pen gen alan

17
MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142 1.0 PENGENALAN Kebudayaan merupakan aktiviti yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun sesebuah masyarakat.Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan keturunan. Melalui rasa cinta dan hormat terhadap budaya masyarakat lain akan mewujudkan integrasi nasional bagi menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Oleh itu, sebagai seorang guru, konsep kebudayaan itu penting untuk difahami bagi mengamalkannya.Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu juga telah menerima pengaruh daripada luar seperti Hindu, Barat, Islam dan Cina.Pengaruh pengaruh yang hadir ini menjadikan sesuatu budaya itu semakin mantap dan unik.Budaya juga terhasil melalui tiga faktor utama iaitu melalui asimilasi, akomodasi dan akulturasi. Kebudayaan yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada kebudayaan pada zaman dahulu.Kebudayaan ini merupakan satu wadah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid.Melalui pemahaman terhadap budaya ini, unsur- unsur dalam budaya dapat diterapkan kepada murid. Mempelajari sesuatu budaya dalam masyarakat akan menimbulkan rasa hormat kepada budaya orang lain. Oleh itu, jelaslah kebudayaan itu diamalkan oleh sesuatu masyarakat.Kebudayaan ini juga wujud dalam institusi politik, ekonomi, sosial, bahasa dan kesusasteraan.Kebudayaan Melayu dalam urusan pentadbiran, ekonomi dan sosial ini menjadikan aktiviti yang dilakukan menjadi lebih unik.Melalui kebudayaan ini juga dapat dilihat adat dan pantang larang yang perlu diamalkan dan dipatuhi oleh masyarakat pada hari ini. Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.Oleh itu, tugasan ini memfokuskan kepada kebudayaan Melayu dalam mewujudkan sebuah negara yang mempunyai identiti yang tersendiri dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

Upload: masnishabiru

Post on 23-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

1.0 PENGENALAN

Kebudayaan merupakan aktiviti yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun

sesebuah masyarakat.Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan

masyarakat.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang

bangsa dan keturunan. Melalui rasa cinta dan hormat terhadap budaya masyarakat lain akan

mewujudkan integrasi nasional bagi menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari

segi latar belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang

mempunyai pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.

Oleh itu, sebagai seorang guru, konsep kebudayaan itu penting untuk difahami bagi

mengamalkannya.Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu juga telah menerima

pengaruh daripada luar seperti Hindu, Barat, Islam dan Cina.Pengaruh – pengaruh yang

hadir ini menjadikan sesuatu budaya itu semakin mantap dan unik.Budaya juga terhasil

melalui tiga faktor utama iaitu melalui asimilasi, akomodasi dan akulturasi.

Kebudayaan yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada kebudayaan pada

zaman dahulu.Kebudayaan ini merupakan satu wadah untuk memupuk perpaduan dalam

kalangan murid.Melalui pemahaman terhadap budaya ini, unsur- unsur dalam budaya dapat

diterapkan kepada murid. Mempelajari sesuatu budaya dalam masyarakat akan

menimbulkan rasa hormat kepada budaya orang lain.

Oleh itu, jelaslah kebudayaan itu diamalkan oleh sesuatu masyarakat.Kebudayaan ini

juga wujud dalam institusi politik, ekonomi, sosial, bahasa dan kesusasteraan.Kebudayaan

Melayu dalam urusan pentadbiran, ekonomi dan sosial ini menjadikan aktiviti yang dilakukan

menjadi lebih unik.Melalui kebudayaan ini juga dapat dilihat adat dan pantang larang yang

perlu diamalkan dan dipatuhi oleh masyarakat pada hari ini.

Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur

teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Budaya dapat membezakan sesuatu

masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan

keperibadian kebangsaan sesebuah negara.Oleh itu, tugasan ini memfokuskan kepada

kebudayaan Melayu dalam mewujudkan sebuah negara yang mempunyai identiti yang

tersendiri dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

Page 2: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

2.0 KONSEP BUDAYA

Budaya dari sudut etimologi berasal daripada dua perkataan iatu “ budi” dan “ daya”.

Perkataan budi bererti cahaya atau sinar yang terletak dalam batin manusia atau di dalam

hati manusia.Manakala perkataan daya pula berkait dengan sesuatu usaha manusia

melaksanakan dengan menggunakan anggota yang digerakkan oleh budinya.Manakala dari

sudut pandangan Inggeris culture berasal daripada perkataan Latin “colere” yang bermaksud

menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah memilih perkataan

“culture” untuk menggambarkan pemikiran mereka yang menggambarkan kehidupan mereka

yang sangat rapat dengan aktivitipertanian ( agriculture ).Istilah kebudayaan daripada

bahasa arab sinonim dengan perkataan “al- thaqafah” yang bererti cepat memahami dan

kecerdikan.

Antropologis E. B. Tylor berpendapat bahawa budaya merujuk kepada suatu

keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, serta sebarang

kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah

masyarakat.Definisi Tylor ini tertumpu kepada sifat-sifat yang diperolehi oleh manusia hasil

daripada membesar di dalam masyarakat di mana mereka telah didedahkan kepada tradisi

budaya tertentu. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam

masyarakat melalui proses pembudayaan(enculturation). Hakikatnya, budaya itu dipelajari

melalui interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat.

Konsep budaya juga dapat dibincangkan dalam dua aspek yang berlainan iaitu dari

aspek pandangan orang timur dan satu lagi dari aspek pandangan orang barat. Pada

pandangan orang timur,perkataan " budaya" ini membawa maksud suatu tenaga fikiran yang

menentukan pola kelakuan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa orang timur lebih

mementingkan kelakuan manusia iaitu kesantunan, kesopanan yang telah menjadi salah

satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dengan orang-orang timur.Pada pandangan orang

barat pula, budaya ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ketamadunan.Selain itu,

orang barat berpandangan terhadap perkataan "budaya" juga berbeza dengan orang timur.

Bagi mereka,budaya lebih mementingkan material dan menghasilkan sesuatu yang baru. Ini

bermakna sesuatu masyarakat itu dikatakan berbudaya jika mereka berjaya menghasilkan

sesuatu yang konkrit dan boleh nampak.walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir

masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual

seperti yang dikatakan oleh masyarakat timur. Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan

masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta

Page 3: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan

budaya.Biasanya,Masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang

tinggi. sebagai contoh, masyarakat Melayu dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi

kerana mempunyai pelbagai budaya dan nilai-nilai seni yang tinggi. Oleh itu, dapat

dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban

mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat

dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada masa lalu,kini

dan juga pada masa yang akan datang.

Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan

eksternal.Prosesinternal (dalaman) bersumberkan “budi” ataupun kecerdikan akal yang

menjana proses eksternal yang berasaskan “daya” ataupun tenaga manusia sebagai

momentum dalam mengatur urusan hidupan harian bermasyarakat. Budaya mempunyai dua

elemen iaitu budaya material dan bukan material. Budaya material terdiri daripada fizikal

kebudayaan serta cara- cara penggunaannya. Contohnya reka bentuk rumah orang Melayu

berbeza dengan orang Inggeris atau Eskimo.Budaya material merupakan kepercayaan, adat

istiadat dan undang- undang.Contohnya setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang

berbeza dalam menjalani kehidupan seharian seperti perkahwinan masyarakat India

hantaran ( dowri ) diberikan oleh pihak pengantin perempuan kepada lelaki tetapi sebaliknya

dalam masyarakat Melayu.

Budaya mempunyai ciri- ciri yang tersendiri seperti diwarisi.Diwarisi ini bermaksud

dapat diperturunkan dari generasi ke generasi.Ini bermaksud budaya yang diamalkan

sekarang adalah berlanjutan daripada budaya terdahulu.Budaya juga dapat dipelajari kerana

budaya itu tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Selain itu, budaya yang

dipelajari akan dikongsi oleh sekumpulan manusia. Contohnya makanan seperti nasi lemak

turut dikongsi bersama masyarakat umumnya di Malaysia. Budaya itu juga bersifat sejat

kerana ia wujud dalam semua kelompok manusia. Budaya yang sejagat itu berbeza antara

masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian

anggota.Selain itu, budaya boleh berubah terutama budaya dari segi kebendaan yang

mengalami perubahan yang pesat.Perubahan yang berlaku adalah seiring dengan

perubahan yang berlaku sekarang.Budaya merupakan satu perlambangan.Perlambangan

ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada

pendukungnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

Page 4: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi

sesama mereka seperti isyarat memanggil.Budaya juga mempunyai pandangan semesta

iaitu bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam

kehidupan seharian.Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian

yang rapat dengan alam sekitarnya.

Budaya jugaterhasil melalui tiga faktor utama iaitu melalui asimilasi, akomodasi dan

akulturasi.Budaya terhasil melalui asimilasi terjadi kerana kumpulan minority menerima

budaya dominan dengan merek.Contohnya masyarakat Cina di Kelantan. Asmilasi ini dapat

dirumuskan melalui A+ B = A. Manakala budaya yang terhasil melalui akomodasi iaitu

menyedari perbezaan budaya yang wujud namun masyarakat tersebut mempertahankan

budaya mereka sendiri dan mereka masih menghormati budaya masyarakat lain. Budaya

akomodasi ini dirumuskan sebagai A+B+C= A+B+C. Walaupun masyarakat tersebut

mempertahankan budaya mereka namun suasana harmoni dengan masyarakat lain masih

wujud.

Rajah 1: Faktor yang Mempengaruhi Budaya.

Page 5: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Secara umumnya kebudayaan satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu

masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya

dan mengatur pengalaman sosialnya.Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara

hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

b) Konsep Masyarakat

Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup

bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Jaringan yang erat

melalui Individu, keluarga, dan kumpulan- kumpulan kecil merupakan aggota sesebuah

masyarakat. Melalui hubungan ini terbina hubungan sosial yang berulang sifatnya contohnya

seperti gotong- royong.Setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri yang terbentuj

daripada hubungan rapat sesame anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.Contohnya

masyarakat Melayu di kawasan luar bandar telah wujud sebelum kedatangan kebudayaan

asing.

Istilah masyarakat berasal daripada bahasa Arab yang bererti ikut serta, manakala

dalam bahasa Inggeris disebut society yang membawa maksud sekumpulan manusia yang

berinteraksi dalam suatu hubungan sosial.Masyarakat ini mempunyai kesamaan budaya,

wilayah dan identiti.

Konsep masyarakat mengikut tokoh iaitu Ralp Linton (1936), adalah sekelompok

manusia yang telah lama bekerjasama, sehingga mengorganisasikan dirinya sebagai salah

satu kesatuan sosial dengan batas tertentu.Pengertian ini menunjukkan adanya syarat-

syarat sehingga disebut masyarakat, yakni adanya pengalaman hidup bersama dalam

jangka waktu cukup lama dan wujudnya kerjasama diantara anggota kelompok, memiliki

pemikiran atau perasaan menjadi sebahagian dari satu kesatuan kelompoknya.Pengalaman

hidup bersama menimbulkan kerjasama, adaptasi terhadap organisasi dan pola tingkah laku

anggota-anggota.Keadaan ini telah mewujudkan kesedaran berkelompok.

Manakala menurut John Lewis Gillin dan John Gillin (Gillin & Gillin) (1945),

masyarakat adalah kelompok manusia yang terbesar yang mempunyai kebiasaan, tradisi,

sikap dan perasaan persatuan yang sama. Masyarakat itu meliputi pengelompokkan-

pengelompokan yang lebih kecil.Ini menunjukkan bahawa masyarakat itu meliputi kelompok

manusia yang kecil sehingga kelompok suatu masyarakat yang sangat besar, seperti suatu

Page 6: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

negara.Negara itu memiliki tradisi, sikap, dan perasaan persatuan yang sama dengan

keteraturan.

Berbeza dengan ahli sosologi Karl Marx, yang menyatakan bahawa masyarakat

adalah suatu struktur yang menderita ketegangan organisasi ataupun perkembangan karena

adanya pertentangan antara kelompok-kelompok yang terpecah-pecah secara ekonomis.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa masyarakat adalah manusia yang hidup bersama yang

menimbulkan sistem- sistem komunikasi dan peraturan- peraturan yang mengatur hubungan

antara manusia bagi mewujudkan kebudayaan kerana mereka saling terikat antara satu

sama lain.

Melalui masyarakat ini dapat disenaraikan ciri- ciri utama masyarakat iaitu :

a) Berkelompok

b) Berbudaya

c) Mengalami perubahan

d) Berinteraksi

e) Mempunyai kepimpinan

f) Mempunyai aturan sosial.

c) Perkembangan Masyarakat

Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana

Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah

melakukan penyelidikan pergerakan masyarakat Melayu kuno.Teori mereka menyatakan

bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia

yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk

beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun

terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara

sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu

iaitu bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunan ), dan bangsa Melayu berasal dari

Nusantara (Teori Nusantara).

Orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang

utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.Gelombang pertama

dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira

Page 7: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali

sebagai Melayu - Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan

tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-

Proto seperti orang-orangJakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa

kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini

merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai

berasal daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak

1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada orang Negrito

telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,berambut

kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta saiz badan yang

pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di

Sumatera.

Manakala Melayu-Proto pula berasal dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang

pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-

Proto,peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang

Melayu-proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan

alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik atau

Zaman Batu Baru. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali

sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang di kenali

sebagai Pinang,Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai

berenang.

Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.Perpindahan penduduk yang kedua

dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500

SM.mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju

daripada melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah

menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai Zaman

Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.mereka yang tinggal tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.hidup mereka sebagai petani dan memburu binatang.orang melayu deutro ini telah pandai

Page 8: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

bermasyarakat,mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai

ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti itu ialah

animisme.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir

daripada Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk

tanam.Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan lembah

di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa

Austronesia ini.

Masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di

Nusantara.Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar

Kesultanan Melayu Melaka lagi kira- kira 500 tahun yang lalu.Masyarakat Melayu

mempunyai nilai tamadun yang tinggi di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Page 9: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

TUGASAN 2

Kebudayaan Melayu dalam sistem politik dapat dilihat dalam pentadbiran dan

pemerintahan.Pemerintahan telah disesuaiakan dengan agama Islam kerana sultan berasal

dari keturunan pahlawan Islam iaitu Zulkarnain Fil Alam.Melalui ini sultan dianggap

mempunyai kekuatan dan keajaiban.Dalam pentadbiran sultan dibantu oleh oranng- orang

besar yang menjadi pegawai.Institusi beraja merupakan institusi yang menjadi sanjungan.

Rajah 2:Hierarki Pemerintahan Kesultanan Melayu

Kini, sistem politik Melayu ditambah nilai dengan aspek demokrasi.Sistem demokrasi

berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat.Demokrasi

berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih

oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk

meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Hal ini

demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan

bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan.

Menurut A.Aziz Deraman “Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk

budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah

budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal

kesinambungannya daripada tradisi beraja negara.Segala adat istiadat dan upacara yang

berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan”.

Dalam aspek ekonomi pula, orang Melayu pada zaman dahulu hanya bercucuk

tanam dan bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup mereka. Selain itu, masyarakat

pada zaman dahulu juga mengamalkan sistem “barter” atau lebih dikenali sebagai sistem

Page 10: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

pertukaran barang. Kebudayaan ekonomi masyarakat Melayu semakin hari semakin

meningkat. Ini dapat dlihat menerusi undang- undang Kedah dalam teksnya bertarikh 1650

yang menyatakan bahawa Kedah merupakan sebuah bandar pelabuhan. Selain itu, terdapat

dalam rang undang- undang Kedah yang mencatatkan mengenai hukum berniaga.

Berdasarkan undang- undang ini juga telah terdapat pengaruh Islam dalam ekonomi

masyarakat Melayu.Contohnya permasalahan yang berkaitan dengan soal jual beli seperti

riba dan haram menjual barangan yang tidak halal berdasarkan agama Islam.

Sosial adalah berkaitan dengan kemasyarakatan yang meliputi persahabatan,

pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara

harmoni.Sosial masyarakat meliputi nilai murni, kesenian, undang- undang, adat resam dan

bahasa.Nilai murni dalam masyarakat Melayu penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan

sopan santunnya.Dalam masyarakat Melayu, nilai amat ditekankan.Kebudayaan Melayu

menerima nilai- nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan dan

kesetiaan. Norma- norma yang positif merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.

Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai

budaya.

Kesenian juga merupakan aspek sosial yang menjadi budaya dalam masyarakat

Melayu.Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu seni

persembahan dan seni tampak.Seni persembahan terdiri daripada tarian, nyanyian,

persembahan pentas. Manakala seni tampak merupkan seni ukir, seni bina, seni halus, dan

lain- lain. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan

gabungan unsur- unsur tempatan dan luar.

Kebudayaan Melayu dalam bahasa mempunyai laras- laras bahasa yang berbeza

dan juga laras bahasa mengikut pangkat. Laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang

digunakan untuk tujuan tertentu. Laras merupakan satu konvensi sosial. Istilah ini pertama

kali digunakan oleh Thomas Bertram Reid dalam tahun1956. Dalam budaya Melayu sesuatu

laras bahasa akan digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Laras bahasa adalah

wujud disebabkan oleh situasi sosial yang berlainan.

Sebagai contoh laras semasa bercakap dengan rakan sejawat, laras semasa

bercakap dengan keluarga dan dalam suasana majlis formal tidak sama. Laras bahasa juga

berbeza mengikut bidang yang hendak diperkatakan seperti bidang sains, komersial dan

lain- lain. Oleh itu, sudah menjadi budaya masyarakat Melayu menggunakan laras bahasa

yang berbeza bagi menunjukkan kesantunan berbahasa dan rasa hormat kepada orang lain.

Page 11: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Selain itu, bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk

membezakan antara bentuk dan maksud.Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa

Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun

lalu.Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan

Palembang.Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682

Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Dalam masyarakat Melayu bahasa terdapat dalam pelbagai dialek.Loghat (loghat

daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri

satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.Istilah ini paling biasa digunakan

untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti

darjat sosial.Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.Selain itu, bahasa Melayu

mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri antaranya tulisan Jawi telah mengangkat

martabat Melayu dalam bidang keilmuan dan juga tulisan rumi yang telah membawa nama

Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui

bahasa.Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera

yang bermaksud huruf atau buku indah.Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa

(bukan bahasa basahan) yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan ialah hasil seni

atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan

tertentu. Seni Kesusasteraan ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sasterayang

berbentuk puisi dan sastera. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu

berasal daripada bahasa sanskrit, iaitu sastra.

Jenis dan bentuk kebudayaan Melayu dalam sastera iaitu pada zaman

Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional) Sastera rakyat Lisan dan Sastera istana iaitu

dalam tulisan. Pantun, syair, mantera, seloka, gurindam, nazam, rubai, dikir, perbidalan,

pepatah-petitih, peribahasa dan lain- lain adalah merupakan Sastera rakyat Lisan. Sastera

istana (tulisan) terdiri daripada hikayat dan kitab. Menakala kesusasteraan Melayu moden

pada hari ini seperti sajak, cerpen, novel, skrip drama, dan kritikan sastera.

Page 12: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Penduduk peribumi nusantara pada zaman prasejarah sudah memiliki peradaban

mereka sendiri. Dalam bidang ekonomi mereka sudah menjalankan usaha-usaha pertanian

padi, menternak binatang, dan menguasai ilmu pelayaran Dari segi agama dan kepercayaan

pula, orang melayu pada zaman prasejarah sudah mempunyai sistem kepercayaan kepada

kuasa-kuasa luar biasa dan animisme, makhluk alam ghaib yang kononnya menguasai alam

semesta. Masyarakat Melayu pada asalnya berfahaman animisme. Animisme merupakan

fahaman yang percaya akan kuasa ghaib. Oleh sebab masyarakat tersebut tidak dapat

menghuraikan gejala atau fenomena alam ini seperti hujan, gerhana, sakit dan sebagainya,

maka mereka mengaitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa.

Terdapat juga unsur luar yang terdapat di dalam masyarakat Melayu iaitu seperti

Islam, Hindu dan Budha.Kira-kira tahun 420 masihi seorang raja dari Kashmir, India bernama

Gunaarman telah mengunjung alam melayu untuk menyebarkan agama Budha.Agama Islam

mula tersebar di alam melayu sejak abad ke 13 masihi.Islam tiba di Pasai sekitar tahun 1297

masihi dan di Terengganu pada 1303 masihi.Dengan kedatangan semua pengaruh asing ini

perkembangan dalam masyarakat telah berlaku, begitu juga dengan kebudayaan

melayu.Perkembangan ini meliputi bidang ekonomi, politik, kepercayaan, adat istiadat,

undang-undang, kesusasteraan dan kesenian.

Apabila pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang dibawa oleh pedagang dan

penyebar agama, kepercayaan Hindu menjadi cara hidup masyarakat Melayu pada zaman

itu. Upacara mandi safar misalnya merupakan pengaruh daripada agama Hindu yang mana

Penganut agama Hindu mengamalkan mandi di Sungai Ganges bagi membuang segala

kejahatan.

Penyerapan amalan Hindu turut berlaku dalam majlis perkahwinan.Amalan

menepung tawar, bersiram di pancapersada, merupakan satu daripadanya.Ketika

mengandung, upacara melenggang perut juga diambil daripada amalan Hindu.Melenggang

perut diadakan untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu,

dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan

melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.

Dari segi bahasa, banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan

dalam bahasa Melayu.Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas.Hindu juga

membawa sastera lisan mereka. Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan yang popular

dan berkembang khususnya dalam kalangan istana.

Page 13: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Selain itu, dalam kesenian Melayu motif-motif yang berlambangkan haiwan seperti

gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan barang-

barang perhiasan.Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat Melayu.

Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke

rantau ini. Mengikut Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob dalam kertas kerjanya bertajuk Islam

dalam Mempengaruhi Pemikiran Melayu (2003), pengaruh agama Islam terhadap orang

Melayu sangat kuat.Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit demi sedikit lalu

digantikan dengan amalan Islam.Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam

ditinggalkan.Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan

oleh kebanyakan orang Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.

Budaya Arab yang seiring dengan agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu.

Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa.Banyak kosa kata Arab

terdapat dalam bahasa Melayu.Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat,

azan dan sebagainya.Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh

Islam.Madrasah dibina untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran

Islam.Pengajian pondok begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu.Hal yang

demikian menyebabkan lahirnya masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu.

Bentuk tulisan Arab juga diterima dan digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat

Melayu.Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu. Ahli-ahli bahasa telah

mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang

sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab

seperti huruf ‘p’ dan ‘g’. Jika pada zaman Hindu, sastera tulisannya lebih berpusat di istana,

pada zaman Islam, sastera turut berkembang dalam kalangan rakyat jelata.

Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina.Reka bentuk ukirannya berbentuk

geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam.Reka

bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.Walau

bagaimanapun, pengaruh Hindu dan animism masih diamalkan kerana terdapat sebahagian

masyarakat Melayu mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme.Ini dapat

dibuktikan melalui pembacaan doayang dicampuradukkan dengan jampi mantera dan

pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit,

makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain.

Page 14: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam ekoran penjajahan.Pergaulan

terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan pengaruh yang negatif. Walau

bagaimanapun, terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi moden

dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan

ekonomi masyarakat Melayu. Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang terserap yang dapat

mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi.

Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas.Pengaruhnya

boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.Mengamalkan sistem

ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.Contohnya dalam

berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang

dipinjam.Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.Ekonomi

masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang

mengamalkan dasar “pecah dan perintah”. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan

ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.

Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.Sistem ini telah berjaya

menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan

Beraja.Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam

penentuan pemimpin mereka.Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh

barat antaranya Demokrasi Berparlimen.Malaysia telah mengamalkan Demokrasi

Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British. Demokrasi Berparlimen ini

diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.

Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang

perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang

menganggapnya sebagai karut.Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi

kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah,

pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara

professional (Eliot, 1986). Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara

perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh

dengan berlandaskan Islam.

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai antaranya

kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran

ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri.Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara

Page 15: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

lain termasuklah Malaysia.Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan

sehingga ke hari ini.

Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan

rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar

Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.

Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris.Mereka

bekerja di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan.Komunikasi berlaku

antara pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara

masyarakat Melayu dan masyarakat Cina telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina

meresap dalam bahasa Melayu. Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa cina yang

terdapat dalam bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina

walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna. Contoh kosa kata yang terserap

dalam bahasa Melayu ialah tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang,

amah, angpau, capcai, pau, dan taugeh.

Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.

Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau

daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada

makanan popular masyarakat Melayu.Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-

kanak atau orang muda pada hari raya merupakan pengaruh yang kian sebati dalam

masyarakat Melayu, malah pemberian ini turut dinamakan angpau bagi kebanyakan

mereka.Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Page 16: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Rajah 3: Pengaruh Luar dalam Bahasa Melayu

Pengaruh luar dalam kebudayaan Melayu telah menghasilkan impak yang besar

dalam kalangan masyarakat Melayu.Pengaaruh yang hadir daripada Hindu, Barat, Cina dan

Islam telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masayarakat Melayu pada hari ini.

Namun tidak semua pengaruh luar yang mendatangkan impak yang positif. Jika dilihat vpada

hari ini di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak terjebak dalam meniru budaya barat seperti

aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas,

arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta

dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.

Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada remaja pada masa kini terutamanya

kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-

kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap orang

disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi

perempuan wajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak

tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.Justeru,

ibu bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan

menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai

Page 17: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling

dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.

Selain itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu budaya barat

adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi moral dan

faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka adalah apabila

kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran. Di sini,

kesan yang dihadapi kepada kanak-kanak akan meruntuhkan keimanan mereka dan

menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci di sekolah mahupun di

rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan Islam mereka haruslah memimpin

anak-anak mereka mengajar mengaji sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan

memasang lagu dari budaya-budaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk

menambah ilmu.

Dalam hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin

berkurang jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak

mengambil berat tentang hal isu budaya barat ini.Isu budaya barat ini banyak memberi

kesan yang negatif kepada remaja terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu budaya

barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam

Islam dan Seperti yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek

kehidupan masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media

serta pemikiran.

Namun pengaruh barat yang memberi kesan positif seperti kecanggihan teknologi

yang boleh diguna pakai untuk membantu masyarakat Melayu terus maju dan selaras

dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang.Kelahiran pelbagai disiplin ilmu

dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era

globalisasi.Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing

daripada budaya tempatan.

Walau bagaimanapun, budaya asing yang dibawa masuk kedalam masyarakat, tidak

semuanya negatif.Kita harus bijak memilih dan mengasingkan budaya yang negatif dengan

budaya yang positif.Kepelbagaian budaya sememengnya memberi banyak sumbangan

kepada kemajuan dan perkembangan budaya sesuatu bangsa.Oleh itu, Islam membuka

ruang kepada umatnya menerima budaya asing asalkan tiada tentangan dengan al-Quran

dan Hadis.

Page 18: Pen Gen Alan

MASNI BT SHABIRU 841211075050 BMM 3142

Dalam hal ini, walau bagaimana hebatnya gelombang cabaran yang datang, kita

boleh menangkisnya dengan kekuatan akidah dan keimanan dalam diri.Akidah yang kukuh,

iman yang mantap dan amalan yang sempurna boleh dijadikan perisai dalam menghadapi

semua badai tersebut.

Kita sewajarnya menjadi insan yang bijak dalam menilai sesuatu perkara.Berfikir

sebelum bertindak dan menjauhkan perkara keji serta maksiat memang menjadi tuntutan

rohani.Oleh itu, gunakan kebijaksanaan akal yang di anugerahkan oleh illahi sebagai jalan

untuk menjauhkan diri daripada perkara keji dan perbuatan yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Snouck Hurgronje, seorang orientalis dan pensihat Belanda di Indonesia

menerangkan semakin kuat rakyat sesebuah Negara yang dijajah menganut peradaban

Barat, semakin bebas mereka daripada ajaran Islam. Mereka berhasrat untuk menjadikan

Negara dan umat Islam yang dijajah menganut pemikiran dan menjaga kepentingan

mereka.oleh itu, mereka berusaha menyempitkan ajaran agama Islam yang sebenar dengan

membataskan kepada hal-hal kerohanian sahaja.

Umat Islam dahulu berjaya mempertahahankan kesucian Islam daripada pengaruh

luar yang merosakkan disebabkan kekukuhan akidah Islamiah mereka.Perkara ini

ditegaskan oleh As Syahid Qutb. Menurutnya,sekalipun kaum penjajah melakukan

penjajahan pemikiran, kejiwaan, kemasyarakatan dan politik mereka belum pernah mampu

membunuh akidah Islamiah umat Islam. Hal inilah yang menjadikan mereka umat yang

berkedudukan tinggi, tidak mudah menyerah dan tunduk kepada mana-mana kuasa

manusia. Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah Islam, selagi itulah pengaruh-

pengaruh luar yang mahu merosakkan Islam tidak akan berjaya.