pen gen alan

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 09-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurankan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

Oleh yang demikian, murid harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya pendidikan kesihatan murid dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Murid juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.