pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran pj

2
Strategi, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Pengajaran seorang guru yang holistik dalam mengekal, meningkatkan minat dan kesediaan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani serta untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan memerlukan kemahiran dalam penggunaan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian dan keunikan diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mempunyai konsep yang berbeza. Pencerahan kepada konsep dan penggunaan setiap konsep pengajaran tersebut diperhalusi dalam huraian berikut: Konsep Pendekatan berkait rapat dengan falsafah pengajaran dan bersifat umum. Menurut Anthony (dalam Mok Soon Sang, 2010), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. menurut Mok Soon Sang (2010), strategi pula merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam pada itu, kaedah pula merupakan langkah- langkah sistematik dan tersusun yang dilaksanakan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif pelajarannya manakala teknik pula merupakan kemahiran guru untuk mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dipilihnya untuk mencapai objektif pelajaran yang berkesan. Pendekatan Pendekatan merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendekati murid-muridnya dalam bilik darjah (Orlich et al.,2007). Pendekatan juga merujuk kepada kebolehan guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan murid dan guru dalam bilik darjah. Terdapat tiga pendekatan pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Pendekatan yang pertama ialah konsep pengajaran tradisional. Konsep ini adalah guru hanya mengajar dan menentukan tugasan kerana

Upload: due-ace

Post on 04-Sep-2015

316 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PJ KSSR

TRANSCRIPT

Strategi, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan JasmaniPengajaran seorang guru yang holistik dalam mengekal, meningkatkan minat dan kesediaan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani serta untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan memerlukan kemahiran dalam penggunaan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian dan keunikan diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mempunyai konsep yang berbeza. Pencerahan kepada konsep dan penggunaan setiap konsep pengajaran tersebut diperhalusi dalam huraian berikut:KonsepPendekatan berkait rapat dengan falsafah pengajaran dan bersifat umum. Menurut Anthony (dalam Mok Soon Sang, 2010), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. menurut Mok Soon Sang (2010), strategi pula merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam pada itu, kaedah pula merupakan langkah-langkah sistematik dan tersusun yang dilaksanakan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif pelajarannya manakala teknik pula merupakan kemahiran guru untuk mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dipilihnya untuk mencapai objektif pelajaran yang berkesan.PendekatanPendekatan merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendekati murid-muridnya dalam bilik darjah (Orlich et al.,2007). Pendekatan juga merujuk kepada kebolehan guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan murid dan guru dalam bilik darjah. Terdapat tiga pendekatan pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.Pendekatan yang pertama ialah konsep pengajaran tradisional. Konsep ini adalah guru hanya mengajar dan menentukan tugasan kerana menekankan pengajaran berfokus kepada guru. Seterusnya ialah pengjaran humanistik. Konsep pengajaran humanistik menitikberatkan perkembangan secara bebas iaitu murid bebas mempelajari perkara yang dikehendaki. Selain itu, juga ialah pengajaran gabungan yang merupakan gabungan pendekatan tradisional dan humanistik.Kaedah dan teknikKaedah merupakan perancangan atau prosedur dalam pelaksanaan pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Dalam pengajaran pendidikan jasmani, terdapat beberapa kaedah yang dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian gaya pembelajaran, topik, aktiviti serta kesesuaian murid dan tahap murid. Antaranya adalah kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, kaedah demonstrasi atau tunjuk cara, kaedah kuliah atau syarahan, kaedah pembelajaran masteri, kaedah pembelajaran koperatif dan kaedah perbincangan. Sementara itu, teknik pula merupakan kemahiran guru dalam melaksanakan kaedah yang dipilih.StrategiDalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, terdapat sembilan strategi yang boleh diguna pakai oleh murid. Antaranya adalah belajar cara belajar, pembelajaran masteri, aplikasi teori kecerdasan pelbagai, kajian masa depan, pembelajaran kontekstual, pembelajaran konstruktivisme, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pembelajaran akses kendiri, aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.AktivitiAktiviti dalam pendidikan jasmani adalah perkara yang dilakukan oleh murid berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh aktiviti dalam pendidikan jasmani ialah latih tubi dan perbincangan.