pen gen alan

Upload: saranya-kaliappan

Post on 10-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

PENGENALANMenurut Kamus Dewan 1994 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin. Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu.

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu gaya kepimpinan Demokratik, gaya kepimpinan Autokratik, dan gaya kepimpinanLaissez-faire. Gaya kepimpinan demokratik adalah satu gaya kepimpinan yang terbaik di antara gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti autokratik dan laissez-faire. Ini adalah kerana gaya kepimpinan demokratik adalah berpusatkan kerjasama serta pemilihan yang lebih adil seperti mengadakan perbincangan dengan guru-guru, membuat keputusan bersama, meminta pandangan atau nasihat daripada guru-guru lain dan staf sokongan serta pelajar sendiri. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Pengetua yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan.

Menurut Kamus Dewan Musyawarah adalah, mu-sya-wa-rah pembahasan bersama untuk mencapai keputusan atau penyelesaian masalah dan perundingan. Musyawarah pula bererti berhubungan dengan orang lain. Menurut Wikipedia pula, musyawarah berasal dari bahasa arabsyawara yang berertiberunding, atau mengatakan dan mengajukan sesuatu. Dalam musyawarah dibicarakan hal-hal penting yang berkaitan kehidupan dan kepentingan bersama. Contohnya ritual keagamaan, perayaan hari besar, pertanian, pendidikan dan lain-lain. Musyawarah juga digunakan untuk membantu penyelesaian masalah-masalah seperti hutang piutang, warisan, pernikahan, dan seterusnya.

Secara kesimpulannya konsep musyawarah dan berbincang di dalam pendidikan amat penting kerana profesion perguruan sering disifatkan sebagai terlalu individualistik. Budaya musyawarah meningkatkan kemahiran profesionalisme dan pembelajaran sepanjang hayat guru.

RUMUSANSebagai rumusan, pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang bawahannya. Dalam masa yang sama mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masing-masing. Pengetua sekolah yang mengamalkan kepimpinan demokratik dapat melonjakkan kualiti profesionalisme sekolah. Selain itu kepimpinan ini membantu mencapai tahap profesionalisem yang tinggi dalam pelbagai aspek yang wujud di sekolah.

Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah guru dan murid lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pengetua. Tambahan pula, pengetua demokratik juga lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberi galakan dan penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dibuat.Pengetua sentiasa melibatkan guru dalam proses membuat keputusantetapi keputusan muktamad akan ditetapkan oleh pengetua.Penglibatan pengetua dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan mengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa guru dan murid. Dalam masa yang sama ia juga boleh meningkatkan kempotensi sekolah.

Budaya musyawarah juga meningkatkan profedionalisme dan pembelajaran sepanjang hayat. Misalnya dalam konteks profesionalisme keguruan, budaya musyawarah membantu guru menguasai kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, mengurus dan kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi.

JURNAL

JURNAL

ARTIKEL