pen gen alan

24
1.0 PENGENALAN Perkataan etnik berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud orang atau “ethos”.Kumpulan etnik boleh membawa maksud sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri dan budaya yang hampir sama.Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan mempunyai kepelbagaian keunikan yang sangat dikagumi oleh negara luar.Pada tahun 2005 Malaysia mempunyai anggaran penduduk melebihi 24 juta orang dan dikatakan 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai agama,budaya dan Bahasa atau dialek.Interetnik bermaksud satu hubungan etnik dengan etnik yang lain.Menurut Fathi (1997: 121),asas kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara sehingga menghasilkan kepelbagaian manusia ini adalah satu keunikan dan keistimewaan yang patut dihayati bagi meransang serta menggalakkan berlakunya interaksi ,kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik.Contohnya setiap etnik dengan etnik yang lain saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza.Manakala intraetnik pula bermaksud hubungan antara sesama kaum atau keturunan.Hal ini berlaku apabila keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka. Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing.

Upload: ashrul-wea

Post on 20-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asas pengenalan

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

1.0 PENGENALAN

Perkataan etnik berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud orang atau

“ethos”.Kumpulan etnik boleh membawa maksud sekumpulan masyarakat yang mempunyai

ciri-ciri dan budaya yang hampir sama.Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang

kaum dan mempunyai kepelbagaian keunikan yang sangat dikagumi oleh negara luar.Pada

tahun 2005 Malaysia mempunyai anggaran penduduk melebihi 24 juta orang dan dikatakan 200

suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai agama,budaya dan Bahasa atau

dialek.Interetnik bermaksud satu hubungan etnik dengan etnik yang lain.Menurut Fathi (1997:

121),asas kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara sehingga menghasilkan kepelbagaian

manusia ini adalah satu keunikan dan keistimewaan yang patut dihayati bagi meransang serta

menggalakkan berlakunya interaksi ,kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya

pengasingan atau konflik.Contohnya setiap etnik dengan etnik yang lain saling berhubungan

dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam

pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini

menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama

dan kepercayaan yang berbeza.Manakala intraetnik pula bermaksud hubungan antara sesama

kaum atau keturunan.Hal ini berlaku apabila keadaan yang saling berhubungan antara individu

dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka.

Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada

individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri

mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing.

2.0 Perkaitan Intraetnik

2.1 Aspek sosial

2.1.1 Perkahwinan Campur

Perkahwinan merupakan penyatuan seorang lelaki dengan seorang perempuan dan zuriat

yang dilahirkan oleh si perempuan diakui sebagai anak kepada kedua dua pihak, perkahwinan

boleh juga ditafsirkan sebagai penerimaan masyarakat terhadap hak seseorang lelaki dan

seorang perempuan untuk tinggal bersama sebagai suami isteri, (Norazit Selat, 128 : 1993).

Kahwin merupakan salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara

kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi

Page 2: Pen Gen Alan

harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah

kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau

melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, amat wajar

menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum

dalam negara ini. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan

mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum.

Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang

dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan

Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-

kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di

antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.”

(Surah al-Hujurat: 13).

Perkahwinan campur dapat diibaratkan sebagai sebuah permulaan budaya baru dari sebuah

keluarga. Hal ini dapat dilihat dari petikan bahawa ; “Keluarga bukan sahaja merupakan alat

penyambung dalam kesinambungan sesuatu kebudayaan tetapi ia merupakan anasir dalam

merubah kebudayaan. Oleh itu keluarga mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat

apabila keluarga memainkan peranan yang besar kearah pembentukan sesebuah masyarakat”,

(Rohana Yusof, 152 ; 2010).

Berdasarkan petikan di atas dapat kita huraikan bahawa perkahwinan antara dua kaum atau

dua keturunan yang berbeza ras akan melahirkan sebuah budaya baru, paling tidak ianya akan

terjadi sebuah proses asimilasi secara fizik antara dua kebudayaan atau dua ras, kerana pada

konsep perkahwinan ialah penyatuan dua insan yang datang dari dua keluarga berbeza.

Seterusnya,antara usaha yang dapat dilakukan dalam inisiatif kewujudan perkahwinan campur

adalah mewujudkan iklan.Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah

menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan dengan perpaduan. Begitu

juga dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang turut menerbitkan

beberapa iklan berbentuk perpaduan etnik. Antaranya, iklan yang menceritakan tentang

perkahwinan campur yang dilakonkan oleh kanak- kanak Melayu, Cina dan India. Perkahwinan

campur juga adalah salah satu cara berkesan yang telah diterima dengan baik untuk memupuk

semangat perpaduan dalam kalangan etnik.  Oleh yang demikian, iklan perkahwinan campur

yang dihasilkan telah memberikan mesej yang mudah difahami oleh penerima, iaitu masyarakat

Page 3: Pen Gen Alan

Malaysia kerana cinta tidak mengenal bangsa dan keturunan. Tambahan pula, iklan seperti itu

merupakan salah satu pengisian oleh media untuk memberi informasi dan bagi tujuan mendidik

di samping dapat menghiburkan kumpulan sasarannya. Secara umumnya iklan dan pesanan

khidmat sosial seperti itu boleh berunsur berat mahupun ringan. Namun yang lebih penting ialah

keberkesanannya dan jika selalu ditayangkan oleh semua saluran televisyen sama ada saluran

kerajaan ataupun swasta, akan menjadi satu panduan kepada masyarakat.Kesimpulannya,

agama berperanan dalam mewujudkan hubungan etnik antara kaum,hal ini dapat dibuktikan

sejak zaman Rasulullah SAW lagi, telah menyatukan golongan masyarakat Islam Madinah yang

terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu Muhajirin dan Ansar. Orang-orang Muhajirin bukanlah

penduduk asal Madinah,mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah. Manakala Orang-orang

Ansar merupakan penduduk asal Madinah. orang Ansar merupakan penduduk asal Madinah.

Orang-orang Ansar berasal daripada dua kumpulan iaitu puak Aus dan Khazraj bawah naungan

Islam Masyarakat Islam

2.2 Aspek pendidikan

Dasar Pendidikan Negara masa kini bertujuan untuk membentuk perpaduan di kalangan

masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dasar pendidikan kebangsaan telah

dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu penjajahan barat dan keadaan masyarakat yang

berbilang kaum. Sebagaimana yang diketahui umum, integrasi pendidikan yang wujud kesan

daripada penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 telah menimbulkan kesedaran kerajaan

British bahawa sistem pendidikan perlu diselaraskan untuk menyatukan masyarakat berbilang

kaum. Kesedaran ini telah terbukti dalam Rancangan Cheesemen yang mencadangkan sekolah

Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Penyatuan sistem persekolahan

dilaksanakan melalui beberapa jawatankuasa pendidikan yang dilantik khas oleh kerajaan

British untuk mengkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu. Langkah susulan yang diambil

dalam memastikan penyatuan sistem pendidikan berlaku ialah dengan kemunculan Penyata

Barnes, 1950.Dalam hal ini,matapelajaran Sejarah di sekolah rendah dan menengah mampu

menjadi agen kepada pemupukan perpaduan dengan memperkenalkan kepada setiap kaum

akar umbi budaya kaum masing-masing.Matapelajaran Sejarah dan Hubungan Etnik di

peringkat Institusi pengajian tinggi boleh memasukkan unsur kepelbagaian kaum sebagai asas

kepada pengenalan kaum agar dapat memupuk sikap toleransi,saling memahami dan hormat

menghormati. Dalam mewujudkan elemen hormat-menghormati antara pelbagai kaum,

perlembagaan negara perlulah menjadi tunjangnya. Perlembagaan negara Malaysia ini

Page 4: Pen Gen Alan

berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957,

dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan

pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan

melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa

orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan, dan lain-lain.Antara dasar yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam

mewujudkan perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan sekolah

khas yang dapat mewujudkan hubungan interetnik adalah seperti Sekolah Wawasan,Sekolah

Bestari,Sekolah Kluster dan lain-lain.Sekolah wawasan telah diperkenalkan di bawah

kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sekolah Wawasan bukanlah mengubah dasar

pendidikan yang sedia ada secara drastik. Ia hanya menempatkan ketiga-tiga buah sekolah

jenis kebangsaan di sebuah kawasan yang sama. Menerusi Sekolah Wawasan, ia

membolehkan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain sama ada di dalam

kawasan sekolah, kantin dan padang permainan.Secara konklusinya,sistem pendidikan

merupakan satu elemen yang penting dalam usaha mewujudkan hubungan etnik di dalam

sesebuah negara.

2.3 Aspek politik

Menurut Tun Abdul Razak,”perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat

disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang

wujud daripada kepelbagaian tersebut”.Berdasarkan ucapan Tun Abdul Razak,Jabatan

Perpaduan Negara yang ditubuhkan pada tahun 1969 adalah merupakan sebuah agensi yang

bertanggungjawab untuk merealisasikan harapan untuk menyatupadukan kepelbagaian etnik di

Malaysia.Agensi ini telah merapatkan semua negeri di Malaysia khususnya Semenanjung

Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.Bagi menjamin hubungan etnik yang harmonis antara

usaha yang dijalankan oleh pihak agensi Jabatan Perpaduan Negara telah bekerjasama

dengan sector swasta(karporat dan pelabur asing),sector kominiti pihak badan bukan kerajaan

–NGO )dan semua parti politik untuk bersama-sama berusaha mengukuhkan.Selain

itu,Penerapan Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Yang Amat

Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menjadikan konsep tersebut

sebagai satu agenda yang ditetapkan oleh kepemimpinan beliau.Bagi merealisasikan konsep

tersebut,media dijadikan alat penyampai kepada sebarang bentuk tujuan khususnya jika

bermaksud untuk menerapkan nilai- nilai yang mendorong kepada perpaduan etnik. Media

membantu menerapkan nilai-nilai luhur sambil membentuk rakyat yang berfikir. Walaupun iklan

Page 5: Pen Gen Alan

yang berunsurkan perpaduan ini biasanya banyak dan kerap ditayangkan pada waktu tertentu

sahaja seperti dalam bulan kemerdekaan dan sempena hari perayaan sesuatu kumpulan etnik.

Sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos setiap tahun misalnya, banyak iklan

berunsurkan perpaduan akan ditayangkan. Media wajar dan perlu sentiasa menayangkan iklan

sebegini sepanjang masa supaya warga Malaysia lebih peka dan menghayati erti perpaduan

yang dipaparkan.Konklusinya,kepelbagaian jenis iklan yang menonjolkan masyarakat Malaysia

berbilang etnik hidup bersatu padu dan harmoni telah memenuhi ruang kaca televisyen setiap

rumah di negara ini. Keadaan ini menunjukkan berlaku perubahan positif pada akhir-akhir ini

berbanding dengan keadaan sebelumnya kerana iklan yang berunsurkan perpaduan kurang

mendapat tempat sama ada di kaca televisyen ataupun dalam media cetak.

2.4 Aspek Budaya

Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik

tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada

pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk

berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini,

unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan

kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh

semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara

satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha

pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan

bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan

Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama

Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada

etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan

keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara

satu etnik dengan etnik yang lain. Keunikan pelbagai perayaan ini menjadi daya penarik

pelancong ke negara kita.Di samping itu, amalan baik kampung juga menjadi tradisi semua

kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan

sanak-saudara. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa diamalkan ketika

sambutan perayaan. Secara tidak langsung, budaya ziarah menziarahi dapat dipupuk di dalam

setiap kaum dan etnik.Contohnya,kaum melayu ketika menyambut hari Perayaan Hari Raya

Page 6: Pen Gen Alan

Puasa.Semasa perayaan Hari Raya Puasa ini,Islam menyarankan umatnya memohon maaf

antara satu sama lain. Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan dan memulihkan

kasih sayang antara anggota keluarga. Jika jiran mereka merupakan kaum lain, mereka juga

dijemput datang kerumah bagi meraikan suasana hari raya. Seperti yang kita lihat, iklan di

televisyen juga memaparkan sambutan Hari Raya Puasa diraikan oleh kaum lain. Begitu juga

dengan Tahun Baru Cina dan perayaan yang lain. Semangat komuniti atau kemasyarakatan

dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak

makanan tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut. Selain itu, mengadakan rumah terbuka

merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan

hubungan perpaduan antara kaum.Kesimpulannya,menurut Prof. Mohd Taib Osman (1988)

memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang

mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam

sekeliling.Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan seluruh cara kehidupan dari masyarakat

dan tidak hanya mengenai sebahagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi dan lebih

diinginkan.

2.5 Aspek Agama

Agama murujuk kepada pegangan seseorang individu dalam kehidupan. Hal ini kerana manusia

memerlukan kepada satu kuasa pertolongan untuk bergantung harap. Di Malaysia, terdapat

pelbagai agama diamalkan oleh pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu majoritinya

menganut agama Islam. Bagi kaum cina, ada yang menganut agama Kristian dan Buddha.

Manakala kaum India pula menganut agama Buddha. Merujuk kepada kepelbagaian agama ini

Malaysia berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada

Tuhan.Kebebasan menganut pelbagai ajaran secara bebas sebagaimana yang terbayang

dalam “Perlembagaan Madinah” memberi ruang yang banyak untuk wujudnya hidup kejiranan

antara Orang-Orang Yahudi dan Kristian dalam negeri-negeri Islam dari zaman dahulu sampai

zaman sekarang. Kewujudan agama-agama lain diiktiraf dalam kehidupan peradaban Islam

yang menjadi realiti sejarah yang nyata. Dengan itu, berlaku “pertembungan” dalam aspek-

aspek yang tersebut dengan agama sebagai pembentuknya. Perkara ini perlu menjadi contoh

kepada Negara kita, Malaysia. Pentingnya hidup beragama ini memandu manusia berakhlak

dengan akhlak mulia dan hidup bermoral. Agama juga menentukan keseimbangan di dunia dan

akhirat yang mana setiap agama mengajak untuk berbuat kebaikan.Merujuk sumber daripada

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM,2005:37) agama islam mengiktiraf kemuliaan setiap

manusia tanpa mengira etnik.Oleh itu,tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak

Page 7: Pen Gen Alan

berdasarkan etnik.Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam

bentuk,kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati

kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus

berlaku.Seharusnya setiap etnik perlu saing kenal mengenal antara satu sama lain agar

kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah

dalam surah al-Hujurat ayat 13 :

“ Wahai umat manusia ! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan

perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya

kamu berkenal-kenalan ( beramah-mesra antara satu denga yang lain ) Sesungguhnya

semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu ( bukan yang

lebih keturunana atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha

mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu )”

Kesimpulannya, hubungan etnik di Malaysia adalah berdasarkan pengenalan agama dengan

menyamakan Melayu itu Islam dan menyamakan kepentingan etnik dengan kepentingan agama

seperti hubungan etnik di Eropah, ia lebih menjurus kepada pengenalan identity agama

daripada identiti etnik disebabkan mereka adalah minority dalam Negara yang majority

rakyatnya bukan Islam.

3.0 Perkaitan Hubungan Intraetnik

Hubungan Intraetnik merujuk kepada hubungan yang dijalinkan di antara kaum sejenis.

Misalannya kaum Melayu sesama kaum Melayu, kaum Cina sesama kaum Cina dan begitu

juga kaum-kaum yang lain. Sepatutnya perihal hubungan sesama kaum ini atau hubungan

intraetnik ini tidak perlu diperbahaskan lagi, dan perihal hubungan yang perlu atau sepatutnya di

perbahaskan adalah hubungan interetnik yang melibatkan interaksi antara beberapa kaum yang

berbeza. Kaum Melayu Cina, dan India adalah kaum perdana yang menjadi tumpuan di

Malaysia.

3.1 Interaksi Kaum Melayu

Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan

Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju

yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Daripada sebutan tersebut dapat diberikan

Page 8: Pen Gen Alan

pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat

dan deras. Orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut. Justeru itu,

takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, mencerminkan

bangsa Melayu adalam rumpunan bangsa yang menitik beratkan soal adab dan sopan. Kaum

Melayu adalah kaum yang cukup disanjung tinggi dek kerana budi bahasa yang diamalkan

melalui generasi kepada generasi yang lain. Berdasarkan kenyatan tersebut kaum Melayu

nampak lebih akrab sesamanya. Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa keakraban hubungan

antara kaum Melayu semasa di perayaan Hari Raya misalnya, menjadi bukti bahawa hubungan

antara kaum Melayu adalah akrab.

Sejarah orang Melayu berkembang dari tahap satu kaum etnik Melayu menjadi satu

kesatuan umat yang besar, merentas segala macam sempadan etnik dan sub-etnik Melayu

setempat dan daerah, mendirikan kerajaan, membina negeri atau negara, siap dengan segala

institusi undang-undangnya, sistem pentadbirannya, sistem keselamatan dalam negerinya,

sistem pertahanannya, dan sistem pengurusan perdagangan di Selat Melaka, selain membina

korpus ilmu dan persuratan yang cemerlang mulai abad ke-15 sampai ke puncak yang

gemilang dalam abad ke-17 dan ke-18. Ia tidak sahaja di kawasan yang disebut 'Tanah Melayu'

tetapi merentas sempadan di seluruh rantau yang orang Barat sebut the Malay Archepelago.

Perbezaan bahasa yang digunakan di antara orang Melayu itu sendiri yang berasal dari

pelbagai negeri, berupaya mengeratkan ukhuwah antara mereka. Misalannya bahasa Melayu

yang dituturkan oleh orang Kelantan, orang Terengganu, dan orang Kedah menunjukkan

perbezaan yang amat ketara. Dialek yang pelbagai itu difahami oleh orang Melayu dan ianya

menjadi warna apabila mereka berbicara.

3.2 Interaksi Kaum Cina

Seratus tahun yang lalu, setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang

berasal dari nenek moyang mereka. Sejak awal dalam sejarah China , orang-orang Cina

mempercayai bahawa mereka lebih cerdik, beradab dan berkebolehan daripada orang-orang

tamadun lain.Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada hal-hal

kebendaan. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran

menggabungkan bahan-bahan berlainan untuk menghasilkan sebuah jentera yang boleh

digunakan untuk menghasilkan barang-barang secara mudah dan berkesan.Tetapi mereka

lebih menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan

Page 9: Pen Gen Alan

harmoni dan keadaan kebahagiaan. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan

(harta benda) tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika ianya boleh memberikan

kepuasan hidup dan membolehkan mereka menikmati kehidupan serta mempunyai status yang

tinggi dalam masyarakat mereka.Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak

beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan

masyarakat Cina sejak turun termurun. Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini

mempunyai pengertian yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud

di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang

menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam

mempertahankan kelansungan hidup dan keharmonian sesama anggota

masyarakat.Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih

berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar

tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.

Orang cina sangat menitikberatkan nilai-nilai keluarga dan konsep (Lima Hubungan), sistem

keluarga merupakan asas untuk sistem sosial di negeri China,antaranya Hubungan antara

seorang pemerintah dengan seorang rakyat.Hubungan antara seorang bapa dengan anak

lelakinya.Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya.Tiga daripada hubungan asas

tersebut merupakan hubungan antara ahli-ahli dalam sebuah keluarga. Dua hubungan yang lain

(hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki)

boleh diperluaskan untuk menjadi suatu jenis hubungan "keluarga". Kesemua ini dapat dilihat

dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina , Pesta Chap Goh Meh, Kuih

Bulan dan lain-lain. Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan juga diseluruh

negeri.

3.3 Interaksi Kaum India

Masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina.

Kewujudan masyarakat Malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di

negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam

kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan

negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india

sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini

bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama

hindu.

Page 10: Pen Gen Alan

            Antara kebudayaan Hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah

kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya

khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya

khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak

saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan

“vanakum”. Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai adat berkunjung kerumah sanak

saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu,

masyarakat india digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima

kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah

rakan atau sanak saudara.

Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang kerumah, tetamu biasanya

akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus

menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah.

Dalam masyarakat ini, sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan

menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan

kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai

tanda kebaikan.

Seterusnya adalah kebudayaan kaum India, ianya dapat difokuskan dari aspek

perayaan. Masyarakat india menyambut pelbagai jenis perayaan dalam setahun mengikut

kalendar hindu. Sepanjang tahun tersebut, mereka akan mengadakan pelbagai upacara

sembahyang dan perubahan tahun. Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap

bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan

dalam masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan

Thaiponggal. Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas

‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan

paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini upacara sembahyang akan diadakan

terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai”

untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat

persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang

berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada

penganut agama hindu. Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan  perayaan

Page 11: Pen Gen Alan

menuai dan ‘padi baru masak’ serta ‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik

untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi,

‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa

Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.Melalui adat dan kebudayaan ini, dapat

kita perhatikan bahawa hubungan intraetnik sesama kaum India adalah sangat akrab dan tidak

boleh dipertikaikan walaupun kuntiti mereka adalah kecil berbanding dengan kaum Melayu dan

kaum Cina.

4.0 RUMUSAN

Page 12: Pen Gen Alan

Alhamdulillah, kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang

telah ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah penasihat serta

rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan ini dengan baik.

Tanpa bantuan mereka semua mana mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini

selengkapnya pada waktu yang telah ditetapkan.

Perkataan yang pertama saya dapat gambarkan dalam menyiapkan tugasan ini

adalah “wow” kerana ia merupakan satu tugasan yang menghasilkan satu pengetahuan

dan pengalaman yang amat berharga pada diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, ia telah

membuka pemikiran saya perihal etnik yang ada di Malaysia.. Tugasan ini telah

memberi kesempatan kepada saya untuk mencari maklumat serta mendalami etnik-

etnik di Malaysia .Rupa-rupanya banyak etnik yang ada di Malaysia sehingga saya

rambang mata untuk memilih etnik mana yang akan dijadikan sebagai panduan saya

untuk menjadikan asas kerja kursus saya.

Berpaksikan kepada sumber-sumber yang saya perolehi, dapat saya simpulkan di sini

bahawa masyarakat Malaysia berupaya menyahut cabaran tentera Inggeris yang menjadikan

kemakmuran hidup dalam berbilang etnik adalah syarat kepada kemerdekaan yang orang

Melayu inginkan. Kesungguhan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan daripada

Inggeris 50 tahun yang lalu dapat disaksikan dengan amalan hidup masyarakat Malaysia pada

hari ini. Bepadanan dengan gerak gerja saya yang bakal mengorak langkah sebagai seorang

muallim, saya lebih cenderung untuk menghubungkait tugasan ini dengan Falsafah Pendidikan

Guru yang menjadi prinsip atau garis panduan kepada amalan keguruan yang bakal saya

tempuhi. Akan tetapi, tidak semua elemen akan saya ceritakan di dalam penulisan ini.

Elemen yang menjadi pertama yang tunjang utama dalam Falsafah Pendidikan Guru ini

amat bersesuaian dengan mauduk tugasan yang diberikan kepada saya kali ini. Elemen yang

dimaksudkan adalah elemen pekerti mulia. Usaha dalam melahirkan guru yang berpekerti mulia

ini tidak tertumpu kepada guru yang beragama islam sahaja. Seandainya moral menjadi kayu

pengukur bagi menilai ketulusan peribadi seseorang yang bukan beragama Islam, pekerti mulia

adalah salah satu nilai di dalamnya. Islam juga menekankan nilai yang sama dalam membentuk

seorang muslim yang berbudi pekerti.

Justeru itu, tidak keberatan untuk saya katakana disini bahawa guru adalah kerjaya

yang dihormati, dek kerana elemen yang terkandung di dalam falsafah keguruan ini sendiri

Page 13: Pen Gen Alan

mementingkan setiap guru untuk berpekerti mulia bukan hanya sesama agama, kaum, dan

etnik sahaja tetapi bagi setiap rakan sekerjaya yang menjawat jawatan guru. Sesuailah dengan

suasana kehidupan guru yang bukan sahaja dijawat oleh orang melayu, cina atau india sahaja

malah kerjaya ini melibatkan semua kaum.

Elemen yang kedua yang kini hangat diperkatan adalah pelbagai usaha telah dilaksanakan

oleh pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi

mewujudkan dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain

dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guru-

guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan memupuk

nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Pendidikan awal murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya

bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan

organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain.

Di samping itu juga,melalui tugasan ini,seorang guru berperanan mengajar dan mendidik

murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang

banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaranberlangsung.Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu

SekolahKebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah

JenisKebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar

di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasaperantara. Oleh

itu,guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga

perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan

sensitiviti agama semasamenyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah.

Hal ini kerana,sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid

lain akanmenerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan

mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara. Akibatnya masalah sosial dalam

pembelajaran mereka seperti tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran akan berlaku.Maka,rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka

terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya guru dapa tmeminimumkan kesilapan

sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran

Page 14: Pen Gen Alan

Elemen yang ketiga menjadi tarikan untuk saya menaip lagi adalah amat sesuai

dengan intipati tugasan ini adalah elemen menyanjung warisan kebudayaan negara. Jelas

termaktub didalam falsafah keguruan ini nilai yang jelas menunjukkan batapa pentingnya aspek

budaya dalam melahirkan guru yang mengenal warisan bangsa. Persis dengan kehidupan

masyarakat melayu yang kaya dengan adat resam, sehinggakan wujud pepatah yang menjadi

gambaran khusus bagi elemen warisan kebudayaan ini. “Lain padang lain belalang, lain lubuk

lain ikannya”. Justeru itu ,saya nukilkan satu peribahasa melayu ini sebagai pengganti kepada

gambaran yang menunjukkan bahawa setiap kaum ada warisan budayanya yang tersendiri.

Namun begitu, daripada rumpun yang berbeza, kita dikumpulkan di atas satu padang yang

sama.

Oleh itu, elemen warisan dan budaya menjadi warna dalam memeriahkan kerjaya

keguruan ini. Buktinya, kita sama-sama meraikan perayaan setiap kaum dengan

mengisytiharkan cuti pada hari-hari yang menjadi takwim bagi perayaan kaum-kaum tersebut.

Ini menunjukkan kecaknaan guru tentang kewujudan perayaan-perayaan yang disambut oleh

kaum-kaum di Malaysia. Rentetan daripada keunikan pelbagai budaya inilah, akan wujudnya

kemesraan guru-guru dalam berukhuwah.

Dalam masa yang sama , kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat

dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan

pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi

memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai

budaya adalah jelas dan tepat.Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan

kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap

murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan

kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur.Guru perlu menggalakkan

murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi

dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka.Selain

itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik

juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka.Ada juga sebilangan murid Melayu

yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik

kerana dipengaruhi latar belakang keluarga.Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan

mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India

yang lemah bertutur didalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid

Page 15: Pen Gen Alan

Cina dan Indiabertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran

danpembelajaran guru dengan berkesan.

Secara keseluruhannya, seorang guru hendaklah pengetahuan dan mendalami ilmu tentang

adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di

Malaysia.Guru perlulah mengkaji dan meneliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu

pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah.

5.0 ULASAN VIDEO

Page 16: Pen Gen Alan
Page 17: Pen Gen Alan

6.0 RUJUKAN

Page 18: Pen Gen Alan

7.0 LAMPIRAN