latih tubi peluru

18
LONTAR PELURU 1.0 Pengenalan Atlit yang berbadan tinggi dan sasa biasanya mempunyai kelebihan dalam acara lontar peluru. Ketinggian tubuh membolehkannya melepaskan peluru itu dari sudut paras yang agak tinggi berbanding dengan atlit yang rendah. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang stabil dalam gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini di samping ciri-ciri tubuh yang tersebut di atas. 2.0 Sejarah Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan

Upload: zachryprolahok80yaho

Post on 05-Dec-2014

230 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latih Tubi Peluru

LONTAR PELURU

1.0 Pengenalan

Atlit yang berbadan tinggi dan sasa biasanya mempunyai kelebihan dalam acara

lontar peluru. Ketinggian tubuh membolehkannya melepaskan peluru itu dari

sudut paras yang agak tinggi berbanding dengan atlit yang rendah. Badan yang

sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang stabil dalam

gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu

faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini di

samping ciri-ciri tubuh yang tersebut di atas.

2.0 Sejarah

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan

dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti

melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang

Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta

acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka

lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima

sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap

kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga

yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini,

peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang

berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan

lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini,

Page 2: Latih Tubi Peluru

acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek.

Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun

1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada

tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada

bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat

melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat

pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada

peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

3.0 Fasa pergerakan Melontar peluru

Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada

yang berikut:

(A) Pegangan peluru

(B) Lakaun sedia

(C) Lungusuran

(D) Kilasan badan

(E) Lontaran

(F) Pulihan

3.1 Cara memegang peluru

Ada dua cara memegang peluru yang lazim digunakan iaitu :

1. Gaya Tiga Jari

Page 3: Latih Tubi Peluru

Peluru diletakkan pada pangkal tiga jari tengah dan di atas ibu jari. Jari

kelingking agak bengkok dan berada di samping peluru. Jari-jari agak

renggang. Kaedah ini sesuai bagi individu yang mempunyai jari-jari yang

kuat. (Rajah 6.1 dan 6.2)

2.

2.

2.

2.

2. Gaya Lima Jari

Semua jari digunakan untuk mengawal peluru yang terletak pada pangkal

jari. Ibu jari digunakan sebagai penyokong dan pengawal dari sebelah

rusuk. (Rajah 6.3 dan 6.4)

3.2 Cara menempatkan peluru pada bahu

Sebenarnya,peluru itu tidak diletakkan tepat di atas bahu, tetapi agak turun

sedikit ke depan hingga bahagian peluru di di antara ibu jari dan telunjuk benar-

benar melekat pada tulang selangka,dan bahagian atas peluru ditekan sedikit ke

Page 4: Latih Tubi Peluru

arah tulang rahang; siku tangan di belakang peluru, kedudukan ini perlu

dikekalkan sehingga peluru dilepaskan. (Rujuk rajah 6. 5)

4.0 Teknik Melontar Peluru

(A) Gaya Parry O’Brien

(1) Lakuan Mulaan

Berdiri tegak membelakangi arah lontaran dengan kaki kanan,sedangkan kaki

kiri secara biasa ke belakang seperti diterangkan di atas. (Rajah 6.6 dan Rajah

6.7)

Page 5: Latih Tubi Peluru
Page 6: Latih Tubi Peluru

Condongkan badan seperti Rajah 6.7 jujukan 1 dan 2. Pada saat ini berat badan

dipindahkan ke kaki kanan. Gerakan meluncur ke belakang (iaitu,ke arah

lontaran) dilakukan dengan membengkokkan kaki kanan untuk berjingkit rendah

ke arah belakang iaitu ,sampai ke garis pusat bulatan (jujukan 3 dan 6).

Gerakan meluncur disertai dengan ayunan sepakan kaki kiri ke jauh-jauh ke

belakang,iaitu benar-benar dekat dengan kaki kanan mendarat garis pusat

bulatan dan ditempatkan di sebelah kaki kanan. Pandangan masih

membelakangi arah lontaran dengan badan dalam keadaan condong.

(2) Lakuan Lemparan

Pendaratan kaki kanan setelah berjingkit disusuli dengan putaran pinggul kanan

serong ke atas dan ke arah lontaran (perlu di sini bahawa putaran pinggul

kanan bermula sebelum mendaratnya kaki kiri di hadapan lingkaran).

Daya dari gerakan pinggul itu dipindahkan ke bahagian badan supaya bahu

berada di depan kaki kanan pada saat ia terkedang lurus. Semasa kaki kanan

berputar,kaki kiri hendaklah mendarat dengan segera di depan lingkaran ,iaitu

agak hampir di kiri kaki kanan. Dengan cara demikian,daya yang terkumpul dari

pergerakan awalan dapat dilihatkan ke kawasan lontaran. Masa mendarat serta

meluruskan kaki kiri itu adalah penting:jika terlalu awal atau lewat ini akan

mengurangkan jarak lontaran.

Gerakan melurus kaki kanan yang telah pun bermula tadi,diteruskan sehingga

ia menyebabkan putaran badan,serta pemindahan berat badan ke kaki kiri yang

telah pun mendarat tetapi agak bengkok.Gerakan melurus kaki kiri disertai

dengan gerakan menolak dari bahu atau kedudukan awal.

Selanjutnya tangan kanan dikuruskan ke arah sudut lontaran.Semasa kaki kiri

diluruskan dengan sepenuhnya peluru itu akan berada pada titik terjauh dari

badan: dan pada saat inilah peluru dilepaskan dengan dibantu oleh kekuatan

Page 7: Latih Tubi Peluru

bahu di peingkat awal dan tolakan (flip) dengan pergelangan tangan di peringkat

akhir.

(3) Lakuan Mengimbang semula

Setelah peluru dilepaskan,kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri

diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar

lingkaran-(Jujuk 12-15).

(B) Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

Page 8: Latih Tubi Peluru

(1) Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke

arah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih

kurang di bawah telinga), peserta hendaklah merendahkan badan dengan

membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat

bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

(2) Kilasan badan

Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan

ke hadapan. Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan

dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula

menolak peluru.

(3) Lontaran

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil

menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar

keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan pelontar mengakhiri

pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan

peluru sehingga peluru itu mendarat.

(4) Pulihan

Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan

badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu, fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya

ini.

Page 9: Latih Tubi Peluru

(C) Gaya melungsur selangkah

(1) Lakuan sedia

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan

kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya,

bongkakkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan

dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan

dengan hujung kaki ). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan

kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya

dibengkokkan sedikit.

(2) Lungsuran

Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar

dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan

secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas

kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok

(jangan tegakkan badan semasa melungsur ). Kaki kiri pelontar pula diletakkan

di hadapan bulatan.

(3) Kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,

pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke

belakang.

(4) Lontaran

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghendap ke arah lontaran ), kaki

yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga

badan menjadi terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli

dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan

bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan

Page 10: Latih Tubi Peluru

mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan untuk

menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah

semasa peluru dilontar.

(5) Pulihan

Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan

terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan

hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada

pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki

kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan ) dan pada masa yang

sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu

imbangan badan.

Page 11: Latih Tubi Peluru

5.0 Perkara yang penting dalam lontaran peluru

1. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus

dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

2. Gerakan berjingkat(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu

tinggi-(iaitu,lakukan seberapa rendah yang boleh).

3. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan, peluru

hendaklah berada di bahu dan siku yang sentiasa di belakang

peluru. Sebelum peluru lepas dari bahu pandangan hendaklah

ditumpukan ke arah sudut lontaran.

4. Dari permulaan hingga peluru lepas dari tangan,tangan kiri

hendaklah selalu diangkat,iaitu pada aras dada. Di peringkat

sebelah kiri dapat dikurangkan.

5. Pada saat peluru akan ditolak sehingga ia jatuh di

tanah,pandangan ditumpukan kepada peluru. Semasa pergerakan

awalan,iaitu semasa meluncur,pandangan hendaklah

membelakangi arah lontaran.

6.0 Peraturan asas acara lontar peluru

(A) Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.

(B) Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan

sebelah tangan sahaja.

(C) Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi

atau papan penahan.

(D) Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah

dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri

tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan

seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.

Page 12: Latih Tubi Peluru

(E) Peluru yang dihantar mestilah mendarat dalam kawasan garis

sektor.

(F) Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan

melalui bahagian belakang bulatan.

Page 13: Latih Tubi Peluru

7.0 Latih tubi Pembinaan

1. Lontaran melepasi Kepala

Boleh membina kekuatan kaki dan belakang badan serta berguna sebagai

aktiviti memanas badan.

2. Lontaran Dari Paras Dada

Latihan ini bolah membina kordinasi antara kaki,badan,lengan dan

pergelangan tangan.

Page 14: Latih Tubi Peluru

3. Lontaran Ke Dapan

Latihan ini berguna untuk melatih kederasan pinggul.

8.0 Pembelajaran secara Ansur Maju (Rajah 6.13)

1. Lontaran Berdiri-Dari Depan

Pegang peluru dengan cara betul dan berdiri menghadapi arah lontaran.

Tolak peluru sejauh yang boleh dan buat tanda pada tempat jatuhnya

(Rajah 6.13)

Page 15: Latih Tubi Peluru

2. Lontaran Dari Depan Dengan Membengkokkan Kaki

Berdiri seperti rajah di sebelah,tetapi bengkokkan badan dan putar badan

ke kanan sejauh yang boleh tanpa menggerakkan tapak kaki. Kilas badan

serta luruskan kaki ke arah depan (kiri). Tolakan peluru sejauh yang boleh

dan tandakan tempatnya ianya jatuh (Rajah 6.14).

3. Lontaran sisi

Berdiri ke sisi,iaitu bahu kiri kea rah lontaran. Bongkokkan kaki kanan dan

lontar peluru dengan memutarkan pinggul kanan seperti dalam Rajah

6.15.

Page 16: Latih Tubi Peluru

4. Lontaran dengan Membelakangi Kawasan Lontar

Berdiri ke sisi tengah bulatan dengan kaki dijarakkan. Ubah kedudukan

kaki kanan seperti dalam Rajah 6.16(b) supaya membelakangi arah

lontaran. Pindahkan barat badan ke kaki kanan dan kaki kiri juga

dibengkokkan badan ke depan. Kaki kanan dan kaki kiri juga

dibengkokkan juga dibengkokkan pada lutut. Mula dengan putaran pinggul

kanan dan luruskan kaki. Tolak peluru dengan kuat. Setelah melepasi

peluru,songsangkan kedudukan kaki supaya dapat mengawal imbangan

badan dalam Rajah 6.16(c).

5. Lontaran dengan Membelakangi Arah Lontaran

Berdiri dengan membelakangi arah lontaran. Kaki kanan di tengah bulatan

dan kaki kiri berhampiran dengan lingkaran. Bengkokkan lutut dan lontar

seperti Rajah 6.17. Songsangkan kedudukan kaki untuk mengawal

imbangan badan.

Page 17: Latih Tubi Peluru

6. Teknik Penuh

Lakukan teknik keseluruhan seperti dalam Rajah 6.18. Mula di hujung

lingkaran dengan membelakangi arah lontaran.