pen gen alan

2
Pengenalan Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 15-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ggbvdghrtrtrtrtrthdr

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

Pengenalan

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat

penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat

orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh

menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak

mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di

bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu,

masyarakat dan negara.

Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari.

Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja

atau projek-projek di sekolah.  Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta

melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih

bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan

kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan

lebih ramai cendekiawan.  Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru

berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik

daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di

sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul

pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang

telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang

mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu

memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan

pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan

bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah

lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan

pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka

yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan

murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan

perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian

akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya

yang sebaya dengan mereka.