pen gen alan

17
PENGENALAN Pengurusan wad bermula daripada pesakit melangkah kaki dan mendaftar di mana-mana Pusat Kesihatan tidak mengira samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Pengurusan yang efisien dan selamat membolehkan pesakit dapat menjalani rawatan dengan lebih sempurna dan berjaya. Pengurusan yang lancar terutamanya di dalam wad dapat mengelakkan daripada berlakunya kecuaian yang boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan. Selain dari pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga mestilah di ambil berat oleh semua kakitangan dalam sesebuah wad. Ini dapat mengelakkan daripada terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi rawatan yang akan diberikan. 1 | Page

Upload: wafiuddin94

Post on 16-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

GRN

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Pengurusan wad bermula daripada pesakit melangkah kaki dan mendaftar di

mana-mana Pusat Kesihatan tidak mengira samada dari pihak kerajaan mahupun swasta.

Pengurusan yang efisien dan selamat membolehkan pesakit dapat menjalani rawatan

dengan lebih sempurna dan berjaya. Pengurusan yang lancar terutamanya di dalam wad

dapat mengelakkan daripada berlakunya kecuaian yang boleh menyebabkan pesakit

hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan.

Selain dari pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga mestilah

di ambil berat oleh semua kakitangan dalam sesebuah wad. Ini dapat mengelakkan

daripada terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh menyebabkan pesakit

mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi rawatan yang akan diberikan.

1 | P a g e

Page 2: Pen Gen Alan

PENCARIAN LITRATURE

1. Impact of extended-duration shifts on medical errors, adverse events, and

attentional failures. Barger LK, Ayas NT, Cade BE, et al. (December 2006).

2. Laporan Tahunan 's Kualiti dan Keselamatan 2007 mendapati bahawa komunikasi

yang tidak mencukupi antara penyedia penjagaan kesihatan, atau di antara

pembekal dan ahli-ahli pesakit dan keluarga, adalah punca kepada lebih separuh

kejadian-kejadian buruk yang serius di hospital-hospital yang diiktiraf .Laporan

Tahunan Suruhanjaya Bersama mengenai Kualiti dan Keselamatan

2007: Meningkatkan Hospital Amerika (Accessed 2008-04-09)

3. The Institute of Medicine (2004) report found low health literacy levels

negatively affects healthcare outcomes The Institute of Medicine: Health

Literacy: A Prescription to End Confusion (2004)

4. In particular, these patients have a higher risk of hospitalization and longer

hospital stays, are less likely to comply with treatment, are more likely to make

errors with medication. Terry C. Davis, PhD; Michael S. Wolf, PhD, MPH; Pat

F. Bass III, MD; Jason A. Thompson, BA; Hugh H. Tilson, MD, DrPH;

Marolee Neuberger, MS; and Ruth M. Parker, MD (29 November

2006). "Literacy and Misunderstanding Prescription Drug Labels". Annals

of Internal Medicine

5. Ten years after a groundbreaking Australian study revealed 18,000 annual deaths

from medical errors .Wilson RM, Runciman WB, Gibberd RW, Harrison BT,

Newby L, Hamilton JD (November 1995). "The Quality in Australian Health

Care Study"

2 | P a g e

Page 3: Pen Gen Alan

6. The Department of Health Expert Group in June 2000 estimated that over 850,000

incidents harm National Health Service hospital patients in the United

Kingdom each year. On average forty incidents a year contribute to patient deaths

in each NHS Institution Department of Health Expert Group (2000). "An

organisation with a memory". Department of Health, United Kingdom

7. In 2004, the Canadian Adverse Events Study found that adverse events occurred

in more than 7% of hospital admissions, and estimated that 9,000 to 24,000

Canadians die annually after an avoidable medical error. G. Ross Baker, Peter

G. Norton, et al. (2004). "The Canadian Adverse Events Study: the incidence

of adverse events among hospital patients in Canada"

3 | P a g e

Page 4: Pen Gen Alan

PERBINCANGAN / HUJAH

PENGURUSAN WAD

Kecekapan seseorang staf dalam pengurusan wad dapat menjadikan sesuatu wad

penting bagi pesakit untuk mendapat kemudahan dan rawatan yang setimpal dan

sempurna. Pengurusan di wad lebih menfokuskan untuk memberikan penjagaan

kejururawatan sepanjang masa sehingga pesakit pulih atau discaj dari wad

Profesionalisme seseorang staf itu dalam menguruskan wad dapat mengelakkan

daripada terjadinya gejala yang tidak diingini kepada pesakit. Berikut merupakan objektif

pengurusan wad

Objektif pengurusan wad

Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti dan

terbaik secara menyeluruhkepada semua pesakit di wad

Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan pelanggan dan juga

kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.

Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada semua pesakit.

Ini dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat jangkitan, kecederaan dan

kecelakaan. Pengurusan wad yang berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada

pesakit yang disebabkan oleh kecuaian staff.

Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak serta keperluan

pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua staff.

Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di discaj

daripada wad tersebut.

Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada seluruh ahli

anggota wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit, attendan yang membawa

pesakit ke katil, jururawat yang menjaga keperluan kejujurawatan, doktor yang

4 | P a g e

Page 5: Pen Gen Alan

melakukan intervensi rawatan hinggalah kepada pakar dalam sesebuah bidang itu.

Terdapat beberapa komponen-komponen yang sangat penting yang perlu diambil berat

oleh semua anggota yang terlibat.

Antaranya ialah :-

Komponen-komponen pengurusan wad

i. Penjagaan pesakit.

a. Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan kejururawatan

terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat

mengenai keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di dalam

wad.

b. Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan kepada

pesakit juga perlu di titik beratkan.

c. Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan perubatan

kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan bekerjasama dalam

melakukan prosedur, menyediakan dan menyiapkan peralatan perubatan,

membantu dalam memberikan ubatan kepada pesakit dan berkerjasama

dalam mengadakan rawatan kepada pesakit.

d. Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai keadaan

semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah dan berusaha

untuk menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang komplikasi

terutamanya kepada pesakit.

e. Malahan, ahli keluarga pesakit juga akan dimaklumkan mengenai keadaan

semasa pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik kesihatan pesakit

terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan pesakit ketika di rumah.

ii. Pengurusan oleh personnel kesihatan

a. Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat dan

jururawat mempunyai waktu dan masa masing-masing untuk melihat

pesakit. Sebagai contoh, ‘ward round’ yang dilakukan oleh pakar pada

setiap hari akan diberi keutamaan sebelum keputusan bagi sesebuah

intervensi rawatan diberikan kepada pesakit.

5 | P a g e

Page 6: Pen Gen Alan

b. Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit

hemodylisis, unit hematologi dan sebagainya akan membantu dalam

perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan berautoriti.

iii. Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad.

a. Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-masing yang

berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang

mencukupi.

iv. Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.

a. Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu dalam

kesembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor akan mempunyai

mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kepada pesakit.

b. Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical Serve di

Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan keperluan keseluruhan

kepada pesakit.

v. Pengurusan barangan domestik

a. Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, pembekalan air

yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan dipantau

untuk menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan kondusif.

6 | P a g e

Page 7: Pen Gen Alan

PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT

Keselamatan pesakit di wad sememangnya amat penting dalam proses perawatan

Sekiranya pesakit tidak mendapatperlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini

akan menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit. Sebagai contohnya, sekiranya

pesakit yang tidak mampu berjalan, tidak mendapat bantuan ataupun pertolongan untuk

bergerak ketika di wad, pesakit mungkin akan terjatuh dan mendapat komplikasi

Hasil penjagaan pesakit adalah lebih selamat dan lebih baik apabila pesakit , ahli

keluarga atau penjaga mereka dapat menyertai proses penjagaan dan membuat keputusan

penjagaan bersama dengan hospital. Perkongsian penjagan dan penglibatan didalam

perancangan rawatan pesakit menepati ekspektasi budaya,kepercayaan-kepercayaan

kerohanian dan agama pesakit dan ahli keluarga mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab staf di wad memperuntukkan polisi yang termaktub oleh

KKM dan proses proses yang menyokong hak-hak pesakit dan ahli keluarganya semasa

penjagaanNdan perawatan mereka

Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan pada

tahun 2003 untuk menerajui usaha negara dalam meningkatkan keselamatan pesakit

dengan mewujudkan perkongsian pintar untuk keselamatan pesakit melalui:

i) Meningkatkan kesedaran isu-isu keselamatan pesakit dalam sistem penjagaan

kesihatan Malaysia

ii) Membolehkan, memberi, dan motivasi pihak yang berkepentingan untuk

mengambil tindakan yang positif untuk menggalakkan keselamatan pesakit

dalam penyampaian penjagaan kesihatan

7 | P a g e

Page 8: Pen Gen Alan

Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia juga berperanan

i) Nasihatkan Menteri Kesihatan YAB mengenai dasar-dasar keselamatan pesakit

negara, strategi dan pelan tindakan

ii) Mempromosi dan memudahkan kerjasama di peringkat nasional, serantau dan

antarabangsa dalam keselamatan pesakit.

iii) Menggalakkan pelaksanaan bukti berasaskan strategi keselamatan pesakit

iv) Memantau dan menilai kemajuan dan pencapaian dalam matlamat keselamatan

pesakit negara.

Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia juga menekankan konsep PATIENT SAFETY

GOALS iaitu

1. To implement Clinical Governance

2. To implement 1st Global Patient Safety Challenge: "Clean Care is Safer Care"

3. To implement the 2nd Global Patient Safety Challenge: "Safe Surgery Saves Lives"

4. To implement the 3rd Global Patient Safety Challenge: "Tackling Antimicrobial

Resistance"

5. To improve the accuracy of patient identification

6. To ensure the safety of transfusions of blood and blood products

7. To improve medication safety

8. To improve clinical communication by implementing critical value program

9. To reduce patient fall

10. To reduce the incidence of health care associated pressure ulcer

11. To reduce Catheter Related Bloodstream Infection (CRBSI)

12. To reduce Ventilator Associated Pneumonia (VAP)

13. To implement the Patient Safety Incident Reporting and Learning System

8 | P a g e

Page 9: Pen Gen Alan

Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan dimana

akan memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit. Diantara peraturan tersebut

adalah:

Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan ditentukan

tempoh melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas  waktu melawat yang

ditetapkan.

Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan anggota    hospital

bagi hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas juga disediakan    dan pelawat perlu

mengisi dan mendapatkan tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa

mereka pulangkan pas am berkenaan.

Keselamatan Dalam Wad

Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas pekerja

semasa bertugas.

Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat sahaja

kecuali diberi pas pelawat.

Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan wad kanak-

kanak.

Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan diikat tag

pada tangannya untuk memudahkan pengesanan.

Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam

Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang berharga.

Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk membawa

pulang atau mengaturkan dengan pegawai yang menjaga unit tersebut.

Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan segera

kepada pegawai yang menjaga unit berkenaan.

Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau

kerosakan hartabenda orang awam.

Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan

Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain yang sesuai.

9 | P a g e

Page 10: Pen Gen Alan

Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa dan diiringi oleh

pegawai polis/penjara.

Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau penjara.

10 | P a g e

Page 11: Pen Gen Alan

RUMUSAN

Pengurusan wad yang cemerlang dan efisien dapat memudahkan seseorang pesakit untuk

mendapatkan rawatan. Kemudahan kepada pesakit akan dapat menjadikan pesakit lebih

bersedia untuk diberikan intervensi rawatan. Selain itu, semua komponen-komponen

dalam pengurusan wad mestilah diambil tahu oleh semua staf-staf yang berkaitan.

Selain itu, keselamatan pesakit ketika berada di wad juga mestilah diambil berat oleh

semua staf. Ini, dapat mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini

kepada pesakit. Malahan, kerajaan Malaysia dengan adanya Majlis Keselamatan Pesakit

Malaysia sedaya upaya untuk menyediakan perlindungan dan keselamatan kepada

pesakit.

11 | P a g e

Page 12: Pen Gen Alan

RUJUKAN

1. http://patientsafety.moh.gov.my

2. https://kempas.malaysia.gov.my

3. http://htan.moh.gov.my/v1/htdocs/POLISI%20HOSPITAL%2013%20HAK

%20PESAKIT.pdf

4. Incident Reporting & Learning System manual, Medical Care Quality Section, Medical Development Division,Ministry of Health Malaysia

5. A Nurse's Survival Guide to Leadership and Management on the Ward, 2nd Edition, J.Thomas 2012

6. Ward Management In Practise, Jeniffer Mackenzie, Churchill Livingstone, 1998

12 | P a g e