pen gen alan kepada bola beracun

2
Pengenalan kepada bola beracun Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Namun begitu,tidak dinafikan pada zaman sekarang ini,kanak-kanak lelaki juga gemar bermain permainan ini. Gelanggang bagi permainan ini hanya dengan sebuah bulatan besar sahaja.Kebiasaannya mereka akan bermain di kawasan yang lapang seperti padang,halaman rumah,gelanggang dewan besar dan sebagainya. Bola beracun dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan sepuluh orang atau lebih.Bilangan bagi permainan ini sebenarnya tidak dihadkan.Permainan ini melibatkan dua kumpulan,jadi pembahagian bagi setiap kumpulan mestilah adil.Contohnya,jika kanak-kanak terdiri daripada sepuluh orang maka setiap kumpulan akan terdiri daripada lima orang kanak- kanak. Permainan ini hanya mempunyai beberapa peraturan tetap.Antaranya,bola yang dibaling oleh pihak lawan mestilah dari paras pinggang hingga ke bawah. Selain itu,ahli kumpulan yang telah mati oleh sebab dibaling bola beracun,maka dia tidak boleh bermain untuk kumpulannya lagi.Akhir sekali,sesebuah kumpulan itu

Upload: nabila-farhana

Post on 24-Jun-2015

817 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan Kepada Bola Beracun

Pengenalan kepada bola beracun

Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak

lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan

tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil

sahaja. Namun begitu,tidak dinafikan pada zaman sekarang ini,kanak-kanak lelaki juga

gemar bermain permainan ini.

Gelanggang bagi permainan ini hanya dengan sebuah bulatan besar

sahaja.Kebiasaannya mereka akan bermain di kawasan yang lapang seperti

padang,halaman rumah,gelanggang dewan besar dan sebagainya.

Bola beracun dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan sepuluh

orang atau lebih.Bilangan bagi permainan ini sebenarnya tidak dihadkan.Permainan ini

melibatkan dua kumpulan,jadi pembahagian bagi setiap kumpulan mestilah

adil.Contohnya,jika kanak-kanak terdiri daripada sepuluh orang maka setiap kumpulan

akan terdiri daripada lima orang kanak-kanak.

Permainan ini hanya mempunyai beberapa peraturan tetap.Antaranya,bola yang

dibaling oleh pihak lawan mestilah dari paras pinggang hingga ke bawah. Selain itu,ahli

kumpulan yang telah mati oleh sebab dibaling bola beracun,maka dia tidak boleh

bermain untuk kumpulannya lagi.Akhir sekali,sesebuah kumpulan itu akan dikira

menang jika seorang daripada ahli kumpulannya dapat bertahan dari dikenakan bola

beracun.