pendidikan inklusif tugasan hbef3503

Upload: rithuan-zainal-abidin

Post on 03-Apr-2018

316 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pendidikan Inklusif Tugasan HBEF3503

    1/2

    1

    TUGASAN 1

    KOD KURSUS : HBEF3503TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIFSEMESTER : JANUARY 2013

    SOALAN TUGASAN

    Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaranbertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikansebagai murid berkeperluan khas. Di negara ini, murid-murid berkeperluan khas diberipeluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyenpersekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atauprogram pendidikan inklusif.

    Program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana yang mengintegrasikan satuhingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun hanya segelintirmurid berkeperluan khas mengikuti program pendidikan inklusif.

    Mengapakah perkara sedemikian berlaku? Adakah kerana sekolah arus perdanakurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif? Atau ibu bapa sendiri engganmemilih pendidikan inklusif untuk anak-anak berkeperluan khas?

    Berdasarkan pernyataan di atas, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut.

    Aktiviti 1:

    Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikaninklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yangperlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio.

    E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepadaaspek-aspek berikut:

    Senario terkini berkaitan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara iniyang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan,

    Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaanprogram pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukankepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025

    Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti programpendidikan inklusif di sekolah anda,

  • 7/28/2019 Pendidikan Inklusif Tugasan HBEF3503

    2/2

    2

    Keperluan logistik yang sedia ada atau yang diperlukan di sekolah anda sepertitenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/peralatan, ataukeperluan-keperluan lain,

    Sokongan yang diberikan oleh institusi-institusi/ organisasi-organisasikerajaan/bukan kerajaan kepada program pendidikan inklusif di sekolah arus

    perdana.

    Aktiviti 2:

    Andaikan cadangan anda telah diterima oleh pihak pentadbiran sekolah dan andadiberikan tanggungjawab untuk merangka satu program pendidikan inklusif yangberkesan dan berkualiti. Sebagai tindakan awal dalam merangka program tersebut,anda merancang untuk melakukan satu kajian kes melibatkan murid berkeperluan khasdi sekolah anda.

    Untuk melaksanakan kajian kes ini, anda perlu:

    mengenal pasti seorang murid berkeperluan khas,

    melaporkan maklumat terperinci latar belakang murid tersebut,

    mengenal pasti program pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk muridtersebut sekiranya murid ini belum mengikuti mana-mana program;ataupun

    mencadangkan penambahbaikan bagi program pendidikan inklusif yang sediaada,

    melaksanakan program pendidikan inklusif/penambahbaikan kepada muridtersebut selama 2 bulan.

    melaporkan hasil kajian kes yang telah dijalankan

    Aktiviti 3:

    Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Penulisan refleksianda haruslah merangkumi perkara-perkara berikut:

    kesediaan sekolah untuk melaksanakan program pendidikan inklusif yangmeluas,

    impak kepada diri anda sebagai seorang guru apabila telah menjalankan kajiankes ke atas seorang murid berkeperluan khas,

    hasil daripada mengikuti kursus ini, adakah anda yakin untuk melaksanakanprogram pendidikan inklusif di dalam bilik darjah/sekolah anda,

    lain-lain perkara yang berkaitan.