pen gen alan

10
1.0 PENGENALAN Tugasan ini merupakan satu sorotan ringkas bagi awalan kata nama peN-,peR- dan pe- dalam sistem morfologi Bahasa Melayu yang dikemukakan oleh Zaharani Ahmad. Dalam sistem Morfologi Bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis imbuhan seperti awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Tugasan ini hanya memfokuskan kepada awalan kata nama peN-, peR dan pe- sahaja dengan merujuk kepada pemerian yang diberikan oleh penahu-penahu seperti Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan Nik Safiah Karim. Tugasan ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas masalah percanggahan pemerian di kalangan penahu yang berpunca daripada masalah pengidentifikasikan morfem. Selain itu, tugasan ini bertujuan untuk membezakan jenis morfem awalan kata nama yang dikemukakan oleh setiap penahu dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan fungsi dan maksud morfem awalan kata nama seperti peN-, peR- dan pe-. Sumber rujukan utama yang digunakan dalam tugasan ini ialah artikel yang ditulis oleh Zaharani Ahmad (1992) Awalan peN-, peR- dan pe- dalam Bahasa Melayu: Masalah dan Penyelesaian, Jurnal Dewan Bahasa. Selain itu, terdapat juga sumber rujukan tambahan yang digunakan dalam menyiapkan tugasan berikut seperti Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim et al (1994) dalam Bab 6: Kata Nama, Nahu Melayu Moden oleh Liaw Yock Fang (1985) dalam Bab 3: Imbuhan dan rujukan Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (2009) dalam Bab 5: Pembentukan Kata Nama Berlapis. 2.0 RINGKASAN BAHAGIAN ‘PEMERIAN LAMPAU’ TENTANG AWALAN KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-. 2.1 PEMERIAN ASMAH (1986) Asmah (1986) dalam bukunya yang bertajuk Nahu Melayu Mutakhir menyenaraikan penambah peN- sebagai morfem awalan kata nama. 1

Upload: nieysa-wan

Post on 16-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hmt213

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANTugasan ini merupakan satu sorotan ringkas bagi awalan kata nama peN-,peR- dan pe- dalam sistem morfologi Bahasa Melayu yang dikemukakan oleh Zaharani Ahmad. Dalam sistem Morfologi Bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis imbuhan seperti awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Tugasan ini hanya memfokuskan kepada awalan kata nama peN-, peR dan pe- sahaja dengan merujuk kepada pemerian yang diberikan oleh penahu-penahu seperti Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan Nik Safiah Karim. Tugasan ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas masalah percanggahan pemerian di kalangan penahu yang berpunca daripada masalah pengidentifikasikan morfem. Selain itu, tugasan ini bertujuan untuk membezakan jenis morfem awalan kata nama yang dikemukakan oleh setiap penahu dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan fungsi dan maksud morfem awalan kata nama seperti peN-, peR- dan pe-.Sumber rujukan utama yang digunakan dalam tugasan ini ialah artikel yang ditulis oleh Zaharani Ahmad (1992) Awalan peN-, peR- dan pe- dalam Bahasa Melayu: Masalah dan Penyelesaian, Jurnal Dewan Bahasa. Selain itu, terdapat juga sumber rujukan tambahan yang digunakan dalam menyiapkan tugasan berikut seperti Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim et al (1994) dalam Bab 6: Kata Nama, Nahu Melayu Moden oleh Liaw Yock Fang (1985) dalam Bab 3: Imbuhan dan rujukan Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (2009) dalam Bab 5: Pembentukan Kata Nama Berlapis.

2.0 RINGKASAN BAHAGIAN PEMERIAN LAMPAU TENTANG AWALAN KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-.

2.1 PEMERIAN ASMAH (1986)Asmah (1986) dalam bukunya yang bertajuk Nahu Melayu Mutakhir menyenaraikan penambah peN- sebagai morfem awalan kata nama. Menurut Asmah, awalan pe- yang terhasil daripada awalan peN- mempunyai unsur sengauan yang potensil. [footnoteRef:1]Menurut Asmah penyebaran alomorf ditentukan melalui proses fonologi iaitu kehadiran alomorf ditentukan oleh bunyi pertama kata dasar dan pengguguran konsonan tidak bersuara. [1: Asmah Haji Omar, Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlmn 49-50]

ALOMORF peN-RUMUSCONTOH

pe-sebelum l, r, m, n, ny, ngpemabuk penyanyipelari perumah

pem-sebelum p, b, f, v( konsonan p dan f digugurkan)pandu = pemandufikir = pemikir

pen-sebelum t,d, c, j(konsonan t digugurkan)tulis = penuliscinta = pencinta

peny-sebelum c, s(bergantung pada kata dasar)cinta = penyintasalur = menyalur

peng-sebelum k, g, kh, gh, w dan vokal(konsonan k digugurkan)kawal = pengawalampun = pengampunghairah = pengghairah

penge-sebelum kata dasar yang mempunyai satu suku katabom = pengebomsah = pengesah

Jadual 2.1: Rumus Penerimaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN- (Asmah, 1986)Terdapat beberapa pengecualian dari peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Jadual 2.1 yang terbahagi kepada dua iaitu kata yang tidak mengalami rumus penyengauan dan kata yang tidak mengalami rumus pengguguran. Menurut Asmah (1986), awalan pe- di depan k, s, t dan sebagainya dalam perkataan tertentu tidak mengalami penyengauan. Sebagai contoh pesawah (bukan penyawah), pekebun (bukan pengebun). Penambahan seperti ini dikenali oleh ciri-ciri leksikal.[footnoteRef:2] Selain itu, terdapat perbezaan makna antara kata nama yang berawalan pe- (tanpa sengau) dengan peN- (ada sengau). Sebagai contoh: [2: Asmah Haji Omar, Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlmn 50-51]

Penyakit pesakitPenyuruh pesuruhAsmah (1986) menetapkan empat faktor yang menyebabkan konsonan tidak bersuara kata dasar atau kata akar tidak mengalami pengguguran iaitu:a. Mempertahankan keutuhan awalan, jika kata dasar sudah mendapat awalan lain, misalnya pengebumi(an).b. Mempertahankan keutuhan kata pinjaman, misalnya pensejarah, penterjemah.c. Menunaikan keperluan akan konsep baru dalam peristilahan untuk menimbulkan pertentangan dengan yang sedia ada. Contohnya, pengkajia(an) sebagai lawan kepada pengaji(an).d. Disebabkan analogi palsu dengan menyangka bahawa suku kata yang pertama terdiri daripada awalan. Contohnya, penternak.2.2 PEMERIAN ABDULLAH HASSAN (1987)Hasil penulisan Abdullah (1987) dalam bukunya Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia menyatakan morfem awalan kata nama terdiri daripada peN- dan pe-. Awalan kata nama berikut mempunyai perbezaan dari segi morfofonem N. Awalan peN- mempunyai unsur sengau N dan awalan pe- tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal sebagai pe-. Sebagai contoh: pesakit, petaruh, pekebun, pesuruh, pesara dan petani.Awalan peN- mempunyai enam bentuk alomorf seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:ALOMORF BAGI peN-RUMUSCONTOH

pe-sebelum m, n, ny, ng, r, l, w dan ymakan= pemakan, laut = pelaut

pem-sebelum p, b, f, dan vbaja = pembaja

pen-sebelum t, d, c, j, sy, dan zdengar = pendengarzanji = penzanji

peny-sebelum sselam = penyelam

peng-sebelum k, g, h, kh, gh, dan vokal kawal = pengawalampun = pengampun

penge-kata dasar yang berbentuk suku katasah = pengesah

Jadual 2.2: Rumus Penerimaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN- (Abdullah Hassan, 1987)Awalan kata nama pe- pula mempunyai 2 maksud iaitu kata nama pasif seperti pesuruh, pesakit dan pesara. Selain itu, ia turut membawa makna sebagai kata nama pekerjaan seperti pelayan, pekebun dan sebagainya.

2.3 PEMERIAN NIK SAFIAH KARIM (1989)Nik Safiah (1989) dalam bukunya Tatabahasa Dewan menyenaraikan peN-, peR dan pe- sebagai morfem awalan kata nama bahasa Melayu. Awalan peN- mempunyai enam alomorf iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Perbezaan bentuk awalan tersebut bergantung pada dua faktor iaitu faktor fonologi di mana huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut dan juga dari segi faktor perkembangan dan perancangan bahasa yang menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu.[footnoteRef:3] [3: Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan Jilid 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlmn 109.]

Rumus penggunaan alomorf daripada awalan peN- dapat dilihat dalam jadual berikut:ALOMORF peN-RUMUSCONTOH

pe-sebelum m, n, ny, ng, r, l, w, p, t, k, dan s. Bagi p, t, k, dan s, bunyi-bunyi tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang sama daerah artikulasi iaitu m, n, ng, dan ny.masak = memasaknaik = penaikngiau = pengiaupukul = pemukulkarang = pengarang

pem-sebelum b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, v dan gugus konsonan yang bermula dengan b dan p.baca = pembacaboikoi = pemboikotproses = pemproses

pen-sebelum d, c, j, sy dan z dan kara pinjaman yang bermula dengan huruf t dan sjodoh = penjodohtadbir = pentadbirsintesis = pensintesis

peng-sebelum g, kh, h, a, e, i, o dan u dan kata pinjaman yang bermula dengan k.gali = penggalikabul = pengkabul

penge-sebelum kata dasar yang mempunyai satu suku katacat = pengecatsyor = pengesyor

pel-bergabung dengan kata dasar ajarajar = pelajar

Jadual 2.3: Rumus Penerimaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN- (Nik Safiah, 1989)Bagi imbuhan awalan kata nama pe-, Nik Safiah(1989: 73) menyatakan terdapat dua aspek makna awalan pe-[footnoteRef:4] iaitu: [4: Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan Jilid 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlmn 114]

ASPEK MAKNA AWALAN KATA NAMA pe-CONTOH

penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaanpesuruh ( orang yang disuruh)petaruh ( orang yang dipertaruhkan)

penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasarpekedai ( orang yang berkedai)pekilang ( orang yang bekerja di kilang)

Jadual 2.4: Aspek Makna Awalan Kata Nama pe- (Nik Safiah, 1989)Bagi Nik Safiah, awalan peR- tidak produktif kerana ia boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada awal kata dasar.

3.0 ISU BERKAITAN AWALAN KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-.Menurut Asmah (1986),terdapat dua faktor yang mendorong bahawa pe- dalam pesawah, pekebun sebagai alomorf kepada awalan peN- dan mempunyai pengecualian daripada mengalami rumus penyengauan. Faktor pertama ialah beliau mungkin ingin mengekalkan jumlah bilangan morfem yang paling ekonomis. Faktor kedua ialah contoh perkataan yang menggunakan awalan pe- sangat terbatas jumlahnya, dan lebih mudah ditangani secara idiosinkratik dalam entri leksikal morfem berkenaan. Dari sudut morfologi, pemerian Asmah (1986) agak kurang tepat kerana menafikan kewujudan satu sistem pengimbuhan yang begitu cekap dalam Bahasa Melayu.Berdasarkan analisis Abdullah (1987), beliau menyedari bahawa peN- dan pe- harus dibezakan walaupun hanya menggunakan kriteria makna. Abdullah hanya menyenaraikan awalan peN- dan pe- sahaja sebagai morfem. Maka timbul satu persoalan kritis iaitu apakah status awalan per- dalam kata-kata seperti perburu, pertapa, perbara, perasap, peranak dan perantara?. Abdullah (1987) tidak mengemukakan langsung tentang awalan per- kemungkinan disebabkan beliau tidak menemukan dengan bentuk seperti dalam data yang dianalisis atau kemungkinan juga awalan per- ini tidak produktif.Berdasarkan Nik Safiah (1989), beliau menyatakan bahawa awalan kata nama iaitu peN-, peR- dan pe- merupakan awalan kata nama yang berbeza mempunyai status morfem yang tersendiri. Awalan peN- mempunyai enam varian atau alomorf, peR- dan pe- dikatakan wujud dalam satu bentuk sahaja iaitu per- dan pe-. Terdapat satu persoalan yang timbul mengapa per- dipresentasikan sebagai peR-?. Penggunaan morfofonem R dalam awalan peR- tidak sesuai kerana R tidak mempunyai sebarang varian seperti morfofonem N dalam awalan peN. Kedua-dua awalan peR- dan pe- membawa maksud yang sama iaitu orang yang ber____.

4.0 HASIL ANALISIS DAN SARANAN ZAHARANI TENTANG AWALAN KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-.Merujuk kepada maklumat yang terdapat dalam kosa kata Bahasa Melayu, Zaharani berpendapat bahawa hanya dua morfem awalan kata nama iaitu peN- dan peR-. Cara pembentukan kata kerja terbitan merupakan perbezaan utama antara awalan peN- dan peR-. Berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim (1987), terdapat ciri utama dalam membezakan apitan kata nama peN-an dengan peR-an yang terletak pada bentuk kata kerja terbitannya.

AWALAN KATA NAMA peN- MENGHASILKAN AWALAN KATA KERJA meN-Awalan kata nama peN- terdiri daripada enam varian morfem iaitu pe-, pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-. Awalan kata nama peN- dikatakan berasal daripada awalan kata kerja meN- yang membawa maksud orang yang men___. Keadaan berikut dapat dilihat dengan lebih lanjut dalam jadual di bawah:KATA NAMA BERAWALAN peN-MAKSUD

penyamunorang yang menyamun

pemahatorang yang memahat

pengacauorang yang mengacau

penuntutorang yang menuntut

penyuntingorang yang menyunting

Jadual 4.1: Hubungan Awalan Kata Nama peN- dengan Awalan Kata Kerja meN-

AWALAN KATA NAMA peR- MENGHASILKAN AWALAN KATA KERJA beR-Awalan kata nama peR- pula terdiri daripada tiga varian iaitu per-, pel- dan pe-. Selain itu, awalan kata nama peR- berasal daripada awalan kata kerja beR- yaang membawa maksud orang yang ber___ atau di___kan/i. Keadaan berikut dapat dilihat dengan lebih lanjut dalam jadual di bawah:KATA NAMA BERAWALAN peR-MAKSUD

petaniorang yang bertani

pekedaiorang yang berkedai

pesaingorang yang bersaing

pekebunorang yang berkebun

Jadual 4.2: Hubungan Awalan Kata Nama peR- dengan Awalan Kata Kerja beR-

PERBEZAAN PENGGUNAAN APITAN KATA NAMA peN-...-an DENGAN peR-...-anKata nama apitan peN-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan imbuhan meN-..-i/kan. Kata Nama terbitan yang menggunakan peR-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan beR-. Contoh yang mudah dapat dilihat dalam jadual di bawah:perkataan yang berapitan peN-an dan peR-anlatar belakang perkataan

perlumbaanberasal daripada kata kerja berlumba

pergaduhanberasal daripada kata kerja bergaduh

penarikanberasal daripada kata kerja menarik

penyampaianbersal daripada kata kerja menyampaikan

Jadual 4.3: Perbezaan Penggunaan peN-...-an dengan peR-...-an

Kita menyedari bahawa wujud hubungan morfologi antara apitan kata nama peR-...-an dengan awalan kata kerja beR- dan antara apitan kata nama peN-...-an dengan awalan kata kerja meN-. Hubungan ini boleh dilanjutkan dengan memasukkan awalan kata nama peR dan peN juga. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan Jadual 4.4 yang berikut:

Awalan Kata Kerja beR- dan meN-Awalan Kata Nama peN- dan peR-Apitan Kata Nama peN-...-an dan peR-...-an

berburumemburupeburupemburuperburuanpemburuan

belajarmengajarpelajarpengajarpelajaranpengajaran

menarikbertarikpenarikpetarikpenarikanpertarikan

Jadual 4.4: Hubungan Awalan Kata Kerja beR- dan meN- dengan Awalan Kata Nama peN- dan peR- serta Apitan Kata Nama peN-...-an dan peR-...-an

PENGGUGURAN R DARIPADA MORFEM AWALAN KATA NAMA per-Awalan kata nama per- digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan r perlu mengalami pengguguran. Maklumat nahu iaitu morfosintaksis diperlukan dalam dekripsi struktur rumus yang berikut:r / __ + K

Pengguguran wajib didorong oleh faktor untuk membezakannya daripada awalan kata kerja per-. Kesimpulannya, per yang mengekalkan r adalah awalan kata kerja, manakala per- yang menggugurkan r adalah awalan kata nama.

5.0 KESIMPULANSecara kesimpulannya, dapat dilihat perbezaan dalam pembentukan dan penentuan awalan kata nama peN-, peR- dan pe- oleh penahu-penahu dalam Bahasa Melayu seperti Asmah (1986), Abdullah Hassan (1987) dan Nik Safiah Karim (1987). Setiap penahu dalam Bahasa Melayu berikut mengemukakan pendapat tersendiri tentang pembentukan dan rumus alomorf peN-, peR- dan pe-.

1