pelan bilik darjah mesra budaya word 2003

5
Meja guru PELAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA Kriteria Bilik Darjah Mesra Budaya Kriteria Bilik Darjah Mesra Budaya Kriteria- kriteria fizikal untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, Papan Carta Pengurusan Carta Sudu t hasi l Sud ut Rak buk Sudut Sudut Satu Sudut aktiv Sudut mengas ah dan Meja guru

Upload: zaidi-zain-ibrahim

Post on 26-Nov-2015

113 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PELAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Kriteria Bilik Darjah Mesra Budaya

Kriteria Bilik Darjah Mesra BudayaKriteria-kriteria fizikal untuk mewujudkan persekitaran bilik darjahyang mesra budaya,

1) Aspek Fizikal:-

Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge. Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. Sudut hasil karya murid dapat mempamerkan kraf tangan atau gambaran tradisional yang dihasilkan oleh murid. Contohnya corak kolam yang selalunya dilukis oleh masyarakat India,anyaman tikar kertas oleh masyarakat Melayu dan juga Tang Long oleh masyarakat Cina. Dengan ini fahaman murid terhadap budaya seni masyarakat Malaysia lebih terbuka di samping mempelajarinya.

Carta Pengurusan kelas

Papan putih

Carta

Rak buku

murid

Sudut

hasil

kerja

murid

Meja guru

Meja guru

Sudut

aktiviti

Sudut ICTL

Sudut

mengasah

dan tong

sampah

Sudut Satu Malaysia

Sudut bacaan