pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Upload: azran-alias

Post on 18-Jul-2015

1.525 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL Menurut Woolfolk (200:437), pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri.

PELAN LANTAI Seseorang guru perlu menyediakan pelan lantai dan memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin. Guru perlu mengambil kira: a) b) c) d) e) Keluasan bilik darjah Susun atur perabot Peralatan lain Tahap pelajar Gaya pengajaran.

KEBERSIHAN, PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN Kebersihan merupakan faktor utama yang menjadi tarikan kepada murid untuk melalui proses pembelajaran dengan ceria, Guru yang hebat akan berusaha memupuk budaya kebersihan dalam kalangan muridnya dengan cara: a) Menyediakan jadual bertugas harian b) Selalu mengingatkan murid agar sama-sama menjaga kebersihan, c) Menganjurkan pertandingan bilik darjah terbersih.

Sistem pencahayaan haruslah sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terlalu terang atau terlalu suram. Persekitaran bilik darjah juga perlu mendapat bekalan udara yang bersih dan segar. Tingkap-tingkap yang tidak mempunyai penyaman udara hendaklah dibuka bagi memastikan udara luar dapat memasuki bilik darjah. Keadaan ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan memberi keselesaan kepada pelajar.

Kedudukan murid dapat dilihat oleh guru. (semua pelajar dalam perhatian guru, mudah untuk guru menolong)

Susunan kerusi mejaSesuai dengan disiplin murid Susunan kerusi mudah diubah dan disusun mengikut aktiviti pengajaran.

SUSUNAN PERABOT DAN PERALATANSesuai dengan suasana dan aktiviti pengajaran. Perabot tidak menyempit ruang. Ruang menyimpan barang memudahkan murid menyimpan barang-barang peribadi mereka.

Sudut-sudut bacaan berdekatan dengan rak dan almari yang menyimpan buku.

HIASAN BILIK DARJAH Murid diberi kebebasan untuk menghias bilik darjah.Antara kebebasan yang boleh diberikan:

Jadual bertugas

Mengecat kelas

Menghias dinding

Ruang memapar artifak2 budaya dan sejarah

Menghias kelas, dengan pasu bunga, langsir, alas meja guru dan murid.

SUDUT DAN RUANG BACAANMarrow dan Weinstein (1982) Guru perlu menyediakan pusat literasi di dalam bilim darjah bagi membolehkan murid mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti membaca

Menampal nota spt formula, gambar, rajah, rumus-rumus

Gantung kad bacaan spt perkataan, kad pelbagai warna dan bentuk

Peroustakaan mini. Menjadi tempat tumpua n semetara menunggu guru

Tindakan mendorong budaya membaca

RUANG DAN SUDUT MULTIMEDIASESUAI DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA.

MENGUTAMAKAN PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS

KEPELBAGAIAN BAHAN

PEMBELAJARAN LEBIH BERKESAN DAN BERMAKNA KEPADA MURID

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid pelbagai etnik dalam satu kumpulan ( bertukar idea, pandangan dan pendapat).

Beri contoh negara yang musnah akibat persengketaan etnik

Layan kerenah murid dengan adilTindakan guru dalam memastikan murid2 dari kelompok berbeza menerima pembelajaran sama rata

Lawatan ke destinasi menyingkap sejarah budaya

Nilai menghargai budaya etnik lain melalui aktiviti pembelajaran.

PEMUPUKAN NILAI DAN BUDAYA MALAYSIA

MENUMPAH TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN AGAMA Menghormati lagu Negaraku Gambar raja-raja dalam bilik darjah.

KELURUHAN PERLEMBAGAAN NEGARA Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Bahasa etnik-etnik lain digalakkan

KEDAULATAN UNDANGUNDANG Diasuh menjaga undang2 dan peraturan, dari sekecil-kecil peraturan Menjaga kebersihan bilik darjah dan menjauhi vandalisme.

MENGAMALKAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Bahasa santun Perlakuan yang tertib dan beradab

Hubungan mesra.

PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA Guru mempelbagaikana sumber yang berlatarbelakangkan budaya dan amalan yang berbeza-beza. Antara tindakan yang boleh guru jalankan adalah: Memilih sumber pebelajaran yang mengandungi ciri2 budaya sesuatu etnik. Cth: makanan, istiadat perkahwinan, pantang larang.

Menggalakkan murid mencarai cerita-cerita rakyat, lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik seperti nyanyian lagu hari raya. Bahan dan sumber pembelajaran menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan. Seperti lagu, cerita, video

SUSUN ATUR BILIK DARJAH Melibatkan kerusi meja tempat duduk murid. Murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Murid yang mudah hilang perhatian dan lambat memahami isi pelajaran diletakkan di hadapan kelas.

KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan pelbagai media. Merangsang pembelajaran koperatif. Penggunaan internet dan komputer menawarkan pembelajaran interaktif.

PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PRESTASI MURID Penilaian berbentuk holistik boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara holistik. Murid dinilai dengan cara memberi kebebasan sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran. Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Dalam hal ini guru perlu menyediakan rubrik pemarkahan.

SOSIOLINGUISTIK Merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciriciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatau bahasa yang digunakan. Faktor geografi memisahkan satu kelompok dengan kelompok yang lain menjadikan bahasa itu memiliki ciri bahasa yang tersendiri dan faktor budaya yang saling berkait rapat dengan variasi bahasa yang wujud dalam sesuatu masyarakat.

PERANAN BAHASA DALAM MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA. Bahasa berperanan sebagai alat komunikasi, menyampaikan pengajaran, membimbing dan menasihati. Manusia mengungkapkan kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan idea, fakta dan pperistiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman dan pandangan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya.

KEPENTINGAN PENGGUNAAN SATU BAHASA PENGANTAR. Dalam laporan Cheesman (1946) mendapati bahawa dalam sebuah kelas sekolah inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Laporan Barnes: pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernakular Cina dan Tamil.

Rentetan itu, berterusan Laporan Fenn Wuu 1951 dan seterusnya pada tahun 1956 Laporan Razak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul laporan Razak di mana rancanga pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia.

Seterusnya dalam Laporan Rahman Talib 1960; bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid.

BAHASA IBUNDA Akta pelajaran 1961 digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 yang masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi turut memperluaskan skop dan mengambil kira kepentingan etnik lain. Seksyen2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid.

PERANAN GURU DALAM ASPEK SOSIOLINGUISTIK Membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya mengikut etnik. Mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya. Kokurikulum merupakan saluran terbaik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif. Menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik lain sebagai sumber pengajaran. Seperti: Pengajaran bahasa Melayu: cerita rakyat etnik Iban. Pengajaran Pendidikan Muzik: lagu etnik Kadazan-Dusun. Pendidikan Jasmani: tarian India.

PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.

Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.

Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu. Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan Nilai Kendiri (SelfEsteem) dan perasaan hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri, inisiatif persefahaman antara mereka perlu diperkembang bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan.

Bibliografi joedavian.files.wordpress.com/.../pembinaanperse... http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsrsm3-modul-edu-3106.html http://kheru2006.i8.com/EDU3106/5_Pembin aan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htm