pedagogi moral

2
1.0 PENGENALAN Kini, masalah sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi -jadi di negara kita. Setiap hari, berita tentang perkara tersebut terpampang di dada- dada akhbar. Ada antara masalah tersebut telah menjadi kes polis. Apakah punca/ sebab / faktor yang menyebabkan mereka melakukan perkara tersebut? Apakah implikasi/kesannya daripada gejala tersebut ? Apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut? Masalah sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia. Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Di antara gejala yang kerap kita dengari adalah: Pembuangan bayi Gengsterisme Mencuri dan merompak Seks luar nikah Penderaan anak Minum minuman keras Ponteng sekolah Perlumbaan haram Penculikan Merogol Merokok Penagihan dadah Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini. Walauapapun, mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab semua golongan masyarakat.Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih dan sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu. Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan mengambil tindakan dan cara yang sewajarnya daripada pelbagai pihak. Pada semester ini, kami diberi peluang mengkaji isu-isu moral tempatan di Malaysia. Dua isu moral yang saya bincang ialah gengsterisme dan penculikan.

Upload: hui-min

Post on 11-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ELM 3013

TRANSCRIPT

Page 1: Pedagogi moral

1.0 PENGENALAN

Kini, masalah sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi -jadi di negara kita.

Setiap hari, berita tentang perkara tersebut terpampang di dada-dada akhbar. Ada antara

masalah tersebut telah menjadi kes polis. Apakah punca/ sebab / faktor yang menyebabkan

mereka melakukan perkara tersebut? Apakah implikasi/kesannya daripada gejala tersebut ?

Apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut? Masalah sosial

adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan

dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah

meruntuhkan sifat semulajadi manusia.

Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku.

Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa

dan media elektronik. Di antara gejala yang kerap kita dengari adalah:

Pembuangan bayi Gengsterisme

Mencuri dan merompak Seks luar nikah

Penderaan anak Minum minuman keras

Ponteng sekolah Perlumbaan haram

Penculikan Merogol

Merokok Penagihan dadah

Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan

gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini. Walauapapun, mendidik anak-

anak merupakan tanggungjawab semua golongan masyarakat.Tidak ada seorang ibu pun

yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah. Setiap

masalah pasti ada penyelesaian. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih dan sempurna

tanpa sebarang cacat celanya.  Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu

dengan corak dan warna yang tertentu. Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan

mengambil tindakan dan cara yang sewajarnya daripada pelbagai pihak.

Pada semester ini, kami diberi peluang mengkaji isu-isu moral tempatan di Malaysia.

Dua isu moral yang saya bincang ialah gengsterisme dan penculikan.

3.0 KESIMPULAN

Page 2: Pedagogi moral

Semua pihak perlu bekerjasama untuk berganding bahu menangani gejala sosial

dalam kalangan remaja ini supaya tidak menjadi lebih serius lagi. Hal ini demikian kerana

remaja merupakan aset yang sangat bernilai untuk membangunkan dan menerajui negara

pada masa akan datang. Remaja juga akan memastikan kedaulatan negara sentiasa

terpelihara di samping meneruskan tradisi dan budaya bangsa.

Kesimpulannya, isu moral yang semakin meruncing ini perlu ditangani dengan

bijaksana. Pendekatan hukuman masih relevan dikenakan sekiranya memang didapati

bersalah. Dalam sudut yang lain, pendekatan hukuman semata tidak relevan dikenakan

kerana menghambat minda kita untuk muhasabah dengan telus mengenai sesuatu isu yang

dibangkitkan. Oleh itu, pendekatan memahami dengan baik akan sesuatu isu amat penting

dalam mendidik rakyat supaya lebih berkesedaran sivik. Pendekatan mendidik ini amat

penting walaupun tidak popular, akan tetapi akhirnya dapat menyedarkan kita akan hakikat

kewujudan kita sebagai rakyat Malaysia dan membuatkan kita menjadi manusia yang

semakin baik dan rendah diri kepada Pencipta dan negara.

17