pen gen alan

2
Pengenalan Dalam kerja tugasan ini, kumpulan saya akan menyediakan satu persediaan mengajar berpandukan salah satu strategi dan teknik mengajar serta model pengajaran. Secara individu, kami akan disediakan satu artikel ilmiah dan berdasarkan kandungan artikel, kami akan membuat ulasan secara kritikal tentang fokus kajian, dapatan kajian dan rumusan kajian serta cadangan penambahbaikan dalam bentuk peta pemikiran i – Think. Kami juga akan mengambil ujian pendek dan menuliskan satu refleksi berdasarkan perasaan dan pandangan tentang kerja kursus yang telah dihasilkan. Rancangan Pengajaran Harian kami akan berbincang tentang keempat-empat model pengajaran iaitu model behavioral, model pemprosesan maklumat, model sosial dan model personal dalam pengajaran tajuk wang Matematik tahun 2. Setiap model mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri dan kumpulan kami akan menggunakan kelebihan model masing-masing untuk membendung kelemahan model masing-masing untuk menghasilkan satu rancangan yang mempunyai banyak kelebihan daripada kelemahan. Langkah-langkah pengajaran juga akan kami bincang dalam kerja tugasan ini. Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat

Upload: chiong-yew-tiong

Post on 19-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

esaiment

TRANSCRIPT

PengenalanDalam kerja tugasan ini, kumpulan saya akan menyediakan satu persediaan mengajar berpandukan salah satu strategi dan teknik mengajar serta model pengajaran. Secara individu, kami akan disediakan satu artikel ilmiah dan berdasarkan kandungan artikel, kami akan membuat ulasan secara kritikal tentang fokus kajian, dapatan kajian dan rumusan kajian serta cadangan penambahbaikan dalam bentuk peta pemikiran i Think. Kami juga akan mengambil ujian pendek dan menuliskan satu refleksi berdasarkan perasaan dan pandangan tentang kerja kursus yang telah dihasilkan.Rancangan Pengajaran Harian kami akan berbincang tentang keempat-empat model pengajaran iaitu model behavioral, model pemprosesan maklumat, model sosial dan model personal dalam pengajaran tajuk wang Matematik tahun 2. Setiap model mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri dan kumpulan kami akan menggunakan kelebihan model masing-masing untuk membendung kelemahan model masing-masing untuk menghasilkan satu rancangan yang mempunyai banyak kelebihan daripada kelemahan. Langkah-langkah pengajaran juga akan kami bincang dalam kerja tugasan ini.Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang. Kita sebagai guru boleh mengaplikasikan ilmu ini untuk mendapatkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang paling optimum dalam membantu murid belajar dan memahami pengajaran dengan efesien dalam membantu pembangunan intelek, lahiriah dan rohaniah murid.