pen gen alan

3
PENGENALAN "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa peringkat, peringkat tersebut iaitu perkembangan sistem pendidikan semasa Merdeka, selepas Merdeka serta pendidikan semasa. Kita boleh nampak perbezaan sistem-sistem pendidikan pada zaman merdeka ke zaman selepas merdeka ke zaman kini. Sebelum tokoh-tokoh tempatan melaksanakan sistem-sistem pendidikan tempatan, British telah menjalankan sistem pendidikan mereka. Selepas itu, tokoh-tokoh pendidikan kita pula mencipta dan sistem pendidikan yang sesuai kepada Negara kita. Pelbagai tokoh telah pun mencuba untuk mencipta suatu sistem pendidikan yang sempurna supaya tidak menyebelahi sesuatu pihak pun. Hal ini bukan sahaja membawa keharmonian kepada Negara tetapi juga memberi pendidikan yang cukup baik sekali kepada rakyat Negara kita. Pada zaman kini, sistem pendidikan ini mengutamakan pendidikan semua rakyat Negara supaya Negara akan maju dan jaya. Seterusnya, tajuk kedua ialah konsep falsafah dan falsafah pendidikan. Dalam tajuk ini kita mengenali perkataan falsafah, istilah falsafah ini berasal daripada dua patah perkataan Yunani, iaitu perkataan philos yang memberi maksud mencintai dan Sophia bermaksud kebijaksanaan. Kita boleh simpulkan bahawa maksud falsafah ialah cinta

Upload: woei-tian

Post on 17-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

isl

TRANSCRIPT

PENGENALAN"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."Dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa peringkat, peringkat tersebut iaitu perkembangan sistem pendidikan semasa Merdeka, selepas Merdeka serta pendidikan semasa. Kita boleh nampak perbezaan sistem-sistem pendidikan pada zaman merdeka ke zaman selepas merdeka ke zaman kini. Sebelum tokoh-tokoh tempatan melaksanakan sistem-sistem pendidikan tempatan, British telah menjalankan sistem pendidikan mereka. Selepas itu, tokoh-tokoh pendidikan kita pula mencipta dan sistem pendidikan yang sesuai kepada Negara kita. Pelbagai tokoh telah pun mencuba untuk mencipta suatu sistem pendidikan yang sempurna supaya tidak menyebelahi sesuatu pihak pun. Hal ini bukan sahaja membawa keharmonian kepada Negara tetapi juga memberi pendidikan yang cukup baik sekali kepada rakyat Negara kita. Pada zaman kini, sistem pendidikan ini mengutamakan pendidikan semua rakyat Negara supaya Negara akan maju dan jaya. Seterusnya, tajuk kedua ialah konsep falsafah dan falsafah pendidikan. Dalam tajuk ini kita mengenali perkataan falsafah, istilah falsafah ini berasal daripada dua patah perkataan Yunani, iaitu perkataan philos yang memberi maksud mencintai dan Sophia bermaksud kebijaksanaan. Kita boleh simpulkan bahawa maksud falsafah ialah cinta akan kebijaksanaan. Terdapat banyak ahli-ahli yang terkenal seperti Socrates, Plato, Aristotle dan sebagainya. Tugas utama mereka ialah menilai kehidupan dan pengalaman manusia dengan cara menganalisis dan memberi interpretasi, kemudian mencari rumusan yang boleh membawa taksiran secara keseluruhan terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia. Penemuan mereka adalan berguna, dan telah menjadi pedoman kepada kita untuk mencari kehidupan yang sempurna atau menentukan haluan untuk pembangunan dan kemajuan Negara. Falsafah ini diklasifikasikan kepada empat cabang iaitu metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti, epistemology yang berkaitan dengan kajian ilmu, aksiologi yang berkaitan dengan kajian ilmu, serta logik yang berkaitan dengan penaakulan. Selain itu, dalam bab yang seterusnya ia berkaitan dengan falsafah pendidikan Islam dan Timur. Dalam falsafah pendidikan Timur, ia digolongkan dalam toga aliran fahaman yang utama, iaitu konsep Konfusianisme dan Taoisme (China), Hinduisme dan Buddhisme, Nasionalisme dan Internationalisme (India). Tokoh-tokoh pendidikan Konfusianisme berpendapat bahawa peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara. Dalam bab keempat pula, kita dapat mempelajari lima falsafah pendidikan Barat iaitu Perenialisme, Esentialisme, Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme. Dalam falsafah pendidikan Barat ini diasingkan kepada falsafah pendidikan Barat tradisional dan falsafah pendidikan Barat moden. Bagi falsafah pendidikan tradisional ini ialah Perenialisme dan Esentialisme. Falsafah pendidikan tradisional ini mempunyai beberapa keburukan iaitu falsafah pendidikan ini hanya menegaskan pendidikan asas sahaja seperti 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Manakala falsafah pendidikan moden pula ialah Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme. Falsafah pendidikan moden ini pula menekankan pembelajaran secara eksperimen. Kita melaksanakan tugas yang ada pada buku teks, bukan sahaja membaca teori sahaja. Secara ringkasnya, kedua-dua falsafah pendidikan Barat ini mempunyai kekuatan masing-masing.Seterusnya ialah bab kelima, kita belajar tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat penting ia sebagai suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Manakala Falsafah Pendidikan Guru pula digubal untuk menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku. Selain itu, kita juga dapat belajar bahawa guru perlu menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.