pen gen alan

Upload: alibaba

Post on 06-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3093

TRANSCRIPT

GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3093)

PendahuluanIstilah 'inovasi pendidikan' bermaksud idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada seseorang individu atau sistem sosial. la juga bermaksud idea, latihan atau objek yang dianggap 'baru' oleh sesorang individu (Rogers, 1983). Namun demikian 'baru' dalam konteks inovasi tidak bermaksud idea, amalan atau bahan yang baru sahaja. Sesuatu inovasi mungkin telah diketahui atau disedari oleh seseorang individu. Cuma dia belum menunjukkan sikap suka atau tidak suka terhadap idea, amalan dan bahan itu atau ia belum menunjukkan sama ada untuk menerima atau menolaknnya. Barunya sesuatu inovasi bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh individu.

Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku adalah diantaranya untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sebuah negara tidak akan ketinggalan dalam segala aspek perkembangan dan pembangunan pada peringkat global. Maka, organisasi pendidikan perlu menerokai aspek-aspek yang mempunyai potensi untuk penambahbaikan dalam memastikan sesuatu hasrat negara tercapai. Dalam sistem pendidikan Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Namun begitu setiap perubahan yang diperkenalkan tidak semuanya dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan sesuatu perubahan yang cuba dilaksanakan akan merugikan samada dari segi kewangan, sumber manusia dan masa. Sehubungan dengan itu pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIFBilik darjah merupakan tempat para murid menerima pelajaran, dibimbing dan diasuh dengan pekerti dan personaliti yang mulia, dicungkil bakat dan kelebihan dengan melonjakan kemahiran pelbagai yang dimiliki oleh setiap murid, digilip daya kreativiti yang unik serta dilatih dengan unsur-unsur ketahanan diri yang kuat dalam mengahadapi cabaran. Maka dengan suasana persekitaran bilik darjah perlu diubah suai sesuai dengan kehendak pembelajaran pada masa kini. Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah seperti pendekatan yang berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Ruang pembelajaran yang kondusif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pendangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman. Maka pendekatan berpusatkan murid adalah releven dengan masa kini. Unsur-unsur persekitaran sedia ada murid serta amalan budaya telah diamalkan perlu diambil kira dalam menyediakan kemudahan pembelajaran. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah, malahan kemudahan yang disediakan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid. Golongan ini mempunyai potensi diri yang besar yang dapat memanfaatkan negara.

Elemen Penting Perubahan Pengurusan Bilik Darjah Pendekatan Berpusatkan Murid

Ruang Pembelajaran yang kondusif ialah ruang dimana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman. Pendekatan berpusatkan murid adalah pendekatan terkini yang lebih relevan Bagi memastikan pembelajaran berpusatkan murid, sesebuah bilik darjah hendaklah menyediakan keperluan dan kemudahan yang selesa dan lengkap. Main ialah suatu pendekatan yang mampu mendorong murid mencipta suatu pengalaman yang bermakna dan seterusnya mendorong murid mengenali diri sendiri dan mengenal diri sendiri serta bakat yang ada di dalam diri mereka. Perkembangan personaliti, pemupukan kemahiran intrapersonal dan interpersonal, perkembangan sosioemosi semuanya dapat dikembangkan melalui main. Penemuan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasakan masalah, guru juga perlu kerap menggunakan pembelajaran berasaskan budaya dan berasaskan pembelajaran main.

Kemudahan Pengajaran Dan Pembelajaran

Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah, malahan kemudahan yang disediakan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak khas juga tidak boleh diabaikan. Golongan ini mempunyai potensi diri yang besar yang dapat dimanfaatkan negara. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira latar belakang dan sosiobudaya murid. Unsur-unsur persekitaran sedia ada murid serta amalan budaya yang telah diamalkan perlu diambil kira dalam menyediakan kemudahan pembelajaran murid.

Corak Pengurusan Bilik Darjah Yang BerkesanMurid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. Guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Susunan kelas perlu diberi perhatian. Contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal, emosi dan sosial

Matlamat Pengurusan Bilik Darjah Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif dan produktifTiga elemen yang perlu dipertimbangkan:-i.pengurusan masa ii.peluang pembelajaran iii.pengurusan kendiriPersekitaran Bilik Darjah Yang PositifPersekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar.

Perancangan Ruang Pembelajaran Perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah.Ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

Mengekalkan Persekitaran Berkesan Untuk PembelajaranGalakkan penglibatan muridLangkah pencegahan :1. Guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak2. Murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka.3. Guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesanKomunikasi berkesan

Ciri-Ciri Bilik Darjah Yang Berkesan suasana demokratik di dalam bilik darjah guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid pembelajaran berasaskan individu mempunyai semangat kekitaan mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah

LANDSKAP MAKLUMATPerkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah kepada pihak sekolah mengemaskinikan system maklumat dan komunikasi pada peringkat sekoalh dalam memastikan warga sekolah sama ada guru atau murid memperoleh maklumat terkini. Murid memerlukan maklumat dan data terkini untuk menambah pengetahuan padaperingkat global. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna, antaranya ialah pusat sumber dan peranan guru.Pusat sumberPusat Literasi Teknologi Maklumat di mana murid mampu mengakses pelbagai maklumat, bahan dan rujukan untuk kegunaan mereka sendiri. Kepelbagaian sumber dan bahan bacaan dalam bentuk e-buku, e-perpustakaan dan e-jurnal merupakan sumber terkini yang memerlukan kemahiran dalam pencarian maklumat.Peranan guruPihak yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kebolehan murid. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, setiapp guru nwajar menguasai kemahiran TMK dalam memastikan murid sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan. Hal ini merupakan satu perubahan yang perlu berlaku dalam tempoh masa terdekat. Bagi memastikan guru mampu memainkan peranan dalam hal ini, kurikulum latihan guru memuatkan kemahiran TMK kepada guru-guru pelatihnya. Selain ditawarkan kepada guru-guru praperkhidmatan, kemahiran TMK juga ditawarkan kepada guru-guru dalam prkhidmatan.

Lampiran Sudut Kondusif

Lampiran Bahan P&P

Lampiran Bahan P&P

Lampiran Bahan P&P

Refleksi

MAT RAFI BIN NASIR9