panduan perlaksanaan & penulisan laporan projek pelajar (edisi3)

43
POLITEKNIK UNGKU OMAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR E3006/ E4006/ E5006 Edisi 3/ 2010

Upload: nazrul-ahmad-khalid

Post on 20-Jun-2015

2.928 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

POLITEKNIK UNGKU OMAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN

PROJEK PELAJAR

E3006/ E4006/ E5006

Edisi 3/ 2010

Page 2: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR

Tarikh dikeluarkan: Sesi Januari 2010

Edisi 3/ 2010

Disusun oleh;

En. Azhar Bin Jaffar

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Ungku Omar Malaysia

Page 3: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

PENDAHULUAN

Buku Panduan Perlaksanaan dan Penulisan Laporan Projek Pelajar

Semester Akhir ini disediakan khas untuk pelajar Sijil dan Diploma,

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam melaksana dan menyediakan laporan

akhir projek. Secara keseluruhannya, buku panduan ini ditulis

berpandukan format penulisan laporan sepertimana yang dinyatakan di

dalamnya untuk membantu pelajar supaya lebih faham dan jelas dengan

format tersebut.

Disediakan oleh

Unit Projek Pelajar,

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Hak Cipta Terpelihara @ 2010

Page 4: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

ISI KANDUNGAN i

SENARAI JADUAL iv

SENARAI RAJAH v

SENARAI LAMPIRAN vi

A. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR

I PENGENALAN 1

II DEFINASI PROJEK PELAJAR 1

III MATLAMAT 1

IV OBJEKTIF 1

V PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN 2

VI SISTEM PENYELIAAN 2

6.0.1 Buku Catatan Mingguan 2

6.0.2 Kertas Cadangan Projek 2

6.0.3 Pembentangan 3

6.0.3.1 PembentanganProjek (Sijil) 3

6.0.3.2 Pembentangan Pra Demo (Diploma) 3

6.0.3.3 Pembantangan, Pra Demo dan Demo (Diploma) 3

6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma) 4

6.0.4 Laporan Semester 5 4

6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6 4

VII PENILAIAN 4

VIII SYARAT KELULUSAN PROJEK 5

IX LAIN-LAIN 5

X KESIMPULAN 5

Page 5: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

B. PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK PELAJAR I MUKA DEPAN 6

II ISI KANDUNGAN 6

2.0.1 Abstrak Projek 6

2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek 6

2.0.3 Metodologi 6

2.0.4 Jangkaan Hasil 7

C. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 8

1.2 Maklumat Am 8

1.2.1 Bilangan Salinan 8

1.2.2 Penjilidan 9

1.2.3 Perbelanjaan 9

II FORMAT LAPORAN

2.1 Susunan Laporan 10

2.2 Pengesahan Penyelia 11

2.3 Halaman Tajuk Projek 11

2.4 Halaman Pengakuan 12

2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan) 12

2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan) 12

2.7 Abstrak 12

2.8 Halaman Isi Kandungan 13

2.9 Halaman Senarai Jadual 13

2.10 Halaman Senarai Rajah 13

2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah 13

2.12 Halaman Senarai Lampiran 13

2.13 Kandungan Teks 14

2.13.1 Rujukan Dalam Teks 14

2.13.2 Petikan Dalam Teks 15

2.13.3 Persamaan Matematik 15

2.13.4 Jadual Dalam Teks 15

2.13.5 Rajah Dalam Teks 16

2.14 Rujukan 16

2.15 Lampiran 17

Page 6: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

III PENYEDIAAN LAPORAN

3.1 Cara Penyediaan Salinan 18

3.2 Kertas & Saiz 18

3.3 Jidar Halaman Laporan 18

3.4 Penomboran Halaman 19

3.5 Penomboran Bab & Sub-Tajuk dalam Bab 19

3.6 Penaipan 19

3.7 Jarak & Format 20

3.8 Naskah Cetakan Komputer 20

RUJUKAN 21

LAMPIRAN A - M 22 - 34

Page 7: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

SENARAI JADUAL

NO TAJUK HALAMAN

2.1 Susunan dan urutan kandungan laporan 10

Page 8: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

SENARAI RAJAH

NO TAJUK HALAMAN

3.1 Jidar Halaman Laporan 18

Page 9: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

SENARAI LAMPIRAN

NO TAJUK HALAMAN

A Contoh Pengesahan Penyelia 22

B Contoh Halaman Tajuk Projek 23

C Contoh Halaman Pengakuan 24

D Contoh Halaman Dedikasi 25

E Contoh Halaman Abstrak 26

F Contoh Halaman Isi Kandungan 27

G Contoh Halaman Senarai Jadual 28

H Contoh Halaman Senarai Rajah 29

I Contoh Halaman Senarai Simbol / Singkatan / Tatanama / Istilah 30

J Contoh Halaman Senarai Lampiran 31

K Contoh Halaman Rujukan 32

L Contoh Halaman Kandungan Teks 33

M Contoh Catatan Pada Kulit Depan Laporan 34

Page 10: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

BAB A

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR

1.0 PENGENALAN

Semua pelajar tahun akhir Politeknik dikehendaki mendaftar modul Projek

yang melibatkan tajuk berkaitan dalam bidang pengajian masing-masing. Satu laporan projek mengikut format penulisan ilmiah perlu dihantar

kepada Jabatan pada penghujung pengajian. Pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format yang ditetapkan.

2.0 DEFINISI PROJEK PELAJAR

Projek Pelajar adalah satu latihan ilmiah untuk pelajar mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang pengajian di

Jabatan. Ia merupakan salah satu daripada syarat untuk penganugerahan Sijil dan Diploma.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Projek Pelajar adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan

kemahiran pelajar dalam proses penggunaan sesuatu ilmu, percambahan fikiran (kritis), penyelesaian masalah (kreatif) secara berdikari dan

menyampaikan sesuatu perolehan melalui latihan ilmiah yang dibimbing atau diselia dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang

berketerampilan dan beriltizam.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir perlaksanaan Projek Pelajar, seseorang pelajar itu akan

mempunyai: a) Keupayaan mengolah dan mengaplikasikan pengetahuan akademik

serta pengalaman amali. b) Keupayaan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara

objektif, analitik dan sistematik. c) Kebolehan bertindak secara berdikari dalam menjalani proses-proses

penyelidikan projek. d) Kebolehan menyampaikan hasil penemuan projek secara lisan dan

bertulis dengan efektif. e) Kebolehan merancang dan menguruskan projek mengikut masa dan

peruntukan yang berpatutan.

Page 11: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

5.0 PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN

Projek Pelajar dibahagikan kepada dua semester bagi program Diploma

dan satu semester bagi program Sijil. Bagi program Diploma ia hendaklah dibuat dalam semester yang berturutan. Semua perancangan

dan pengendalian Projek Pelajar dikendalikan oleh Penyelaras Unit Projek Pelajar yang dilantik oleh Jabatan dan dibantu oleh penyelia projek pelajar

6.0 SISTEM PENYELIAAN

Bagi melicinkan proses penyeliaan Projek Pelajar, penggunaan sistem

Buku Catatan Mingguan, Kertas Cadangan Projek, Pembentangan, Draf Laporan Pertama (semester 5 & 6), Draf Laporan Kedua (semester 5 & 6)

dan Laporan Akhir Projek Pelajar adalah diperlukan.

6.0.1 Buku Catatan Mingguan

Buku Catatan Mingguan adalah merupakan catatan mengenai

sebarang kerja, maklumat atau penemuan yang berkaitan dengan projek. Pelajar dinasihati supaya membawa Buku Catatan Mingguan

pada setiap perjumpaan dengan penyelia. Buku Catatan Mingguan

menggambarkan sikap, kemajuan dan daya usaha pelajar yang akan dinilai oleh penyelia pada akhir semester. Maklumat yang penting

dalam Buku Catatan Mingguan adalah: a) Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek.

b) Perjumpaan dengan penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan.

c) Tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan penilaian projek.

d) Persiapan, masalah dan cadangan penyelesaian. e) Keputusan dan pencapaian semasa.

6.0.2 Kertas Cadangan Projek

Kertas cadangan projek bertujuan membolehkan seseorang pelajar

memahami tentang projek yang akan dijalankan. Berdasarkan kertas cadangan tersebut, perancangan dan perlaksanaan projek

akan dijelaskan. Kertas cadangan projek mesti diserahkan kepada penyelia/penyelaras untuk disemak dan dinilai.

Page 12: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

6.0.3 Pembentangan

Pelajar dikehendaki membentangkan secara lisan hasil kajian dalam

pembentangan Projek. Pembentangan Projek dibahagikan seperti di bawah mengikut semester:

Semester 4 – Pembentangan projek

Semester 5 – Pembentangan pra demo Semester 6 – Pembentangan, pra demo dan demo

Panel penilai akan menilai dan memberi markah pembentangan

projek pelajar.

6.0.3.1 Pembentangan projek (Sijil) Pembentangan projek diadakan untuk pelajar membentangkan

hasil penemuan pada akhir semester 4. Pelajar dikendaki

membentangkan perkara-perkara berikut: a) Kaedah atau rekabentuk yang digunakan.

b) Keputusan dan pencapaian kajian. c) Meninjau sama ada objektif projek tercapai.

e) Kesimpulan serta cadangan.

6.0.3.2 Pembentangan pra demo (Diploma) Pembentangan pra demo bertujuan untuk membolehkan

pelajar menunjukkan pemahaman terhadap projek yang dijalankan. Pelajar dikehendaki membentangkan perkara-

perkara berikut: a) Mengenal pasti penyataan masalah projek.

b) Menerangkan objektif dan skop projek. c) Menerangkan kaedah penyelesaian.

d) Menerangkan prosedur dan jangkaan hasil untuk projek

yang dicadangkan.

6.0.3.3 Pembentangan, pra demo dan demo (Diploma)

Pembentangan akhir diadakan untuk pelajar membentangkan hasil penemuan pada akhir semester 5. Pelajar dikendaki

membentangkan perkara-perkara berikut: a) Kaedah atau rekabentuk yang digunakan.

b) Keputusan, hasil dapatan dan pencapaian kajian. c) Meninjau sama ada objektif projek boleh dicapai.

e) Kesimpulan serta cadangan penyelidikan seterusnya.

Page 13: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma)

Pertandingan projek peringkat Pra-kelayakan diadakan bagi memilih projek terbaik yang akan dipertandingkan di peringkat

akhir Pertandingan Projek Pelajar Semester 6 manakala pelajar yang gagal menyertai pertandingan pra-kelayakan pula

akan membuat pembentangan pada hari dan waktu yang ditetapkan kemudian untuk mendapat markah.

6.0.4 Laporan Semester 5

Satu laporan Semester 5 mesti disediakan pada akhir semester 5.

Perkara-perkara yang patut dimuatkan dalam laporan ini adalah: a) Pengenalan masalah

b) Kajian Latar Belakang

c) Kaedah dan rancangan kerja d) Jangkaan hasil projek

e) Maklumat berkaitan

6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6

Laporan Akhir Semester 4 dan 6 merupakan laporan lengkap

berkaitan dengan projek yang telah dijalankan. Penulisannya hendaklah dibuat berpandukan format piawai penulisan laporan

akhir yang dikeluarkan oleh Unit Projek Pelajar - Panduan Menulis Laporan Projek JKE. Laporan akhir Semester akhir mesti dijilid dan

hantar kepada Penyelia sebelum tarikh yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan

digantung.

7.0 PENILAIAN

Penilaian Projek Pelajar adalah berdasarkan kepada tahap pencapaian dan kebolehan pelajar dalam perlaksanaan kajian, penyediaan kertas kerja dan

laporan, pengendalian buku laporan dan penyampaian projek.

Page 14: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

8.0 SYARAT KELULUSAN PROJEK

a) Semua unsur penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan mestilah

dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar. b) Laporan akhir projek mesti dikemukakan kepada penyelia dalam

bentuk terjilid dan merupakan hak milik Jabatn Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Format penulisan dan penjilidan

mesti mengikut Panduan Penulisan Laporan Projek JKE. d) Ketebalan laporan akhir projek tidak melebihi 100 mukasurat, tidak

termasuk lampiran, melainkan dengan kebenaran penyelia projek atau Penyelaras Unit Projek Pelajar.

9.0 LAIN-LAIN Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan

perlaksanaan Projek Pelajar boleh dirujuk di dalam buku log pelajar

dimana semua perkara-perkara penting yang berkaitan dikemaskinikan dari semasa ke semasa mengikut semester.

10.0 KESIMPULAN

Panduan ini merupakan panduan kepada pelajar tahun akhir mengenai

aspek-aspek penting yang berkenaan dengan perlaksanaan Projek Pelajar. Semua maklumat yang dikemukakan adalah bernas semasa percetakan

sahaja.

Page 15: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

BAB B

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL

PROJEK PELAJAR

1.0 Muka depan

a. Tajuk b. Nama dan No. Pendaftaran c. Nama Kursus

d. Nama Penyelia

Borang Cadangan Tajuk Projek mestilah ditandatangani oleh Ketua

kumpulan dan Penyelia projek pelajar

2.0 Isi kandungan

2.0.1 Abstrak Projek

Abstrak projek adalah merupakan pengenalan kepada projek yang hendak dicadangkan. Pada bahagian ini pelajar menerangkan secara

am berkenaan dengan projek yang hendak dilakukan.

2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek

Pernyataan masalah adalah sesuatu yang ingin diselesaikan atau dikurangkan hasil daripada projek yang dilaksanakan manakala

objektif projek pula adalah objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan. (sekurang-kurangnya 3 objektif).

2.0.3 Metodologi

Metodologi adalah prosedur, kaedah atau tatacara yang digunakan oleh pelajar bagi menjalankan serta melaksanakan

projek untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 16: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

2.0.4 Jangkaan Hasil

Jangkaan hasil adalah jangkaan pelajar terhadap projek yang

dicadangkan. Ini meliputi harapan pelajar terhadap apa yang akan terhasil kelak dan sejauh mana pelajar dapat memenuhi

objektif yang telah ditetapkan.

Page 17: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

BAB C

PANDUAN PENULISAN LAPORAN

PROJEK PELAJAR

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar semester akhir di Jabatan Kejuruteraan Elektrik

diwajibkan mengemukakan laporan akhir Projek Pelajar. Adalah mustahak supaya penyediaan dan persembahan laporan tersebut mengikut garis

panduan yang ditetapkan. Pelajar-pelajar seharusnya menyedari bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menentukan bentuk laporan

mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Suatu laporan tidak akan diterima oleh Jabatan

Kejuruteraan Elektrik jika laporan tersebut dihantarkan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

1.2 Maklumat Am

Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan deraf terakhir kepada penyelia projek JKE untuk diperiksa dan dipersetujui sebelum dijilid. Untuk

maksud ini, pelajar hendaklah menyerahkan deraf pada waktu yang lebih awal untuk pemeriksaan.

1.2.1 Bilangan Salinan

Setelah laporan akhir disiapkan, 1 salinan wajib dijilidkan dan

diserahkan kepada Penyelia Projek di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Salinan kedua untuk simpanan penulis/pelajar adalah terserah kepada

pelajar masing-masing. Bilangan muka surat maksimum ialah 100 muka surat sahaja, tidak termasuk gambarajah, keputusan dan bahagian

lampiran.

Page 18: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

1.2.2 Penjilidan

a) Laporan hendaklah dijilid dengan menggunakan pembalut kulit

depan yang ditentukan oleh Jabatan. b) Kulit depan -

Pada kulit depan hendaklah ditulis tajuk projek, nama pelajar dan tarikh dengan huruf besar; seperti contoh di Apendix M.

1.2.3 Perbelanjaan

Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan laporan seperti perbelanjaan menaip salinan asal, salinan foto dan menjilid adalah

di bawah tanggungjawab pelajar yang berkenaan.

Page 19: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

BAB II

FORMAT LAPORAN

2.1 Susunan Laporan

Laporan Akhir Projek mengandungi beberapa bahagian yang disusun

mengikut urutan seperti Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Susunan dan urutan kandungan laporan.

Page 20: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

Rujuk

Bhg

Perkara Status Contoh

(Lampiran)

Catatan

2.9 Halaman Senarai Jadual Wajib G Bernombor Roman kecil

2.10 Halaman Senarai Rajah Wajib H Bernombor Roman kecil

2.11 Halaman Senarai Simbol/

Singkatan/ Tatanama/ Istilah Jika ada I Bernombor Roman kecil

2.12 Halaman Senarai Lampiran Jika ada J Bernombor Roman kecil

2.13 Kandungan Teks Wajib L

Bernombor Rumi.

Bermula dengan 1

2.14 Rujukan Wajib K Bernombor Rumi.

Sambung daripada teks.

2.15 Kulit Depan Laporan Wajib M Mengikut format.

2.16 Lampiran Pilihan - Bernombor Rumi.

Sambung daripada rujukan

2.2 Pengesahan Penyelia

Laporan yang hendak diserah untuk tujuan peperiksaan hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Rujuk

Lampiran A untuk format halaman pengesahan penyelia.

2.3 Halaman Tajuk Projek

Halaman Tajuk Projek mesti mempunyai maklumat yang disusun

mengikut urutan berikut:

� Tajuk (mesti ditulis dengan lengkap tanpa singkatan)

� Nama penuh pelajar (seperti dalam kad pengenalan) � Pernyataan tujuan Laporan Akhir

� Nama Jabatan � Nama Politeknik

� Bulan dan Tahun diserahkan. Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.

Page 21: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

Pernyataan tujuan laporan bagi Projek Pelajar adalah seperti berikut:

Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma Kejuruteraan Elektrik

Ataupun dalam Bahasa Inggeris:

This Report Is Submitted in Partial Fulfillment Of Requirements For

The Certificate/Diploma In Electrical Engineering

Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.

2.4 Halaman Pengakuan

Halaman Pengakuan Laporan mengandungi pengakuan pelajar

tentang keaslian laporan. Ia memerlukan tandatangan pelajar sendiri. Sila rujuk Lampiran C untuk format yang ditetapkan.

2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Pernyataan dedikasi mestilah ringkas dan tidak melebihi satu

perenggan serta tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Rujuk Lampiran D untuk format yang ditetapkan.

2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman penghargaan hanya dibenarkan ditulis dalam satu halaman

sahaja. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberi bantuan dalam penyediaan projek dan

laporan ini.

2.7 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan

diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman berikutnya. Abstrak ialah ringkasan daripada laporan, kenyataan masalah yang

diselesaikan, cara-cara penyiasatan dan diikuti penutup. Abstrak mestilah tidak melebihi satu muka surat, tidak mengandungi formula matematik,

gambarajah dan lain-lain yang tidak berkenaan. Abstrak mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja.

Bagi laporan dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam

bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Rujuk Lampiran E untuk format yang ditetapkan.

2.8 Halaman Isi Kandungan

Page 22: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi Bahagian, Bab dan pecahan-pecahan utama daripada bab-

bab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

� Pendahuluan; � Kajian literature;

� Objektif Projek; � Eksperimen dan pengumpulan data;

� Keputusan dan Perbincangan; � Kesimpulan

Rujuk Lampiran F untuk format yang ditetapkan..

2.9 Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam laporan. Nombor halaman dan tajuk jadual hendaklah dicatatkan dalam

senarai ini. Urutan nombor jadual hendaklah dibuat mengikut Bab. Rujuk Lampiran G untuk format yang ditetapkan..

2.10 Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan

peta. Seperti senarai jadual, nombor halaman dan tajuk rajah hendaklah dicatatkan dalam senarai rajah. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat

mengikut Bab. Rujuk Lampiran H untuk format yang ditetapkan.

2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah

Halaman ini menyenaraikan sebarang symbol atau singkatan atau

tatanama atau istilah yang digunakan dalam laporan. Rujuk Lampiran I untuk format yang ditetapkan.

2.12 Halaman Senarai Lampiran

Semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan perlu disenaraikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

a) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,

data kajian, persamaan matematik, senarai aturcara komputer, gambar dan sebagainya yang perlu dan terlalu

Page 23: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

panjang untuk dimuatkan dalam teks atau yang tidak diperlukan

secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah disertakan dalam lampiran.

b) Lampiran boleh diberi nama Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya

bergantung kepada jenis dan kuantiti bahan yang disertakan sebagai lampiran.

Rujuk Lampiran J untuk format yang ditetapkan.

2.13 Kandungan Teks

Teks dalam laporan hendaklah mengandungi Bab-bab yang diberi

tajuk yang sesuai. Setiap tajuk hendaklah membayangkan kandungan teks tersebut.Setiap Bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh

dipecahkan kepada bahagian yang diberi sub-tajuk. Tajuk dan sub-tajuk

mestilah dinomborkan mengikut turutan.

Teks ditulis perenggan demi perenggan. Jika boleh, elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu

isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.

2.13.1 Rujukan Dalam Teks

Rujukan kepada buku teks dan pernerbitan lain mesti dinyatakan.

Jika menggunakan sistem nombor, setiap rujukan yang digunakan diberi mengikut angka Rumi. Bagi merujuk dalam teks, terdapat dua kaedah

yang boleh digunakan.

Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan

dengan tanda kurung [ ] selepas penyebutan nama penulis yang dirujuk, contohnya:

“Satu algoritma untuk mengkomputkan jelmaan Fourier diskret telah

diterbitkan oleh Cooley dan Turkey [1] pada tahun 1995.”

Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nombor rujukan sahaja. Contoh:

“Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan

bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].”

Page 24: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

2.13.2 Petikan Dalam Teks

Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah

menggunakan huruf condong. Contohnya;

The Encyclopedia Britannica (Vol. 11, 9.837) [16] describes tomography in a more application-oriented manner:

A still more complex technique variously called computerized axial

tomography (CAT), was developed by Godfrey Hounsfield at Great Britain and Allen Cormack of the United States during the 1970s.

Since then it has become a widely used diagnostic approach. In this procedure, a narrow beam of X-rays sweeps across an area of the

body and it recorded not an film but

with a radiation detector as a pattern of electrical impulse.

2.13.3 Persamaan Matematik

Persamaan matematik atau persamaan lain mestilah ditulis di atas baris yang terasing dan baris tersebut hendaklah di right-justifiedkan.

Persamaan juga hendaklah dinomborkan mengikut tertib. Sebagai contoh:

(5.3)

Menandakan persamaan yang ketiga dalam Bab V dan seterusnya.

2.13.4 Jadual Dalam Teks

Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan.

Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris. Nombor jadual hendaklah dikaitkan dengan Bab. Contohnya;

Page 25: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

Table 6.3: Comparison of the Performance of the Integral Control

Jadual sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama

dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halamanJadual.

2.13.4 Rajah Dalam Teks

Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah

dan fotograf disebut “Rajah”. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi

tersebut pada jarak satu baris. Nombor

Bab. Contohya;

Rajah 1.1: Komponen penurasan imej

Menandakan rajah pertama dalan Bab I.

2.14 Rujukan

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan laporan. Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang

dalam halaman rujukanditetapkan.

ison of the Performance of the Integral Control

with Kp=2 For Tank #1

baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama

dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman

Rajah Dalam Teks

Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah

disebut “Rajah”. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi

tersebut pada jarak satu baris. Nombor rajah hendaklah dikaitkan dengan

Rajah 1.1: Komponen penurasan imej

Menandakan rajah pertama dalan Bab I.

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang

dalam halaman rujukan selepas teks. Rujuk Lampiran K untuk format yang

ison of the Performance of the Integral Control

baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama

dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai

Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah

disebut “Rajah”. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi

h dikaitkan dengan

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk

selepas teks. Rujuk Lampiran K untuk format yang

Page 26: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

2.15 Lampiran

Lampiran membolehkan pelajar memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu

tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk jadual, carta, atur cara perisian dan lain-lain. Semua lampiran hendaklah disenaraikan dalam

halaman Senarai Lampiran.

Page 27: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

BAB III

PENYEDIAAN LAPORAN

3.1 Cara Menyediakan Salinan

Cara menyediakan salinan ialah, laporan asal ditaip dan salinannya

fotostat.

3.2 Kertas & Saiz

Kertas (≥ 80gsm) berukuran 210mm x 297mm (saiz A4) yang

berwarna putih dan bermutu tinggi mesti digunakan untuk salinan asal.

3.3 Jidar Halaman Laporan

Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas,

kanan dan bawah.

Page 28: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

3.4 Penomboran Halaman

Nomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam

Jadual 2.1. Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25cm dari tepi atas dan 2.5cm dari tepi sebelah kanan digit

terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman hendaklah memenuhi syarat berikut:

a) Bahagian permulaan laporan yang bermula dengan Halaman Tajuk

Projek, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka

Rumi (1, 2, 3 dsb).

b) Halaman pertama laporan ialah Halaman Tajuk Projek, dianggap sebagai halaman “i” tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga

dengan halaman pertama teks yang dianggap sebagai halaman “1”

tetapi nombornya tidak ditaip.

c) Setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambilkira bagi menomborkan halaman

berikutnya.

3.5 Penomboran Bab & Sub-Tajuk Dalam Bab

Setiap Bab dan sub-tajuk dalam laporan perlu dinomborkan dengan teratur. Setiap Bab (Chapter) dinomborkan menggunakan angka Roman

iaitu BAB II (Chapter 2), BAB III (Chapter 3) dan seterusnya. Begitu juga dengan sub-tajuk. Struktur penomboran sub-judul disusun mengikut

urutan tahap sub-tajuk dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut:

BAB 1 Tahap pertama (Tajuk Bab Laporan)

1.1 Tahap kedua (Sub-Tajuk) 1.1.1 Tahap ketiga (Sub-sub-Tajuk)

1.1.1.1 Tahap keempat (Sub-sub-sub-Tajuk)

3.6 Penaipan

Penggunaan Microsoft Words 98 atau versi yang lebih terkini, sila gunakan jenis huruf (font) Times New Roman, bersaiz 12. Jarak di antara

baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah halaman sahaja.

Tajuk Bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap Bab hendaklah di atas

halaman yang baru. Bab dan bahagian dalam Bab hendaklah diberi

Page 29: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

tajuk. Tajuk boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap perkataan dalam Sub-Tajuk

hendaklah huruf besar.

3.7 Jarak Dan Format

Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

a) Halaman Permulaan Bab baru i. Jarak di antara jidar atas dengan Nombor Bab ialah dua (2)

baris; ii. Jarak di antara Nombor Bab dengan Tajuk Bab, dan di antara

Tajuk Bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris;

b) Halaman biasa

i. Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2) baris;

ii. Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu (1) baris;

iii. Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris; iv. Mulakan Sub-Tajuk berserta nombornya dari jidar kiri;

v. Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah halaman;

vi. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual dan Rajah ialah satu (1) baris.

Rujuk Lampiran L untuk format yang ditetapkan.

3.8 Naskah Cetakan Komputer

Pelajar hendaklah menaip laporan dengan menggunakan komputer kerana cara ini membolehkan pembetulan dibuat dengan cepat dan

mudah. Cetakan laporan hendaklah dibuat menggunakan mesin cetak “laser” atau kualiti cetakan yang setaraf.

Page 30: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

RUJUKAN

[1] Universiti Teknologi Malaysia (2002). Panduan Menulis Tesis Dan

Salinan [2] Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan (2006). Panduan Penyediaan

Laporan Akhir PSM.Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

[3] Universiti Sains Malaysia (1998). Panduan Penyediaan Laporan Projek Tahun Akhir. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Page 31: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik.”

Page 32: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Ungku Omar

AZHAR BIN JAFFAR

This Report Is Submitted In Partial Fulfillment Of Requirements For

Diploma In Electrical Engineering

Page 33: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 34: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 35: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 36: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 37: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 38: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 39: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 40: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 41: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 42: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
Page 43: Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)