templet hbef3503 t1 a1 faudzi

26
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A1) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731

Upload: zauhari-hussein

Post on 08-Aug-2015

103 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Page 2: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS 3

3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN

KHAS DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

6

3.1 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

6

3.2 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

8

3.3 Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan 9

3.4 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

10

4.0 KAEEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF

11

5.0 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF 15

5.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi 15

5.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti 16

5.3 Keperluan Sosial 17

5.0 KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF 17

6.0 PENUTUP 20

RUJUKAN 21

1

Page 3: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 PENGENALAN

Matlamat pendidikan di Malaysia menurut Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk

melahirkan masyarakat Malaysia yang kamil dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sikap (JERIS). Oleh sebab itu, penyampaian ilmu dan kemahiran perlu merentasi setiap anak-

anak tanpa mengenal kebolehan, keupayaan dan kemampuan. Di dasari konsep ‘Pendidikan

Untuk Semua’, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digubal dan diperkenalkan. Salah satu

dasar tersebut adalah pengenalan Pendidikan Inklusif di sekolah harian perdana.

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan yang

diberikan kepada gologan kanak-kanak berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran di

sekolah harian perdana. Menurut Haji Sabri Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

(1990), Pendidikan Inklusif merupakan satu proses pengajaran yang dilakukan oleh guru

biasa di sekolah harian perdana terhadap kanak-kanak keperluan pendidikan khas yang

belajar bersama-sama pelajar normal. Manakala Kamariah Jarji (1994) pula menjelaskan

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-

kelas biasa di mana(bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan

mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Dewasa ini, perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah harian perdana adalah satu

keperluan memandangkan terdapat kanak-kanak yang berkeperluan khas menuntut di

sekolah-sekolah samaada disedari ataupun tidak. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

sering manjadi negatif apabila guru-guru biasa gagal mengenali kanak-kanak ini semasa

mereka melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini mengakibatkan

kanak-kanak ini tidak mendapat hak pendidikan yang sebenarnya.

Berdasarkan kepada pernyataan di atas maka, penulisan e-portfolio ini akan mengupas lebih

lanjut mengenai kanak-kanak bekerperluan khas, peranan guru, proses pengajaran dan

2

Page 4: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

pembelajaran yang berkesan dan keperluan fizikal dan peralatan bagi perlaksanaan

pengajaran. Kupasan ini adalah berdasarkan kepada rujukan dokumen seperti kertas kerja,

makalah, buku, carian internet dan sebagainya.

2.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan

perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak

ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria,

keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak

yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental, keupayaan-

keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau

emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia

memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas,

supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan

sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang

demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti

sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri

kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,

gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan

fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai

seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.

Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah;

"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.

These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or

3

Page 5: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

behavioral characteristics. Many of these children may require educational

programs customized to their unique needs."

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) pula menyatakan kanak-kanak itu

dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek

pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka

dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka mempunyai masalah

pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya dan adalah di

bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori , mempunyai kecacatan yang

menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak

yang sebaya dengannya.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak

yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid

biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah

pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila

& Samsilah 2006).

Menurut Mahmood Nazar (2000), kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak

yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh

keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya

Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran,

bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas.

i) Bermasalah pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas

dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan

4

Page 6: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat

mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).

• Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang

jelas ( Bee H. 1995).

• Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna

kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya

kekurangan atau kehilangan daya pendengaran.

ii)  Bermasalah penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung

tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar

melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan

Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan

bahawa:

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan

Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan

dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan

pencapaian mereka(Barrage 1992)

iii)  Bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan

disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menggangguproses

pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut:

• lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi

• lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan

5

Page 7: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

• menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat

terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama

orang lain.

iv)  Pintar cerdas

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak

pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh

menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanak-kanak ini

dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.

3. CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya.

Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang

murid yang diserang penyakit sawan atau

asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas

perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang

kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah

penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid.

Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan

komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang

kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang

buku (‘book holders’) ataupun buku teks elektronik dapat membantu

kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

3.1 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

6

Page 8: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah

penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat

diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Mereka berkemungkinan

mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan

terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara

20/70 dan 20/200 dengan

penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang

dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat

menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung

kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan

mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh

belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan

disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala

mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor

mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas

daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang

terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak

normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan

personaliti. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri

yangrendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh

menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa

membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual

memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang

kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan

“bulat” menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-

7

Page 9: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh

mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan

melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata

atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka

juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah

dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya.

Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau

terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Dari sudut penjaran yang berkesan terhadap kanak-kanak in pula, guru

boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar

dan sesuai ataupun bahan audio untuk

membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan juga hendaklah

jelas seperti hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan

latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu

muka surat.

Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan

bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-

kanak ini telah diperluaskan dengan

memberi mereka aktiviti “hands-on”. Di samping itu, guru juga perlu

memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dengan memastikan

kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan

bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar

bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-

bahan pembelajaran.

8

Page 10: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3.2 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan

pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan

membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-

kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan

menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan

mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang

dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar

lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak

mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60

decibel.

Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang

dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa

tahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan

simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.

Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah

faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana

mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih

tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah

pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.

Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada

perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang

baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti

kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap

dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa

memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di

9

Page 11: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru.

Guru-guru juga perlu mengelak daripada menjerit atau meninggikan

suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual

untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah penting

untu menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh

bunyi bising atau gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi

dengan kanak-kanak ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan

kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.Sungguhpun

begitu, pada hari ini komunikasi secara keseluruhan lebih digalakkan di

mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa

badan.

3.3 Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah

sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah

sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah

bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”.

Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh

perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika

masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran

pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang,

memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin

menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan

dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut,

10

Page 12: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama

dan tidak berubah.

Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memponyai kaitan

dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini

mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan. Istilah yang

digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang yang menghadapi

kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan

kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa

komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh

menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa

tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu

pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi

kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi

respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain

itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan

pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi

model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan

perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi

masalah sebutan atau gagap ini juga boleh dibantu melalui terapi.

3.4 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak

berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut

berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah

11

Page 13: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau

tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang,

sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka

menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah

mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses,

menganalisis dan menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam

satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan

kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,

bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia

mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan

murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga

sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah

yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah

pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi,

kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian

dan hiperaktiviti.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh

menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang

boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-

kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi

peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada

murid-murid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di

mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka

menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

12

Page 14: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan

dipaparkan dengan jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan

tersebut. Selain itu, Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan

eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan

segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri

peluang kepada murid hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam

aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang ringkas.

4. KAEEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

INKLUSIF

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang

dengan teliti dan bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan

khas. Antara kaedah yang berkesan adalah kaedah Intervensi

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi

membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi

mengembangkan potensi diri mereka.

Menurut Zarin, Safani & Soon (2004), setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu

satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-

kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan

kolaborasi pelbagai disiplin

Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak

berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.

Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada

bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur

disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang

tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.

13

Page 15: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi

seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan

kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian,

terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat

membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak

menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid

berkeperluan khas ini.

Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah

intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup

belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah,

menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara

tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.

Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan

masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-

kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi

adalah:

i. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang

digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

ii. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan

kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul

supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkan masa.

Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat

menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh:

imbuhan ‘mem’ dan ‘an’. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.

14

Page 16: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan

daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini

guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan

menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-

murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa.

Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan

kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti

yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa

kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus.

Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan

penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku,

psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan

berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi

melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid

mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.

Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan

kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk

membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin,

dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap

tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif

berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh

membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu

gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari

dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-

kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk

menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah

menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan

15

Page 17: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan

sempurna.

Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif

untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang

pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan

hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan

berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil

pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan

wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan

kreatif dan membuat ulasan.

Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti

membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai

kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya

murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat

membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya.

5. KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di

seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu

bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan

hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas,

dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan

‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam

perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan

termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi

perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa

pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif

16

Page 18: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana

merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan

berkualiti dan keperluan sosial.

5.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian

Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan

pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu

berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996,

konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah

pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu

berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan

mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang

upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan

dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif

adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak

ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan

Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada

rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui

pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-

prinsip Rukunegara.

Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk

sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek

17

Page 19: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif

dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori

pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan

kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala

aspek lain.

5.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan

negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi

kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika,

ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik,

liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi

gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan

strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf

pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana

pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah

golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan

untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh

dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan

bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam

persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi

ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang

pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan

kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi

akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu

persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan

18

Page 20: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah

dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada

golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya

menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak

seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana

pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana

di Negara kita.

5.3 Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan

perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan

untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini

kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan

dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis,

takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan

Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar

kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih

semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa

takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami

terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang

akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk

kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan

inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap

optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan

kebergantungan kepada orang lain.

6. KEPERLUAN INSFRANSTUKTUR DAN PERALATAN

19

Page 21: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta

persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang

pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK).

Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih untuk

berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita

kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020.

Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan

pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.

Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.

Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah.

Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar

belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru

mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan

meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang

kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan

khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu,

perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau

kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah

pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi

penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi

menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan

ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak

boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang

demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian

yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan

bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi

pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga

20

Page 22: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi

terhadap ketidakupayaan mereka.

Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan

infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-

sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti

bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang

standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai

infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan

khas.

Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik

darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di

peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat

duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah

sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang

berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot

seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan

menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya,

ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter

persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar

mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi

menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung

kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith

(1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan

kejayaan seseorang pelajar.

21

Page 23: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

7. PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif

dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif

bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan

khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan

Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang

terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam

menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang

terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi

sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu

belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan

sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas

biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima

kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai

perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan

kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan

dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah

pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di

Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di

persada dunia.

22

Page 24: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

RUJUKAN

Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6)

Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education. ,

Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D. (1998). Issues and practices in speacial education.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak- kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

23

Page 25: Templet hbef3503 t1 a1 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal, 83(4), 427–452.

Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402–406.

RUJUKAN WEB

http://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdf

24