pen gen alan

1
1.0 PENGENALAN Merujuk kepada konsep masyarakat berdasarkan buku Hubungan Etnik di Malaysia (Ahmad Ali Seman) iaitu manusia yang hidup berkelompok, mempunyai budaya serta berinteraksi bagi menjalani kehidupan dan saling memerlukan. Setelah masyarakat semakin berkembang, maka seorang ketua perlu dilantik bagi mengetuai masyarakat tersebut. Jelas di sini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana didiami oleh pelbagai etnik dan kaum. Kepelbagaian ini juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat, tradisi, agama dan kepercayaan. Dalam meneroka era globalisasi ini, memupuk perpaduan antara masyarakat di Malaysia ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh negara. Maka hubungan antara etnik dan kaum di Malaysia ini tidak boleh dipandang enteng dalam mendepani cabaran ini. Salah faham akan terjadi sekiranya beberapa perkara penting yang sering menjadi modal perbalahan dan acap kali dibahaskan oleh masyarakat di Malaysia tidak dijelaskan dengan baik. Hal-hal tersebut seperti Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang Melayu, faktor penempatan dan kejiranan, perbezaan latar belakang pendidikan, isu bahasa Melayu dan kedudukan kaum minoriti yang lain. Berikut merupakan isu-isu hangat yang sering diperbincangkan. Jika isu-isu ini tidak ditangani dengan efisien, tidak mustahil peristiwa berdarah iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 itu berulang kembali. Kerja kursus ini membincangkan dapatan kajian yang diperoleh dalam membantu memahami faktor ketidaksefahaman antara etnik dan bahayanya di Malaysia dalam kalangan generasi muda. Selain itu, faktor kegagalan dasar-dasar integrasi negara untuk mengurangkan masalah ketidaksefahaman tersebut sehingga tercetusnya masalah sosio-ekonomi etnik. Seterusnya, idea- idea yang boleh disumbangkan kepada pelbagai pihak bagi mengekang wabak ini dari terus merebak.

Upload: iqah-zamri-ii

Post on 12-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

qwertyuiop

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

1.0 PENGENALAN

Merujuk kepada konsep masyarakat berdasarkan buku Hubungan Etnik di Malaysia

(Ahmad Ali Seman) iaitu manusia yang hidup berkelompok, mempunyai budaya serta

berinteraksi bagi menjalani kehidupan dan saling memerlukan. Setelah masyarakat

semakin berkembang, maka seorang ketua perlu dilantik bagi mengetuai masyarakat

tersebut. Jelas di sini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana didiami

oleh pelbagai etnik dan kaum. Kepelbagaian ini juga menjadikan Malaysia sebuah

negara yang kaya dengan budaya, adat, tradisi, agama dan kepercayaan. Dalam

meneroka era globalisasi ini, memupuk perpaduan antara masyarakat di Malaysia ini

adalah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh negara. Maka hubungan antara etnik dan

kaum di Malaysia ini tidak boleh dipandang enteng dalam mendepani cabaran ini.

Salah faham akan terjadi sekiranya beberapa perkara penting yang sering menjadi

modal perbalahan dan acap kali dibahaskan oleh masyarakat di Malaysia tidak

dijelaskan dengan baik. Hal-hal tersebut seperti Islam sebagai agama rasmi, hak

istimewa orang Melayu, faktor penempatan dan kejiranan, perbezaan latar belakang

pendidikan, isu bahasa Melayu dan kedudukan kaum minoriti yang lain. Berikut

merupakan isu-isu hangat yang sering diperbincangkan. Jika isu-isu ini tidak ditangani

dengan efisien, tidak mustahil peristiwa berdarah iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 itu

berulang kembali.

Kerja kursus ini membincangkan dapatan kajian yang diperoleh dalam membantu

memahami faktor ketidaksefahaman antara etnik dan bahayanya di Malaysia dalam

kalangan generasi muda. Selain itu, faktor kegagalan dasar-dasar integrasi negara untuk

mengurangkan masalah ketidaksefahaman tersebut sehingga tercetusnya masalah

sosio-ekonomi etnik. Seterusnya, idea-idea yang boleh disumbangkan kepada pelbagai

pihak bagi mengekang wabak ini dari terus merebak.