pembentangan ulasan jurnal
TRANSCRIPT
KPT6044PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
NAMA : NURSAZLIN BINTI KAMARUDIN
NO. MATRIK : M20141000732
PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
ULASAN JURNAL
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam
Kalangan Ahli Akademik
KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E -PEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK
Penulis : Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad
Sumber : Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)
mukasurat 155-172
Tahun : 2009
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kesedaran ahli akademik terhadap konsep
e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara
kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik?
3. Bagaimanakah penerimaan ahli akademik terhadap
penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran?
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk tinjauan
Kaedah non-probability kerana hasil kajian bukan
untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan
populasi.
Menggunakan instrumen soal selidik.
Responden terdiri daripada semua ahli akademik
di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang.
DAPATAN KAJIAN
1. Tahap Kefahaman Terhadap Konsep e-pembelajaran• Terdapat 5 konsep yang diketengahkan dalam soal selidik
• e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk pelajar
• Salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT• e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam
pengajaran dan pembelajaran• Pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan
internet• Membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih
mudah dan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak, di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan
Min bagi kelima-lima konsep adalah tinggi
menunjukkan tahap kefahaman responden adalah
tinggi.
Membuktikan bahawa majoriti ahli akademik sedar
terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran
dan pembelajaran mereka.
2. Penilaian Terhadap Hubungan yang Signifikan
Antara Kefahaman Terhadap e-pembelajaran Dengan
Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri• Dapatan menunjukkan hubungan antara kedua-dua
pembolehubah adalah pada tahap sederhana.• Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang turut
menyumbang kepada tahap kefahaman responden.
3. Penerimaan Penggunaan e-pembelajaran Dalam
Membantu Proses Pengajaran dan Pembelajaran• Bagi item ini, terdapat empat tanggungjawab yang
telah disenaraikan oleh pengkaji.• Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di
dalam kuliah• Memuat naikkan nota-nota kuliah ke laman web e-
pembelajaran dari semasa ke semasa• Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-
pembelajaran di USM• Menggalakkan para pelajar menggunakan e-
pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran
• Hasil kajian mendapati bahawa dua daripada empat tanggungjawab tersebut mempunyai nilai min yang tinggi iaitu tanggungjawab pertama dan keempat manakala lagi dua berada pada tahap sederhana.
• Pengkaji juga telah menyenaraikan 12 faktor yang menyumbang kepada pelaksanaan e-pembelajaran ini.
• Data yang didapati menunjukkan nilai min keseluruhan yang tinggi menguatkan lagi bukti bahawa penerimaan ahli akademik terhadap e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran adalah positif.
IMPLIKASI KAJIAN
Penggunaan teknologi terkini dalam pelaksanaan e-pembelajaran
dapat menyediakan keupayaan ahli akademik menjadi fasilitator
pembelajaran yang efektif.
Mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih kreatif dan
inovatif dalam pembelajaran iaitu dengan mencari ilmu, melibatkan
diri dalam perbincangan akademik dan menyumbang ilmu di dunia
siber.
Ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang celik IT dan dapat
mengharungi cabaran dalam dunia era globalisasi dan informasi.