Tingkah laku
- Komponen Kemahiran Hidup
b) Bidang Akademik Berfungsi
- Komponen Bahasa Melayu
- Komponen Matematik
- Komponen Bahasa Inggeris
- Komponen Multimedia
c) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni
- Komponen Pendidikan Agama Islam
- Komponen Pendidikan Moral
d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti
- Komponen Pendidikan Jasmani
- Komponen Pendidikan Seni
- Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
- Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar
3
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu,
diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari,
berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan
berketerampilan, serta produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat
dan Negara. Hasil pembelajaran tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Khas (FPK) iaitu:
“Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran,
berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari
potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat”
Murid – murid pendidikan khas adalah pelajar yang mempunyai kekurangan dari
segi fizikal, pendengaran, penglihatan dan percakapan. Walau bagaimanapun, mereka
tetap bersekolah kerana mereka juga ingin menjadi manusia yang berguna dan ingin
mempunyai pekerjaan. Penilaian tetap di utamakan untuk mereka mengikut tahap
persekolahan mereka. Berdasarkan Buku Maklumat Pendidikan Khas Jabatan
Pendidikn Negeri Sabah (2009), menggariskan 4 peringkat penilaian iaitu:
1. Pra Sekolah Pendidikan Khas
Program Pra-sekolah Pendidikan Khas dijalankan untuk murid-murid yang
mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan
4
[ ] 5
Pogram Pendidikan Khas Pra-sekolah Integrasi :
Program ini di jalankan di sekolah aliran perdana yang melaksanakan Program
Integrasi Pendidikan Khas
1. Syarat kemasukan ke pra-sekolah :-
Berumur 4 tahun
Di sahkan oleh pengamal perubatan
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
2. Pendidikan Rendah
Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan
menawarkan aliran akademik dan menggunakan kurikulum kebangsaan.
Pelajar-pelajar ini akan menduduki Ujian Pendidikan Sekolah Rendah semasa di
darjah 6
Pelajar-pelajar berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas
Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
Bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mereka
menggunakan kurikulum kebangsaan manakala pelajar-pelajarbermasalah
pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif
Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah :-
Berumur 6 hingga 14 tahun
5
Di sahkan oleh pengamal perubatan
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
3. Pendidikan Menengah
a) Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah
aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
b) Manakala murid bermasalah pembelajaran yang tidak dapat mengikuti pembelajaran
biasa akan mengikuti pendidikan yang penilaiannya akan dibuat berdasarkan
pencapaian mereka di peringkat sekolah.
c) Syarat kemasukan murid ke peringkat menengah Program Integrasi Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ialah :
Berumur 12 hingga 19 tahun
Di sahkan oleh pengamal perubatan
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
4. Program Pemulihan Khas
Program ini merupakan satu program yang disediakan bagi membantu pelajar
mengatasi masalah belajar yang khusus dalam penguasaan 3M
Murid yang dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada
tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas
Program ini dilaksanakan hampir semua sekolah rendah
Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu
(PKTS)
Murid disaring dengan menggunakan Instrumen Penentu penguasaan
IPP3M/IPP2M
6
[ ] 7
IPP3M terbahagi kepada IPP3M1 untuk murid tahun 1 dan IPP3M untuk murid
tahun 2 IPP3M3 untuk murid tahun 3
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dengan menggunakan sistem
pengasingan sementara (Withdrawal)
3.0 RUMUSAN
Kanak-kanak merupakan kurniaan Tuhan kepada pasangan manusia yang telah
berkhawin secara rasmi mengikut adat dan kepercayaan masing-masing. Namun
begitu, tidak semua yang dilahirkan adalah sempurna seperti manusia biasa. Terdapat
sesetengah kelahiran dapat dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya atau lebih
dikenali sebagai OKU. Disebabkan masalah kelahiran anak seperti inilah membuatkan
sesetangah pasangan tidak dapat menerima 'kelainan' mereka kerana beranggapan
bahawa anak mereka tidak mempunyai masalah walaupun telah disahkan oleh pihak
sekolah dan juga pihak doktor.
Mengikut seminar yang dijalankan oleh UNESCO yang ditaja oleh Bank Dunia
yang bertema " Education for All" 1990, kemahiran asas tidak lagi dibataskan kepada
3M sahaja iaitu Membaca, Menulis dan Mengira tetapi ditambahkan lagi dengan dua
kemahiran iaitu Kemahiran Sainstifik dan Kemahiran Berfikir. Melalui pendekatan yang
dicapai dalam seminar ini, kita memperolehi bahawa pendidikan sedunia kini semakin
mementingkan peningkatan kemahiran berfikir di kalangan generasi masa kini tidak
kisah dimana mereka berada terutama ditekankan ketika di dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, pendekatan ini tidak dapat dijalankan kepada beberapa orang murid
7
yang dikategorikan sebagai OKU ketika sesi pengajaran dan pembelajaran terutama
ketika aktiviti fizikal dijalankan ketika sesi Pendidikan Jasmani. Jadi ini bukan sahaja
menyukarkan pihak guru, tetapi juga menyukarkan rakan-rakan murid yang perlu
menunggu dan mengikut rentak mereka ketika belajar.
Terdapat berbagai aspek yang boleh dikategorikan untuk murid yang bermasalah
ketika di dalam bilik darjah. Antara kategori tersebut adalah aspek Komunikasi,
Kemahiran berfikir, Psikomotor, Kelas sosial murid dan lain-lain lagi. Aspek-aspek ini
akan diinprentasikan serta dihurai agar memberi lebih kefahaman tentang masalah
yang dihadapi oleh seseorang guru untuk menyampaikan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut arus perdana berbanding masalah biasa murid-murid normal
seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak membawa buku ke sekolah.
4.0 LATAR BELAKANG SUBJEK
Dalam menjayakan kajian dan tugasan pada kali ini, seramai 12 orang murid (8
orang lelaki dan 4 orang perempuan) yang mengikuti program LINUS di sekolah telah
dipilih. Mereka ini merupakan antara murid-murid yang tercicir dalam pelajaran selain
mempunyai masalah pembelajaran seperti masalah Lembam, Hiperaktif dan Attention –
Hyperactivity Disorder (ADHD).
Bagi menjayakan kajian ini, murid-murid tersebut telah diminta untuk membawa
dan memakai pakaian Pendidikan Jasmani kerana mereka sering tidak membawa atau
sengaja tidak membawa kerana saban hari mereka akan diberi tugasan untuk
meningkatkan kemahiran Mengira, Mengeja dan Menulis (3M) di Bilik Pemulihan
8
[ ] 9
sekolah. Kesemua murid-murid ini adalah berasal dari kawasan perumahan rumah
pangsa berdekatan sekolah serta mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana.
5.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIJALANKAN DI
SEKOLAH UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS
5.1 Fasa Pengenalan
Bagi fasa ini, murid murid telah diberi arahan ringkas untuk membuat kumpulan
masing – masing sebelum diberi penerangan tentang tajuk aktiviti dan aktiviti yang akan
dilalui oleh mereka sebentar lagi. Pada sesi ini, saya menggunakan gaya arahan
sebagai gaya pengajaran supaya aktiviti yang bakal saya jalankan berjalan dengan
lancar selain maklumat tersebut boleh diserap oleh otak seterusnya memperolehi
keseronokan ketika aktiviti berlangsung.
Bagi aktiviti memanaskan badan, saya menjalankan aktiviti ‘freeze’ dimana murid
perlu berdiri kaku apabila wisel ditiup oleh guru. Manakala bagi murid yang diberi tugas
sebagai pengacau, mereka perlu mengganggu rakan-rakan supaya terdapat diantara
mereka bergerak atau tergelak dengan kelakuan yang dibuat oleh rakan yang bergelar
‘pengacau’. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Eleanor Chute dari Pittsburgh Post-
Gazette, Pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang mana bukan untuk limitasi
tetapi adalah untuk menunjukkan kebolehan tersendiri walaupun tidak seperti kanak-
kanak lain. Menurutnya juga, kelas pendidikan jasmani juga kadang-kala menjadi satu
sesi fisioterapi yang mana secara tidak langsung akan membantu murid istimewa ini
9
untuk memahami kebolehan dan keupayaan diri sendiri serta memberi lebih keyakinan
untuk melakukan senaman atau aktiviti pada masa hadapan.
Seterusnya, bagi sesi regangan, saya menggunakan nombor dan huruf yang
mana apabila nombor atau huruf tersebut disebut oleh saya, murid-murid ini perlu
menggayakan melakar nombor atau huruf tersebut menggunakan anggota badan yang
dikehendaki. Contohnya apabila saya menyebut melukis nombor sembilan
menggunakan pergelangan kaki kanan, murid mula melakukan aktiviti ini setelah tamat
arahan diberi.
Berdasarkan Teori Konstruktivis Kognitif yang disampaikan oleh Jean Piaget
(1896-1980), struktur kognitif kanak-kanak adalah semakin bertambah kompleks
selaras dengan perkembangan yang dilalui. Seperti peringkat perkembangan Pra
Operasional bagi murid yang berumur 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak pada peringkat
ini berada di peringkat prasekolah dan menggunakan simbol seperti bahasa bagi
mewakili objek sebenar. Contohnya adalah guru menunjukkan gambar buah epal dan
kanak-kanak faham apa yang diwakili dalam gambar walau tidak ditunjuk epal sebenar.
Namun, bagi murid-murid ini walaupun telah dipaparkan oleh guru nombor terbabit,
mereka masih tidak dapat mengagak bagaimana untuk menulis menggunakan anggota
badan terbabit.
5.2 Fasa Perkembangan
Bagi memudahkan murid-murid memahami isi pengajaran, pada fasa ini saya
menyediakan aktiviti dari mudah ke sukar supaya pada fasa ini mereka dapat
menyerapkan kemahiran-kemahiran yang mahu diterapkan. Berdasarkan artikel yang
10
[ ]11
ditulis oleh Christina Samuels (June 23, 2010), murid kurang upaya yang mengambil
bahagian dalam kelas pendidikan jasmani juga mempunyai peningkatan dalam kelas
arus perdana. Artikel ini ditulis berdasarkan laporan yang dibuat oleh U.S. Government
Accountability Office, yang merupakan sebuah sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Ini menunjukkan bahawa jika isi pengajaran dibuat berdasarkan tahap pemahaman
murid, maka kefahaman murid akan mudah dijana walaupun mereka adalah bukan
kanak-kanak normal.
Langkah 1
Bagi fasa ini, saya telah melakukan demonstrasi terlebih dahulu sebelum
membenarkan mereka melakukan perlakuan. Sambil saya melakukan demonstrasi,
saya memberikan arahan dan memberi tahu mereka langkah-langkah yang betul bagi
mengelakkan berlakunya kecederaan ketika melakukan aktiviti. Bagi memudahkan
mereka untuk melihat saya melakukan demonstrasi, mereka diletakkan secara
melintang menghadap ke arah kawasan yang ditandakan dengan kon besar.
Setelah melakukan demonstrasi, saya meminta murid dari kumpulan satu untuk
berlari masuk ke kawasan yang telah diletakkan kon dan menyentuh kon bewarna yang
telah disebutkan oleh saya sebentar tadi. Walaupun saya telah memberi arahan yang
jelas kepada mereka tentang kon bewarna dan apakah lakuan yang perlu dibuat, masih
lagi terdapat beberapa diantara murid ini masih terpinga-pinga dan keliru tentang
apakah yang perlu mereka lakukan setelah wisel ditiup.
Robert Mills Gagne (1916 - hingga kini), terdapat lima kategori dalam
pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelek, sikap, kemahiran motor dan
11
strategi kognitif. Apabila dinilai dari aspek kemahiran motor, keupayaan murid OKU
adalah berbeza dari murid-murid normal. Ini boleh dilihat dalan Jadual Ketegori
Pembelajaran Gangne dimana seseorang murid tersebut perlu mempunyai kebolehan
dalam melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dan melibatkan tiga tahap utama.
tahap-tahap tersebut adalah belajar urutan yang berkenaan, amalkan pergerakan
tersebut dan memurnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran.
Dalam keadaan ini, dapat dilihat dimana walaupun pihak guru telah melakukan
demonstrasi dan juga terdapat lakuan yang dibuat oleh rakan-rakan, namun masih
terdapat kesalahan yang dilakukan oleh sebilangan murid terutama murid-murid dari
kategori Lembam.
Langkah 2
Dalam langkah dua ini, murid dikehendaki untuk berlari mengikut arah yang
ditunjukkan oleh guru. Bagi memberi mereka lebih kefahaman dan menarik perhatian
meraka, gambar anak panah diwarnakan selain direka menjadi seperti watak kartun.
Bagi langkah ini, saya tidak menjalankan demonstrasi kerana jika di ukur tahap aktiviti
ini, ia berada pada tahap aras rendah. Ini beerti aktiviti ini boleh digunakan untuk murid
tahap 1 sebagai aktiviti mobiliti.
Pada pendapat saya, kebanyakkan murid yang berada dalam kelas ini
mempunyai pelbagai masalah erutama masalah Disleksia. Ini kerana mereka sering
bertukar arah. Apabila di tunjukkan arah kanan, mereka menuju ke arah kiri. Begitu juga
sebaliknya. Selain itu, apabila tali kasut mereka tercabut, saya menyuruh merek
12
[ ]13
mengikat semula. Namun bagi melaksanakannya banyak masa yang diperlukan oleh
mereka.
5.3 Fasa Kemuncak
Permainan Kecil
Bagi sesi ini, saya telah memilih permainan cabut ekor dimana sebelum memilih
permainan ini, saya telah meminta pendapat mereka tentang permainan yang paling
mereka gemari ketika masa Pendidikan Jasmani. Dalam permainan ini, murid
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kempulan pengekor dan kumpulan pencabut.
Bagi kumpulan pengekor, mereka dibekalkan dengan sehelai kain dan kain tersebut
akan diselit pada belakang seluar. Kawasan permainan madalah seluas kon besar yang
ditanda. Apabila wisel ditiup, maka kumpulan pengekor akan mula berlari dan mencari
tempat untuk mengelak dicabut ekor oleh kumpulan pencabut.
Namun apabila wisel ditiup, bukan kumpulan pengekor sahaja yang berlari, tetapi
kumpulan pencabut juga mula mengejar kumpulan pengekor. Sesetengah dari murid
ini, melarikan diri keluar dari kawasan yang ditanda. Ini menunjukkan bahawa terdapat
diantara mereka yang tidak memahami arahan tetapi mengaku memahami arahan dari
guru apabila disoal.
Menurut John Dewey (dalam buku tulisan Poh Swee Hiang 'Kemahiran Berfikir'
keluaran ke-2, 2006), berfikir adalah operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia
ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baharu dapat
dipercayai berdasarkan fakta sedia ada. Jika dihalusi maksud yang diberikan oleh John
13
Dewey ini, konsep berfikir adalah sesuatu jalan untuk mencari jalan baharu
berdasarkan jalan yang sedia ada. Ini beerti, dengan berfikir kita dapat mencari punca
masalah, jalan penyelesaian dan mencari berbagai-bagai lagi makna yang terlintas
dalam pemikiran kita. Berbalik kepada masalah bagi kanak-kanak OKU, terdapat
sesetengah dari mereka mempunyai tubuh fizikal yang baik dari segi otot dan
tumbesaran badan, namun kemahiran berfikir mereka kadang-kala bagi sesetengah kes
tahap tumbesaran otak adalah 2 hingga 5 tahun lebih lambat dari umur sebenar
mereka. Oleh yang demikian, mereka hanya ‘berlakon’ memahami walhal sebenarnya
langsung tidak mengetahui apa-apa tentang apa yang diperkatakan oleh guru.
5.4 Fasa Penutup
Fasa ini merupakan aktiviti terakhir murid dalam sesi Pendidikan Jasmani pada
kali ini. Sebelum melakukan sedikit kelenturan, saya menguji beberapa orang murid
lembam dengan menyuruh melompat setempat, melompat ke dalam gelung secara
sebelah kaki dan dua belah kaki dan melompat seperti katak melepasi gelung. Secara
kasar, mereka boleh melakukan aktiviti ini, namun memerlukan lebih latihan agar
kecederaan boleh diminimumkan. Seterusnya, sesi soal jawab tentang apa yang telah
mereka pelajari dan meminta mereka senaraikan aspek keselamatan ketika melakukan
aktiviti ini.
14