pen gen alan

4
1.0 Pengenalan Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti. Sementelah, peribahasa Melayu yang telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu, (Wilkinson, 1907). Malah peribahasa berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya yang berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat, (Hamilton, 1947) turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang mereka tempuhi. Peribahasa ialah aspek bahasa yang menarik terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu. Peribahasa sering digunakan semasa atau dalam penulisan karangan dan lakonan drama serta pementasan mahupun filem. Oleh itu, amat penting bagi murid untuk memahami peribahasa bukan sahaja dari maksudnya tetapi juga mengetahui penggunaannya sesuai dengan konteks dan situasi yang diberikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dalam aspek lain. Pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Hasil penulisannya tentunya akan lebih menarik,indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai. Penggunaan peribahasa dalam karangan bertujuan untuk memperindahkan bahasa dan menimbulkan daya tarikan. Karangan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur dalam penulisan. Untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang itu hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat dan ketikanya peribahasa diperlukan.

Upload: ezzani82

Post on 12-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGENALAN

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

1.0 Pengenalan

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran

bangsa Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi

bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama.

Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama,

sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti.

Sementelah, peribahasa Melayu yang telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut

memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu

juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu, (Wilkinson, 1907). Malah peribahasa

berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota

masyarakatnya. Penciptaannya yang berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat,

(Hamilton, 1947) turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan

yang mereka tempuhi.

Peribahasa ialah aspek bahasa yang menarik terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu.

Peribahasa sering digunakan semasa atau dalam penulisan karangan dan lakonan drama serta

pementasan mahupun filem. Oleh itu, amat penting bagi murid untuk memahami peribahasa

bukan sahaja dari maksudnya tetapi juga mengetahui penggunaannya sesuai dengan konteks

dan situasi yang diberikan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, peribahasa mempunyai

kedudukan yang sama penting dalam aspek lain. Pembelajaran dan penghayatan peribahasa

bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Hasil

penulisannya tentunya akan lebih menarik,indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan

peribahasa yang tepat dan sesuai.

Penggunaan peribahasa dalam karangan bertujuan untuk memperindahkan bahasa dan

menimbulkan daya tarikan. Karangan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur dalam

penulisan. Untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang itu hendaklah betul-betul

memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat dan ketikanya peribahasa diperlukan.

Page 2: Pen Gen Alan

Menurut Abbas Mohd Shariff (2006) guru harus bertanggungjawab untuk mengajarkan

peribahasa bukan secara kritikal dan kreatif malah disampaikan secara terbuka dan objektif.

2.0 Definisi dan konsep

Menurut Za’ba (2002), peribahasa ialah segala cakap yang pendek yang telah melekat di

mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya. Ishak

(1990) pula menyatakan peribahasa adalah cabang dalam Bahasa Melayu dan merupakan

ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Menurut Keris Mas (1988),

peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan

pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada

perasaan dan fikiran.

Abdullah (1989) menyatakan bahawa peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu

bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal

peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dan yang buruk

perlu diadakan, untuk menjadi pembimbing tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup

sesama manusia. Muhammad Ariff (1990) mentakrifkan peribahasa sebagai rangkaian kata

yang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang tetap

dan tidak berubah susunannya, yang lekat di mulut (dapat disebut bila-bila masa sahaja) dan

yang luas maknanya lagi benar tujuannya.

Awang (1992) menyatakan peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranan istimewa,

bukan sahaja memperkaya khazanah bangsa, bahkan lebih penting daripada itu memancarkan

pendangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna

bahasa itu. Menurut S.Nathesan (1998), peribahasa mencerminkan pemikiran kognitif

masyarakat Melayu tradisional. Menurut Kamus Dewan edisi kelima (2005), ayat atau

kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu.

Page 3: Pen Gen Alan

2.1Peribahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Peribahasa merupakan bahagian dalam Sistem Bahasa. Peribahasa juga merupakan ungkapan

yang disampaikan sebagai satu bentuk peradaban dalam pertuturan. Pada peringkat sekolah

rendah, dua cabang peribahasa hendaklah diperkenalkan, iaitu simpulan bahasa dan

perumpamaan. Pemilihan simpulan bahasa dan perumpamaan yang hendak disampaikan

haruslah disesuaikan dengan kebolehan murid.

Peribahasa wajar diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana peribahasa

dilihat sebagai wadah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni yang menunjangi pemikiran

dan menjadi landasan kepada perbuatan dan kelakuan bangsa Melayu secara umum.

Kesejagatan nilai-nilai ini juga akan menjadi bahan bukti bahawa orang Melayu mampu

mencipta keindahan dalam susunan kata-kata untuk menyelitkan idea yang sarat untuk

mendidik anggota masyarakat sejak dari kecil lagi (Hishamudin, Mohamad Azmi & Phat,

2007).

Hampir setiap bangsa memiliki peribahasa mereka sendiri, begitu juga dengan orang Melayu.

Menurut Hishamudin, Mohd Azmi dan Phat (2007) menyatakan bahawa peribahasa yang

tersebar luas dalam masyarakat Melayu sebenarnya merakamkan tanggapan tentang

keindahan akal budi, bahasa dan nilai yang dikongsi bersama. Nilai-nilai yang diungkapkan

dalam genre peribahasa, sarat dengan nasihat, makna dan tanda-tanda yang perlu kepada

pentakrifan secara teliti dan bijaksana. Peribahasa merupakan satu susunan bahasa yang

menarik dan indah, yang digunakan sebagai teladan, bandingan dan pengajaran kerana

peribahasa membawa pengertian yang cukup mendalam. Peribahasa digunakan dengan

meluas oleh orang Melayu lama dalam kehidupan sehari-hari dan terus kekal hingga ke hari

ini kerana sifatnya yang unit. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat secara

tidak langsung dapat membentuk generasi milenium yang mempunyai pemikiran dan akal

budi yang murni.

Page 4: Pen Gen Alan

3.0 Ciri-ciri kepentingan pengajaran peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu