pen gen alan

2
1.0 PENGENALAN BIG merupakan singkatan bagi program Bina Insan Guru yang merupakan mata pelajaran wajib bagi setiap semester bermula semester 1 PISMP sehingga semester 4. Bagi semester tiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini, kami diamanahkan untuk menjalankan dua fasa bina insan guru iaitu khidmat masyarakat di dalam kampus dan di luar kampus. Khidmat masyarakat tersebut dirancang bersesuaian dengan tarikh dan tempat iaitu bersamaan 27 Februari 2014 pada hari Khamis bertempat di sekitar kawasan kampus iaitu tapak BIG, kuarters perumahan pensyarah, prasekolah, dataran gerko, stor dan logo IPG. Seminar tersebut diwajibkan kepada semua para pelatih guru PISMP Semester 3 seramai 268 orang yang terdiri daripada 9 kelas dan dua opsyen iaitu opsyen bahasa Arab dan opsyen pengajian agama. Khidmat Masyarakat ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan bijak dalam menguruskan atau mengendalikan sesuatu tugasan. Selain itu khidmat masyarakat ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan pelatih guru. Bahkan itu juga, para pelatih guru diharapkan agar dapat memupuk nilai keinsanan dalam diri agar dapat membentuk insan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Khidmat masyarakat ini dilakukan sepanjang hari bermula daripada 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Masing-masing menjalankan tugasan yang telah diberikan dan mengambil alatan yang sesuai untuk kegunaan bagi melancarkan lagi aktiviti yang dijalankan. Seterusnya majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Tuan Haji Osman bin Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam.

Upload: siti-syafiqa-zainudin

Post on 18-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

1.0 PENGENALAN

BIG merupakan singkatan bagi program Bina Insan Guru yang merupakan

mata pelajaran wajib bagi setiap semester bermula semester 1 PISMP sehingga

semester 4. Bagi semester tiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

ini, kami diamanahkan untuk menjalankan dua fasa bina insan guru iaitu khidmat

masyarakat di dalam kampus dan di luar kampus.

Khidmat masyarakat tersebut dirancang bersesuaian dengan tarikh dan

tempat iaitu bersamaan 27 Februari 2014 pada hari Khamis bertempat di sekitar

kawasan kampus iaitu tapak BIG, kuarters perumahan pensyarah, prasekolah,

dataran gerko, stor dan logo IPG. Seminar tersebut diwajibkan kepada semua para

pelatih guru PISMP Semester 3 seramai 268 orang yang terdiri daripada 9 kelas dan

dua opsyen iaitu opsyen bahasa Arab dan opsyen pengajian agama.

Khidmat Masyarakat ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama,

bertolak ansur dan bijak dalam menguruskan atau mengendalikan sesuatu tugasan.

Selain itu khidmat masyarakat ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan

pelatih guru. Bahkan itu juga, para pelatih guru diharapkan agar dapat memupuk

nilai keinsanan dalam diri agar dapat membentuk insan yang cemerlang di dunia

mahupun di akhirat.

Khidmat masyarakat ini dilakukan sepanjang hari bermula daripada 8.00 pagi

sehingga 2.00 petang. Masing-masing menjalankan tugasan yang telah diberikan

dan mengambil alatan yang sesuai untuk kegunaan bagi melancarkan lagi aktiviti

yang dijalankan. Seterusnya majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Tuan Haji

Osman bin Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam.

Page 2: Pen Gen Alan

Besarlah harapan kami agar aktiviti khidmat masyarakat ini meninggalkan

kesan yang mendalam kepada semua para pelatih guru agar menjadi sumber

inspirasi para pelajar suatu hari nanti.