pen gen alan

2
PENGENALAN Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran proses sains asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua ketiga belas kemahiran ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif. Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita membuat generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu. Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu. Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran

Upload: mimi-hamimi

Post on 19-Feb-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Edu

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN 

Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat

menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains

dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran

dan nilai-nilai murni.

Sains adalah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang

alam. Ilmu ini sentiasa berkembang. Untuk penyelidikan sains, lapan kemahiran proses sains

asas dan enam kemahiran proses sains intergrasi diperlukan. Semua ketiga belas kemahiran

ini boleh diperoleh melalui pembelajaran sains secara aktif.

Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan

pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk

yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan membolehkan kita membuat

generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu.

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada

sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen

kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan

kemahiran proses asas bersepadu.

Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai

kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan

nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran

berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses

sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi,

kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran

mengeksperimen.

Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu,

pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu

dapat digunakan dengan berkesan.

Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada

tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.