pen gen alan

4
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN YZY Electrical adalah sebuah perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh Yew Zhi Yong, Ho Dany & Foong Zi Lin. Perniagaan ini ditubuhkan pada 1 April 2014 di alamat No 1, Taman Fa Chai, Jalan Raja Omar, 32000 Sitiawan, Perak. Perniagaan telah dijalankan dengan modal sebanyak RM240, 000. Yew Zhi Yong mengeluarkan modal sebanyak RM120, 000; Ho Dany mengeluarkan modal sebanyak RM80, 000 dan Foong Zi Lin mengeluarkan modal sebanyak RM40, 000. Perniagaan mempunyai 4 orang pekerja yang dibayar gaji RM1500 sebulan. YZY Electrical merupakan perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh tiga orang pemilik. Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 (Mahu fikir syarat?) . Sebab pemilik memilih jenis perniagaan ini adalah kerana untung dan rugi akan dikongsi bersama. Selain itu, liabiliti perniagaan tersebut tidak terhad. Lebih-lebih lagi, pemilik-pemilik dapat berkongsi pengalaman, kepakaran dan seterusnya mengurangkan persaingan. Walaupun begitu, terdapat juga risiko perniagaan perkongsian. Jika aset perniagaan tidak cukup untuk membayar hutang perniagaan, pemilik-pemilik terpaksa menggunakan aset peribadinya untuk menanggung hutang tersebut. Kedudukan perniagaan berada di kawasan memang mudah untuk orang kunjungi dan terdapat banyak tempat letak kereta. Walaupun begitu, terdapat persaingan di antara kedai-kedai yang berdekatan. Sebagai contoh, Kedai Perkakas Elektrik Yana, dan Kedai Serbaneka Chin. YZY Electrical telah menyediakan pelbagai jenis produk elektrik yang diimport daripada Amerika Syarikat. Keistimewaan produk ini ialah tahan lama, sentiasa digunakan dan berkualiti tinggi. Barangan elektrik yang dijual memang disukai oleh pengguna kerana kualiti produk tersebut. Pemilik telah memilih perniagaan menjual dan membeli perkakas elektrik kerana pemilik mendapati bahawa barangan elektrik amat penting sekali dalam kehidupan kita, terutamanya pada waktu malam. Lampu diperlukan untuk melakukan aktiviti harian.

Upload: tan-byong

Post on 18-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

q

TRANSCRIPT

1.1 PENGENALAN PERNIAGAANYZY Electrical adalah sebuah perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh Yew Zhi Yong, Ho Dany & Foong Zi Lin. Perniagaan ini ditubuhkan pada 1 April 2014 di alamat No 1, Taman Fa Chai, Jalan Raja Omar, 32000 Sitiawan, Perak. Perniagaan telah dijalankan dengan modal sebanyak RM240, 000. Yew Zhi Yong mengeluarkan modal sebanyak RM120, 000; Ho Dany mengeluarkan modal sebanyak RM80, 000 dan Foong Zi Lin mengeluarkan modal sebanyak RM40, 000. Perniagaan mempunyai 4 orang pekerja yang dibayar gaji RM1500 sebulan.

YZY Electrical merupakan perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh tiga orang pemilik. Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 (Mahu fikir syarat?) . Sebab pemilik memilih jenis perniagaan ini adalah kerana untung dan rugi akan dikongsi bersama. Selain itu, liabiliti perniagaan tersebut tidak terhad. Lebih-lebih lagi, pemilik-pemilik dapat berkongsi pengalaman, kepakaran dan seterusnya mengurangkan persaingan.

Walaupun begitu, terdapat juga risiko perniagaan perkongsian. Jika aset perniagaan tidak cukup untuk membayar hutang perniagaan, pemilik-pemilik terpaksa menggunakan aset peribadinya untuk menanggung hutang tersebut.

Kedudukan perniagaan berada di kawasan memang mudah untuk orang kunjungi dan terdapat banyak tempat letak kereta. Walaupun begitu, terdapat persaingan di antara kedai-kedai yang berdekatan. Sebagai contoh, Kedai Perkakas Elektrik Yana, dan Kedai Serbaneka Chin.

YZY Electrical telah menyediakan pelbagai jenis produk elektrik yang diimport daripada Amerika Syarikat. Keistimewaan produk ini ialah tahan lama, sentiasa digunakan dan berkualiti tinggi. Barangan elektrik yang dijual memang disukai oleh pengguna kerana kualiti produk tersebut. Pemilik telah memilih perniagaan menjual dan membeli perkakas elektrik kerana pemilik mendapati bahawa barangan elektrik amat penting sekali dalam kehidupan kita, terutamanya pada waktu malam. Lampu diperlukan untuk melakukan aktiviti harian.

1.2 PROFIL PERNIAGAAN1.Nama PerniagaanYZY ELECTRICAL

2.Nama PemilikYEW ZHI YONGHO DANYFOONG ZI LIN

3.Lokasi / AlamatNo 1, Taman Fa Chai, Jalan Raja Omar, 32000 Sitiawan, Perak.

4.No. Telefon, No Faks, Alamat Email, Alamat Laman Sesawang605- 6913520; 605- 6914520; [email protected]; www.yzy.com.my

5.Jenis PerniagaanPerkongsian

6.Tempoh PerakaunanSetahun - (1 April 2014 31 Mac 2014)

7.Tempoh Rekod1 bulan 1 April 2014 - 30 April 2014

8.Modal PerniagaanModal Berjumlah RM 240, 000Yew Zhi Yong - RM120, 000; Ho Dany - RM80, 000; Foong Zi Lin - RM40, 000.

9.Jumlah Pekerja4 orang

10.Status PerniagaanMemulakan Perniagaan

11Nama Bank dan alamatBank Rosmiza Bhd. PT1250, Jalan Duit, 32000 Sitiawan, Perak

12No.Akaun Bank1300 8888 2525 8888

13. Ikatan Perjanjian Perkongsiana. Untung Rugi dibahagikan sama banyak.b. Modal pekongsi dibayar faedah sebanyak 10% setahun.c. Ambilan pekongsi dikenakan faedah 5%.d. Pekongsi Yew Zhi Yong dibayar gaji RM 2000 sebulan.

1.1 CADANGAN PERNIAGAANBAHAGIAN (n) - CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA DAN JANGKA PANJANG PERNIAGAAN Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. i-Meningkatkan tahap jualan pelbagai kaedah promosi boleh digunakan. Peniaga juga boleh memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang mempunyai rekod pembayaran balik yang baik. ii-Mengubah stategi jualan - meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit. Dapat meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko hutang lapuk. iii-Mengurangkan perbelanjaan - mengurangkan pembelian inventori secara pukal - ini dapat mengurangkan kos penyimpanan inventori di gudang / setor, mengurangkan risiko kerosakan, kecurian dan keusangan stok. Mencari pembekal yang dapat memberikan harga dan kualiti barang yang terbaik. Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan. 1 Meluaskan perniagaan - membuka cawangan di tempat lain sama ada di bandar yang sama atau di daerah lain. 2 Menukarkan bentuk perniagaan daripada perkongsian kepada syarikat Sdn. Bhd. 3 Melaburkan lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan sampingan. 4 Membeli aset bukan semasa - membeli aset perniagaan yang dapat menjana ekonomi.