pen gen alan

73
Isi Kandungan Penghargaan ................................................. ...................................... i 1.0 Pengenalan ............................................. ....................................... 1-6 2.0 Prinsip Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu ................................. 7-27 3.0 Rancangan Pengajaran Harian .................................................... .. 28-39 4.0 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa ...................... 40- 47 5.0 Penutup .............................................. .......................................... 48 1

Upload: md-azlan-shah-bustan

Post on 01-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

Penghargaan ....................................................................................... i

1.0 Pengenalan .................................................................................... 1-6

2.0 Prinsip Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu ................................. 7-27

3.0 Rancangan Pengajaran Harian ...................................................... 28-39

4.0 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa ...................... 40- 47

5.0 Penutup ........................................................................................ 48

Refleksi .............................................................................................. 49

Bibliografi ........................................................................................ 50

Penghargaan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi taufik dan hidayah yang melimpah ruah kepada saya sehingga kerja kursus ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kerja kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang kajian tatabahasa dalam bahasa melayu terutamanya yang melibatkan kajian morfologi dan kajian sintaksis. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada penyelaras subjek Bahasa Melayu yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Selain itu, ucapan ini juga disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada dalam menyediakan bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.

1.0 PengenalanBahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif.Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialahpengabungan morfem dengan kata dasar.Hasil daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat komunikasi.

Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yangringkas dan mudah. Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. Oleh itu, terhasillah jenis jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jeniskelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat perhubungan

Tidak dapat dinafikan bahasa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan sesuatumaklumatsama ada secara lisan atau pun tulisan. Oleh itu , kerjasama pihak kerajaan dengan wartawandi lihat sebagai satu hubungan yang perlu dieratkan demi menjayakan usaha-usaha penyebaran maklumat. Menerusi hubungan inilah, khazanah ilmu dan persuratan Melayu dapat di sebarkan dengan lebih meluas dan dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain di duani. Hasil penulisan yang berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah dianggap sama pentingdalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.

Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu dapat difahami dan pelajari dengan lebih mendalam. Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa dan pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Usaha-usaha ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat antarabangsa.

Tatabahasa dalam bahasa Melayu adalah satu peraturan atau sistem yang digunakan sama ada ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Bagi mendalami bidang liguistik bahasa Melayu, kita haruslah memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa iaitu bidang morfologi dan sintaksis. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna. Secara ringkas, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam telah menyetujui bahawa Morfologi adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa kajian tentang bahasa adalah meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk juga proses pembentukan dan struktur ayat. Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), morfologi dapat dijelaskan sebagai bidang linguistik yang mengkaji bentuk-bentuk kata dan proses pembinaannya. Unit-unit morfologi dapat dibahagikan kepada morfem terikat dan morfem bebas. Pembentukan kata yang turut dikaji dalam bidang moforlogi ialah pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Pengertian atau definisi morfologi menurut Marzukhi Nyak Abdullah ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata ataupun bentuk-bentuk kata yang diujar. Seterusnya, morfologi juga ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok struktur kata serta kesan-kesan perubahan struktur kata terhadap golongan kata dan maksud perkataan.Morfologi mengikut pandangan Pitsamai Intrachat dalam bukunya Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Melayu , ialah kajian tentang sruktur kata yang melibatkan morfem dan kata. Gabungan unit-unit tatabahasa yang terkecil yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat akan menghasilkan bunyi ujaran yang berfungsi dan lebih bermakna.Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu bahasa, jelaslah bahawa morfologi ialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada pembentukan kata dan jenis-jenis penggolongan kata . Selain itu, morfologi juga adalah kajian ilmu bahasa yang memperjelaskan lagi fungsi dan maksud penggunaan kata yang diujarkan. Dalam kajian ilmu linguistik, setiap morfem berfungsi gramatis dan penggunaan kata yang betul dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat yang gramatis juga. Morfologi juga dapat dinyatakan sebagai proses penyusunan morfem secara berperaturan. Proses pembentukan perkataan dari unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui proses pengimbuhan sama ada melibatkan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau pun imbuhan sisipan. Hasil daripada susunan beberapa morfem akan menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganti namaSintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang menkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasaMenurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3 , sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna. Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna. Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna. Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.2.0 Prinsip Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan juga psikologi. Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini, penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011: 52) menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang wujud hasil daripada pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa ini diaplikasikan mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu kaedah yang digunakan tersebut tidak boleh terpesong daripada pendekatan. Kaedah adalah prosedur yang merangkumi langkah-langkah serta peringkat yang teratur yang harus diikuti bagi mencapai sesuatu tujuan.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif. Namun begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Siti Hajar (1999) pula mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi kemahiran ini iaitu dengan menggunakan kaedah situasi dalam pengajaran. Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang sepatutnya digunakan oleh guru tidak dihuraikan secara terperinci.

Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja kaedah yang boleh digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.

2.1 Kaedah Terus

Tuan Jah Yusof Ph D (2011), kaedah terus merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan kedalam bahasa ibunda. Sehubungan itu, kemahiran mendengar dan bertutur turut diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkataan yang digunakan sehari-hari.

Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran bagi menguasai bahasa pertama secara natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993: 53) menyatakan kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan yang diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal.

2.1.1 Teknik Pengajaran Kaedah Terus

Namun begitu, kemahiran menulis bukanlah satu matlamat yang penting. Berdasarkan kaedah terus ini, perkataan konkrit misalnya, buku diajarkan dengan menunjukkan objek buku. Perkataan abstrak misalnya, cinta pula diterangkan dengan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid. Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasrkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya misalnya, ayat saya minum menjadi saya minum susu. Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan pengetahuan tentang bahasa. Oleh itu guru yang mengajarkan bahasa menggunakan kaedah ini perlu benar-benar menguasai bahasa yang diajarkan supaya menjadi rujukan kepada murid-murid.

Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya untuk menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula dari segi perkataan abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan menggunakan perkataan yang mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu adalah berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun ada.

perkaitan dengan topik baharu tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini. Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru menjadi saya makan nasi.

Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai bahasa yang diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran lisan. Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.Menurut Abdullah Hassan (1984) didalam buku tulisan Tuan Jah Tuan Yusof (2011), pengajaran dimulakan dengan lisan dengan tunjuk cara dan gambar-gambar atau objek yang konkrit dan murid menghafalnya dan cuba mengikutinya. Untuk tujuan tersebut, saiz kelas mestilah kecil dan pengajaran dijalankan secara intensif , iaitu lima hingga enam jam sehari.

2.1.2 Kelebihan Kaedah Terus

Rajah 1 : Kelebihan Kaedah Terus

Kelebihan kaedah ini antara lain ialah sangat sesuai dipelajari oleh kanak-kanak kerana cirinya yang sama dengan cara menguasai bahasa ibunda kanak-kanak atau murid-murid. Pengajaran yang dijalankan secara terus dapat menguasai bahasa itu dengan cepat dan bertutur dengan cekap dan fasih.

2.1.3 Kelemahan Kaedah Terus

Ringkasnya kaedah ini menimbulkan kesusahan kepada guru terutama apabila hendak menyampaikan makna bagi perkataan yang abstrak sebab kemungkinan wujud kekeliruan bagi makna perkataan itu. Oleh itu, terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menjelaskan makna perkataan yang sukar itu. Keadaan ini memerlukan guru yang terlatih untuk menyampaikannya. Namun begitu kaedah ini terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah:1. Memerlukan masa yang panjang2. Memerlukan guru yang terlatih3. Kemahiran membaca tidak dapat dijalankan serentak dengan kemahiran lisan.4. Penerimaan murid tidak sama dengan maksud sebenar makna perkataan.5. Tidak dapat menulis hasil tulisan kerana menggutamakan bahasa lisan.6. Bahan perbualan telah ditetapkan.7. Jangka masa terlalu lama.8. Murid-murid lemah akan ketinggalan

Dalam kaedah ini kemahiran bacaan tidak dapat diajarkan serentak dengan pertuturan kerana perkataan-perkataan yang ada dalam teks mestilah telah diajarkan dalam masa pertuturan. Namun begitu apabila murid-murid telah boleh bertutur, masalah yang timbul semasa bacaan hanyalah masalah simbol-simbol. Kaedah ini juga mungkin menerbitkan makna yang kurang tepat yakni penerimaan murid tidak sama sebagaimana yang dimaksudkan oleh makna perkataan sebenar.

Oleh sebab kaedah ini mengutamakan bahasa lisan, murid tidak dapat menulis hasil tulisan dengan betul. Hasil tulisan merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Hal ini disebabkan murid-murid telah mempunyai kebiasaan petuturan bahasa asing. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan atau bahan perbualan yang telah ditetapkan yang mungkin tidak sesuai untuk perkembangan pertuturan yang biasa secara sistematik.

Selain itu jangka masa yang telah terlalu lama yang diperlukan untuk pengajaran kaedah terus ini, berkemungkinan besar kaedah ini tidak dapat dilaksanakan didalam bilik darjah tetapi sesuai dilaksanakan didewan kuliah seperti Institusi Pendidikan Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS).

Bukan itu sahaja, kaedah ini juga hanya boleh diikuti oleh murid-murid cerdik sahaja manakala murid yang lemah akan ketinggalan. Justeru akan timbul sentiment benci atau tidak suka kepada pelajaran ini lantaran sukar. Disamping itu, guru yang mengajar mestilah telah mendapat latihan yang mencukupi dan berpengalaman serta mahir dalam bahasa yang diajarkan melalui kaedah terus.

2.2 Kaedah Fonetik

Tuan Jah Tuan Yusof (2011) menerangkan bahawa kaedah linguistik atau dikenali sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan antara dua bahasa itu iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain. Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut selain daripada aspek-aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.

2.2.1 Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik

Kaedah ini lebih mendahulukan bentuk daripada makna. Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat penting. Manakala dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran guru haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka terlebih dahulu. Seterusnya bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka dipilih. Sebagai contoh :

SubjekPerbuatanObjek

i)SayaIpergigoKe pusat Dagangan Bumi Putrato Putra World Trade Centre

Rajah 2 : Contoh Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik

Dari segi pemilihan perkataan pula, kaedah ini lebih mendahulukan perkataan-perkataan yang serupa ataupun hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa tersebut. Misalnya perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang hampir-hampir sama dengan perkataan bahasa Melayu seperti berikut :

Bahasa MelayuBahasa Inggeris

KopiCoffee

RadioRadio

KomputerComputer

Rajah 3 : Contoh Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik

Objektif utama mengajar menggunakan kaedah linguistik ini adalah bagi membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya bagi mempelajari bahasa baharu dari segi bunyi. Kaedah ini turut menerangkan mengenai nahu yang terdapat dalam tatabahasa yang telah dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Berdasarkan salah satu Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menerangkan salah satu objektifnya iaitu menggunakan bahasa baku yang melibatkan penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi. Dalam kaedah menerangkan nahu yang terdapat dalam tatabahasa yang telah dipelajari dalam bahasa yang diketahuitersebut adalah sama landasannya dengan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kaedah ini juga dikatakan amat bersesuaian untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Hal ini disebabkan kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran serta diikuti dengan latihan penyebutan.

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog serta cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa akan tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik contohnya [ ma? ] bagi perkataan emak. Nahu atau tatabahasa biasanya diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan serta rumus-rumus tatabahasa tersebut diajarkan. Selanjutnya, melalui kaedah ini juga murid-murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca.

2.2.3 Kelebihan Kaedah Fonetik

Rajah 4 : Kelebihan Kaedah Fonetik

Antara kelebihan kaedah linguistik ini ialah penyediaan bahan adalah tersusun dan serta teratur. Ini membolehkan kanak-kanak faham dengan lebih jelas apa serta tepat. Kanak-kanak turut dapat bertutur serta membina ayat mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa yang ada dalam bahasa ibunda mereka.

2.2.4 Kelemahan Kaedah Fonetik

Rajah 5 : Kelemahan Kaedah Fonetik

Manakala kelemahan bagi kaedah ini pula ialah peraturan bahasa yang sentiasa berubah-ubah menyukarkan murid-murid untuk membaca. Hal ini disebabkan bahan bacaan kebanyakannya ditulis adalah dalam bahasa tulisan. Kaedah ini turut memerlukan guru-guru yang terlatih serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang iniuntuk mengajar tentunya memerlukan perbelanjaan serta kos yang tinggi. Jadi hasilnya, murid boleh bertutur akan tetapi tidak dapat memperkembang ba hasatersebut dengan baik. Secara rumusnya, kaedah ini bukan boleh diajar oleh sebarangan guru kerana kaedah ini memerlukan guru-guru yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran serta pendidikan. Kaedah ini juga memerlukan masa yang lama serta belanja yang banyak. Kesannya, murid-murid hanya dapat menuturkan apa yang diajarkan sahaja.

2.3 Kaedah Eklektik.

Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam pengajaran bahsa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Kaedah yang digabung contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang telahpun diubah suai mengikut situasi pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya kreativiti mereka sendiri. Mereka juga turut bebas mengajar mengikut kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.

Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran daripada gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu bertutur, menulis, memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi. Situasi yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktifataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan bertutur (lisan), membaca kuat serta bersoal jawab.

Tujuan bagi kaedah eklektik ini adalah sama seperti kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara mengajar bagi kaedah ini ialah guru dapat mengelakkan pengajaran kurang tepat serta tidak jelas dengan memberikan penjelasan dalam bahasa ibunda murid-murid. Selain itu, guru perlu menggunakan pola-pola struktur untuk melatih tubi struktur ayat murid. Manakala kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan menggunakan teknik-teknik yang paling baik daripada kaedah pengajaran di sekolah. Kaedah ini turut mempertimbangan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih dahulu.

2.4 Kaedah Audio-Lingual

Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan, berita, syair dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi. Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik.

Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini menggunakan bahan bantu mengajar seperti rakaman berita daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid-murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami serta menghayati apa yang terkandung dalam berita tersebut kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula apa yang difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut.

Apabila murid dapat menguasai kaedah ini, secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah apabila murid tersebut mendengarberita di radio atau televisyenmurid dapat memahami serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam berita tersebut dan dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya itu. Ini menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal.

Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi.Kemudian, murid akan dilatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara berkumpulan. Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa yang didengar. Selain itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula apa yag dirakam serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-murid juga akan mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan.

2.4.1 Teknik Pengajaran Kaedah Audio Lingual

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), didalam teknik pengajaran kaedah Audio Lingual akan dimulakan dengan dialog-dialog tertentu. Dialog ini dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz. Guru memperdengarkan sebutan penutur jati atau sebutnnya, iaitu guru itu sendiri melalui pita rakaman, kemudian murid-murid diminta menyebut rangkai kata selepas model.

Proses pembelajaran mengikut kaedah ini adalah merupakan aktiviti kumpulan. Pada peringkat awal mereka berlatih bersama-sama, kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kalau terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid-murid akan dibimbing untuk diperbetulkan. Seterusnya mereka diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.

Dariada sebutan-sebutan itu dijadikan dialog. Setelah dialog diketahui, latih tubi dilaksanakan pada pola-pola ayat berdasarkan struktur-struktur dan menjadi aktiviti yang penting. Beberapa jenis latih tubi digunakan dalam aktiviti ini. Apabila murid-murid telah mencapai kebolehan untuk menghasilkan sesuatu struktur barulah mereka diberikan teks yang merupakan kesimpulan am daripada pola-pola struktur yang telah diubah.

2.4.2 Kelemahan Kaedah Audio Lingual

Rajah 6 : Kelemahan Kaedah Audio Lingual

Membebankan guru. Kelemahan yang ketara kaedah ini ialah membebankan guru. Hal ini disebabkan guru memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan latih tubi. Bukan itu sahaja, masa yang panjang diperlukan untuk melaksanakan kaedah ini. Hal ini boleh membosankan murid-murid . Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk jika guru kurang berpengalaman dan tiada kepakarn dalam bidang ini. Seterusnya, murid hilang keyakinan, kerana tidak dapat mengajuk struktur-struktur ayat yang didengar, justeru boleh meghilangkan keyakinan murid terhadap pembelajaran. Manakala, tumpuan kepada oral sahaja kerana murid didedahkan melalui banyak latihan oral sahaja.

2.5 Kaedah Komunikatif

Kaedah komunikatif terbina berdasarkan teori huraian bahasa fungsian serta teori kecekapan komunikatif manakala teori pembelajarannya pula berpandukan kepada teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah ini amat menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang mengaitkan kognitif serta interaksi bahasa. Jadi, kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa iaitu bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Semasa murid-murid menjalani proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu kemudian disusuli dengan menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

Latihan daripada guru-guru terhadap murid-murid dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna amatlah diperlukan. Hal ini penting dalam proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut. Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif merupakan jalan penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam kaedah ini, guru-guru memberikan penekanan terhadap murid-murid agar menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa. Aktiviti bahasa yang sering dilakukan ialah menyelesaikan masalah. Hal ini selaras dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan objektif yang mengkehendakkan murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara

2.6 Kaedah NaturalMenurut Tuan Jah Tuan Yusof ( 2011), kaedah ini berasaskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komuniasi yang sebenar. Kaedah ini kurang menekankan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal, atau teori tatabahasa tertentu. Istilah lain bagi kaedah natural ialah pendekatan psikologi,, fonetik, baharu, terus, analitikal dan tiruan. Mengikut kaedah tatabahasa ini, bahasa adalah satu medium untuk menghubungkan makna dengan mesej. Hal ini bermakna, penguasaan bahasa hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran yang dituturkan.Kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembang keupayaan berbahasa, iaitu penguasaan dan pembelajaran. Penguasaan merupakan cara semulajadi yang terlaksana sama seperti kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi yang bermakna.Matlamat pendekatan natural ialah kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi keperluan murid. Guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran dengan berkesan. Sebaik-baik tajuk yang dipilih hendaklah yang membolehkan murid menghubungkan maklumat dalam kalangan mereka. Dalam menetukan matlamat komunikasi murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat tetapi diharap dapat berurusan dengan sesuatu set topic tertentu dalam situasi yang diberikan.Objektif khusus kaedah ini bergantung kepada keperluan murid, kemahiran bahasa dan peringkat yang akan diajar. Selepas beberapa jam pembelajaran, murid harus dapat bercakap dalam bahasa sasaran tanpa mengalami sebarang kesulitan dan masalah, berkebolehan membaca teks dengan bantuan kamus dan berkemampuan memperbaik keupayaan diri.Namun begitu, menurut Tuan Jah Tuan Yusof ( 2011), dalam kaedah natural terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira. Antaranya ialah, bermula daraipada kelas rendah, iaitu semenjak murid berada ada peringkat prasekolah atau tahun satu, penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Dalam hal ini guru harus memberikan focus kepada barang-barang atau objek yang ada didalam kelas. Kndungan gambar adalah sama seperti dilakukan dalam kaedah terus, sebab itulah kaedah natural ini dikatakan juga sebagai kaedah terus. Untuk mengelakkan dan mengurangkan rasa tertekan, murid tidak dipaksa untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka betul-betul bersedia berbuat demikian.Peranan murid berubah mengikut tahap perkembangan linguistic mereka. Pada peringkat sebelum produksi, murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa tanpa perlu bertindak dalam bahasa sasaran. Murid boleh berlakon atau melakukan aksi berdasarkan arahan fizikal, mengenal pasti rakan berdasarkan deskripsi guru, mempamerkan gambar dan sebaginya. Pada peringakt awal produksi murid bertindak balas terhadap soalan-soalan pendek dengan menggunakan perkataan atau frasa-frasa pendek, memenuhi carta dan menggunakan pola perbualan yang ditentukan. Contohnya, Siapa nama awak?, Apa khabar?, Siapa ambil buku saya?. Pada tahap melontarkan kata-kata, murid melibatkan diri dalam aktiviti main peranan, sumbang saran, permainan dan memberikan pendapat dan maklumat secara personal serta melibatkan diri dalam kumpulan dan aktiviti menyelesaikan masalah.Murid mempunyai empat tanggunjawab dalam kaedah natural, iaitu:(i) Memberikan maklumat tentang matlamat khusus mereka supaya aktiviti pengusaan bahasa boleh ditumpukan kepada topic atau situasi yang paling relevan dengan keperluan mereka.(ii) Mengambil bahagian yang aktif untuk pemerolehan input pemahaman. Mereka belajar dan menggunakan reknik perbualan pengurusan untuk mencetuskan input.(iii) Menetukan masa untuk memulakan penghasilan pertuturan dan mempertingkatkannya.(iv) Bagi latihan tatabahasa tentukan peruntukkan masa dengan guru untuk menyempurnakannya atau membentuk latihan sendiri.Dalam kaedah ini guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa yang diajarkan kepada murid-murid, dalam konteks ini ialah bahasa Melau. Masa didalam kelas diperuntukkan sepenuhnya kepada aktiviti memberikanarus input bahasa yang tekal sambil memberikan klu yang berupa panduan bukan bahasa untuk membimbing mentafsir input tersebut.

Antara bahan-bahan bantu mengajar ( BBM ) yang diperlukan bagi kaedah natural ialah brosur, iklan, peta, jadual dan buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan dan kebolehan murid. Permainan secara umumnya juga adalah berguna untuk dijadikan sebagai bahan-bahan sokongan dalam bilik darjah.

2.6.1 Prosuder Kaedah Natural

Rajah 7 : Prosuder Kaedah NaturalKaedah natural dimulakan dengan arahan Total Physical Responses ( TPR), mulakan arahan yang mudah seperti pusing kanan, berdiri, angkat tangan dan sebagainya. Guru menggunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh dan memperkenalkan nombor dan urutan. Misalnya, letak tangan kanan atas perut dan letak tangan kiri atas kanan. Bilang 1 hinggan 5 kemudian tepuk tangan sebanyak 5 kali.Menggunakan alat visual, misalnya gambar majalah untuk memperkenalkan perbendaharaan kata yang baharu. Menggunakan beberapa gambar dan meminta murid menunjukkan gambar yang sedang diceritakan.

2.7 Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Kaedah tatabahasa tejemahan ini diajarkan untuk membolehkan murid memahami nahu sesuatu bahasa dan melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Kaedah Tatabahasa Terjemahan ini dimulakan dengan peraturan-peraturan, perbendaharaan kata bersendirian, paradigma dan terjemahan-terjemahan perbendaharaan kata dibahagikan ke dalam senarai perkataan-perkataan untuk dihafaz. Penyebutan boleh jadi tidak diajar atau terhad kepada pengenalan-pengenalan sahaja, rumus-rumus tatabahasa dihafaz sebagai unit-unit yang biasanya mengandungi ayat-ayat. Hal ini demikian kerana, kaedah ini hanya mementingkan ejaan dan penulisan.

Guru memberi penerangan kepada murid berhubung undang-undang kemudiannya memberi misalan dan undang-undang nahu ini perlu dihafalkan oleh murid. Untuk itu juga murid-murid diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.

Kaedah ini menetapkan bahawa dalam pengajaran perbendaharaan kata diberikanpada awal sesi pengajaran. Terjemahan dianggap satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharan kata. Kata-kata diberikan dalam bentuk yang terasing daripada konteks. Kata-kata disusun dalam bentuk ayat mengikut undang-undang atau hukum-hukum tatabahasa dan hukum ini dihafal untuk menguasainya.2.7.1 Tujuan Kaedah Tatabahasa Terjemahan Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan dapat melatih murid menulis menggunakan bahasa yang betul. Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.Melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.Membolehkan murid-murid membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka lebih menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah ini biasanya bersifat deduktif danlebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.

2.7.2 Prosuder Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Murid menghafal hukum tatabahasaPenerangan guruMemperkenalkan hokum tatabahasa

Murid diberi senarai perbendaharaan kataMurid diberi senarai perbendaharaan kataPembelajaran dalam bahasa kedua

Murid diminta membina ayat

Rajah 8: Prosuder Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Mula-mula murid diperkenalkan dengan undang-undang atau hukum tatabahasa. Guru memberikan penerangan tantang hukum tatabahasa diikuti dengan contoh-contoh. Murid perlu menghafaz hukum atau rumus tatabahasa supaya tidak berlaku kesilapan. Kemudian murid-murid diberikan senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz. Pembelajaran dalam bahasa kedua senarai perbendaharaan kata dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua tersebut. Muris-murid diminta membin ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata berdasarkan hukum-hukum atau rumus-rumus tatabahasa dipelajari.

2.7.3 Kelebihan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

juga tidak memerlukan guru yang fasih dalam sesuatu bahasa

juga tidak memerlukan latihan yang intensifTidak memerlukan masa yang panjang

Memperkembangkan kebolehan murid membaca

Rajah 9 : Kelebihan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Perlaksanaan kaedah ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk menterjemahkan sesuatu bahasa. Selain itu, kaedah ini juga tidak memerlukan guru yang fasih dalam sesuatu bahasa.Tambahan pula, kaedah ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini juga tidak memerlukan latihan yang intensif terutamanya kepada murid-murid yang fasih membaca. Murid-murid akan lebih mahir dalam penulisan dan penterjemahan sesuatu bahasa. Memperkembangkan kebolehan murid membaca sesuatu bahasa asing tanpa terjemahan.

2.7.4 Kelemahan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Rajah 10 : Kelemahan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Antara kelemahan tatabahasa terjemahan ialah menambahkan kebolehan murid-murid dalam membaca tetapi mendatangkan kesukaran kepada murid-murid yang mempunyai kesulitan membaca. Kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Murid-murid mungkin dapat membaca sesbuah buku tetapi tidak memahami maksud buku yang dibaca.

Selain itu,Kaedah ini menghasilkan murid-murid yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan yang lain, atau pun menghasilkan murid-murid yang boleh membaca tersebut tidak dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Tambahan pula, mengikut kaedah ini yang mementingkan bentuk tulisan daripada lisan menyebabkan murid lebih mahir dalam penulisan tetapi lemah dalam pertuturan. Struktur ayat bagi dua bahasa selalunya tidak sama dan menyukarkan untuk difahami oleh murid-murid. Erti dan maksud perkataan tidak sama dalam sosiobudaya yang berbeza. Pembelajaran murid lebih kepada teknik menghafaz.

2.7.5 Kaedah Kod Kognitif

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof didalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kaedah ini. Menekankan bentuk dan makna. Seseorang murid atau kanak-anak yang hendak mempelajari sesuatu bahasa seharusnya mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum dan norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Dengan adanya pengetahuan sedemikian memungkinkan seseorang itu dapat mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

Kaedah ini adalah berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat.

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

3.0 Rancangan Pengajaran Harian( Kemahiran Membaca )Mata pelajaran : Bahasa MalaysiaTahun : 2 AnggerikMasa : 8.15 hingga 9.15 pagiBilangan murid : 24 orangTema : Jati diri, Patriotisme dan KewarganegaraanTajuk : Menghargai Tokoh Tempatan

Fokus Utama

Standard Kandungan2.2 Membaca dan memamahami perkataan, frasa dan ayat daripada plbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Fokus SampinganStandard Kandungan3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:i) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betulii) Membina dan menulis ayat majmuk dengan betul

Pengisian Kurikulumi) Imu : Sivik dan kewarganegaraan, Kajian Tempatan, Moralii) Nilai: Menghargai, keberanianiii) KBT: Kemahiran belajar cara belajar

Sistem bahasaTatabahasa : Ayat MajmukKosa kata :

MediaKad gambar, petikan dialog, lembaran kerja

LangkahAktivitiPengisian KurikulumCatatan

Set induksi 5 minit1. Guru menunjukkan gambar tokoh-tokoh pejuang tempatan kepada murid menggunakan slaid power point.2. Guru bersoal jawab mengenai gambar yang ditunjukkan kepada murid-muri.3. Guru mengaitkan gambar yang ditunjukkan dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut.Ilmu : Kajian tempatanNilai : KeberanianKBT: : MenghubungkaitBBM:Lampiran 1

Langkah 17 minit1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.2. Guru mengedarkan petikan Hargai Tokoh Tempatan kepada murid.3. Guru membaca petikan kemudian diikuti oleh murid-murid.

4. Guru meminta setiap kumpulan membaca setiap perenggan dengan kuat dan intonasi yang betul.

5. Guru menerangkan maksud perkataan yang ditebalkan.

6. Guru mengambil kesempatan untuk menerangakan maksud ayat majmuk kepada murid.

7. Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan tersebut.

a) Siapakah tokoh yang dimaksudkan didalam petikan tersebut?b) Apakah sumbangan mereka kepada negara?Ilmu: Kajian Tempatan

Nilai : Menghargai

KP : Verbal linguistik. Intrapersonal, Interpersonal

KBT: Kemahiran membaca, kemahiran menulisBBM: Lampiran 2

Langkah 27 minit

1. Guru mengedarkan petikan kepada murid.

2. Guru meminta murid secara berkumpulan untuk mencari ayat majmuk yang terdapat didalam petikan.

3. Guru meminta setiap kumpulan untuk menghantar wakil dan menulis semula jawapan mereka pada papan putih.

4. Guru dan murid bersama-sama menyemak jawapan tersebut.Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Kerjasama, Menghargai

KP: Kinestetik, Interpersonal

BBM :Papan putihLampiran 3

Langkah 3 7 minit 1. Guru menayangkan petikan dialog menggunakan slaid power point.

2. Guru meminta murid membaca dialog tersebut mengikut kumpulan.

3. Guru memilih murid secara rawak untuk bertanya apa yang mereka faham berdasarkan dialog tersebut.

4. Guru mengedarkan lembaran kerja.Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Kerjasama

KP : Verbal lingusitik, IntrapersonalKBT: Kemahiran mendengar, Kemehiran membacaBBM : Slaid power point,lembaran kerja 1

Pemulihan1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2. Guru memilih murid secara rawak untuk berkongsi jawapan mereka dengan murid-murid lain.

3. Guru memperbetulkan kesalahan murid.Ilmu : Kajian TempatanNilai : MenghormatiKP: Verbal linguistik, intrapersonal

BBM:Lembaran kerja 2

1. Guru mengedarkan lembaran kerja bergambar.2. Guru meminta murid membina ayat majmuk berdasarkan gambar.

3. Guru memilih murid secara rawak untuk membaca jawapan mereka kepada kelas.

4. Guru memperbetulkan jawapan muridIlmu : Kajian TempatanNilai : MenghormatiKP : Verbal linguistikKBT: BCB

BBM:Lembaran Kerja 3

Penutup5 minit1. Guru meminta murid secara sukarela untuk menceritakan tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut.2. Guru memberi pujian kepada murid-murid.3. Guru meminta murid untuk menghasilkan buku skrap bertemakan Tokoh Tempatan .Ilmu: Kajian TempatanNilai : MenghargaiKP : Verbal linguistik, InterpersonalKBT: Kemahiran mendengarEMK : Kreativiti dan Inovasi

RefeleksiSebelum :

Selepas :

Set InduksiSIAPAKAH TOKOH-TOKOH INI??

Lampiran 1 J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membunuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.

Lampiran 2

Tun Abd.Razak bin Dato Hussein telah lama meninggalkan kita, dan perginya negarawan. ketika itu masih berumur 54 tahun. Tun Abd.Razak meninggal dunia kerana penyakit acute leukemia masih dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri yang sukar dicari ganti. Tun Abd.Razak ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi agama, bangsa dan negara. Beliau menderita penyakit leukemia beberapa tahun sebelum kematiannya, tetapi hanya doktor peribadinya sahaja yang mengetahui akan penyakit tersebut. Sedangkan isterinya, keluarga dan rakyat jelata disembunyikan dari penyakit tersebut agar mereka tidak merasa bimbang ataupun susah hati. Demikianlah ciri-ciri pemimpin sejati yang hadir dalam hidup Tun Abd.Razak bin Dato Hussien, perginya meninggalkan nama yang harum mewangi dikenang bangsa sepanjang zaman dengan gelaran abadi Bapa Pembangunan.Lampiran 3 Vickey: Hai, Abu sudahkah awak menyiapkan tugasan yang cikgu berikan pada selasa yang lalu.Abu: Oh, kerja berkumpulan itu !. Saya memilih Tun Dr.Mahathir sebagai tokoh pilihan saya. Awak pula siapa tokoh pilihan awak?Vickey : Tokoh pilihan saya pula Tun Abdul Razak. Tahukah awak Tun Abdul Razak itu siapa?Abu: Siapakah beliau?Vickey: Beliau merupakan bapa kemerdekaan.Abu: Wah, begitu besar sumbangan beliau kepada kita pada hari ini.Vickey: Benar Abu. Kedamaian yang kita nikmati pada hari ini ialah hasil perjuangan beliau suatu ketika dahulu.Abu: Kita seharusnya menjaga kedamaian pada hari ini sebagai tanda penghargaan kita kepada pejuang tanah air.Lembaran kerja 2 Isikan tempat kosong dibawah dengan pilihan jawapan yang sesuai.

keranaagarsewaktuSambil

1. Ibu memasak didapur menyanyi.

2. Adik dimarahi ibu menconteng dinding rumah.

3. Kerja-kerja membaik pulih bangunan itu sedang dijalankanTiada pihak yang menjadi mangsa kelak.

4. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang muzik berumur 7 tahun lagi.

Lembaran kerja 3Bina ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan.

1. Dan

2. Walaupun

3. Kerana

4. Sambil

4.0 Masalah Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa4.1 SebutanSebutan menghadapi dua jenis masalah, pertama, masalah dalam bahasa Malaysia itu sendiri dan kedua masalah dari luar. Dari dalam bahasa Malaysia sendiri, terdapat masalah menentukan sebutan baku berbanding dengan sebutan dialek. Sebenarnya kontroversi ini tidak besar. Sebutan kata-kata bahasa Malaysia memang tidak banyak berbeza, yang menjadi perbalahan ialah pada bunyi a di suku kata akhir terbuka, sama ada patut diucapkan a atau e. Ini masalah kecil, tetapi pendokong bunyi a sentiasa mahu melaksanakan ini tanpa kecuali. Tetapi sikap rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Penerangan (Radio dan Televisyen Malaysia) ialah menerima kedua-duanya a dan e sebagai kelainan yang boleh bertukar ganti. Tidak ada masalah sebutan lain yang boleh dianggap terlalu rumit.Di samping itu terdapat pula kesalahan sebutan di kalangan penutur bukan Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak), dan sebagainya. Daerah morfologi juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti: peng-arah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an (pakai-yan), dan sebagainya.Masalah kedua, timbul daripada unsur-unsur bahasa asing. Oleh sebab kebanyakan kita agak terlalu biasa dengan bunyi-bunyi Inggeris, maka apabila kita membawa masuk kata-kata tersebut ke dalam bahasa Malaysia, misalnya bus yang dibunyikan bas, maka kita membunyikannya juga sebagai bas. Tetapi bahasa Inggeris juga tidak konsisten, misalnya, put (disebut put) dan but (disebut bat), put bukan pat. Kebanyakan kita tidak menyedari yang kekacauan ini wujud dalam bahasa Inggeris, dan terbawa-bawa ke dalam bahasa Malaysia. Oleh sebab itu ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia, kebanyakannya mengekalkan ejaannya, tetapi kita membunyikan huruf-huruf yang digunakan seperti dalam bahasa Malaysia. Kalau kita lihat kebalikannya, orang Inggeris pun ada meminjam kata-kata daripada bahasa Malaysia seperti kampung, orang utan, rotan, tetapi memberi sebutan sendiri kepada kata-kata ini dan membunyikannya sebagai kempong, oreng uteng, reten, dan sebagainya. Prinsipnya kita hendaklah membunyikan kata-kata pinjaman itu menurut sistem bunyi bahasa Malaysia sendiri.

4.2 EjaanSebelum ejaan baharu diumumkan, Ejaan Sekolah yang didasarkan kepada Ejaan Wilkinson (1904) dan dibaiki oleh Zaba (1938) telah digunakan. Sistem ini cukup untuk keperluan bahasa Melayu untuk beberapa lama, tetapi menjelang tahun 60-an, kekurangannya mula ketara (S.T. Alisjahbana 1965). Hal ini bukan sahaja menjadi masalah kepada penutur bahasa Melayu, tetapi juga kepada proses pembelajarannya. Ejaan Sekolah tidak konsisten pada beberapa tempat.Ejaan memang banyak masalahnya. Masalah ini tidaklah harus dikatakan timbul daripada ejaan baharu. Ejaan bahru itu terlalu mudah untuk dianggap sebagai suatu masalah. Lagipun, sudah ada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Seharusnya sudah tidak ada masalah ejaan lagi. Ejaan itu telah digunakan selama lebih sepuluh tahun, maka sepatutnya perkara ini tidak lagi menjadi masalah. Ada kata yang selalu salah dieja seperti bolih (untuk boleh), goring (untuk goreng), ke- dalam (untuk ke dalam), dibawah (untuk di bawah), dan sebagainya. Kesalahan ejaan ini timbul hanya kerana kejahilan sahaja, dan orang tidak mahu membaiki keadaan ini. Aspek kedua kesalahan ejaan ialah bahawa ada ejaan-ejaan yang berubah untuk penyelarasan seperti teladan menjadi teladan, aneh menjadi aneh, dan sebagainya. Sebenarnya tindakan seperti ini tidak perlu dibuat sebab ejaan yang sudah mantap tidak harus diubah lagi. Walau bagaimanapun, demi keseragaman ejaan yang dicadangkan itu perlulah diikuti.Ejaan kata-kata pinjaman merupakan satu masalah lain. Dasar yang dikuatkuasakan ialah untuk memudahkan pembelajaran, huruf yang tertentu sahaja ditukar, iaitu bunyi yang tidak berfungsi, atau bunyi-bunyi yang tidak konsisten dalam bahasa Inggeris. Misalnya, huruf eo dalam homogeneous boleh digugurkan. Huruf ch dalam cholera sebenarnya berbunyi k dan bukan c seperti dalam cent dan chalk. Ini tidak konsisten. Oleh sebab ejaannya diutamakan, maka ia disesuaikan menjadi kolera. Inilah yang sering dikatakan menjadi masalah dalam ejaan apabila pengguna bahasa Malaysia mengelirukan sistem bahasa Malaysia dengan sistem bahasa Inggeris.

Memang sukar mengubah kebiasaan 14 juta manusia dalam menggunakan ejaan ini. Lebih rumit lagi jadinya masalah ini apabila hal-hal agam terlibat. Penulisan kata-kata istilah Arab boleh menimbulkan kerumitan. Misalnya, ejaan baharu bagi nimat ialah nikmat, dan dengan itu mengubah makna kata itu daripada sesuatu yang baik kepada yang buruk. Memang hal ini harus diberi perhatian yang agak serius supaya kekacauan tersebut tidak mengganggu perkembangan bahasa Malaysia umumnya.4.3 ImbuhanImbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian -kan, me-, di-, dan ber-. Misalnya, -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu seperti Saya membelikan buku (-kan tidak perlu kerana beli sudah transitif), atau sebaliknya -kan tidak dipakai seperti dalam mengguna dan membenar (-kan diperlukan supaya kata kerja tersebut menjadi transitif).Dalam peringkat kata, kesalahan tatabahasa kerap dilakukan dalam penggunaan imbuhan. Kalau diperhatikan pula betul-betul, maka akan didapati satu perkara yang betul-betul sukar kita fahami, iaitu: jumlah imbuhan yang ada dalam bahasa Malaysia adalah amat sedikit bilangannya. Ada tujuh bilangan imbuhan yang sedikit ini sangat sukar dipelajari dan digunakan dengan tepat, manakala, kita mungkin berpendapat bahawa bilangan yang sedikit harus memudahkan pembelajaran.Kerap pula terjadi kisah kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia yang telah menguasai pemakaian imbuhan dengan biak di rumah atau dalam lingkungan keluarganya, tetapi telah dikelirukan oleh guru yang tidak mahir apabila dia mula bersekolah. Fungsi guru yang sepatutnya memperkukuh penguasaan tatabahasa kanak-kanak itu telah bertukar menjadi pengacauan. Bagi kanak-kanak yang tidak menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung akan terus terpesong dalam memakai imbuhan. Setiap satu imbuhan kata kerja dalam bahasa Malaysia itu mempunyai masalah masing-masing. Pengacauan imbuhan yang terdapat bagi kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia ialah kesalahan-kesalahan tertentu. Ada beberapa jenis kesalahan yang sering saya temui. Pada hakikatnya, seseorang guru itu mungkin tidak memahami bahawa fungsi tatabahasa sesuatu imbuhan itu sudah sedia ada dalam setengah-setengah kata. Oleh itu kata-kata tersebut tidak perlu diberi imbuhan lagi untuk menunjukkan fungsi tatabahasa tersebut. Kesalahan yang sering berlaku ialah dalam penggunaan imbuhan ber- atau me- pada kata dasar yang tidak memerlukannya; seperti ber- duduk (untuk duduk), bertimbul (untuk timbul), berbangun (untuk bangun), menjalan (untuk berjalan), menurun (untuk turun), dan memindah (untuk berpindah). Jadi kerap terdapat ayat seperti: Dia berduduk di atas kerusi, Dia telah memindah rumah, Dia menurun bas. Pada pihak yang lain pula, selalu terdapat masalah yang berhubungan dengan imbuhan -kan. Hal ini berlaku kepada penutur kandung bahasa Malaysia. Maka terdapatlah ayat seperti Guru mengguna kapur (untuk Guru menggunakan kapur), Ibu memakai seluar untuk Fadil (untuk Ibu memakaikan seluar untuk Fadil), dan Air hujan itu membasah kainnya (untuk Air hujan itu membasahi kainnya). Dalam hal ini, apa yang berlaku ialah imbuhan per-, -kan dan -i digugurkan. Ini adalah tabiat pelajar-pelajar dan guru-guru yang terdiri daripada penutur bahasa Malaysia. Dalam bahasa pertuturan, ada unsur-unsur tertentu yang boleh digugurkan (sebab ketiadaannya ditampung oleh unsur lain) atau telah jelas dari konteks itu sendiri. Dalam bahasa tulisan per-, -kan, dan -i itu perlu ada. Ini menjelaskan bahawa mereka mungkin tidak memahami bahawa imbuhan per, -kan, dan -i itu sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa yang tidak boleh ditampung oleh me- sahaja.Satu lagi kesalahan imbuhan yang agak lebih rumit ialah dari segi pemakaian per-, kan, dan -i. Perkara yang selalu berlaku di sini ialah ketiga-tiga imbuhan ini dipakai dengan tidak mengetahui perbezaan makna dan fungsi tatabahasanya. Jadi terdapatlah kesalahan seperti Ahmad menuruni bas (untuk Ahmad turun dari bas), Ahmad menaikan motokar (untuk Ahmad menaiki motokar), dan Sila masuki perkara ini dalam perbincangan (untuk Sila masukkan perkara ini ke dalam perbincangan).Satu lagi imbuhan yang kerap salah digunakan, ialah -kan. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak mengenali perbezaan antara imbuhan -kan dengan -an. Akibatnya, mereka selalu menggunakan -an untuk -kan. Kesalahan ini terlalu besar untuk dimaafkan, contohnya: meletakan (untuk meletakkan), dan membetulan (untuk membetulkan). Kebalikannya juga benar, lebih-lebih lagi apabila dasarnya berakhir dengan k seperti dalam masakkan (untuk masakan) dan kerosakkan (untuk kerosakan). Perkara seperti ini patutlah diambil berat dan dibetulkan.

Dalam contoh lain, terdapat pula pelajar Melayu yang tidak mengenali perbezaan antara pe- (pesakit orang sakit), peny (penyakit perkara yang menyakitkan), dan per- (persakit perbuatan menyakitkan). Pernah saya temui guru berkelulusan universiti yang tidak mengetahui bahawa ketiga-tiga imbuhan ini berlainan. Mungkin asalnya satu, tetapi sekarang jelas bahawa ada perbezaan bentuk dan fungsi antara pe-, penye-, dan per-. Ini perlu difahami.Perkara yang lebih merunsingkan ialah apabila terdapat kata-kata pendekan daripada akhbar menular masuk ke dalam kelas. Dalam akhbar, imbuhan ke-...-an, peN-...-an sering menjadi -an sahaja. Kerap terdapat putusan STPM, libatan dan ini semakin banyak digunakan dalam bahasa Malaysia di kalangan pelajar sekolah. Dari satu segi lain terdapat juga -an digunakan oleh pelajar bukan Melayu seperti: di kalang (untuk di kalangan).Unsur gandaan juga kerap menjadi kekeliruan. Sebenarnya sebarang kata nama bahasa Malaysia itu boleh difahamkan sebagai satu atau lebih. Biasanya bilangan ini ditandai oleh penjodoh bilangan berserta angka dan bukan dengan gandaan seperti yang selalu dilakukan. Misalnya, dua orang pelajar, bukan dua (orang) pelajar-pelajar, (kerap pula penjodoh bilangan itu digugurkan). Pemakaian ganda ini telah kusut jadinya sehingga digunakan di tempat yang tidak perlu seperti buku-buku sekolah, rumah-rumah murah, padahal buku sekolah dan rumah murah sudah cukup lengkap menunjukkan banyak.4.4 AyatMasalah struktur ayat juga agak sering berlaku. Peminjaman struktur ayat-ayat Inggeris, Arab dan sebagainya memang kerap ditemui seperti dalam kes pandai orang, besar rumah, dan sebagainya. Tetapi yang agak menarik ialah kesalahan seperti Apakah ialah nama ibu negeri Perak? Di sini ternyata bahawa ialah itu adalah terjemahan unsur is dalam ayat What is the capital of Perak? Hal ini adalah suatu perkara yang tidak perlu berlaku, melainkan orang yang terlibat itu tidak memahami sepenuhnya bahawa ayat bahasa Malaysia tidak memerlukan unsur kopula is (ialah) itu.Satu lagi kesalahan pada peringkat ayat ialah penggunaan penutup frasa seperti itu dalam ayat seperti Menteri itu yang baru pulang..., selalu terdengar dalam pembacaan berita Radio dan Televisyen Malaysia. Itu adalah unsur penutup frasa seperti dalam Menteri yang baru pulang itu, dan sebagainya. Ini adalah kesalahan-kesalahan yang agak meluas dan seharusnya boleh diperbetulkan.Selalu pula terdapat kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan ayat bangun kena membuat (pasif) seperti: Pencabulan tentera Soviet oleh Afghanistan. Pencabulan itulah yang dilakukan oleh tentera Soviet terhadap Afghanistan dan bukan sebaliknya. Memang di sini ada ternyata gara-gara pengaruh unsur-unsur bahasa asing dalam bahasa Malaysia, lebih-lebih lagi apabila orang itu lebih mahir dalam bahasa asing itu dan tidak pernah belajar bahasa Malaysia secara formal (dan tidak mengenali sistem tatabahasa).4.5 KataPenggunaan kata-kata tertentu dalam pertuturan sehari-hari juga menunjukkan beberapa kesalahan. Selalu juga terdapat kata-kata yang salah digunakan seperti: Tukang Jahit Wanita (Tukang Jahit Pakaian Wanita), Kedai Makan Melayu (Kedai Makanan Melayu), mengambil ubat (memakan ubat), dan sebagainya.4.6 IntonasiIntonasi adalah suatu masalah yang sering juga berlaku. Intonasi Inggeris, Cina atau India kerap digunakan dalam ayat-ayat bahasa Malaysia. Kajian lanjut dan meluas perlu dijalankan untuk mengetahui peringkat dan had kesalahan ini.

4.7 MembosankanPengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.

4.8 Penggunaan Teknik Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa. Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk belajar tatabahasa.

Bagi pelajar-pelajar Tahap dua, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat yang melibatkan aspek tatabahasa. Hal ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2.

5.0 PenutupKesimpulannya, bidang morfo-sintaksis adalah dua unsur yang tidak boleh dipisahkan dalam aspek tatabahasa yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, aspek tatabahasa di dalam bilik darjah yang menggabungkan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting sebagai saluran kepada perkembangan bahasa Melayu. Penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar akan membentuk masyarakat yang menuturkan secara lisan dan secara bertulis mengikut pertuturan dan penulisan yang betul di samping bahasa sebagai satu alat untuk perpaduan rakyat dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya. Banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfologi dan proses-prosesnya yang mencakupi empat disiplin, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih berkesan dan cekap, disiplin morfologi ini merupakan tunjang utama dalam Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Tanpa pengetahuan tentang morfologi, sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar berkaitan dengan hal morfologi dan sintaksis.

Refleksi

Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman tentang subjek morfologi. Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari dan dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini kami perlu memahami konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar samata-mata. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan menguasai bidang sintaksis ini, latihan ialah perkara yang paling penting perlu dilakukan. Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan konsep pembentukan kata serta proses pembentukan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang belum saya kuasai sebelum ini. Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Pada masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari. Oleh hal yang demikian, sebagai guru bahasa Melayu kelak, saya sangat menyesal atas kesilapan ini. Saya akan berusaha untuk sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan penguasaan saya dalam bidang tatabahasa kerana sangat memalukan jika seorang bakal guru bahasa tidak mahir tentang bahasa khususnya berkaitan morfologi.Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru bahasa. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas. Saya mulai sedar masih banyak kelemahan diri saya dalam bidang morfologi. Pada masa akan datang, saya akan mendapatkan bimbingan yang lebih daripada pensyarah Pengajian Melayu terutamanya dalam bidang tatabahasa Melayu. Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang tatabahasa dapat dikukuhkan. Saya akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

Bibliografi

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim HJ. Musa dan Abdul Hamid Mohamad. ( 2004) Tatabahasa Dewan. Edisi Terbaru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. ( 1993 ). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Sulaiman Masri , Ahmad Khair Mohd Nor . ( 2006 ). Tatabahasa Melayu : MesraPengguna edisi baharu. Selangor Darul Ehsan.

Prof. Abdullah Hassan . ( 2002 ). Tatabahasa bahasa Melayu, ( morfologi danSintaksis ) untuk guru dan pelajar . Kuala Lumpur.

51