pen gen alan

2
1.1 PENGENALAN Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk

Upload: mohd-anuar

Post on 17-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

1.1 PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian

murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali.

Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,

merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan

menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,

pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau

prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik

berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau

psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan

calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses

membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti

pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam

membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan

Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk

memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan

keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis – analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan