pedagogi

8
Kandungan Muka surat 1.0 Pemantauan 1.1 Pendahuluan 1.2 Perancangan Pengajaran 1.3 Pengenalan (Set Induksi) 1.4 Perkembangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. 1.5 Penutup Pengajaran dan Pembelajaran. 1.6 Interaksi Dalam Bilik Darjah. 2.0 Analisis 2.1 Pendekatan Yang Digunakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2.2 Teori Pembelajaran yang digunakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2.3 Model Pembelajaran yang digunakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2.4 Aspek Pengajaran yang diperlukan untuk penambahbaikan bagi meningkatkan pembelajaran pelajar termasuk aktiviti guru

Upload: izzat-amin

Post on 14-Feb-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pedagogi

TRANSCRIPT

Page 1: Pedagogi

Kandungan Muka surat

1.0 Pemantauan

1.1 Pendahuluan

1.2 Perancangan Pengajaran

1.3 Pengenalan (Set Induksi)

1.4 Perkembangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

1.5 Penutup Pengajaran dan Pembelajaran.

1.6 Interaksi Dalam Bilik Darjah.

2.0 Analisis

2.1 Pendekatan Yang Digunakan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

2.2 Teori Pembelajaran yang digunakan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

2.3 Model Pembelajaran yang digunakan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

2.4 Aspek Pengajaran yang diperlukan untuk penambahbaikan bagi

meningkatkan pembelajaran pelajar termasuk aktiviti guru dan

pelajar.

2.5 Pendapat tentang keseluruhan penyampaian pelajaran.

3.0 Rujukan.

1.0 Pemantauan

Page 2: Pedagogi

1.1 Pendahuluan.

Pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan

kemahiran kepada pelajar. Pengajaran yang berkesan bolehlah dijelaskan sebagai

satu pengajaran yang berupaya mencapai hasil pembelajaran atau objektif yang

telah dirancang atau setidak-tidaknya dapat memberikan kefaharnan kepada

pelajar.

Melalui penelitian penulis, penelitian telah dibuat terhadap video bertajuk :

“Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3”

Nama Guru : Norlaila binti Saad.

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia.

Tajuk : Ayat Majmuk.

Tahun : 3

Bilangan Pelajar : 25 orang pelajar.

Alamat URL : https://www.youtube.com/watch?v=5dnRSY3_vc8

1.2 Perancangan Pengajaran.

Rancangan pengajaran boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti

pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau

makmal dalam satu jangka masa tertentu. Guru perlu membuat perancangan bagi sesi

pengajarannya. Perancangan sebelum memulakan proses pengajaran merujuk kepada

keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran.

Page 3: Pedagogi

Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman

pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga

pelajar. Perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru

mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat

difahami pelajar.

Terdapat beberapa kepentingan persediaan mengajar dalam perancangan

pengajaran. Di antaranya ialah, ia membolehkan guru menentukan objektif pengajaran

yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga

dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

dengan objektif pengajaran serta dapat membantu guru memilih bahan dan sumber

serta aktiviti yang sesuai. Guru juga dapat memastikan semua isi pelajaran dapat

disampaikan kepada murid dengan baik. Di samping itu, persediaan mengajar dapat

memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam pengajaran

Daripada penelitian terhadap video “Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Malaysia Tahun 3”. Penulis dapat menyimpulkan, bahawa guru tersebut telah

membuat perancangan serta persiapan yang baik sebelum sesi pengajaran dan

pembelajaran dimulakan. Terdapat set induksi di awal sesi pengajaran dan

pembelajaran. Diikuti dengan isi pengajaran yang jelas dan mempunyai penutup serta

pengukuhan yang baik dari guru tersebut. Namun begitu, terdapat juga beberapa

kekurangan yang perlu dibaiki oleh guru tersebut.

Aktiviti Minit

Set Induksi 0.20 hingga 3.20

Perkembangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. 3.21 hingga 17.29

Penutup Pengajaran dan Pembelajaran. 17.30 hingga 21.20

Page 4: Pedagogi

1.1 Pengenalan (Set Induksi).

Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah merupakan

merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Set induksi digunakan untuk memperkenalkan sesuatu pengajaran atau topik baru

dalam suatu pengajaran yang dapat menarik minat murid terhadap apa yang akan

diajar seterusnya. Set induksi juga digunakan untuk membantu mengenal pasti apa

yang sudah diketahui dan menghubungkaitkannya dengan apa yang akan menyusul

kemudian.

Berdasarkan video tersebut, guru telah menggunakan set induksi berbentuk syair.

Di samping itu, beliau turut melakukan komunikasi dua hala dengan kaedah soal

jawab dengan pelajar kelas tersebut. Tempoh masa yang digunakan oleh guru untuk

set induksi adalah selama 3 minit.

1.2 Perkembangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru telah memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan

gambar situasi. Kemudian guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan

menjelaskan bagaimana menggunakan formula 1H 5W bagi mengembangkan isi

sesebuah karangan menggunakan ayat majmuk.

Guru turut mengaitkan dengan unsur keagamaan dalam sesi pengajaran. Sebagai

contoh adab-adab sebagai tetamu.

1.3 Penutup Pengajaran dan Pembelajaran.

Page 5: Pedagogi

Penutup pengajaran adalah suatu aksi atau penyataan dari guru yang direka khas

untuk menandakan guru akan membawa sesuatu persembahan kepada satu

kesimpulan yang sesuai. Proses penutup merupakan satu usaha guru secara sedar atau

di sengajakan untuk membantu pelajar menyusun semula maklumat yang telah

dipersembahkan kepada mereka dan akhirnyadapat melihat kaitan antara maklumat

tersebut.

Guru telah menutup sesi pengajarannya dengan nyanyian sebagai peneguhan

kepada pelajaran Bahasa Malaysia pada hari tersebut. Guru turut memberikan tugasan

yang perlu disiapkan di dalam kumpulan berdasarkan topik yang diajar pada hari

tersebut.

1.4 Interaksi Dalam Bilik Darjah.

Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru yang tiada

kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif

menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi.

Dalam video ini, guru tersebut telah melaksanakan interaksi dua hala, iaitu antara

guru dengan pelajarnya. Dengan adanya interaksi dua hala ini, didapati penglibatan

murid yang lebih aktif dan berkesan serta mewujudkan hubungan yang mesra antara

guru dan murid, murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan