pen gen alan

Upload: nur-syahirah

Post on 01-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Menurut Kapten Adam Fahmi Bin Ghazali, Pegawai di batalion tersebut, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja secara rasminya ditubuhkan pada 1 Feb 1938 di Haig Lines Port Dickson, Negeri Sembilan. Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda Melayu dari seluruh pelusuk tanah air tampil menawarkan khidmat mereka dan hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas kepada Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu.1Mereka telah diarah untuk melaporkan diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933. Skuad pertama ini telah menjalankan latihan dengan penuh gigih dan tabah. Ini membuktikan bahawa Bangsa Melayu juga sanggup berjuang dan rela berkorban nyawa demi tanah air tercinta. Pegawai Memerintah Pertama yang memegang tampok pemerintahan ialah Lt Kol G.M.C Bruse manakala Pegawai Memerintah Melayu Pertama ialah Lt Kol Tengku Ahmad Ibni Almarhum Tengku Besar Burhanuddin dan Sarjan Mejar Rejiman Melayu Pertama adalah Pegawai Waren 1 Ahmad bin Rabu.2Batalion ini telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kumpulan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) bagi acara-acara rasmi. Antara tugas-tugas yang lain adalah Kawalan Kehormatan Setempat (KKS), Kawalan Kehormatan Darjat (KKD), Istiadat pertukaran pegawai di Istana Negara, kawalan suku serta jejawat payung dan tombak. Batalion ini yang terlibat juga dengan operasi diperbatasan dan pada tahun 2008 batalion ini telah diberi kepercayaan oleh General Sir Richard Gewad untuk melaksanakan Public Duties di London kerana beliau terpegun dan berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan.3

1