persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah serta pencapaia

23
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH SERTA PENCAPAIAN AKADEMIK: PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN PROGRAM MATRIKULASI Oleh Ahmad bin Ishak Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persekitaran pembelajaran (persepsi sebenar dan yang diingini) pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Hubungan antara jenis persekitaran pembelajaran dengan pencapaian Purata NilaiGred Kumulatif (PNGK) turut dikaji. Sampel terdiri dari 192 populasi pelajar jurusan Perakaunan dengan jumlah seramai 187 orang pelajar yang dikaji. Kaedah tinjauan digunakan dengan mentadbirkan soalselidik ” What Is Happening In The Classroom” (WIHIC) (Frazer et al. ,1996) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Soal selidik ini terbahagi kepada 7 elemen iaitu 8 item untuk setiap elemen. Setiap elemen digunakan untuk mengenal pasti setiap elemen persekitaran pembelajaran (keakraban pelajar, sokongan guru, penglibatan, kajian, orentasi tugasan,kerjasama dan kesaksamaan). Analisis data mendapati, ketujuh-tujuh elemen tersebut mempunyai kebolehpercayaan alpha yang tinggi ( 0.7552 hingga 0.9345) setelah 2 item disingkir dari instrumen yang asal. Ketujuh-tujuh elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini diukur oleh instrumen WIHIC didapati mempunyai perbezaan yang signifikan di antara satu sama lain. Beberapa elemen persekitaran pembelajaran menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina, kaum dan latar belakang persekolahan pelajar jurusan Perakaunan. Dapatan juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan bagi semua elemen persekitaran pembelajaran terhadap pencapaian kecuali elemen sokongan guru dan penglibatan. Elemen tersebut mempunyai hubungan yang negatif dan lemah terhadap pencapaian. 1.0 PENDAHULUAN Persekitaran pembelajaran secara amnya bergantung kepada faktor-faktor yang di bawah kawalan guru. Terdapat pelbagai faktor yang terlibat dalam persekitaran bilik darjah, maka selalu diperkatakan tentang kejayaan dan kegagalan pelajar dilihat sebagai faktor nasib. Sehubungan itu adalah menjadi satu keperluan untuk menjalankan kajian yang boleh digunakan sebagai asas untuk membukti dan mengenal pasti cara-cara tertentu untuk guru-guru mengendali kelas-kelas serta menyampaikan pengajaran mereka bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan maklumat tentang persekitaran pembelajaran terbukti amat berguna. Pelbagai bentuk kajian tentang persekitaran pembelajaran telah dijalankan oleh ramai penyelidik dipelbagai negara (Fraser,1986,1994,1998a,1998b; Fraser & Walberg,1991, Seopa et al., 2003, Cakiroglu et al,2003, Aldridge, et al.,2003, Margianti, Fraser, & Aldridge, 2001, Fraser & Chionh, 2000, Ronald D. Rita, 2005). 1

Upload: tan-siok-tin

Post on 31-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH SERTA PENCAPAIAN AKADEMIK: PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN

PROGRAM MATRIKULASI

OlehAhmad bin Ishak

Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persekitaran pembelajaran (persepsi sebenar dan yang diingini) pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Hubungan antara jenis persekitaran pembelajaran dengan pencapaian Purata NilaiGred Kumulatif (PNGK) turut dikaji. Sampel terdiri dari 192 populasi pelajar jurusan Perakaunan dengan jumlah seramai 187 orang pelajar yang dikaji. Kaedah tinjauan digunakan dengan mentadbirkan soalselidik ” What Is Happening In The Classroom” (WIHIC) (Frazer et al. ,1996) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Soal selidik ini terbahagi kepada 7 elemen iaitu 8 item untuk setiap elemen. Setiap elemen digunakan untuk mengenal pasti setiap elemen persekitaran pembelajaran (keakraban pelajar, sokongan guru, penglibatan, kajian, orentasi tugasan,kerjasama dan kesaksamaan). Analisis data mendapati, ketujuh-tujuh elemen tersebut mempunyai kebolehpercayaan alpha yang tinggi (0.7552 hingga 0.9345) setelah 2 item disingkir dari instrumen yang asal. Ketujuh-tujuh elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini diukur oleh instrumen WIHIC didapati mempunyai perbezaan yang signifikan di antara satu sama lain. Beberapa elemen persekitaran pembelajaran menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina, kaum dan latar belakang persekolahan pelajar jurusan Perakaunan. Dapatan juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan bagi semua elemen persekitaran pembelajaran terhadap pencapaian kecuali elemen sokongan guru dan penglibatan. Elemen tersebut mempunyai hubungan yang negatif dan lemah terhadap pencapaian.

1.0 PENDAHULUAN

Persekitaran pembelajaran secara amnya bergantung kepada faktor-faktor yang di bawah kawalan guru. Terdapat pelbagai faktor yang terlibat dalam persekitaran bilik darjah, maka selalu diperkatakan tentang kejayaan dan kegagalan pelajar dilihat sebagai faktor nasib. Sehubungan itu adalah menjadi satu keperluan untuk menjalankan kajian yang boleh digunakan sebagai asas untuk membukti dan mengenal pasti cara-cara tertentu untuk guru-guru mengendali kelas-kelas serta menyampaikan pengajaran mereka bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan maklumat tentang persekitaran pembelajaran terbukti amat berguna. Pelbagai bentuk kajian tentang persekitaran pembelajaran telah dijalankan oleh ramai penyelidik dipelbagai negara (Fraser,1986,1994,1998a,1998b; Fraser & Walberg,1991, Seopa et al., 2003, Cakiroglu et al,2003, Aldridge, et al.,2003, Margianti, Fraser, & Aldridge, 2001, Fraser & Chionh, 2000, Ronald D. Rita, 2005).

1

Page 2: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Bandura (1977) dalam teori pembelajaran sosial juga memberi penekanan terhadap interaksi rakan sebaya dalam menentukan hala tuju pembentukan tingkahlaku. Melalui pembelajaran secara pemerhatian, rakan sebaya merupakan seolah-olah guru, role model dan norm setter (Rubin & Daniel-Beirness, 1983).

Berdasarkan teori dan kajian di atas menunjukkan kemungkinan wujudnya interaksi di dalam bilik darjah yang mana akan menghasilkan satu bentuk persekitaran sosial yang seterusnya mempengaruhi tingkahlaku. Seterusnya kewujudan persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah ini dipercayai akan mempengaruhi pencapaian dari segi akademik dan afektif pelajar.

1.1 Pernyataan MasalahTeori yang dikemukakan oleh Bandura (1977) menjelaskan bahawa wujud interaksi di antara manusia dengan manusia serta persekitaran mereka. Fraser (1989) dan Kupermine et al. (1997) dalam kajian mereka membuktikan wujud pengaruh persekitaran sekolah terhadap pencapaian akademik dan afektif pelajar.

Faktor demografi pelajar yang berbeza dari segi jantina, kaum, latar belakang persekolahan dipercayai mewujudkan pelbagai variasi persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya di Kolej Matrikulasi. Pelajar lelaki mungkin berbeza dengan pelajar perempuan apabila berinteraksi dengan persekitaran yang wujud di kolej-kolej matrikulasi. Kemasukkan pelajar Bukan Bumiputra ke dalam program matrikulasi mungkin mewujudkan kejutan budaya di antara kedua-dua pihak samada pelajar Bumiputra mahupun pelajar Bukan Bumiputra.

Kemudahan infrastruktur yang lebih moden dan canggih di kolej juga mungkin mewujud persepsi yang berbeza di antara pelajar yang mempunyai latar belakang persekolahan yang berbeza. Ini kerana wujud budaya yang berbeza di antara pelajar yang berasal dari sekolah yang berasrama penuh, asrama harian dan sekolah harian. Persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah mungkin akan di lihat secara yang berbeza dari persepsi pelajar-pelajar ini.

Persoalannya apakah elemen-elemen yang mempengaruhi persekitaran pembelajaran tersebut? Adakah elemen-elemen tersebut dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi pencapaian akademik pelajar? Persoalan ini akan cuba dileraikan melalui kajian ini.

1.2 Objektif KajianBerdasarkan pernyataan masalah, 3 objektif kajian ditetapkan.5.1 Untuk menentukan pangkat dan jurang di antara elemen persekitaran pembelajaran yang

sebenar berlaku dan yang diinginkan oleh pelajar Perakaunan.5.2 Menentukan samada wujud perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi pelajar

dengan persekitaran dalam bilik darjah.5.3 Menentukan samada wujud hubungan antara persekitaran dalam bilik darjah dengan

pencapaian akademik pelajar perakaunan.

1.3 Soalan KajianPersoalan kajian dicetuskan selari dengan tujuan kajian. Persoalan kajian seperti berikut:5.1 Apakah pangkat dan jurang di antara elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku

dengan yang diinginkan oleh pelajar di dalam bilik darjah?5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan persekitaran pembelajaran

dalam bilik darjah?5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kaum dengan persekitaran pembelajaran

dalam bilik darjah?5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara latar belakang persekolahan dengan

persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah?5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan

persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah?

1.4 Hipotesis KajianDaripada objektif kajian dan soalan kajian maka dapat dibentuk hipotesis=hipotesis seperti berikut:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kaum dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

2

Page 3: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara latar belakang persekolahan dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah. Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik terhadap purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku di dalam bilik darjah.Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik terhadap purata skor persekitaran pembelajaran yang diingini di dalam bilik darjah.

1.5 Kerangka Kajian Kajian ini dijalankan melalui pengumpulan data secara kuantitatif. Ianya dilaksanakan melalui kaji selidik menggunakan instrumen WIHIC yang dibangunkan oleh Frazer et al. (1996) dan telah diubahsuai oleh Ronald D. Rita (2005).. Dalam usaha untuk mencapai objektif kajian penyelidik akan menyiasat hubungan antara persekitaran pembelajaran sebenar dan yang disukai oleh pelajar Perakaunan menggunakan instumen Apa Yang Berlaku Di Dalam Kelas yang diterjemah dari Bahasa Inggeris ‘What Is Happening In The Classroom’ (WIHIC) .Seterusnya penyelidik menganalisis dan membuat perbandingan antara persepsi apa yang sebenarnya berlaku berbanding apa yang diingini oleh pelajar Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak, bagi Sesi 2006/2007. Pelajar akan memberi maklumbalas melalui 5 pilihan jawapan dalam Skala Likert. Ujian statistik dijalankan untuk melihat perbezaan min bagi setiap faktor demografi .

Hubungan antara antara elemen-elemen persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah yang terdapat dalam WIHIC terhadap pencapaian akademik pelajar diuji menggunakan ujian korelasi untuk menunjukkan hubungan pelbagai variasi antara setiap tujuh elemen dalam skel WIHIC dengan pencapaian akademik.

1.6 Kepentingan KajianPelajar jurusan Perakaunan program Matrikulasi adalah di kalangan pelajar cemerlang yang terpilih daripada sekolah-sekolah harian, sekolah berasrama penuh (SBP) dan Kolej-kolej Mara. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu pelajar program matrikulasi juga terdiri daripada pelajar bumiputera dan bukan bumiputera.

Sementara pensyarah yang mengajar pula juga mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Pensyarah ini terbahagi kepada pensyarah yang berpengalaman mengajar di sekolah dan pensyarah baru yang tiada pengalaman mengajar di sekolah. Sehubungan itu ini sudah tentu akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berbeza apabila pelajar belajar di kelas yang berbeza dan diajar oleh pensyarah yang berbeza.

Persoalannya adakah pelajar akan lebih cemerlang dalam PSPM jika mereka mempunyai persepsi bahawa persekitaran pembelajaran adalah baik. Kajian ini dirasakan perlu kerana setakat ini, belum ada kajian di kolej-kolej Matrikulasi negara ini yang mengkaji persekitaran pembelajaran menggunakan instrumen WIHIC.

1.7 Batasan KajianKajian ini dijalankan di sebuah Kolej Matrikulasi di Gopeng, Perak. Terdapat 192 pelajar Jurusan Perakauan diambil sebagai populasi. Tumpuan kajian ini adalah terbatas kepada persekitaran pembelajaran yang menggunakan instrumen WIHIC sahaja. Tumpuan tidak diberikan kepada faktor persekitaran pembelajaran yang lain. Penyelidik dalam kajian ini menggunakan data Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester pertama sesi 2006/2007. Dapatan kajian ini hanya terbatas di Kolej Matrikulasi Perak sahaja.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Kajian yang biasa dilaksanakan oleh para pengkaji ialah hubungan antara atitud pelajar dengan persekitaran pembelajaran di bilik darjah. Henderson et al. (2000) dalam kajiannya telah menggunakan instrumen Kajiselidik Terhadap Interaksi Guru (Questionnaire on Teacher Interaction) mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan secara statistik antara antara atitud pelajar dengan persepsi persekitaran pembelajaran di bilik darjah terhadap 489 pelajar di dalam 28 kelas Biologi di Tasmania, Australia. Beliau juga menggunakan instrumen Science Laborratory Environment Inventory (SLEI) dalam kajiannya. Namun begitu beliau mendapati terdapat hubungan yang lemah antara persekitaran pembelajaran di bilik darjah terhadap pencapaian pelajar menggunakan SLEI.

Sementara itu dalam kajian yang lain, Henderson et al. (1998) telah menggunakan instrumen SLEI yang telah diubahsuai untuk mengukur persepsi persekitaran pembelajaran kursus sains pelajar

3

Page 4: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

sekolah menengah terhadap atitud di Tasmania. Sampel yang digunakan adalah terdiri daripada 100 pelajar gred sebelas dan dua belas dalam tujuh kelas. Walaupun saiz sampel adalah kecil , dapatan beliau menunjukkan korelasi yang sangat kuat bagi elemen persekitaran pembelajaran Keakraban (Cohesion), Penglibatan (Involvement) dan Orientasi Tugasan (Task Orientation) terhadap atitud pelajar dalam persekitaran kelas-kelas sains (Henderson et al.1998).

Kajian ini adalah merupakan replikasi dari kajian yang telah dilaksanakan oleh Ronald D. Rita (2005) yang mengkaji persepsi terhadap persekitaran pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian kognitif terhadap pelajar Biologi. Kajian beliau merujuk kepada pelajar istimewa (cacat) dan pelajar bukan istimewa. Namun begitu kajian ini melibatkan pelajar Kursus Perakaunan bukan pelajar sains seperti kebanyakan kajian sebelum ini. Instrumen WIHIC untuk kajian ini juga diterjemah daripada instrumen yang digunakan oleh Rita (2005).

What Is Happening In This Classroom (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser et al. (1996) merupakan instrumen yang telah diperakui oleh ramai penyelidik dalam kajian mereka terhadap persekitaran pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Dalam versi awal WIHIC mengandungi sembilan elemen walau bagaimanapun versi terkini mengandungi cuma tujuh elemen dan terdiri daripada 56 item soalan.

Cakiroglu et al. (2003) dalam kajian mereka terhadap persekitaran pembelajaran telah menggunakan 399 responden yang terdiri daripada pelajar gred sembilan dan sepuluh di sekolah menengah untuk subjek Biologi. Mereka menggunakan WIHIC sebagai instrumen dalam kajian tersebut. Hasil dapatan dalam kajian tersebut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara lima elemen WIHIC iaitu Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian/Penyiasatan, Orientasi Tugasan, dan Kesaksamaan dengan pencapaian GPA pelajar.

Margianti et al. (2001) dalam kajian melibatkan 2498 pelajar sebagai responden di sebuah universiti swasta di Indonesia telah menggunakan instrumen WIHIC yang telah diubahsuai dikenali Test Of Science Related Attitudes (TOSRA;Fraser,1981) yang digunakan untuk kajian terhadap pelajar kelas komputer di pusat pengajian tinggi. Untuk tujuan kajian ini, WIHIC telah diterjemahkan kepada bahasa Indonesia bagi tujuan menjalankan solselidik. Dapatan yang diperolehi dari kajian tersebut menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara persekitaran pembelajaran dengan skor akademik pelajar di akhir pengajian mereka.

Kajian di Singapura (Chionh & Fraser, 1998), Brunei (Riah & Fraser, 1998), Taiwan (Aldridge & Fraser, 1999, 2000) dan Kanada (Zandeliet & Fraser, 1998) mendapati wujud hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian bagi hampir semua elemen persekitaran pembelajaran WIHIC.

Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap persekitaran pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Owen & Straton (1980) melaporkan bahawa pelajar perempuan lebih suka bekerjasama berbanding pelajar lelaki. Dapatan beliau juga menunjukkan pelajar lelaki suka bersaing dan bersifat keindividuan berbanding pelajar perempuan. Hattie & Fraser (1986) mendapati pelajar lelaki suka keadaan atau suasana pergeseran (friction), persaingan dan perbezaan berbanding pelajar perempuan. Sementara pelajar perempuan pula didapati suka guru yang berstruktur, berpesonaliti dan mengambil bahagian (participation) berbanding pelajar lelaki.

3.0 METODOLOGI

Bahagian ini menerangkan secara terperinci merangkumi rekabentuk kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian, persampelan dan analisis data. Metodologi kajian memberi gambaran bagaimana kajian dijalankan. Teknik pengumpulan data dan analisis yang sesuai diperlukan bagi menghasilkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai.

3.1 Reka Bentuk KajianKajian ini bersifat kuantitatif. Kaedah tinjauan (survey) dijalankan dengan menggunakan soal selidik menggunakan ‘What Is Happening In this Class (WIHIC)’, yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

4

Page 5: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak. Responden kajian adalah terdiri daripada 192 orang pelajar jurusan Perakaunan. Carta alir (rajah 3.1) menunjukkan proses kajian bagi mencapai objektif kajian.

Rajah 3.1 : Carta alir bagi proses menjalankan kajian untuk mendapatkan data.

Berdasarkan carta alir di atas proses kajian dimulai dengan pembinaan instrumen melalui penterjemahan ke Bahasa Melayu dari instrumen asal dalam Bahasa Inggeris yang diperolehi daripada pengkaji terdahulu. Seterusnya instrumen tersebut diuji kebolehpercayaannya melalui kajian rintis di mana ujian Cronbach Alpha dilaksanakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen tersebut. Jika nilai koefisien Cronbach Alpha melebihi 0.5 maka instrumen tersebut dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan instrumen tersebut boleh diterima pakai. Sebaliknya jika nilai Cronbach Alpha kurang dari 0.5, maka instrumen tersebut perlu diperbaiki. Ini bermakna ada kemungkinan item soalan dalam instrumen tersebut tidak sesuai dan perlu digugur atau diperbaiki. Seterusnya proses yang terdahulu perlu diulang.

Kajian sebenar akan dilaksanakan dengan mentadbir soalselidik kepada responden serta mengumpul data dari respon yang diperolehi. Selain itu terdapat data yang diperolehi dari pengkalan data dalam Matrix Information System (MIS). Data yang dimuat turun dari pengkalan data ini dicantum dan digabungkan dengan data yang dikumpulkan melalui soalselidik di dalam perisian Microsoft Excel.

3.2 Sampel KajianSampel di ambil dari semua pelajar jurusan Perakaunan sesi 2006/2007 yang terdiri daripada 192 orang. Kajian dilakukan secara ‘ certified sampling’ di mana semua pelajar dalam jurusan tersebut di ambil sebagai responden.

3.3 Instrumen KajianDalam kajian ini penyelidik menggunakan instrumen WIHIC yang diterjemahkan dari instrumen yang dibangunkan oleh Frazer et al. (1996) dan telah diubahsuai oleh Ronald D. Rita (2005). Untuk menterjemahkan instrumen tersebut penyelidik mendapat khidmat seorang pensyarah Bahasa Inggeris dari Unit Bahasa Inggeris Kolej Matrikulasi Perak.

5

Pembinaan instrumen

Kajian rintisCronbach Alpha

> 0.5

Cronbach Alpha <

0.5

Baiki instrumen

Kajian sebenar

Mentadbir soal selidik Mendapatkan keputusan PSPM

Pelajar jurusan Perakaunan

Hasil : Mendapat data dari soal selidik

Hasil : Mendapat data bagi pencapaian pelajar daripada MIS

Page 6: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Selepas diteliti, khidmat seorang pensyarah Perakaunan digunakan untuk memberi maklum balas tentang kejelasan maksud instrumen tersebut apabila dibacakan dari versi sebenar dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu instrumen yang telah diterjemahkan itu ditadbirkan kepada 30 orang pelajar Sains Hayat untuk memastikan ianya difahami oleh pelajar.

Instrumen soal selidik ini mengandungi 7 skel yang akan digunakan untuk mengukur persepsi responden terhadap persekitaran pembelajaran di bilik darjah. Tujuh skel tersebut adalah terdiri daripada Keakraban Pelajar, Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian, Orentasi Tugasan, kerjasama dan Kesaksamaan.

Seterusnya bagi kedua-dua aspek di atas responden akan memberi respon berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan dalam instrumen soal selidik seperti berikut:1 - hampir tidak pernah, 2 - jarang, 3 - kadang-kadang, 4 - kerap dan 5 - sangat kerap.

Borang soal selidik ini meliputi dua bahagian iaitu :Bahagian I : Mengandungi maklumat peribadi pelajarBahagian II : Mengandungi pernyataan tentang perkara-perkara yang berlaku dalam bilik darjah

(WIHIC).

3.4 Kajian Rintis Kajian ini juga telah menjalankan kajian rintis untuk menyokong kebolehpercayaan instrumen. Satu kajian rintis ke atas 30 orang pelajar Jurusan Biologi yang diambil secara rawak dari 2 buah kelas tutoran di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.

Sampel dalam kajian ini diberikan satu set soalan yang mengandungi 56 item digunakan untuk mengukur persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah yang terdiri daripada 7 skel WIHIC (Keakraban Pelajar, Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian, Orentasi Tugasan, dan Kesaksamaan/Ekuiti).

Setiap satu item soalan responden perlu memberi maklumbalas terhadap dua komponen (yang sebenar berlaku dan yang diingini).

3.5 Kebolehpercayaan InstrumenUjian statistik yang digunakan untuk menguji kebolehpercayaan soalan-soalan tersebut ialah Ujian Koefisien Kebolehpercayaan Cronbach Alpha.

Dapatan menunjukkan nilai Alpha secara keseluruhan bagi 56 item bagi apa yang sebenar berlaku dalam bilik darjah ialah 0.9515. Sementara bagi apa yang diingini pula nilai Koefisien Kebolehpercayaan Cronbach Alpha adalah 0.9487. Ini menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Cronbach Alpha bagi setiap elemen skel WIHIC yang sebenar dan yang diingini adalah di antara 0.6305 hingga 0.9345.

Sehubungan itu didapati nilai Koefisien Kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kebanyakan elemen WIHIC adalah tinggi. Walau bagaimanapun bagi dua komponen dalam bahagian apa yang dingini nilai koefisiennya adalah di bawah 0.7. Ini adalah merujuk kepada skel Keakraban (0.6993) dan Sokongan Guru (0.6305).

Penyelidik mengenal pasti 2 item yang sesuai disingkirkan untuk menambah nilai pekali kebolehpercayaan bagi instrumen. Item terbabit ialah item 7 dalam elemen skel Keakraban Pelajar yang berbunyi ”Rakan sekelas menyukai saya” . Penyingkiran item ini telah meningkatkan nilai Alpha Keakraban Pelajar dari 0.6993 kepada 0.7552. Sementara itu penyingkiran item 15 yang berbunyi ”Guru mundar-mandir di dalam kelas semasa berbincang dengan saya” dalam elemen skel Sokongan Guru menambah nilai Alpha dari 0.6305 kepada 0.7845.

Setelah diubahsuai nilai Koefisien Kebolehpercayaan Cronbach Alpha setiap elemen telah meningkat di antara 0.7552 hingga 0.9345. Ini setanding dengan nilai Alpha yang diperolehi dalam instrumen versi Indonesia oelh Margianti et al. (2001) dalam kajian melibatkan 2498 pelajar di sebuah universiti swasta di mana bernilai di antara 0.68 hingga 0.92. Ianya juga setanding dengan nilai Alpha instrumen WIHIC yang diperolehi oleh Fraser, McRobbie & Fisher (1996) di Australia yang bernilai di antara 0.77 hingga 0.88.

3.6 Pengumpulan DataPengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Penyelidik meminta bantuan 3 orang pensyarah untuk mengedar dan mentadbir soalselidik kepada pelajar Jurusan Perakaunan. Sebelum itu penyelidik telah memberi taklimat secara terperinci tentang panduan menjawab serta tujuan soalselidik tersebut. Ini disebabkan soalselidik terpaksa dijalankan di dewan yang berasingan disebabkan faktor ruang yang terhad serta memberi keselesaan kepada pelajar. Tujuan sebenar soal selidik diterangkan dengan jelas kepada responden.

6

Page 7: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Penyelidik memberi contoh cara menjawab supaya renponden faham bagaimana hendak memberi respon kepada kedua-dua bahagian bagi setiap item soalan dalam borang soalselidik. Ini ialah untuk memastikan responden tidak keliru dan dapat menjawab secara jujur agar data yang dikumpulkan adalah data yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Responden diberi masa yang mencukupi untuk menjawab soalan. Responden yang kurang pasti tentang item soalan dalam soalselidik tersebut diberi penjelasan oleh penyelidik.

3.7 Analisis DataData yang dikumpulkan direkodkan ke dalam lembaran kerja di dalam perisian Microsoft Excel sebelum dipindahkan ke ruangan yang telah disediakan dalam lembaran SPSS 11.0. Ini adalah untuk memudahkan proses memasukkan data serta semakan data.

Maklumat yang diperolehi ialah butiran demografi responden dan tahap pilihan item-item. Kesemua maklumat ini direkodkan dan akan dikodkan agar analisis boleh dijalankan. Sebelum proses analisis dijalankan, satu proses membersihkan data dijalankan untuk memastikan data-data yang direkodkan adalah betul.

Pemperosesan dan penganalisaan data dijalankan mengikut hipotesis-hipotesis nol yang telah ditentukan dalam kajian ini menggunakan perisian SPSS 11.0. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis Paired-Samples T Test digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang melibatkan kewujudan perbezaan min bagi sepasang pembolehubah bersandar antara satu sama lain untuk satu kumpulan populasi (Mohd Sallleh, Zaidatun: 2001). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini merujuk kepada persepsi apa yang sebenar berlaku dengan apa yang diingini di dalam bilik darjah.

Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang melibatkan hubungan di kalangan pembolehubah-pembolehubah bersandar iaitu 7 elemen WIHIC (Keakraban Pelajar, Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian, Orentasi Tugasan, kerjasama dan Kesaksamaan) dengan pencapaian (PNGK) pelajar Jurusan Perakaunan. Bagi melaksanakan kajian sebelas hipotesis telah di bina berdasarkan soalan kajian ditunjukkan oleh jadual 3.6 di bawah.

Jadual 3.6 Hipotesis yang Diuji

Bil Hipotesis Nol Jenis Ujian

1

2

3

4

5

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kaum dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara latar belakang persekolahan dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik terhadap purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku di dalam bilik darjah.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik terhadap purata skor persekitaran pembelajaran yang diingini di dalam bilik darjah.

Independent Sample T Test

Independent Sample T Test

ANOVA

Korelasi

Korelasi

7

Page 8: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

4.0 KEPUTUSAN

Kajian ini telah dijalankan terhadap populasi 192 orang pelajar Jurusan Perakaunan di sebuah Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng Perak. Namun hanya 187 pelajar yang hadir memberi respon semasa soalselidik ditadbir. Kesemua dapatan telah diperolehi daripada borang soal selidik Apa Yang Berlaku Di Dalam Bilik Darjah (WIHIC). Dapatan dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan SPSS 11.0 for Window dan Microsoft Excel Spreadsheet. Responden 22 didapati tidak memberi respon yang lengkap. Oleh itu, responden tersebut telah dikeluarkan.

4.1 Profil Responden kajianTaburan responden mengikut ciri demografi yang dikaji adalah terdiri daripada jantina, kaum dan latar belakang sekolah.

4.1.1 JantinaJadual 4.1 menunjukkan komposisi responden yang terdiri daripada 186 pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak. Sebilangan besar responden adalah terdiri daripada pelajar perempuan iaitu seramai 139 orang (74.73%) berbanding pelajar lelaki 47 orang (25.27%).

Jadual 4.1 Profil Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Kekerapan Peratus %Lelaki 47 25.27%Perempuan 139 74.73%

JUMLAH 186 100%

4.1.2 KaumProfil responden mengikut kaum dapat ditunjukkan melalui Jadual 4.2. Majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar Melayu dengan bilangan seramai 133 orang (71.51%). Kaum Cina seramai 51 orang dan India 2 orang digolongkan sebagai bukan Melayu yang terdiri daripada 24.49 % daripada komposisi responden dalam Jurusan Perakaunan.

Jadual 4.2 Profil Responden Berdasarkan Kaum

Kaum Kekerapan Peratus %Melayu 133 71.51%Bukan Melayu (Cina (51), India (2)) 53 24.49%

JUMLAH 186 100%

4.1.3 Latar Belakang SekolahJadual 4.3 menunjukkan latar belakang jenis sekolah responden sebelum memasuki program matrikulasi adalah terdiri daripada empat jenis iaitu sekolah harian, sekolah asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sekolah harian (72.04%) diikuti sekolah asrama harian (22.04%). Jumlah responden yang berasal dari SBP dan MRSM adalah kecil. Masing-masing adalah terdiri daripada 4.84% dan 1.08% sahaja.

Jadual 4.3 Profil Responden Berdasarkan Latar Belakang Sekolah

Latar belakang sekolah Kekerapan Peratus %Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 9 4.84%Sekolah Asrama Harian 41 22.04%Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2 1.08%

8

Page 9: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Sekolah Harian 134 72.04%

JUMLAH 186 100%

Untuk tujuan kajian ini kedua-dua jenis sekolah ini digabungkan dalam kategori sekolah berasrama penuh. Ini bermakna latar belakang sekolah akan dilihat dari 3 aspek seperti jadual 4.4.

Jadual 4.4 Profil Responden Berdasarkan Latar Belakang Sekolah Disatukan

Latar belakang sekolah Kekerapan Peratus %Sekolah Berasrama Penuh 11 5.92%Sekolah Asrama Harian 41 22.04%

Sekolah Harian 134 72.04%JUMLAH 186 100%

4.1.4 Pencapaian Akademik Mengikut DemografiPencapaian dalam dalam kajian ini dibahagikan kepada 5 kategori mengikut Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jadual 4.5 Tahap Pencapaian Pelajar Mengikut PNGK

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Tahap

3.75 – 4.00 CEMERLANG

3.00 – 3.74 BAIK

2.00 – 2.99 SEDERHANA

0.00 – 1.49 LEMAH

Berdasarkan jadual 4.5 di atas PNGK menunjukkan ukuran tahap pencapaian pelajar. Ianya dikira berdasarkan purata gred empat mata pelajaran yang diambil dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) iaitu Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Nilai tertinggi adalah 4.00 yang menggambarkan pencapaian yang paling cemerlang dan 0.00 bagi nilai pencapaian terendah. Pencapaian dibahagi kepada empat tahap berdasarkan nilai PNGK iaitu tahap cemerlang (3.75 hingga 4.00), Baik ( 3.00 hingga 3.74), sederhana (2.00 hingga 2.99) dan lemah (0.00 hingga 1.99).

Jadual 4.6 Keputusan Analisis Pencapaian PNGK Jurusan Perakaunan Mengikut Jantina

Lelaki Perempuan KeseluruhanTahap n % n % n %

Cemerlang 15 32.61 48 34.78 63 34.24Baik 23 50.00 58 42.03 81 44.02

Sederhana 8 17.39 32 23.19 40 21.74Lemah 0 0.00 0 0.00 0 0.00

Keseluruhan 46 100.00 138 100.00 184 100.00

9

Page 10: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Berdasarkan jadual 4.6 di atas, peratus pelajar perempuan yang cemerlang (34.78 %) melebihi pelajar lelaki (32.61%). Sementara tahap baik pelajar lelaki (50%) mengatasi pelajar perempuan (42.03%). Sebaliknya untuk tahap sederhana pelajar perempuan lebih tinggi peratusannya barbanding pelajar lelaki. Namun begitu tiada pelajar yang berada ditahap lemah bagi kedua-dua jantina.

Jadual 4.7 Keputusan Analisis Pencapaian PNGK Jurusan Perakaunan Mengikut Kaum

Melayu Bukan Melayu KeseluruhanTahap n % n % n %

Cemerlang 22 16.79 41 77.36 63 34.24Baik 69 52.67 12 22.64 81 44.02

Sederhana 40 30.53 0 0.00 40 21.74Lemah 0 0.00 0 0.00 0 0.00

Keseluruhan 131 100.00 53 100.00 184 100.00

Berdasarkan jadual 4.7 di atas, peratus pelajar Bukan Melayu yang cemerlang (77.36 %) melebihi pelajar Melayu (16.79%). Sementara tahap baik pelajar Melayu (52.67%) mengatasi pelajar Bukan Melayu (22.64%). Sebanyak 30.53 peratus pelajar Melayu berada di tahap sederhana berbanding tiada bagi Bukan Melayu. Namun begitu tiada pelajar yang berada ditahap lemah.

Jadual 4.8 Keputusan Analisis Pencapaian PNGK Jurusan Perakaunan Mengikut Latar Belakang Sekolah

Asrama Penuh Asrama Harian Sekolah Harian KeseluruhanTahap n % n % n % n %

Cemerlang 2 18.18 9 22.50 29 21.80 40 21.74Baik 8 72.73 21 52.50 52 39.10 81 44.02

Sederhana 1 9.09 10 25.00 29 21.80 63 34.24Lemah 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00

Keseluruhan 11 100.00 40 100.00 133 82.71 184 100.00

Merujuk kepada analisis dalam Jadual 4.8 di atas, peratus pelajar asrama harian pada tahap cemerlang (22.50%) mengatasi pelajar dari asrama penuh dan sekolah harian. Sementara bagi tahap baik pelajar asrama penuh (72.73%) adalah yang tertinggi. Peratus pelajar asrama penuh yang tergolong di tahap sederhana adalah paling rendah. Tiada pelajar yang berada ditahap lemah.

4.2 Analisis dapatan kajianBahagian pertama dalam analisis dapatan ini akan mengupas tentang elemen-elemen persekitaran pembelajaran WIHIC. Perbincangan seterusnya akan memaparkan analisis dapatan-dapatan yang diperolehi daripada kajian berdasarkan hipotesis-hipotesis yang dibina.

Bagi mencapai objektif pertama, bagi melihat kewujudan perbezaan persekitaran pembelajaran yang sebenar dengan yang diingini tiga peringkat dapatan kajian telah dianalisis. Peringkat pertama, analisis terhadap respon dari item-item bagi setiap elemen persekitaran pembelajaran WIHIC yang sebenar dan diingini dilaporkan. Kedua, analisis terhadap pangkat (ranking) bagi elemen-elemen tersebut akan dilaksanakan. Akhirnya ujian statistik dilaksanakan untuk melihat samada wujud perbezaan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran yang sebenar dengan yang diinginkan oleh pelajar di dalam bilik darjah.

4.2.1 Pangkat (Ranking) Elemen-Elemen Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran pembelajaran WIHIC terbahagi kepada dua bahagian iaitu apa yang sebenar berlaku di dalam kelas menurut persepsi pelajar dan apa yang diingini atau diharapkan oleh pelajar berlaku di dalam bilik darjah. Setiap bahagian mengandungi tujuh elemen yang terdiri daripada 8 item yang mengukur respon terhadap persekitaran pembelajaran.

10

Page 11: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Untuk mengenal pasti pangkat elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar dan diingini secara keseluruhan maka analisis deskriptif dibuat dengan menyusun mengikut nilai yang tertinggi (ranking) seperti dalam Jadual 4.9 dan Jadual 4.10.

Jadual 4.9 Ranking Elemen-Elemen Persekitaran Pembelajaran Yang Sebenar

Ranking Elemen WIHIC N Mean1 Penglibatan 186 27.2419 2 Kesaksamaan 186 23.5215 3 Keakraban 186 23.2473 4 Kerjasama 186 23.1828 5 Sokongan Guru 186 19.6505 6 Orientasi Tugasan 186 13.8226 7 Kajian 186 8.1559

Dapatan yang ditunjukkan oleh Jadual 4.9 menunjukkan bagi persekitaran pembelajaran yang

sebenar elemen Penglibatan berada di pangkat yang pertama diikuti oleh Kesaksamaan dan Keakraban. Sementara elemen Kajian terletak di pangkat yang terendah.

Jadual 4.10 Ranking Elemen-Elemen Persekitaran Pembelajaran Yang Diingini

Ranking Elemen WIHIC N Mean 1 Orientasi Tugasan 186 37.3011 2 Kerjasama 186 36.8817 3 Kesaksamaan 186 36.5753 4 Penglibatan 186 32.4839 5 Kajian 186 31.9032 6 Keakraban Pelajar 186 31.7097 7 Sokongan Guru 186 29.9731

Dapatan yang ditunjukkan oleh Jadual 4.9 menunjukkan bagi persekitaran pembelajaran yang

sebenar elemen Penglibatan berada di pangkat yang pertama diikuti oleh Kesaksamaan dan Keakraban. Sementara elemen Kajian terletak di pangkat yang terendah.

Analisis deskriptif dilaksanakan untuk mendapatkan min bagi setiap item dan disusun mengikut ranking min yang tertinggi bagi setiap elemen persekitaran WIHIC. Bahagian berikut akan mengupas tentang dapatan dari respon yang diterima mengikut item-item di dalam setiap tujuh elemen apa yang sebenar dan apa yang diingini.

4.2.2 Perbezaan Jurang Antara Elemen-Elemen Persekitaran Pembelajaran

Ujian statistik paired sample t-test dijalankan untuk menentukan perbezaan yang signifikan di antara skor-skor min persepsi pelajar terhadap apa yang sebenar berlaku dengan apa yang diingini di dalam bilik darjah menggunakan tujuh elemen skel WIHIC.

Nilai t adalah di antara -8.395 hingga -12.002 bagi semua keputusan analisis untuk tujuh elemen WIHIC seperti ditunjukkan oleh Jadual 4.25. Semua nilai p = 0.000, p< 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan di antara min skor yang sebenar dengan min skor yang diingini bagi semua elemen persekitaran pembelajaran WIHIC. Dapatan ini juga menggambarkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara persepsi pelajar terhadap apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah dengan apa yang diinginkan oleh mereka.

11

Page 12: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Jadual 4.25 Perbezaan Min Elemen-Elemen Persekitaran Pembelajaran

Elemen WIHIC N Min Sebenar Min Diingini Perbezaan t Sig

Keakraban Pelajar 186 23.2473 31.7097 8.4624 -10.834 0.000

Kesaksamaan 186 23.5215 36.5753 13.0538 -10.479 0.000

Kajian 186 8.1559 31.9032 23.7473 -10.511 0.000

Kerjasama 186 23.1828 36.8817 13.6989 -11.434 0.000

Penglibatan 186 27.2419 32.4839 5.242 -12.002 0.000

Orientasi Tugasan 186 13.8226 37.3011 23.4785 -9.943 0.000

Sokongan Guru 186 19.6505 29.9731 10.3226 -8.395 0.000

* Signifikan pada aras p < 0.05

Jadual 4.25 juga menunjukkan jurang perbezaan min skor bagi setiap elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar dan diingini. Elemen Kajian (23.7473) menunjukkan perbezaan yang terbesar diikuti Orientasi Tugasan (23.4785) dan Kerjasama (13.6989). Sementara Penglibatan (5.242)dan Keakraban Pelajar (8.4624) menunjukkan perbezaan min yang kecil.

Dapatan ini menunjukkan jurang perbezaan yang besar di antara persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku dalam bilik darjah dengan diinginkan mereka bagi elemen persekitaran Kajian dan diikuti oleh elemen Orientasi Tugasan. Sementara elemen Penglibatan menunjukkan jurang yang paling kecil.

4.2.3 Perbezaan Min Dimensi Persekitaran Pembelajaran Mengikut JantinaHipotesis pertama telah dibina untuk diuji bagi mencapai objektif kedua. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan ujian statistik Independent-Sample T-Test. Hipotesis dibina bagi menentukan kewujudan perbezaan persekitaran pembelajaran untuk faktor demografi jantina. Hipotesis adalah seperti berikut:Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

Ujian statistik Independent-Sample T-Test dijalankan untuk menentukan perbezaan yang signifikan di antara purata skor-skor min persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap apa yang sebenar berlaku dengan apa yang diingini di dalam bilik darjah menggunakan tujuh elemen WIHIC. Jadual 4.26 menunjukkan dapatan yang diperoleh daripada analisis yang dilaksanakan untuk melihat perbezaan persepsi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap 7 elemen skel WIHIC.

12

Page 13: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Jadual 4.26 Ujian-t Yang Menentukan Perbezaan Purata Min Dimensi Persekitaran Pembelajaran

Mengikut Jantina

Pembolehubah Jantina n

Yang Sebenar Yang Diingini

Min Nilai t Sig Min Nilai

-t Sig

Keakraban Pelajar

Lelaki 47 3.7394Perempuan 139 3.9505

-2.176 0.031*

4.4585

4.5297-0.26

0 0.795

Sokongan Guru

Lelaki 47 3.3617Perempuan 139 3.4022

-0.401 0.689

4.0346

4.02610.66 0.947

PenglibatanLelaki 47 3.4016Perempuan 139 3.4065

-0.038 0.969

3.9947

4.0881-0.71

3 0.477

KajianLelaki 47 3.3032Perempuan 139 3.1610

1.048 0.2964.1330

3.90291.52

1 0.130

Orentasi Tugasan

Lelaki 47 3.7952Perempuan 139 4.0117

-2.311 0.022*

4.5000

4.6853-1.64

0 0.103

KerjasamaLelaki 47 3.6676Perempuan 139 3.9640

-2.724 0.007*

4.4601

4.6277-1.11

0 0.268

KesaksamaanLelaki 47 3.7766Perempuan 139 3.9937

-1.822 0.070

4.4761

4.5908-7.99 0.425

* Signifikan pada aras p < 0.05

Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara purata skor min jantina dengan persekitaran pembelajaran yang sebenar bagi dimensi Keakraban Pelajar, Orentasi Tugasan dan Kerjasama. Keakraban Pelajar (nilai t = -2.176 pada p = 0.031, p<0.05), Orentasi Tugasan (nilai t = -2.311 pada p = 0.022, p<0.05) dan Kerjasama (nilai t = -2.724 pada p = 0.007, p<0.05). Elemen-elemen lain (Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian dan Kesaksamaan) persekitaran pembelajaran sebenar didapati tidak signifikan secara statistik.

Ujian-t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan purata min yang signifikan bagi semua dimensi persekitaran pembelajaran yang diingini bagi jantina. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap persekitaran pembelajaran yang mereka ingin atau sukai antara pelajar lelaki dan perempuan (dengan nilai t antara -7.99 hingga 0.66 pada p > 0.05) seperti dalam Jadual 4.26.

4.2.4 Perbezaan Min Dimensi Persekitaran Pembelajaran Mengikut Kaum

Hipotesis kedua telah dibina untuk diuji bagi mencapai objektif kedua. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan ujian statistik Independent-Sample T-Test. Hipotesis adalah seperti berikut:Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kaum dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

Ujian statistik Independent-Sample T-Test dijalankan untuk menentukan perbezaan yang signifikan di antara purata skor min persepsi pelajar Melayu dan pelajar Bukan Melayu terhadap

13

Page 14: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku dan yang diingini di dalam bilik darjah menggunakan tujuh elemen WIHIC. Ini dijelaskan melalui analisis yang ditunjukkan oleh Jadual 4.27.

Jadual 4.27 Ujian-t Yang Menentukan Perbezaan Purata Min Dimensi Persekitaran Pembelajaran

Mengikut Kaum

Pembolehubah Jantina n

Yang Sebenar Yang Diingini

Min Nilai t Sig Min Nilai

t Sig

Keakraban Pelajar

Melayu 133 3.9182Bukan Melayu 53 3.8443

0.782 0.4354.6090

4.35612.40

7 0.017*

Sokongan Guru

Melayu 133 3.4539Bukan Melayu 53 3.2365

2.265 0.025*4.0855

3.88441.64

1 0.102

PenglibatanMelayu 133 3.4267Bukan Melayu 53 3.3514

0.615 0.5404.2039

3.71464.04

1 0.000*

KajianMelayu 133 3.1852Bukan Melayu 53 3.2264

-0.315 0.753

4.0592

3.71462.38

7 0.018*

Orentasi Tugasan

Melayu 133 3.9023Bukan Melayu 53 4.0943

-2.126 0.035*

4.6974

4.49061.90

7 0.058

KerjasamaMelayu 133 3.8985Bukan Melayu 53 3.8656

0.308 0.7584.6701

4.37262.06

4 0.040*

Kesaksamaan/Ekuiti

Melayu 133 3.9991Bukan Melayu 53 3.7877

1.842 0.674.6551

4.32782.39

9 0.017*

* Signifikan pada aras p < 0.05

Analisis ujian-t terhadap persekitaran pembelajaran yang sebenar mengikut persepsi pelajar menunjukkan terdapat perbezaan purata min yang signifikan bagi dimensi Sokongan Guru dan Orentasi Tugasan untuk pelajar Melayu dan Bukan Melayu. Sokongan Guru (nilai t = 2.265 pada p = 0.025, p<0.05) sementara Orentasi Tugasan (nilai t = -2.311 pada p = 0.035, p<0.05). Elemen-elemen persekitaran pembelajaran lain (Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian, Kerjasama dan Kesaksamaan) didapati tidak signifikan secara statistik.

Analisis ujian-t terhadap persekitaran pembelajaran yang diingini menunjukkan terdapat perbezaan purata skor min yang signifikan dimensi keakraban pelajar, penglibatan, kajian dan kerjasama untuk kaum. Keakraban pelajar (nilai t = 2.407 pada p = 0.017, p<0.05), penglibatan (nilai t = 4.041 pada p = 0.000, p<0.05), kajian (nilai t = 2.387 pada p = 0.018, p<0.05), kerjasama (nilai t = 2.064 pada p = 0.040, p<0.05), dan kesaksamaan (nilai t = 2.399 pada p = 0.017, p<0.05),. Baki 2 lagi elemen persekitaran pembelajaran (Sokongan Guru dan Orentasi Tugasan) didapati tidak signifikan secara statistik.

14

Page 15: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

4.2.5 Perbezaan Min Dimensi Persekitaran Pembelajaran Mengikut Latar Belakang Sekolah

Hipotesis ketiga telah dibina untuk diuji bagi mencapai objektif kedua. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan ANOVA sehala. Hipotesis dibina bagi menentukan kewujudan perbezaan persekitaran pembelajaran di antara faktor demografi latar belakang sekolah pelajar. Hipotesis adalah seperti berikut:

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara latar belakang persekolahan dengan purata skor persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini di dalam bilik darjah.

Jadual 4.28Ujian ANOVA Satu Hala Yang Menentukan Perbezaan Min Dimensi Persekitaran

Pembelajaran Yang Sebenar Mengikut Latar Belakang Sekolah

Pembolehubah Punca Variasi Jumlah Kuasa Dua DK Varians F Sig

Keakraban Antara Kumpulan 13.312 2 6.656 .323 .724Dalam Kumpulan 3767.312 183 20.586Jumlah 3780.624 185

Sokongan GuruAntara Kumpulan 121.577 2 60.788 3.283 .040*Dalam Kumpulan 3388.708 183 18.518Jumlah 3510.285 185

PenglibatanAntara Kumpulan 40.814 2 20.407 .560 .572Dalam Kumpulan 6669.299 183 36.444Jumlah 6710.113 185

KajianAntara Kumpulan 31.302 2 15.651 1.645 .196Dalam Kumpulan 1741.176 183 9.515Jumlah 1772.478 185

Orientasi TugasanAntara Kumpulan 9.972 2 4.986 .961 .384Dalam Kumpulan 949.173 183 5.187Jumlah 959.145 185

KerjasamaAntara Kumpulan 54.315 2 27.158 1.024 .361Dalam Kumpulan 4855.470 183 26.533Jumlah 4909.785 185

KesaksamaanAntara Kumpulan 36.305 2 18.152 .587 .557Dalam Kumpulan 5658.109 183 30.919Jumlah 5694.414 185

* Signifikan pada aras p < 0.05

Analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi dimensi persekitaran pembelajaran Sokongan Guru berbanding dengan latar belakang sekolah. Hasil analisis varian sehala bagi menguji perbezaan di antara elemen persekitaran pembelajaran Sokongan Guru dengan latar belakang sekolah pelajar menunjukkan nilai F = 3.283 dan p = 0.040; p <0.05 (Jadual 4.28). Oleh itu ujian ANOVA sehala telah menolak hipotesis nol. Maka kesimpulannya terdapat perbezaan yang signifikan pada persekitaran pembelajaran yang sebenar di antara latar belakang sekolah.

Untuk menentukan pasangan kumpulan manakah yang min mereka berbeza secara signifikan. ujian Post-Hoc ANOVA LSD dijalankan dan dapatannya adalah seperti dalam Jadual 4.29.

15

Page 16: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Jadual 4.29Ujian Post Hoc (LSD) ke atas min skor elemen persekitaran pembelajaran Sokongan Guru

secara keseluruhan antara latar belakang sekolah

(I) Sekolah (J) Sekolah Perbezaan Min pSBP Asrama Harian -3,0488* .038 Sekolah Harian -1,3582 .316Asrama Harian SBP 3,0488* .038

Sekolah Harian 1,6906* .029Sekolah Harian SBP 1,3582 .316 Asrama Harian -1,6906* .029* Perbezaan min adalah signifikan pada aras .05.

Setelah ujian Post-Hoc ANOVA LSD dijalankan didapati pasangan kumpulan iaitu Sekolah Asrama Harian dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Asrama Harian dan Sekolah Harian mempunyai perbezaan min yang signifikan tentang persekitaran pembelajaran Sokongan Guru secara keseluruhan dalam proses pembelajaran mereka (p= 0.038< 0.05).

Daripada dapatan ini dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan persekitaran pembelajaran Sokongan Guru yang ketara di kalangan pelajar Sekolah Asrama Harian dan Sekolah Berasrama Penuh serta antara Sekolah Asrama Harian dan Sekolah Harian.

Jadual 4.30Ujian ANOVA Satu Hala Yang Menentukan Perbezaan Min Dimensi Persekitaran Pembelajaran Yang Diingini Mengikut Latar Belakang Sekolah

Analisis terhadap dimensi persekitaran pembelajaran yang diingini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi semua dimensi persekitaran pembelajaran berbanding dengan latar belakang sekolah (Jadual 4.30).

Pembolehubah Punca Variasi Jumlah Kuasa Dua DK Varians F Sig

Keakraban Antara Kumpulan 7.821 2 3.911 .176 .838Dalam Kumpulan 4056.501 183 22.167Jumlah 4064.323 185

Sokongan Guru Antara Kumpulan 1.783 2 .892 .034 .967Dalam Kumpulan 4853.082 183 26.520Jumlah 4854.866 185

Penglibatan Antara Kumpulan 86.446 2 43.223 1.553 .214Dalam Kumpulan 5092,006 183 27.825Jumlah 5178.452 185

KajianAntara Kumpulan 151.870 2 75.935 1.636 .198Dalam Kumpulan 8494.388 183 46.417Jumlah 8646.258 185

Orientasi TugasanAntara Kumpulan 60.380 2 30.190 1.413 .246Dalam Kumpulan 3908.760 183 21.359Jumlah 3969.140 185

KerjasamaAntara Kumpulan 4.432 2 2.216 .050 .951Dalam Kumpulan 8128.966 183 44.421Jumlah 8133.398 185

KesaksamaanAntara Kumpulan 27.483 2 13.741 .314 .731Dalam Kumpulan 8003.963 183 43.738Jumlah 8031.446 185

16

Page 17: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

4.2.6 Hubungan Antara Persekitaran Pembelajaran Dengan Pencapaian

Dalam melihat hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar hipotesis berikut telah dibina:

Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara skor min pencapaian terhadap persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku di dalam bilik darjah.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian terhadap purata skor persekitaran pembelajaran yang diingini di dalam bilik darjah.

Jadual 4.31 Korelasi (r) Dimensi Skel Persekitaran Pembelajaran Yang Sebenar Dengan Pencapaian

Hubungan Dengan Pencapaian r Signifikan

Keakraban Pelajar 0.038 0.606Sokongan Guru -0.010 0.894

Penglibatan 0.026 0.720

Kajian 0.052 0.482

Orientasi Tugasan 0.048 0.519

Kerjasama -0.022 0.766

Kesaksamaan 0.104 0.158

Untuk menentukan hubungan yang signifikan di antara dimensi persekitaran pembelajaran dengan skor min pencapaian akademik ujian statistik korelasi Pearson telah dijalankan. Analisis ujian ini (Jadual 4.31) menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara semua dimensi persekitaran pembelajaran yang sebenar menurut persepsi pelajar dengan pencapaian.

Dapatan juga menunjukkan hubungan yang positif walaupun tidak signifikan antara dimensi persekitaran pembelajaran kecuali bagi dimensi Sokongan Guru (r = -0.010) dan Kerjasama (-0.022).

Jadual 4.32 Korelasi (r) Dimensi Skel Persekitaran Pembelajaran Yang Diingini Dengan Pencapaian

Hubungan Dengan Pencapaian r Signifikan

Keakraban Pelajar -0.068 0.359

Sokongan Guru -0.150* 0.042

Penglibatan -0.210** 0.004

Kajian -0.133 0.124

Orientasi Tugasan -0.133 0.071

Kerjasama -0.126 0.086

Kesaksamaan -0.140 0.057

* Signifikan pada aras p < 0.05** Signifikan pada aras p < 0.01

17

Page 18: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Analisis ujian korelasi (Jadual 4.32) menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara dimensi Sokongan Guru (r = -0.150) pada aras keertian 0.05. Sementara dimensi Orientasi Penglibatan (r = -0.210) pada aras p < 0.01. Nilai r didapati negatif yang menunjukkan hubungan negatif elemen persekitaran pembelajaran Sokongan Guru dan Penglibatan dengan pencapaian. Namun begitu. bagi dimensi yang lain, tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar Jurusan Perakaunan Matrikulasi. Semua dimensi menunjukkan hubungan yang negatif dengan pencapaian.

PERBINCANGAN

Hasil kajian diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru dan mereka yang berminat tentang hubungan persekitaran pembelajaran terhadap pencapaian pelajar. Penyelidik juga menyediakan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk membantu para pendidik supaya dapat mengenal pasti elemen-elemen persekitaran pembelajaran yang perlu ada dalam sesebuah bilik darjah.

Kesedaran tehadap elemen elemen yang sebenar sedang berlaku pada persepsi pelajar dan yang mengenal pasti apa yang diharapkan oleh pelajar membolehkan guru mewujudkan satu persekitaran pembelajaran kondusif bagi memangkin proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah diharapkan ini dapat membantu peningkatan prestasi pencapaian pelajar.

Hubungan di antara persekitaran pembelajaran dan pencapaian akademik adalah perkara yang kompleks untuk difahami. Bagaimanapun penggunaan instrumen persekitaran pembelajaran WIHIC dapat dibuktikan secara statistik melalui kajian. Seterusnya dalam bab ini hasil dapatan dalam kajian ini akan dibincangkan bersama dengan dapatan-dapatan para penyelidik terdahulu.5.1 Elemen-Elemen Persekitaran Pembelajaran Dapatan dari analisis menunjukkan nilai t untuk elemen-elemen persekitaran pembelajaran tersebut adalah di antara -8.395 hingga -12.002 pada p = 0.000, p< 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan di antara purata min skor yang sebenar dengan purata min skor yang diingini bagi semua elemen persekitaran pembelajaran WIHIC.

Dapatan ini menggambarkan bahawa wujud perbezaan antara persepsi persekitaran pembelajaran yang sebenar sedang berlaku di dalam bilik darjah dengan apa yang diharapkan berlaku oleh pelajar. Margianti (2001) menggunakan Ujian T untuk Paired Samples dan memperoleh dapatan yang sama di mana semua elemen dalam skel persekitaran pembelajaran WIHIC mempunyai perbezaan yang signifikan antara yang sebenar dengan yang diiingini.

Ronald D. Rita (2005) juga mendapati semua elemen persekitaran pembelajaran WIHIC mempunyai perbezaan yang signifikan antara yang sebenar dan yang diingini. Kajian beliau terhadap 261 pelajar Biologi mendapati nilai t adalah di antara 10.47 hingga 21.12 (p < 0.01) untuk ke tujuh-tujuh elemen WIHIC. Dapatan ini merupakan replikasi dapatan penyelidik-penyelidik yang terdahulu yang mendapati pelajar lebih cenderung inginkan persekitaran yang lebik baik daripada apa yang mereka tanggapi sebenarnya sedang berlaku di dalam bilik darjah (Aldridge et. al, 1999; Allen & Fraser, 2002; Fisher & Fraser, 1985; Fraser & Chionh, 2000; Seopa et. al, 2003).

Dalam persekitaran pembelajaran yang sebenar, penglibatan pelajar didapati mempunyai min yang tertinggi dari segi pangkat (ranking) berbanding elemen-elemen lain (Jadual 4.9). Ini diikuti dengan kesaksamaan, keakraban dan kerjasama. Ini menunjukkan berdasarkan persepsi pelajar elemen-elemen persekitaran pembelajaran ini adalah ditahap yang tinggi secara berbanding. Sementara sokongan guru, orentasi tugasan dan kajian adalah ditahap yang rendah menurut persepsi pelajar.

Sebaliknya bagi persekitaran pembelajaran yang diingini, orientasi tugasan, kerjasama dan kesaksamaan didapati berada di ranking yang tertinggi (Jadual 4.10). Sementara kajian, keakraban pelajarr dan sokongan guru berada di ranking yang terendah. Dapatan ini disokong melalui perbezaan min di antara persekitaran pembelajaran yang sebenar dan diingini . Persekitaran pembelajaran yang berasaskan kajian dan orentasi tugasan didapati mempunyai jurang perbezaan min yang terbesar. Persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran yang berasaskan kajian dan berorientasikan tugasan adalah masih rendah. Mereka lebih menginginkan persekitaran pembelajaran melibatkan kedua-dua elemen tersebut ditingkatkan.

Seterusnya, bagi persekitaran yang melibatkan penglibatan pelajar, keakraban dan kesaksamaan menunjukkan perbezaaan min yang kecil. Ini menggambar pelajar merasakan elemen-

18

Page 19: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

elemen ini telah wujud di dalam bilik darjah mereka. Kesimpulannya guru dapat menggunakan dapatan ini untuk memperbaiki persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah mereka.

5.2 Persepsi Persekitaran Pembelajaran Mengikut Jantina

Ujian statistik Paired Independent-Sample T-Test dijalankan untuk menentukan perbezaan yang signifikan di antara purata skor-skor min persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap apa yang sebenar berlaku dengan apa yang diingini di dalam bilik darjah menggunakan tujuh elemen skel WIHIC. Kajian persepsi pelajar terhadap apa yang sebenar berlaku dalam bilik darjah, menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi dimensi Keakraban Pelajar, Orentasi Tugasan dan Kerjasama antara pelajar lelaki dan perempuan. Keakraban Pelajar (t = -2.176), Orentasi Tugasan (t = -2.311) dan Kerjasama ( t = -2.724) pada p < 0.05.

Oleh itu hipotesis nol dapat ditolak pada aras keertian 0.05. Ini menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tanggapan yang berbeza secara statistik dengan pelajar perempuan dari segi dimensi keakraban, orentasi tugasan dan kerjasama. Ini bermakna hipotesis nul dapat ditolak pada aras keertian 0.05.

Dapatan melalui perbandingan min juga menunjukkan pelajar perempuan mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding pelajar lelaki untuk ketiga-tiga elemen persekitaran pembelajaran tersebut (Jadual 4.26). Ini selari dengan dapatan Owens & Straton (1980) yang mendapati pelajar perempuan lebih suka bekerjasama berbanding pelajar lelaki.

Margianti et al. (2001) dalam kajian melibatkan 2498 pelajar sebagai responden di sebuah universiti swasta di Indonesia mendapati magnitud perbezaan antara persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap persekitaran pembelajaran adalah kecil. Ini selari dengan dapatan dalam kajian ini yang menunjukkan perbezaan min antara persepsi pelajar lelaki dan perempuan adalah kecil untuk elemen keakraban (0.21), orentasi tugasan (0.22) dan kerjasama (0.3).

Perbezaan ini diperolehi dengan mendapatkan perbezaan yang diperolehi bagi setiap jantina (skor min pelajar perempuan tolak skor min pelajar lelaki). Melalui perbandingan ini juga dapat dilihat skor min pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki untuk ketiga-tiga elemen tersebut.

Sementara itu untuk persekitaran pembelajaran yang diingini, analisis ujian-t yang menunjukkan perbezaan min semua dimensi skel WIHIC mengikut jantina bagi yang diingini didapati tidak mempunyai perbezaan purata min skor yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan ( t antara -7.99 hingga 0.66). Dapatan ini membuktikan bahawa pelajar lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan secara statistik dari aspek persekitaran pembelajaran yang mereka inginkan di dalam bilik darjah.

5.3 Persepsi Persekitaran Pembelajaran Mengikut Status Bumiputra

Bagi yang persepsi yang sebenar, analisis ujian-t yang menunjukkan dimensi Sokongan Guru dan Orentasi Tugasan yang sebenar didapati terdapat perbezaan purata min yang signifikan di antara pelajar Bumiputra dan Bukan Bumiputra. Sokongan Guru (nilai t = 2.265 pada p = 0.025, p<0.05) sementara Orentasi Tugasan (nilai t = -2.311 pada p = 0.035, p<0.05).

Dari aspek sokongan guru, pelajar Bumiputra (min = 3.4539) didapati mempunyai persepsi positif terhadap persekitaran pembelajaran yang melibatkan sokongan guru berbanding pelajar bukan Bumiputra (min = 3.2365) di mana perbezaan min adalah 0.217. Sebaliknya bagi Orentasi Tugasan, pelajar Bukan Bumiputra (min = 4.0943) didapati mempunyai persepsi positif terhadap persekitaran pembelajaran yang melibatkan Orentasi Tugasan berbanding pelajar Bumiputra (min = 3.9023) di mana perbezaan min adalah 0.192.

Dapatan ini menunjukkan persepsi pelajar Bumiputra terhadap perlunya sokongan atau bantuan guru dalam bilik darjah adalah lebih tinggi berbanding pelajar Bukan Bumiputra. Sebaliknya pelajar Bukan Bumiputra pula lebih berorentasikan tugasan berbanding pelajar Bumiputra. Ini menggambarkan pelajar Bukan Bumiputra mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugasan di dalam bilik darjah.

Sementara itu untuk persepsi persekitaran pembelajaran yang diingini, analisis ujian-t menunjukkan perbezaan skor min dimensi Keakraban Pelajar, Penglibatan, Kajian, Kerjasama dan kesaksamaan didapati mempunyai perbezaan min yang signifikan di antara pelajar Bumiputra dan

19

Page 20: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Bukan Bumiputra. Keakraban Pelajar (nilai t = 2.407), Penglibatan (nilai t = 4.041), Kajian (nilai t = 2.387), Kerjasama (nilai t = 2.064), dan Kesaksamaan (nilai t = 2.399) pada aras keertian 0.05. Baki 2 lagi elemen skel WIHIC (Sokongan Guru dan Orentasi Tugasan) untuk persepsi yang diingini didapati tidak signifikan secara statistik.

Dapatan juga menunjukkan perbezaan min yang positif terhadap pelajar Bumiputra berbanding pelajar Bukan Bumiputra dari aspek persekitaran pembelajaran yang diingini untuk elemen Keakraban Pelajar, Penglibatan, Kajian, Kerjasama dan kesaksamaan. Ini menggambarkan pelajar Bumiputra inginkan persekitaran pembelajaran yang mempunyai hubungan yang lebih akrab berbanding pelajar Bukan Bumiputra. Pelajar Bumiputra juga inginkan lebih penglibatan di dalam kelas, kajian, kerjasama dan kesaksamaan berbanding pelajar Bukan Bumiputra.

5.4 Persepsi Persekitaran Pembelajaran Mengikut Latar Belakang Sekolah

Dapatan dari analisis ujian Oneway Anova menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi dimensi persekitaran pembelajaran sebenar Sokongan Guru berbanding latar belakang sekolah. Oleh itu ujian ANOVA sehala secara statistik dapat menolak hipotesis nol.

Ini bermakna pelajar dari latar balakang berbeza mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sokongan guru di dalam bilik darjah mereka. Analisis melalui ujian Post-Hoc ANOVA LSD menunjukkan perbezaan wujud antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah asrama harian serta antara sekolah asrama harian dengan sekolah harian. Ini menunjukkan pelajar dari jenis sekolah yang mempunyai persepsi yang berbeza terhadap bantuan yang diperlukan dari guru.

Sungguhpun begitu dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar dari semua latar belakang sekolah tehadap elemen-elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar berlaku di bilik darjah selain daripada elemen sokongan guru. Begitu juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar dari pelbagai latar belakang sekolah terhadap persekitaran pembelajaran yang diingini.

5.5 Hubungan Antara Persekitaran Pembelajaran Dengan Pencapaian

Dapatan analisis ujian ini menunjukkan bahawa terdapat dua elemen persekitaran pembelajaran yang diingini mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Elemen-elemen tersebut ialah dimensi Sokongan Guru (r = -0.150) dan Penglibatan (r = -0.210). Menurut Davis (1971) nilai pekali korelasi r ( 29.01.0 ≤≤ r ) dianggap mempunyai hubungan yang lemah. Ini bermakna walaupun signifikan tetapi hubungan antara ketiga-tiga elemen tersebut adalah lemah. Selain itu dapatan kajian ini menunjukkan hubungan yang negatif antara kedua-dua dimensi WIHIC ini dengan pencapaian PNGK pelajar Jurusan Perakaunan.

Dapatan kajian ini berbeza dengan kajian-kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Margianti et al. (2001) dalam kajiannya menggunakan korelasi mudah dan regresi berganda mendapati terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara ketujuh-tujuh elemen WIHIC dengan pencapaian pelajar di sebuah universiti swasta.

Ronald D. Rita (2005) pula menggunakan analisis korelasi mudah dan regresi untuk menguji hubungan antara elemen persekitaran pembelajaran dengan skor pencapaian pelajar Biologi. Dapatan beliau menunjukkan elemen skel WIHIC (Sokongan Guru, Penglibatan, Kajian dan Kesaksamaan) adalah signifikan pada aras keertian 0.01. Sementara elemen skel WIHIC Orentasi Tugasan adalah signifikan pada aras keertian 0.05. Enam dari tujuh elemen skel WIHIC didapati mempunyai hubungan positif dengan pencapaian. Hanya Keakraban Pelajar (r = -0.03) mempunyai hubungan yang negatif terhadap pencapaian walaupun tidak signifikan secara statistik.

5.6 Kesimpulan Dapatan Kajian

Daripada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dijalankan, beberapa perkara dapat dirumuskan seperti berikut:

i. Terdapat perbezaan yang signifikan antara apa yang sebenarnya berlaku menurut tanggapan pelajar di dalam kelas dengan apa yang mereka harapkan berlaku. Pelajar Jurusan Perakaunan

20

Page 21: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang sebenar berlaku di dalam bilik darjah dengan apa yang mereka inginkan atau harapkan berlaku di dalam bilik darjah.

ii. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi Keakraban Pelajar, Orentasi Tugasan dan Kerjasama antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan mempunyai persepsi yang lebih positif terhadap persekitaran pembelajaran (Keakraban Pelajar, Orentasi Tugasan dan Kerjasama) berbanding pelajar lelaki.

iii. Terdapat perbezaan yang signifikan dimensi Sokongan Guru dan Orentasi Tugasan yang sebenar dengan pelajar Bumiputra dan Bukan Bumiputra. Dapatan menunjukkan pelajar Bumiputra perlukan sokongan guru lebih daripada pelajar Bukan Bumiputra. Sementara pelajar Bukan Bumiputra lebih memberi komitmen terhadap tugasan yang diberi dalam bilik darjah berbanding pelajar Bumiputra.

iv. Terdapat perbezaan yang signifikan persekitaran pembelajaran bagi dimensi sokongan guru berbanding latar belakang persekolahan. Wujud perbezaan persepsi sokongan guru yang ketara di kalangan pelajar sekolah asrama harian dengan pelajar dari sekolah berasrama penuh. Perbezaan juga wujud antara pelajar dari sekolah asrama harian dengan pelajar sekolah harian.

v. Terdapat hubungan yang signifikan di antara persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah terhadap pencapaian pelajar Jurusan Perakaunan. Walau bagaimanapun hubungan adalah negatif dan lemah.

5.7 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini memberi implikasi ke atas pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di kolej matrikulasi. Berdasarkan perbincangan dari dapatan kajian, beberapa dapatan jika disentesis dan diimplimentasikan secara teratur dan terancang akan menyumbang kepada peningkatan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud perbezaan di antara apa yang sebenar berlaku dengan apa yang diingini oleh pelajar di dalam bilik darjah. Pelajar juga inginkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik berbanding dengan apa yang sedia ada di dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu mengenal pasti perbezaan atau jurang tersebut dan mengambil langkah penambahbaikan terhadap persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjahnya supaya wujud proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan efektif.

Bennacer (2000) telah memasukkan jantina sebagai faktor yang signifikan dalam persepsi terhadap persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah. Ia disokong oleh Riordan (1999) yang melihat peningkatan keadaan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah yang tidak memihak kepada pelajar lelaki.

Dengan mengenal pasti perbezaan persekitaran pembelajaran yang diinginkan antara pelajar lelaki dan perempuan membolehkan guru menggunakan pendekatan atau strategi yang berbeza bagi memastikan wujud iklim pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah.

Dapatan menunjukkan pelajar perempuan mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran pembelajaran yang lebih akrab di antara pelajar-pelajar di dalam bilik darjah, lebih berorientasikan tugasan dan wujudnya kerjasama dalam kumpulan.

Oleh itu guru seharusnya cuba mewujudkan suasana hubungan yang lebih akrab antara pelajar di dalam bilik darjah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Selain itu pengajaran dan pembelajaran juga harus berorientasikan tugasan kerana pelajar mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan kepada mereka. Kerjasama melalui aktiviti berkumpulan perlu digalak dan dipupuk di dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya wujud iklim pembelajaran yang lebih menarik.

Pelajar Bumiputra berdasarkan kajian didapati perlukan sokongan guru yang lebih berbanding pelajar Bukan Bumiputra. Dapatan ini boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar dengan memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh pelajar. Sementara itu dapatan kajian menunjukkan pelajar Bukan Bumiputra lebih berorientasikan tugasan di mana pelajar ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberi oleh guru di dalam bilik darjah.

21

Page 22: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

Wujud perbezaan yang signifikan antara latar belakang persekolahan dari segi sokongan guru. Dapatan ini penting supaya wujud kesedaran di kalangan guru tentang sokongan yang berbeza perlu diberi kepada pelajar mengikut latar belakang persekolahannya. Contohnya antara pelajar dari sekolah berasrama penuh mungkin perlu sokongan yang lebih daripada pelajar dari sekolah asrama harian.

Dapatan seterusnya menunjukkan terdapat hubungan yang lemah walaupun signifikan secara statistik antara persepsi persekitaran pembelajaran yang sebenar (Sokongan Guru dan Orientasi Tugasan) dengan pencapaian pelajar Jurusan Perakaunan. Agak mengejutkan juga dapatan kajian menunjukkan hubungan yang negatif antara dimensi persekitaran pembelajaran tersebut dengan pencapaian pelajar.

Dapatan kajian ini ini tidak selari dengan kebanyakan dapatan daripada penyelidik-penyelidik terdahulu yang telah dibincangkan dalam bahagian perbincangan dapatan kajian ( bab 4). Walau bagaimanapun penyelidik berpendapat bahawa dapatan ini berbeza disebabkan populasi responden berada di dalam populasi yang sama iaitu populasi pelajar cemerlang. Ini kerana pelajar yang diterima masuk ke Program Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai prestasi yang cemerlang. Ini dapat dijelaskan berdasarkan analisis pencapaian PNGK pelajar dalam peperiksaan PSPM seperti dalam Jadual 4.5 dalam Bab 4.

Dapatan dari analisis tersebut menunjukkan peratus pelajar yang cemerlang (34.24%), baik (34.24%) dan sederhana (21.74%). Tiada pelajar tergolong dalam tahap lemah. pelajar Baki sebahagian kecil lagi adalah berada ditahap sederhana dan tiada pelajar tergolong dalam tahap lemah. Ini membuktikan pelajar adalah berada di kelompok populasi yang sama. Ianya berbeza dengan kajian yang dibuat sebelum ini yang mempunyai taburan responden yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian di mana tidak berada di populasi yang sama.

5.8 Cadangan Untuk Kajian lanjutan

Sebagai mengakhiri laporan ini berdasarkan dapatan dan perbincangan di atas, beberapa cadangan perlu diambil kira untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini hanya diaplikasikan kepada pelajar Jurusan Perakaunan Di Kolej Matrikulasi Perak sahaja di mana kajian ini dijalankan. Untuk kajian pada masa akan datang dicadangkan kajian ini tidak terhad kepada pelajar Jurusan Perakaunan sahaja tetapi kepada semua jurusan di semua kolej matrikulasi di seluruh Malaysia. Kajian ini boleh diteruskan dengan mengambil kira faktor sosio-ekonomi, dan latar belakang keluarga. Selain itu kajian juga boleh dibuat terhadap guru atau pensyarah selain daripada pelajar.

Data kajian mengenai persepsi boleh dianalisis selanjutnya dengan menggunakan ujian Regresi Berganda (Multiple Regresion). Ini membolehkan analisis dibuat untuk melihat pengaruh elemen-elemen persekitaran pembelajaran terhadap pencapaian pelajar. Melalui analisis regresi dapat ditentukan elemen yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pncapaian Ini juga dapat mengelakkan Type 1 Error kesan daripada menggunakan korelasi mudah.

Kajian ini menggunakan teknik tinjauan dengan menggunakan instrumen WIHIC, untuk kajian yang akan datang, dicadangkan kaedah temubual digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang persekitran pembelajaran. Kaedah quasi eksperimental juga boleh dijalankan untuk mengetahui kesan persekitaran pembelajaran yang digunakan oleh pelajar terhadap pencapaian dalam bilik darjah berbeza yang diajar oleh guru yang berlainan.

Kajian juga boleh diluaskan dengan mengkaji hubungan antara persekitaran pembelajaran secara perbandingan dengan pencapaian pelajar Matrikulasi dengan pelajar STPM.

5.9 Kesimpulan

Dapatan kajian ini mengenal pasti wujud perbezaan dari segi persepsi pelajar terhadap aspek persekitaran pembelajaran yang sebenar sedang berlaku di dalam bilk darjah mereka berbanding apa yang mereka ingini atau sepatutnya berlaku. Ini menunjukkan terdapat aspek-aspek persekitaran pembelajaran yang perlu dibuat penambahbaikan untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran pembelajaran menurut persepsi pelajar berdasarkan jantina didapati mempunyai perbezaan yang signifikan secara statistik. Guru boleh menggunakan dapatan ini untuk mengenal pasti ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang lebih disukai oleh pelajar.

Kajian lanjutan menggunakan kaedah temu bual mungkin lebih berkesan untuk mengesan persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran dengan lebih jelas. Walau bagaimanapun yang

22

Page 23: Persekitaran Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Serta Pencapaia

penting melalui dapatan kajian ini guru dapat menyedari tentang wujudnya perbezaan persepsi antara pelajar lelaki dan perempuan berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini membolehkan guru menagmbil kira faktor persekitaran pembelajaran ini semasa merancang pengajaran dan pembelajarannya. Perkara yang sama juga boleh dilaksanakan untuk dapatan yang melibatkan pelajar Bumiputra dan Bukan Bumiputra.

Sesuatu yang mengejutkan daripada dapatan kajian yang menunjukkan kebanyakan elemen –elemen persekitaran tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian kecuali dimensi kajian, orientasi tugasan dan kesaksamaan. Lebih mengejutkan apabila ketiga-tiga dimensi tersebut walaupun signifikan tetapi mempunyai hubungan yang lemah serta negatif terhadap pencapaian pelajar Jurusan Perakaunan dalam PSPM. Elemen-elemen lain juga walaupun tidak signifikan didapati mempunyai hubungan yang negatif. Ini bercanggah dengan dapatan dari kebanyakan pengkaji terdahulu seperti Margianti et al. (2001) dan Ronald D. Rita (2005) yang mendapati hubungan yang positif elemen-elemen persekitaran pembelajaran WIHIC dengan pencapaian akademik pelajar.

Walau bagaimanapun apabila diteliti faktor demografi dan profil pelajar yang menjadi responden, didapati mereka tergolong daripada kelompok pelajar yang cemerlang. Oleh itu penyelidik berpendapat persekitaran pembelajaran yang wujud di Kolej Matrikulasi Perak tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar tersebut. Mungkin faktor-faktor lain yang perlukan kajian yang lebuh domnan mempengaruhi pencapaian pelajar.

Selain daripada itu dapatan ini juga menggambarkan persekitaran pembelajaran di kolej ini adalah kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran di mana dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden. Selain itu tenaga pengajar juga terdiri daripada guru yang terlatih dan mengajar mengikut pengkhususan atau kepakaran mereka. Sungguhpun begitu kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk membuktikan kebenarannya secara statistik.

Akhir sekali adalah menjadi harapan supaya kajian ini diteruskan terutama kepada guru-guru untuk mengenal pasti persepsi dan keinginan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Selain itu dapatan kajian ini diharapkan juga dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme mereka.

23