pen gen alan

3
Kepelbagaian budaya dan corak warisan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini terkenal di mata dunia. Walaupun negara telah menjangkau 57 tahun merdeka, adat dan warisan turun-temurun masih lagi diamalkan dan tidak pernah dilupakan. Warisan inilah yang menjadi lambang identiti sesebuah kaum. Salah satu warisan yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat kini ialah permainan tradisional kaum. Kaum India merupakan kaum yang telah lama menduduki Tanah Melayu sejak dari zaman British lagi. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini. Pelbagai budaya yang berwarna warni dibawa masuk oleh mereka ke Malaysia sehingga menjadikan mereka terkenal dengan budaya dan warisan tersendiri. Kaum India merupakan salah satu kaum yang kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional. Antara permainan kaum ini ialah Kabaddi, Chaturigam dan Kho-Kho dan sebagainya. Setiap daripada jenis permainan ini dimainkan melalui kaedah yan berbeza. Permainan sebegini bukan sahaja dijadikan sebagai satu hiburan malahan ia juga berperanan sebagai penyatuan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Upload: andy-moltar

Post on 14-Nov-2015

224 views

Category:

Documents

1 download

TRANSCRIPT

Kepelbagaian budaya dan corak warisan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini terkenal di mata dunia. Walaupun negara telah menjangkau 57 tahun merdeka, adat dan warisan turun-temurun masih lagi diamalkan dan tidak pernah dilupakan. Warisan inilah yang menjadi lambang identiti sesebuah kaum. Salah satu warisan yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat kini ialah permainan tradisional kaum.Kaum India merupakan kaum yang telah lama menduduki Tanah Melayu sejak dari zaman British lagi. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini. Pelbagai budaya yang berwarna warni dibawa masuk oleh mereka ke Malaysia sehingga menjadikan mereka terkenal dengan budaya dan warisan tersendiri.Kaum India merupakan salah satu kaum yang kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional. Antara permainan kaum ini ialah Kabaddi, Chaturigam dan Kho-Kho dan sebagainya. Setiap daripada jenis permainan ini dimainkan melalui kaedah yan berbeza. Permainan sebegini bukan sahaja dijadikan sebagai satu hiburan malahan ia juga berperanan sebagai penyatuan rakyat berbilang bangsa di negara ini. Selain ia dimainkan dalam kelompok masyarakat, permainan rakyat kaum India ini juga turut dimainkan dalam kelompok keluarga. Ia merupakan salah satu pembentukan ikatan yang erat dalam hidup berkeluarga. Oleh hal yang demikian, permainan rakyat pelbagai kaum, khususnya kaum India sangat sinonim dengan penyatuan masyarakat setempat di samping sebagai hiburan dan warisan yang harus dikekalkan sepanjang zaman.

Permainan rakyat merupakan khazanah dan warisan yang harus dikekalkan. Ia merupakan nadi kepada identiti sesebuah kaum. Permainan rakyat ini merupakan aset penting sebagai lambang keagungan sesebuah bangsa dan negara. Permainan ini harus dijadikan salah satu warisan yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Setiap kaum, tidak kira kaum India harus mengekalkan permainan rakyat agar ianya akan terus dikenali oleholeh generasi baru kini. Mereka seharusnya didedahkan dengan warisan yang menjadi pegangan sejak dari dulu sehingga kini. Kini, kerajaan telah cuba menyediakan pelbagai alternatif untuk mempromosikan permainan rakyat ini agar lebih dikenali masyarakat laur khasnya pelancong asing. Usaha ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelancong agar mengenali dan mendekati budaya pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, setiap kaum haruslah bersatu padu dalam memberi sokongan dan kerjasama yang erat ke arah mengekalkan permainan rakyat pelbagai kaum.