pen gen alan

Upload: difery-dailit-dep

Post on 07-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8.0 Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara.8.1 Konsep Islam Hadhari.Merupakan suatu aspek dalam kehidupan Islam atau penghayatan Islam yang syumul. Aspek Hadhari merupakan satu bidang yang perlu ditekankan oleh masyarakat Islam termasuklah sudut Aqidah. Ibadah Khusus. Perundangan dan lain-lain. la seharusnya menumpukan pembangunan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan darisudut keilmuan, pembangunan fizikal, ekonomi dan kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi. Islam menekankan konsep kehidupan yang cemerlang dan bermulu, kehidupan yang seimbang, pembangunan menjurus kepada pembinaan pcradaban serta memenuhi tuntutan rohani. Ibnu Khaldun menggunakan istilah "Umrun Hadhari", bagi menjelaskan pembinaan peradaban yang baru. Beliau telah membanding dan membezakan masyarakat nomad yang sering berpindah-randah dengan masyarakat bandar yang menetap tinggal di suatu tempat dan membina sebuah peradaban. Hadhari diterjemahkan sebagai kemajuan peradaban. Begitu juga pemikir Aljazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah "hadhara" yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak spiritual. Justeru "Islam Hadhari" ditakrifkan sebagai Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan peradaban: lawannya ialah "Islam Raji " iaitu Islam yang mempunyai sifat-sifat kemunduran. Dalam ertikata lain, Islam datang bersama sifat-sifatnya yang positif: Islam itu adil, Islam itu syumul. Islam itu aman, Islam itu sejahtera, Islam itu kasih sayang, Islam itu Hadhari, dan sebagainya.

8.2 PENDEKATAN ISLAM HADHARI Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara. Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariat dalam ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic world view) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh. Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah yang sentiasa berkembang seperti menjaga, memartabat dan memperkasa; AGAMA , AKAL , NYAWA, HARTA,KETURUNAN, MARUAH dan INSTITUSI KELUARGA8.3 DEFINISI ISLAM HADHARI.Dari segi istilah, perkataan "hadhari" membawa maksud "yang bertamadun" atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai " Civilizational Islam", dan dalam Bahasa Arab sebagai "al-Islam al-Hadhari". Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: "Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam". Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;i. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi'e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik "al-Islam al-Siyasi", Islam bersifat tasawwuf "al-Islam al-Sufi" dan seumpamanya. ii. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. iii. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur. VISI : Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama. MISI : Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.OBJEKTIF : Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabarancabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.8.4 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI Prinsip-prinsip asas Islam Hadhari adalah seperti berikut; Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah Kerajaan Adil dan Beramanah Rakyat Berjiwa Merdeka Penguasaan Ilmu Pengetahuan Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Kehidupan Berkualiti Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita Keutuhan Budaya dan Moral Pemuliharaan Alam Semulajadi Kekuatan Pertahanan