pendidikan jasmani

Upload: fanny

Post on 10-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Pendidikan jasmani -menghubungkaitkan tujuan dan objektif pendidikan jasmani dengan falsafah pendidikan kebangsaan

PENDIDIKAN JASMANI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TUJUAN & OBJEKTIF

Disediakan oleh:Unit: Pendidikan Muzik

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negaraElemen-elemen di dalam FPKPendidikan suatu usaha berterusanMemperkembangan potensi individuPerkembangan individu secara menyeluruh dan bersepaduInsan yang seimbang dan harmonisKepercayaan dan kepatuhan kepada TuhanRakyat Malaysia yang berilmu pengetahuanRakyat Malaysia yang berketampilanRakyat Malaysia yang berakhlak muliaRakyat Malaysia yang bertanggungjawabRakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diriRakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan Pendidikan jasmani memberikan kesempatan kepada pelajar untuk:Mengembangkan pengetahuan dan keterampilan yang berkaitan dengan aktiviti jasmani seperti perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Mengembangkan kepercayaan diri dan kemampuan keterampilan gerak untuk mendorong diri terlibat dalam aktiviti jasmani.

TUJUAN PENDIDIKAN JASMANI

Mengembangkan nilai-nilai peribadi seperti nilai bekerjasama dan nilai berdisplin melalui terlibat dalam aktiviti jasmani secara kelompok atau perseorangan.Menikmati kesenangan dan keriangan melalui aktiviti jasmani. Melibatkan diri dalam aktiviti jasmani apat mengembangkan keterampilan sosial pelajar dan cara berkomunikasi antara satu sama lain secara efektif.

Contoh aktiviti jasmani termasuklah permainan bola, olahraga, berenang dan sebagainya.Memperoleh dan mempertahankan darjat kebugaran jasmani yang optimal untuk melaksanakan tugas sehari-hari secara efisien.

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI1.Mempertingkatkandan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuanmotor.

2.Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan individu.

3.Mengaplikasikanpengetahuankesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.

4.Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

5.Membentuk sahsiah, disiplin diri dan buat keputusan bijak dalam kehidupan seharian.Menghubungkaitkan tujuan dan objektif pendidikan jasmani dengan falsafah pendidikan kebangsaan

Apakah yang dimaksudkan dengan JERIS?JERIS adalah singkatan bagi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sukatan pendidikan jasmani digubal dengan begitu teliti supaya aspek JERIS dapat dicapai melalui segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek jasmani, kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan.

Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektifPendidikan Jasmani.

Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agardapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusifdapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

Penerapan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pembentukan sosial individu.

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran PendidikanJasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat mata pelajaran ini.

Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan.

SEKIAN TERIMA KASIH