pen gen alan

58
Pengenalan 1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. 2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. 3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan 1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. Teknik Melukis 1. Teknik garisan, 2. Teknik garisan pangkah, 3. Teknik titik, 4. Teknik lorekan dan 5. Teknik campuran.

Upload: redzwan-kamarudin

Post on 27-Jun-2015

334 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gen Alan

Pengenalan

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

Teknik Melukis

1. Teknik garisan, 2. Teknik garisan pangkah, 3. Teknik titik, 4. Teknik lorekan dan 5. Teknik campuran.

Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat. 2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

Page 3: Pen Gen Alan

Contoh lukisan pensel

2. Arang1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. 2. Media yang tertua sekali. 3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. 4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

arang yang digunakan untuk melukis

Page 5: Pen Gen Alan

Hasil karya daripada media arang

Hasil karya lukisan media arang

3. Media Pen dan ink1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Page 7: Pen Gen Alan

lukisan media pen

Lukisan pen menggunakan teknik titik

4. Media Pastel1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Page 9: Pen Gen Alan

Lukisan media pastel

Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis. 2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan. 3. Memilih objek untuk dilukis.4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan. 5. Membuat Lakaran objek. 6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. 7. Tetingkap FokusMerupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di luar studio.

Pengetahuan Asas

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.

2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.

Page 12: Pen Gen Alan

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.

2. Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

Page 13: Pen Gen Alan

4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap. Perkemaskan kesan jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.

TEKNIK CAT AIR

Page 14: Pen Gen Alan

catan teknik basah atas basah

BASAH ATAS BASAH

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu

Page 15: Pen Gen Alan

dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

Catan teknik kering atas kering

KERING ATAS KERING

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

Catan - Bahan

Page 16: Pen Gen Alan

Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.3. Bahantara: turpentin.4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan

Page 17: Pen Gen Alan

Cat Air 1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.2. Pengilat: gam arab.3. Bahantara: air4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Page 18: Pen Gen Alan

Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.2. Ciri-ciri: bersifat legap.3. Bahantara: air.4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

Page 19: Pen Gen Alan

Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk2. Pengilat: kuningg telur3. Bahantara: air.4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

Catan - Bahan

Page 20: Pen Gen Alan

Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.3. Bahantara: turpentin.4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan

Page 21: Pen Gen Alan

Cat Air 1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.2. Pengilat: gam arab.3. Bahantara: air4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Page 22: Pen Gen Alan

Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.2. Ciri-ciri: bersifat legap.3. Bahantara: air.4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

Page 23: Pen Gen Alan

Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk2. Pengilat: kuningg telur3. Bahantara: air.4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

Catan Cat Air

Page 24: Pen Gen Alan

Alatan dan Bahan

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub 2. Pengilat: gam arab.3. Bahantara: air4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah

Page 27: Pen Gen Alan

Gam arab

Kotak Alatan Cat Air, bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan  cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas. Kotak seperti ini juga

boleh dibuat sendiri.

Proses Catan Cat Air

1. Penyediaan Kertas Cat AirRegangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan

Page 28: Pen Gen Alan

Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi

3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)

5. Kemasan dan PersembahanCatan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

Contoh-contoh Catan Cat Air

Page 31: Pen Gen Alan

Ruang dan Perspektif

1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara

a. Perspektif 1 titik lenyapb. Perspektif 2 titik lenyapc. Perspektif 3 titik lenyap

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap

Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.

Page 33: Pen Gen Alan

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

sekuji (digunakan untuk mencetak)

Page 34: Pen Gen Alan

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-1. Skrin2. Dye fabrik atau pewarna3. Sekuji4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)5. Kain atau kertas untuk cetakan6. Kertas (untuk melukis imej)7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)8. Pita pelekat9.Stepler gun

Proses

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang

Page 35: Pen Gen Alan

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

Page 36: Pen Gen Alan

Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas

tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

Page 37: Pen Gen Alan

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

 Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali

kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang telah siap

Page 38: Pen Gen Alan

Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa warna,

anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza.

Ukiran Kayu

PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

Page 39: Pen Gen Alan

Sejarah perkembangan Ukiran kayu

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Page 40: Pen Gen Alan

Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

BENTUK-BENTUK UKIRAN

a. Ukiran Tebuk TembusUkiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Page 41: Pen Gen Alan

b. Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Page 42: Pen Gen Alan

c. Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

Page 44: Pen Gen Alan

dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

d. Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

Page 45: Pen Gen Alan

TOKOH-TOKOH UKIRAN

1.Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

2. Tuan Haji Wan Su bin Othman

Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

Tembikar - Teknik Pembuatan Labu Sayong

Page 47: Pen Gen Alan

penepek

1. Penepek

Sebatang kayu diguanakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

sudip

2. Sudip

Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

pengukir

3. Pengukir

Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.

Page 48: Pen Gen Alan

batu luru4. Batu Luru / Licin

Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

Pinggan alas

5. Pinggan Ayan / Piring Capah

Berfungsi sebagai roda pemutar.

Proses Pembuatan Labu Sayong

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai

Page 49: Pen Gen Alan

Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran

1. Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk tanah liat

Membentuk tanah liat

Page 50: Pen Gen Alan

2. Membentuk

Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.

Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu

Page 51: Pen Gen Alan

Ragam hias menggunakan pelarik3. Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

Labu yang disalai

pembakaran tembikar

labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut

4. Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Page 52: Pen Gen Alan

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Labu yang telah siap

labu yang telah siap