pembentangan jurnal: kesedaran, penilaian & penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli...

14
KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK NAMA: NURUL HUDA BINTI MOHD SUHAIMI NO MATRIKS: M20102000971 PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN) ANALISIS JURNAL

Upload: nurul-huda

Post on 05-Dec-2014

917 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

KURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (Electronic and Web-based Learning) KPT6044

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN

E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

NAMA: NURUL HUDA BINTI MOHD SUHAIMINO MATRIKS: M20102000971

PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN)

ANALISIS JURNAL

Page 2: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

PENDAHULUANMenurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001),

e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih

dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih

ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping

membolehkan pembelajaran berlangsung secara

berterusan.

Oleh sebab e-pembelajaran ini ialah sistem pembelajaran

yang menggunakan internet sebagai saluran atau

teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan

sistem maklumat yang lain, (Hartley, 2000) maka ia

berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan

yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan

menarik.

Page 3: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran?Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik?Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran?

PERSOALAN KAJIAN

Page 4: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Tinjauan deskriptif.

Sejumlah 119 borang soal selidik telah

berjaya dikumpulkan daripada ahli

akademik di 15 pusat pengajian Universiti

Sains Malaysia.

Analisis kuantitatif menggunakan

program SPSS.

KAEDAH KAJIAN

Page 5: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Kesedaran Tentang Konsep e-Pembelajaran

DAPATAN KAJIAN

K1: Kaedah pembelajaran baru khusus untuk para

pelajar.

K2: Usaha sejajar dengan perkembangan ICT.

K3: Memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran

pembelajaran.

K4: Dikendalikan menerusi komputer &

Internet

K5: Membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak & lebih ramai

pelajar.

Page 6: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Tahap kesedaran pada konsep kedua adalah tertinggi.

Ahli akademik sedar tentang konsep e-pembelajaran yang mana ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademik melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru.

DAPATAN KAJIAN

Page 7: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Majoriti tidak bersetuju dengan konsep ketiga.

Ahli akademik masih ragu-ragu untuk menerima e-pembelajaran dengan sepenuhnya. Masalah: tidak mendapat maklumat yang cukup, tidak disediakan fasiliti yang baik & kurang berpengetahuan untuk menggunakan sistem e-pembelajaran. Ahli akademik berpendapat memberikan komitmen yang lebih pada e-pembelajaran ini akan merugikan masa dan tenaga.

DAPATAN KAJIAN

Page 8: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Kefahaman e-Pembelajaran VS Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri

Ahli akademik mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan pada masa yang sama selesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan mereka. Ia disebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademik yang menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaran pembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar.

DAPATAN KAJIAN

Page 9: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Terdapat hubungan yang sederhana antara kedua-dua pembolehubah.Faktor pelaksanaan e-pembelajaran: mempunyai kemudahan komputer & ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan menggalakkan pelajar bermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran.

DAPATAN KAJIAN

Page 10: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Penerimaan Terhadap Tanggungjawab e-Pembelajaran

DAPATAN KAJIAN

T1: Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam

kuliah

T2: Memuatnaik nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran

dari semasa ke semasa

T3: Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-

pembelajaran

T4: Menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran

Page 11: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Majoriti bersetuju dengan tanggungjawab pertama & keempat.

Penerimaan ini bergantung kepada tahap insiatif dan motivasi individu untuk belajar.

Tahap penerimaan tanggungjawab kedua & ketiga adalah pada tahap sederhana.

Ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perlu dilakukan merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutin harian mereka terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan.

DAPATAN KAJIAN

Page 12: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan e-

pembelajaran

Faktor mempunyai kemudahan komputer

peribadi

Mempunyai kemahiran dalam bidang ICT &

perkomputeran

Sering mengikuti kursus dan latihan mengenai

ICT

DAPATAN KAJIAN

Page 13: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.Kesan penggunaan dan kemampuan pelajar dalam mengoptimakan kelebihan teknologi IPT di Malaysia amat menggalakkan. Jika situasi seperti ini berterusan, e-pembelajaran akan menjadi antara pemangkin utama kepada sistem pendidikan di Malaysia pada tahun akan datang.

KESIMPULAN

Page 14: PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

SEKIAN, TERIMA KASIH