pen gen alan

Upload: saranya-kaliappan

Post on 09-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pengajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik dalam jangka masa tertentu. Proses pembelajaran ini memerlukan murid bekerjasama, misalnya dalam menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimplementasikan penyelidikan dengan mengumpul data, menganalisis data dan menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau bertulis.

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.

Kementerian Muridan Malaysia melalui "Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa murid mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa murid akan lebih mudah memahami isi muridan dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Murid akan menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek ini, murid akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.

Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar yang perlu dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek yang terbaik.

Pengajaran berasaskan projek membuatkan murid ingin tahu dan memahami kandungan dan serta menguasai kemahiran. Murid perlu melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek. Proses inkuiri akan menggalakkan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat interpretasi. Tambahan pula murid juga bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek. Seterusnya murid berpeluang untuk menyatakan pandangan, pilihan mereka sendiri serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka.

Secara kesimpulannya, proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik.

1