campuran pemasaran

Upload: zhankuan

Post on 13-Jan-2016

339 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

marketing mix of company

TRANSCRIPT

CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI MAXIS

CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI MAXIS

DISEDIAKAN OLEH SWEE LEE CHEN (A148195)LEW YI TING (A148095)PUA KAI SIANG (A148950)KHEO CHENG TONG (A147571)TAN PEI WEN (A148338) FONG LIP SEAN (A150724)

PENGENALANSyarikat Maxis Sdn.Bhd dipilih untuk mengkaji campuran pemasaran yang diamalkan oleh organisasi tersebut.

Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini :a)Pencarian maklumat tambahan melalui internetb)Temu bual

Temu bual dijalankan oleh ahli kumpulan kami bersama dengan pengurus Maxis yang bernama Benny Choo Cho Ming pada 29 April 2015.

Beliau memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa temu bual dijalankan.a)Bersedia menjawab soalan temu bual yang kami kemukakan.b)Memberi penerangan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maxis kepada ahli kumpulan kami.2

LATAR BELAKANG MAXIS Ditubuhkan di bawah nama Binariang Sdn. Bhd pada awal tahun 1993. Pengasas : Tan Sri Anandha Krishnan Ibu Pejabat : terletak di Menara Maxis Kuala Lumpur / bersebelahan dengan Menara KLCC. Merupakan pengendali perkhidmatan telekomunikasi yang terbesar di Malaysia pada masa kini. Menawarkan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia : Pelan panggilan prabayar (Hotlink) Pelan langganan bulanan Perkhidmatan MMS, 3G dan 4G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar Perantauan global Internet jalur lebar berwayar atau tanpa berwayarPRODUK / PERKHIDMATANLIMA PERINGKAT PRODUKPRODUK TERASManusia memerlukan satu platform yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain.

PRODUK SEBENARPengguna Maxis menikmati rangkaian talian yang stabil.

PRODUK TAMBAHANLayanan staf jualan yang ramah-tamah.Jaminan waranti dalam tempoh satu tahun.

PRODUK JANGKAANMenikmati penggunaan internet tanpa had.

PRODUK BERPOTENSIMaxis Wifi-Modem boleh diubahsuai supaya lebih mesra alam sekitar. Dapat berfungsi tanpa elektrik atau bateri.

6PENENTUAN CAMPURAN PRODUKKELUASAN CAMPURAN KELUARAN

Sempit

Hanya menawarkan tiga lini keluaran sahaja : a) Perkhidmatan internet b) Pelan prabayar c) Pelan pascabayar

KEDALAMAN CAMPURAN KELUARAN

Perkhidmatan internetMaxis Wireless Internet BroadbandMaxis Home Wireless InternetMaxis Home Fibre Internet

Pelan prabayara) pakej-pakej yang berbeza

Pelan pascabayarpakej-pakej yang berbeza

Contoh : One Plan, Surf More, I-Value, pelan keluarga

PENJENAMAAN

Maxis merujuk kepada jenama yang digunakan bagi perkhidmatan talian pascabayar.

Lambang warna hijau.Hotlink merujuk kepada jenama yang digunakan untuk perkhidmatan talian prabayar.

Lambang warna merah.PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN

TIDAK begitu mementingkan aspek-aspek pembungkusan yang menarik.

Sebab ?????? Pengguna inginkan perkhidmatan rangkaian talian yang baik sahaja.

Mengambil kira elemen-elemen seperti tanda perniagaan dalam pembungkusan demi memudahkan pengguna membezakan perkhidmatan Maxis dengan telco lain.

Pelabelan : Syarikat Maxis akan memberi maklumat bercetak tentang produk seperti cara menggunakannya.

Contoh : kotak kecil kad sim prabayar mempunyai maklumat tentang cara mengaktifkannya dan kaedah menyemak baki kredit.

PROMOSIFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN CAMPURAN PROMOSIPENGIKLANAN Digunakan secara intensif oleh Maxis bagi pakej-pakej baru yang ingin diperkenalkan.

JUALAN SECARA LANGSUNGPelan-pelan talian yang ditawarkan oleh Maxis merupakan perkhidmatan yang perlu disesuaikan mengikut keperluan pelangan.Pelanggan memerlukan penerangan yang teliti daripada staf jualan bagi membantu mereka membuat keputusan pembelian.

PROMOSI JUALAN ( Potongan Harga, Tawaran Istimewa, Rebat, Premium, Promosi Jurujual dan Pengedar)Ingin memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia menggunakan perkhidmatan Maxis.Meningkatkan jualan .SALURAN PENGEDARANPERINGKAT SALURAN PENGEDARANPengeluar PenggunaMaxis Centre yang akan memberikan perkhidmatan secara terus kepada pelanggan mereka tanpa melalui agen-agen Maxis atau Hotlink.Contoh urusan : termination, aduan terhadap perkhidmatan, masalah kontrak, menyemak amaun blacklist dan menukar nama pemilik nombor telefon.

Pengeluar Ejen PenggunaSyarikat Maxis memberi hak kepada agen Hotlink dan Rakan Niaga Ekskusif Maxis mengendalikan urusan-urusan pelanggan tertentu.Contoh : Memberi perkhidmatan prabayar kepada pelanggan. (Hotlink) Mengendalikan urusan pembayaran, pendaftaran pelan pascabayar, penggantian kad sim. (Maxis)

HARGASTRATEGI PENENTUAN HARGAPENENTUAN HARGA BARISAN KELUARAN

PENENTUAN HARGA SEBUNGKUSAN KELUARAN

Pelan pembelian telefon pintar dengan langganan pelan pascabayar Dengan syarat menggunakan pelan pascabayar Maxis tertentu sama ada satu tahun atau dua tahun (kontrak), pelanggan boleh membeli sesebuah telefon pintar dengan harga yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pembelian setiap item secara berasingan.

PENENTUAN HARGA DUA BAHAGIANHarga perkhidmatan dibahagikan kepada dua iaitu : Bayaran tetap + Kadar penggunaan berubah

FAKTOR-FAKTOR PENENTUAN HARGAKEPIMPINAN PASARANObjektif syarikat Maxis : Menjadi pemimpin pasaran bagi industri telekomunikasi di Malaysia.Meletakkan harga seberapa rendah yang boleh demi mencapai objektif tersebut.

KosHarga yang ditetapkan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Maxis mesti menampung kos tetap dan kos pengeluaran.

Kos, Harga dan Tawaran PesaingSangat sensitif terhadap harga perkhidmatan yang ditetapkan oleh pesaing.Apabila telco lain menawarkan pakej baru, Maxis juga perlu menawarkan pakej baru yang setanding dengan telco lain agar dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan mereka.

KOMEN DAN CADANGANMempertimbangkan keperluan pelajar dan menawarkan pelan pascabayar yang sesuai digunakan oleh mereka.

Membuat pertimbangan supaya meningkatkan kuota internet data pada waktu puncak.

Merendahkan harga yang dikenakan bagi perkhidmatan Maxis Wireless Internet Broadband.

Memperbanyak lagi pilihan jenis jenama telefon pintar dalam pelan pembelian telefon pintar bersama langganan pelan pascabayar.

Melakukan pengubahsuaian kedai agen.MaxisU-MobileRM 68 SEBULANRM 68 SEBULAN4GB + 4GB5 GB + 5GB