pen gen alan

3
PENGENALAN Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bimbingan bermaksud perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. Definisi lain menjelaskan bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu -isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan. Othman Mohamed, mengatakan bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Selain dari itu, bimbingan juga bermaksud memberi nasihat dan panduan kepada seseorang yang kebiasaannya menghadapi sesuatu masalah. Dengan erti kata lain, bimbingan adalah suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996) Menurut Gladding 2000, bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya. Menurut Schetzer & Stone (1971) pula, bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang

Upload: saranya-kaliappan

Post on 14-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bimbingan bermaksud

perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu

kerja atau tugas. Definisi lain menjelaskan bimbingan merujuk kepada proses untuk

membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu -

isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan.

Othman Mohamed, mengatakan bimbingan merupakan sebahagian daripada

proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta

mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai

oleh orang yang menerimanya. Selain dari itu, bimbingan juga bermaksud memberi

nasihat dan panduan kepada seseorang yang kebiasaannya menghadapi sesuatu

masalah. Dengan erti kata lain, bimbingan adalah suatu proses untuk membantu

individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan

kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim,

1996)

   Menurut Gladding 2000, bimbingan ialah proses membantu individu

membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi

kehidupannya. Menurut Schetzer & Stone (1971) pula, bimbingan sebagai proses

menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini

dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi

kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan

dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu

sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang

dan masa depan.

Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘Counseling´.

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik

berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah suatu proses interaksi dua

hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. Di

samping itu, kaunseling bermaksud proses teratur yang melibatkan perbincangan

Page 2: Pen Gen Alan

rapi mengenai tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi

dan menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi

memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk

mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian

mencabar. Peranan para guru bimbingan adalah membantu para pelajar dengan

menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan, aktiviti sosial

dan kemudahan pendidikan. Dengan cara ini diharapkan akan dapat membantu para

pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul.

Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan

nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Ini bermakna

perkembangan individu merupakan satu usaha yang berterusan agar individu

terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan

potensinya yang sebenar. Banyak program boleh diatur bagi memberi perkhidmatan

menolong bantu pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan

untuk mempetingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar melalui

unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah membuat

suatu perancangan teratur dengan menubuhkan unit Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran

berkesan bagi membentuk pelajar supaya seimbang, berjiwa besar, berwawasan

dan berketrampilan.