pen gen alan

2
1.0 PENGENALAN MenurutKamus Dewan Edisi Ketiga , pengertian organisasi merupakan kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. (Contoh: menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta penyelarasan kewangan. !eberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. "esebuah organisasi secara umumnya mengandungi aset#aset yang penting dalam pengurusannya, antara aset#aset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia, alatan, bahan#bahan, serta kemudahan yang sistematik. $ntuk memastikan kesemua aset berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bahaya, pengurusan keselamatan adalah amat penting. !esemua ini adalah sangat penting bagi melicinkan semua operasi di dalam organisasi dan seterusnya menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk. %alam semua organisasi termasuk industri perkilangan, pengurusan keselamatan memainkan peranan yang penting untuk memastikan risiko kemalangan dapat dikurangkan menerusi peranan yang dimainkan antara majikan dan pekerja. Menurut sumber rujukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-2, keselamatan dapat memberi maksud sebagai keadaan selamat, keamanan, dan kesejahteraan. Menurut konsep keselamatan industri ,keselamatan dapat diinterprestasikan sebagai suatu keadaan di mana manusia, hidupan lain dan harta benda terlindung daripada bahaya hasil daripada akti&iti#akti&iti peker manusia. !eselamatan industri ditafsirkan sebagai akti&iti, kelakuan atau kerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan dan mengawal kerugian akibat daripada kemalangan.

Upload: hellowu

Post on 03-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HS

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengertian organisasi merupakan kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. (Contoh: menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta penyelarasan kewangan). Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. Sesebuah organisasi secara umumnya mengandungi aset-aset yang penting dalam pengurusannya, antara aset-aset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia, alatan, bahan-bahan, serta kemudahan yang sistematik. Untuk memastikan kesemua aset berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bahaya, pengurusan keselamatan adalah amat penting. Kesemua ini adalah sangat penting bagi melicinkan semua operasi di dalam organisasi dan seterusnya menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk. Dalam semua organisasi termasuk industri perkilangan, pengurusan keselamatan memainkan peranan yang penting untuk memastikan risiko kemalangan dapat dikurangkan menerusi peranan yang dimainkan antara majikan dan pekerja.Menurut sumber rujukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-2, keselamatan dapat memberi maksud sebagai keadaan selamat, keamanan, dan kesejahteraan. Menurut konsep keselamatan industri, keselamatan dapat diinterprestasikan sebagai suatu keadaan di mana manusia, hidupan lain dan harta benda terlindung daripada bahaya hasil daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan manusia. Keselamatan industri ditafsirkan sebagai aktiviti, kelakuan atau kerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan dan mengawal kerugian akibat daripada kemalangan. Daripada maksud dan tafsiran yang telah diberikan, keselamatan merupakan aspek utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan seseorang pekerja itu terjamin. Hal ini kerana, keselamatan dilihat sebagai salah satu punca dalam menentukan keuntungan dan kerugian sesebuah industri atau organisasi. Sebagai contoh, jika sesebuah industri tersebut mempunyai ramai pekerja yang mengalami kemalangan, maka industri tersebut perlu menanggung kerugian dan kos kemalangan terbabit. Pampasan perlu diberikan kepada pekerja yang mengalami kemalangan tersebut. Hal sebegini dilihat akan merugikan pihak industri dan dalam masa yang sama, proses pengeluaran sesuatu produk juga akan berkurangan. Faktor keselamatan sering dikaitkan dengan faktor proses pengeluran. Oleh itu, keselamatan merupakan elemen yang penting dan perlu sentiasa dititik beratkan supaya tiada sebarang masalah yang akan berlaku.Untuk memperoleh, meningkatkan, dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan keselamatan bengkel degan lebih lanjut lagi, saya telah memilih Sika Kimia Sdn. Bhd sebagai platform untuk saya mendapat input.