pembelajaran sepanjang hayat esei

17
TAJUK 28 : PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : ANTARA REALITI DAN HARAPAN PENGENALAN Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada elemen-elemen kecemerlangan yang ada di dalam diri penduduk atau sumber manusianya. Kita juga perlu tahu bahawa sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan dahulu mahupun sekarang bangsa-bangsa yang maju ataupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini. Dalam pada itu seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal dan bukanlah suatu beban atau tanggungan yang perlu dijaga bagi memastikan fungsinya sebagai pemangkin kepada usaha ke arah pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius. Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit. Apa yang menjadi persoalan di sini, bagi merealisasikan matlamat PSH ini bukan lah mudah. Adakah ianya realistik ataupun sekadar harapan semata-mata? Fahaman pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak 1

Upload: hurul-ain

Post on 21-Jan-2016

2.807 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pembelajaran sepanjang hayat

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

TAJUK 28 : PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : ANTARA REALITI DAN

HARAPAN

PENGENALAN

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada elemen-elemen kecemerlangan yang ada

di dalam diri penduduk atau sumber manusianya. Kita juga perlu tahu bahawa

sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada  pembangunan dengan

mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah

negara. Kalau kita perhatikan dahulu mahupun sekarang bangsa-bangsa yang maju

ataupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh

bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang

cemerlang ini.

Dalam pada itu seiring dengan perkembangan semasa,  kemasyhuran

penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih

selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah

modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal

dan bukanlah suatu beban atau tanggungan yang perlu dijaga bagi memastikan

fungsinya sebagai pemangkin kepada usaha ke arah pembangunan. Maka tidak

hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan

pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun

vokasional diberi perhatian yang serius.

Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berperanan besar

dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat

menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat

terbabit. Apa yang menjadi persoalan di sini, bagi merealisasikan matlamat PSH ini

bukan lah mudah. Adakah ianya realistik ataupun sekadar harapan semata-mata?

Fahaman pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit

daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan

pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education

Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau

1

Page 2: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak

atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.  

Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang

bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak

sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam

lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam

keseluruhan anggota masyarakat  dan kehidupan setiap ahlinya. Apa yang lebih

penting ialah pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang

mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil

bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

KONSEP DAN DEFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau

kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan.

Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar

adalah pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa

persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua

maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada penglibatan

pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati

fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran

berpusatkan guru (Elizabeth et al., 2002).

Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran

dan pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam

pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat

merangsang pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan

dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini

pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003).

Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan pelajar supaya

berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif

dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini adalah kaedah pembelajaran

2

Page 3: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

berdasarkan masalah yang menggunakan masalah kehidupan sebenar sebagai titik

permulaan terhadap pembelajaran (William, 2001; Dunlap, 2005). Terdapat banyak

hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan kaedah pembelajaran

berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam menyediakan

pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis, mengutamakan

pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.

Hasil kajian juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat

menambahkan pengetahuan, perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau

lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan daripada proses ini akan dapat dilihat

melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Pemahaman pelajar

terhadap masalah yang dikemukakan merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar

perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada

pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar. Manakala menurut Phillips (2000)

mengatakan dalam proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah

diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran akan lebih berkesan kepada para

pelajar.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ataupun pembelajaran sepanjang umur

bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat

khususnya orang dewasa. Dalam erti kata lain pembelajaran sepanjang hayat (PSH)

merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program

pemerolehan pengetahuan,kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau

tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja .Daya saing global

dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa

memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka.Hal ini juga dituntut oleh

majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti.Pada masa yang sama,sejajar

dengan pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan

menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan

kepuasan diri. Untuk itu, PSH melalui pendidikan jarak jauh,e-

pembelajaran,pembelajaran di tempat kerja dan separuh masa telah menjadi

3

Page 4: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

sebahagian budaya dan cara hidup ke arah menyokong pembangunan modal insan

selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.Menjelang

tahun 2020,pengiktirafan PSH tanpa mengira masa dan tempat menjadi amalan

biasa berpandukan MQF.

PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan

seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga

penambahan ilmu pengetahuan. Pembelajaran sepanjang hayat meliputi pelbagai

pendekatan untuk belajar. Ini termasuklah:

Amalan Membaca

Penyertaan Kursus Jangka Pendek

Penyertaan Kursus Jangka Panjang

Penyertaan Ceramah

BELAJAR sepanjang hayat bermaksud menuntut apa juga bentuk ilmu hingga

seseorang itu menghembuskan nafas terakhir. Mereka yang tidak termasuk dalam

golongan ini adalah kumpulan manusia yang dianggap ‘sudah mati sebelum mereka

sebenarnya mati’. Mereka tidak mengambil tahu apa juga yang berlaku di sekeliling

mereka.

Takrif belajar sepanjang hayat ialah membina kemahiran dan ilmu secara

berterusan bagi kehidupan seseorang sama ada secara formal atau tidak formal.

Mereka boleh belajar atau mengambil iktibar daripada sesuatu yang sudah berlaku

seperti sejarah atau sesuatu yang baru seperti perkembangan teknologi.

Setidak-tidaknya, seseorang perlu membaca akhbar atau mendalami soal

agama untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Belajar bahasa selain

bahasa ibunda masing-masing, adalah mempelajari sesuatu yang baru. Di Malaysia

saja, bagi orang Melayu, selain bahasa Melayu dan Inggeris, ada bahasa Mandarin

dan Tamil boleh dipelajari atau bahasa Arab. Begitu juga bagi orang Cina dan India.

Banyak seminar dan forum diadakan membincang soal ini.

Belajar sepanjang hayat dijadikan tajuk perbincangan di seluruh dunia. Setiap

negara sama ada daya usaha kerajaan sendiri, institusi pengajian tinggi, badan

bukan kerajaan, malah parti politik termasuk MCA di Malaysia, menjadikan belajar

4

Page 5: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

sepanjang hayat ini sebagai kempen supaya setiap insan menguasai ilmu. Ia

dijadikan agenda penting setiap rakyat. Belajar sepanjang hayat adalah satu nikmat

dalam kehidupan. Belajar adalah satu pencarian yang tidak akan berakhir.

Tidak ada seorang pun boleh mendakwa menguasai segala ilmu dunia.

Sepandai, sebijak dan sepintar mana sekali pun seseorang itu, ilmu yang dimilikinya

hanyalah ibarat setitik air dari sebuah lautan. Begitulah luasnya ilmu.

Konsep belajar sepanjang hayat ini mendapat sokongan seratus peratus di

mana saja ia dibincang, dibahas dan diperkenalkan. Tidak ada seorang pun yang

membantah idea ini. Belajar sepanjang hayat adalah antara topik istimewa yang

tidak ada pandangan negatif di mana saja ia dibincangkan. Ia adalah satu bidang

yang sesiapa juga tidak boleh menganggap mereka terlewat untuk belajar sama ada

dalam bentuk pelajaran akademik atau apa juga bidang kemahiran. Di kelas muzik

juga, kelihatan ramai golongan yang lewat usia, belajar bermain pelbagai alat muzik.

Warga emas yang bermain muzik perkara biasa di Eropah, Jepun, India, Timur

Tengah dan di mana juga. Seorang penyanyi atau pelakon tidak seharus mengakhiri

kerjaya mereka dengan menyanyi atau berlakon.

Universiti Utara Malaysia (UUM) umpamanya menyediakan program khas

untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka boleh

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan baru dalam bidang pengurusan dan

perniagaan untuk menjadikan industri hiburan lebih menarik. Seorang suri rumah

perlu belajar perkara baru seperti psikologi, komunikasi, kekeluargaan dan

sebagainya, selain pelajaran agama untuk membolehkan mereka lebih memahami

cara mendidik keluarga, atau setidak-tidaknya belajar resipi baru masakan.

Belajar sepanjang hayat tidak bermakna menelaah buku atau menyambung

pelajaran untuk memperoleh dua atau tiga ijazah doktor falsafah (PhD) atau sarjana

dalam bidang yang berbeza. Belajar bermakna mengambil tahu apa juga bidang atau

perkara baru. Sama ada pelajaran ini diperoleh secara teratur atau ‘ad hoc’ tidak

menimbulkan masalah asalkan ia sesuatu yang baru.

5

Page 6: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

ISU DAN CABARAN

Secara umumnya,PSH mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan

guna tenaga di samping mewujudkan warganegara yang aktif dan kesaksamaan

sosial.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) telah memberikan

penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan untuk

menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat

pendidikan dan latihan formal.PSH yang dilaksanakan oleh IPT adalah melalui

pendekatan pendidikan jarak jauh,pendidikan fleksibel,pengiktirafan pengalaman

bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi

peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.Pendidikan jarak jauh telah lama wujud

di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang

dapat memajukan dasar PSH.Ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang

semakin meningkat dan cara belajar pelbagai mod tanpa batasan masa dan

tempat.Antara kumpulan sasaran utama PSH ialah golongan dewasa yang

bekerja,suri rumah dan warga emas yang mahu memberikan sumbangan kepada

negara,menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran.

Peruntukan pembangunan modal insan di bawah RMKe-9 adalah sebanyak

RM45.15 bilion.Daripada jumlah ini, sebanyak RM11.27 bilion diperuntukkan untuk

sokongan pendidikan lain dan sebanyak RM 4.793 bilion untuk tujuan latihan.Selain

peruntukan untuk pembangunan modal insan,kerajaan juga telah memperuntukkan

sejumlah RM5.462 bilion untuk program pembangunan belia yang terdiri daripada

latihan kepimpinan,latihan kemahiran, latihan perniagaan,latihan

pengurusan,pembangunan keusahawanan,Rakan Muda dan pencegahan serta

pemulihan. PSH adalah salah satu daripada cabang pengajian untuk individu

mendapat manfaat daripada program yang disediakan oleh pelbagai institusi latihan.

Penjenamaan semula kolej komuniti telah dilancarkan oleh Y.A.B.Perdana

Menteri pada 2 Februari 2007.Penjenamaan ini adalah bertujuan untuk

mempertingkatkan pembangunan modal insan berkualiti melalui tawaran program

pengajian di peringkat diploma,dan menggalakkan kolaborasi antara kolej komuniti

dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta swasta.Di samping itu,di bawah

penjenamaan semula ini,kerajaan juga menyediakan bantuan kewangan kepada para

pelajar yang layak di peringkatsijil.Penyediaan kurikulum dan pelaksanaan program

pengajian di peringkat diploma sedang digubal oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan

6

Page 7: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

Kolej Komuniti (JPPKK).Kini,setelah 6 tahun beroperasi sejak tahun 2001, terdapat

37 buah Kolej Komuniti di seluruh negara yang memberikan peluang kepada semua

lapisan masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran.Sebanyak 25 buah

Kolej Komuniti akan dibina di bawah RMKe-9 dengan peruntukan kira-kira RM500

juta. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh kolej komuniti melibatkan penawaran

kursus yang relevan dengan keperluan industri dan memperkukuh hubungan

rangkaian strategik dengan industri yang bertujuan untuk menghasilkan pelajar

berdaya saing dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Pada tahun 2001,apabila kolej komuniti ditubuhkan,enrolmen pelajar adalah

seramai 1,108 orang.Pada tahun 2006,jumlah enrolmen pelajar telah meningkat

kepada 11,193 orang,dan peningkatan ini menggambarkan kenaikan melebihi 10 kali

ganda dalam tempoh 2001- 2006.Oleh itu,kolej komuniti bukan sahaja terkenal tetapi

yang lebih penting menjadi laluan alternatif pengajian kepada pelajar berkaitan.

Dengan penambahan kapasiti dan penjenamaan semula kolej komuniti, jumlah

enrolmen pelajar akan terus meningkat menjelang tahun 2020. Institusi pengajian

tinggi utama yang menyediakan peluang untuk PSH ialah Universiti Terbuka

Malaysia (OUM)9yang ditubuhkan pada tahun 2002.Kini,OUM mempunyai jumlah

enrolmen pelajar melebihi 50,000 orang.Peranan OUM diperlengkap oleh Universiti

Tun Abdul Razak (UNITAR) yang kini mempunyai enrolmen pelajar melebihi 10,000

orang dan Universiti Terbuka Wawasan (WOU) yang baru beroperasi telah

mempunyai lebih 1000 pelajar pada sesi Julai 2007/2008. Berdasarkan prasarana

yang sedia ada,jaringan kerjasama yang telah terjalin,promosi dan kemudahan

pengajaran serta pembelajaran yang diterajui oleh IPTS,maka IPTS tersebut

berupaya untuk menjana dan mempertingkatkan bilangan enrolmen pelajar PSH

menjelang tahun 2020.

Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan

perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan

berlakunya perubahan persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang Hayat

(PSH) adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh

individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan

perubahan berterusan seseorang. Polisi PSH adalah sebahagian usaha kerajaan

Malaysia untuk pelaburan terhadap rakyat. Pembangunan sumber manusia

berterusan untuk mengekalkan strategi utama memastikan tenaga pekerja di

Malaysia mampu bersaing di peringkat global. PSH menjadi wacana kepada latihan

7

Page 8: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

pendidikan untuk meningkatkan prestasi, kerja dan pengetahuan, kemahiran dan

tahap pendidikan seseorang individu.

Setiap orang boleh belajar bagi meneruskan bidang yang sama mereka ceburi

atau bidang baru mengikut minat masing-masing. Seseorang profesor mungkin perlu

belajar mengenal bunga dan bercucuk tanam yang sebelum ini begitu asing baginya.

Profesor Diraja Ungku Aziz umpamanya terus belajar hingga ke hari ini dan

mengumpul ribuan pantun Melayu yang dianggap sebagai khazanah bangsa. Ada

juga orang yang sudah lewat usia baru mahu belajar mengenai enjin kereta.

Selama ini dia hanya tahu menghidupkan enjin dan memandunya manakala

menghantarnya ke bengkel bila ada masalah atau rosak. Seorang doktor atau

peguam mungkin boleh belajar menulis untuk membolehkan mereka menulis

pengetahuan dan pengalaman mereka supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Seorang menteri perlu belajar pelbagai bidang baru sekurang-kurangnya melalui

pembacaan untuk memudahkan mereka melakukan perubahan membangunkan

rakyat dan negara.

Sudah tentu seseorang Perdana Menteri atau Presiden sesebuah negara perlu

mengetahui pelbagai perkara melebihi daripada orang lain. Ini bermakna bangun saja

dari tidur hinggalah melelapkan mata, mereka belajar dan terus belajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah seseorang yang

mementingkan ilmu dan menerima hakikat bahawa setiap orang perlu belajar

sepanjang masa. Pelbagai perubahan yang dilakukannya untuk Malaysia adalah

berasaskan ilmu baru yang dipelajarinya dengan pelbagai cara untuk membangun

rakyat dan negara ini.Seperti pernah dilaporkan, Najib sendiri mengikuti pelbagai

kursus terbaru mengenai Strategi Blue Ocean yang disampaikan oleh penulis buku

berkenaan, W Chan Kim

Hari ini kita dengar ramai yang belajar separuh masa – siang bekerja, malam

menghadiri kelas atau kuliah. Semua ini dilakukan kerana mereka sedar pentingnya

ilmu dan pelajaran. Walaupun sekarang mereka ialah seorang kerani, dalam tempoh

beberapa tahun akan datang, mereka mungkin dipertimbang ke jawatan lebih tinggi

jika mempunyai diploma, ijazah atau ijazah lebih tinggi daripada itu. Tidak ada

seorang pun boleh mengatakan bahawa belajar itu adalah sesuatu yang merugikan

sama ada dari segi wang, tenaga dan masa. Kerajaan menyediakan segala peluang

untuk menggalakkan seseorang itu terus belajar. Cuba pandang di sekeliling. Setiap

perubahan adalah berpunca daripada idea baru yang dijelmakan hasil daripada

8

Page 9: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

pelajaran. Ahli sains dan teknologi dalam bidang teknologi komputer dan teknologi

maklumat umpamanya, malah jurutera dan juruteknik wajib terus belajar untuk

mencipta sesuatu yang baru dan bersaingan. Jika tidak, mereka akan ketinggalan.

Tambahan pula, fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran

kepada semua negara di dunia khususnya di negara membangun seperti Malaysia.

Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta

mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus

maju melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan

berpengetahuan tinggi.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran

sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan

negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti

dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam

pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada

pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara.

Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal

insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada

kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan

kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi

memaju dan membangunkan ekonomi negara.

Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua

pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun

ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang

menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan

ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali

bagi individu tersebut.

Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun

2020 dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga

64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk

program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan

kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan

pembangunan ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk

Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan

9

Page 10: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha

ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak

jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior

learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan

kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP)

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan

memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:

Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH;

Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta

memberi pengiktirafan dan akreditasi PSH;

Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar

tiada pertindihan program dan aktiviti;

Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;

Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan pemantauan program

aktiviti PSH secara berkala.

MINI KAJIAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

MINI KAJIAN 1

KEPERLUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BAGI TENAGA PENGAJAR

DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN DI MALAYSIA oleh Mimi Mohaffyza binti

Mohamad & Che Munira binti Che Razali (Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia)

Fokus terhadap pengisisan PSH di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji

keperluan PSH dalam kalangan tenaga pengajar di institut latihan kemahiran di

Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kemahiran sedia ada tenaga

pengajar sama ada sesuai atau tidak dengan kehendak industri, mengenalpasti

latihan yang diperlukan, mengkaji hubungan yang signifikan terhadap perlaksanaan

PSH untuk meningkatkan kemahiran teknikal tenaga pengajar dan berdasarkan

10

Page 11: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

daripada keperluan-keperluan yang dianalisis satu profil PSH akan dihasilkan.

Kajian ini telah dijalankan di dua buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang

menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dalam

bidang kemahiran. Kajian dijalankan untuk mengetahui perlaksanaan PSH di institut

berkenaan dan hasil dari maklumbalas dan dokumen-dokumen yang diperolehi satu

profil PSH khusus untuk tenaga pengajar kemahiran akan dibangunkan. Teori

perlaksanaan PSH oleh Micheal dan Diane yang telah diubahsuai dari mengikut

kesesuaian kajian akan digunakan sebagai panduan pembangunan profil ini di

samping data-data uyang diperolehi dari institut kemahiran yang dipilih sebagai

lokasi kajian. Sesi temubual, dokumen analisis dan edaran soal selidik adalah

instrumen yang akan digunakan untuk membangunkan item latihan kemahiran

MINI KAJIAN 2

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: ISU,CABARAN DAN PERANAN

SEKOLAH MEMBANGUN MODAL INSAN DALAM KOMUNITI SETEMPAT

oleh Ramlan Bin Zainal Abidin,Dr. Ahmad B. Esa Prof. Dr. Wan Mohd. Rashid B.

Wan Ahmad (Fakulti Pendidikan Teknikal ,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Dalam kehidupan bermasyarakat pendidikan tidak formal telah berlaku sejak

zaman berzaman lagi sebagai pusingan untuk meneruskan kehidupan dikenali

sebagai pendidikan seumur hidup. Perubahan yang berlaku di era globalisasi di

mana ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan menjadikan pendidikan sepanjang

hayat sebagai agenda kerajaan untuk mencorak modal insan mengikut acuan

semasa. Walaupun kadar celik huruf tinggi dan masyarakat Malaysia pandai

membaca, menulis dan mengira tetapi mereka kurang berminat dan bersemangat

untuk membaca bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Banyak

institusi yang telah mempelopori kursus pembelajaran sepanjang hayat namun tidak

ada perubahan yang ketara untuk mengubah persepsi negatif ini. Cabaran

seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat

dan tahap pendidikan di negara kita dikatakan kian merosot. Kertas kerja konsep ini

mencadangkan sekolah yang dilihat mempunyai potensi yang besar kearah itu

memandangkan pengiktirafan sekolah sebagai pusat sosialisi, kedudukannya yang

hampir dihati masyarakat dan amalan kolaborasi boleh membawa kepada menang-

11

Page 12: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

menang kepada sekolah dan komuniti. Apa yang diperolehi daripada pemerhatian

dan literatur ialah kekangan dan halangan yang utama adalah terletak kepada

kepimpinan sekolah di mana mereka juga kurang mendapat tempat dalam

kepimpinan komuniti setempat

MINI KAJIAN 3

TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN KONSEP PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT SPH DI UTM Yek Leh Chiong

(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Tahap Kefahaman Dan Amalan

Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) Dalam Kalangan Pelajar Tahun

Empat SPH Di UTM. Seramai 89 orang pelajar tahun empat SPH dikaji dalam

kajian kes ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik.

Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan

memperolehi nilai 0.92. Data- data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis

dengan menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS) versi

15. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kefahaman dan pengamalan pelajar

terhadap pendidikan sepanjang hayat adalah tinggi. Selain itu, hasil kajian juga

menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mendorong pelajar

dalam mengamalkan pendidikan sepanjang hayat. Walaupun tahap

kefahaman dan pengamalan adalah tinggi, pengkaji akan mengemukakan

beberapa cadangan bagi membolehkan pendidikan sepanjang hayat difahami

dan diamalkan pada tahap yang maksimum.

12

Page 13: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

KEKANGAN DAN HALANGAN MEREALISASI PSH

Dewasa ini banyak instusi pendidikan yang lain telah melaksanakan program

pembelajaran sepanjang hayat seperti kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia namun ia dilihat sedikit masalah kerana ia lebih bersifat nasioanal dan

kurang memahami budaya setempat. Tedapat jurang yang besar dari segi pergaulan

dan memahami keperluan komuniti setempat juga mengundang pelaksanaan kursus

pembelajaran sepanjang hayat menjadi perlahan. Sekolah dilihat sangat bersesuaian

jika sekadar mengendalikan kursus-kursus pendek sepanjang hayat. Penekanan

hendaklah diberi bagi meningkatkan peluang mendapatkan pendidikan pada semua

peringkat sejajar dengan pendemokrasian dasar pendidikan (Mohd. Ismail, 2005).

Kekangan dan halangan yang utama adalah disandarkan kepada kepimpinan

sekolah kerana kunci pelaksanaannya terletak ditangannya iaitu guru besar atau

pengetua sekolah. Sejauh manakah guru besar memahami bahawa peranan mereka

sangat besar bukan sahaja kepada pendidikan formal di sekolah tetapi juga

pendidikan tidak formal dalam komuniti setempat. Namun peranan guru besar dalam

komuniti kian terhakis menjadikan mereka kurang mendapat tempat dalam pimpinan

komuniti berbanding di era awal kemerdekaan.

Pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat bukanlah terpikul

sepenuhnya kepada kepimpinan sekolah tetapi ia berperanan sebahagian daripada

anggota komuniti untuk memberi idea intelek yang boleh menggerakkan aktiviti

tersebut. Guru perlu menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan sepanjang

hayat (B.H Rabu, 16 Mei 2007). Kepimpinan sekolah merupakan individu yang

penting untuk membangunkan komuniti seiring dengan peranan ketua kampung dan

penghulu mukim. Mereka dilihat lebih memahami keperluan masyarakat malah lebih

dekat dengan ibu bapa dan penjaga murid sekolah. Kepimpinan sekolah tidak perlu

mengorbankan peranan sekolah terhadap pendidikan formal. Apa yang komuniti

perlukan ialah idealisme kepimpinan sekolah disamping memberi sedikit ruang

kepada komuniti menggunakan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan kepentingan

murid-murid sekolah.

Kepimpinan sekolah tidak perlu merasakan idea dan konsep ini sebagai

beban kepada sekolah tetapi mesti melihat kaedah mengajar orang-orang dewasa

sebagai cabaran dan bukan halangan kepada pelaksanaan program pembelajaran

sepanjang hayat. Sekolah perlu menjadi peneraju dalam menggerakkan guru-guru

13

Page 14: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

bukan sahaja menguasai pedagogi tetapi juga menguasai andragogi. Andragogi atau

pembelajaran orang dewasa adalah proses berterusan dalam jangka masa yang

panjang dimana melibatkan mereka yang sudah matang dari segi pemikiran (Mohd.

Azhar et.al., 2004). Cara sebegini sangat berkesan kerana melalui penglibatan

mereka mengajar orang-orang dewasa sebagai pengalaman baru.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, PSH perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang

dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi

mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka.Setiap individu berpeluang

mengikuti PSH tanpa mengira di mana mereka berada, dalam apa-apa jua keadaan

atau situasi,umur dan latar belakang mereka.Usaha yang dilakukan oleh KPT bagi

memberikan pengiktirafan dan menambah laluan PSH merupakan kesinambungan

daripada strategi yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian dan agensi sebelum

ini.PSH boleh dijadikan sebagai satu budaya setiap individu yang berbilang kaum di

Malaysia yang dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang

berkualiti dan seterusnya kepada kemajuan negara.Sebagai kesimpulan,KPT

mempunyai peranan dalam usaha menyemarakkan pertumbuhan PSH melalui

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran,penyediaan

penarafan,peningkatan akses pendidikan tertiari serta peningkatan pelbagai mod dan

laluan kepada setiap individu

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran

sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali

juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi

kuasa) dan enjoyment(keseronokan).

Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang

menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk

mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa

Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini

mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever"  di mana ahli

masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi

14

Page 15: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka

minati.

Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini

merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat

syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan

penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.

Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi

kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai

daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara

tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan

hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed

and Rossetti tadi sebagai empowerment.

Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun

keupayaan dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga

merupakan satu keseronokan(enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu

pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana

seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara

dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih

lanjut lagi tentang perkara tersebut.  

Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan

ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama yang

diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w  di dalam surah al-‘alaq adalah berupa

satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf

(ummiyy) dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut.

Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa

Allah s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain

daripada itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia

mahupun kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan kebendaan,

kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan

kepada kita untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu

proses yang berterusan dan berpanjangan.

Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang

diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas

tiap-tiap orang Islam."

15

Page 16: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang

termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua

peringkat usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang tua,

kaya mahupun miskin. Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan

Islam, pemahaman bahawa ilmu itu wajib dituntut walau dalam keadaan apa jua

sekalipun telah melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Iman Shafie (lahir sebagai

seorang anak yatim yang miskin), Ibn Taimiyyah (lahir semasa keadaan siasah Islam

berada dalam kacau bilau, al-Jahiz (seorang abdi berkulit hitam) dan lain-lain lagi.

Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham

pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang

dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam

Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat jika

dibanding dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mahupun

Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 an dan awal

2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan

dalam bidang keilmuan ini.

Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan

negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu,

kerajaan Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha

penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra

sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan juga vokasional.

Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur

peluang pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama kepada

seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan kerajaan Malaysia

adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic). Ia berhasrat untuk

melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya tetapi pada masa yang

sama mempunyai keperibadian yang unggul.

Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan

menjadi suatu realiti dan bukannya harapan semata-mata. Apalah guna menjadi satu

bangsa yang maju jika kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan.

Sebaliknya kita mahu menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam

semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh

Ahmad dan al-Hakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang

16

Page 17: Pembelajaran Sepanjang Hayat Esei

bermaksud:Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya)

adalah akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya.

17