faedah perlaksanaan ems iso 14001

9
SKPS 6023 PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN ALAM SEKITAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN TAJUK: FAEDAH PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN (ISO 14001): SYARIKAT DOUBLE A (1991) PUBLIC COMPANY LIMITED PENSYARAH: PROF MADYA DR. ER AH CHOR NAMA : MAZNI BINTI BALI P74297

Upload: mazni-bali

Post on 07-Feb-2016

116 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ems 14001

TRANSCRIPT

Page 1: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

SKPS 6023

PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN ALAM

SEKITAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK:

FAEDAH PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN

(ISO 14001): SYARIKAT DOUBLE A (1991) PUBLIC COMPANY LIMITED

PENSYARAH:

PROF MADYA DR. ER AH CHOR

NAMA :

MAZNI BINTI BALI

P74297

Page 2: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

1. PENGENALAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS)

ISO 14001 merupakan butiran terperinci dan panduan penggunaan untuk sesebuah

organisasi melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar (SIRIM Berhad 200).

Standard ini boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang ingin melaksanakan

dan memperbaiki sistem pengurusan alam sekitar mereka, memastikan operasi dan

aktiviti selaras dengan polisi alam sekitar yang telah ditetapkan serta memperolehi

sijil sistem pengurusan alam sekitar (EMS)

Strandard antarabangsa ini menerangkan secara terperinci tentang keperluan-

keperluana sistem pengurusan alam sekitar bagi membolehkan sesebuah organisasi

merangka polisi dan objektif selaras dengan keperluan perundangan dan maklumat

tentang kepentingan impak alam sekitar. Terdapat beberapa elemen yang perlu

dilengkapkan oleh sesebuah organisasi sebelum mendapatkan sijil pengurusan alam

sekitar ini.

Rajah 1: Elemen-elemen keperluan ISO 14001

a) Polisi alam sekitar b) Program-program pengurusan alam sekitar

i. Aspek alam sekitar ii. Perundangan dan keperluan lain

iii. Program-program pengurusan alam sekitar c) Pelaksanaan dan operasi

i. Struktur dan tanggungjawab ii. Latihan, kesedaran dan kelayakan iii. Komunikasi iv. Pendokumentasian sistem pengurusan alam sekitar v. Kawalan dokumen vi. Kawalan operasi vii. Persediaaan dan tindak balas kecemasan

d) Pemantauan dan tindakan pembetulan i. Pemantauan dan pengukuran

ii. Ketidakselarasan dan tindakan pencegahan dan pembetulan

iii. Rekod-rekod iv. Audit sistem pengurusan alam sekitar

e) Tinjauan pengurusan

Page 3: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

Selari dengan pelaksanaan sistem ini, sesebuah organisasi seharusnya melihat

perkara ini sebagai satu peluang mereka untuk menunjukkan komitmen terhadap alam

sekitar dan seterusnya menonjolkan imej yang baik agar setanding dengan syarikat

multinasional yang lain. Syarikat Double A (1991) Public Company Limited

merupakan salah satu organisasi yang telah menerima pensijilan bagi Standard

Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 sejak tahun 2004 lagi. Ternyata pelaksanaan

Sistem Pengurusan Alam Sekitar ini telah mendatangkan banyak faedah kepada

syarikat tersebut.

Rajah 2: Pensijilan bagi Standard Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 Kilang

Double A (1991) Public Company Limited

2. PERLAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ISO14001)

2.1. Latar Belakang Organisasi

Double A (1991) Public Company Limited merupakan sebuah kilang pengeluaran

kertas dan pulpa yang telah ditubuhkan pada tahun 1991. Kilang ini terletak di dataran

pusat Thailand di wilayah Prachinburi. Kilang itu mula beroperasi pada tahun 1995

dan mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 600,000 tan pulpa dan 600,000 tan kertas.

Produk kertas Double A terhasil daripada penyelidikan selama 25 tahun terhadap

2,500 spesies Eucalyptus. Kajian yang tersebut berusaha mencari spesies kayu keras

pulpa untuk pembuatan kertas yang bersesuaian dengan iklim tropika di Thailand.

Keunikan operasi pengeluangan produk ini ialah ia terhasil daripada pokok kertas

yang ditanam di sepanjang permatang sawah yang diusahakan oleh lebih daripada 1.5

juta petani di seluruh Thailand.

Page 4: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

2.2. Dasar Alam Sekitar Korporat Organisasi

Syarikat Double A mempunyai dasar yang mengutamakan kelestarian alam sekitar

dan pembangunan ekonomi. Untuk mencapai matlamat tersebut, syarikat ini

memgambil langkah proaktif seperti berikut:

i. Memastikan proses, peralatan dan operasi mempunyai kesan minimum

terhadap alam sekitar

ii. Menggunakan proses pengeluaran yang cekap untuk menjimatkan tenaga dan

bahan mentah

iii. Operasi pengeluaran mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar kerajaan

iv. Memberi keutamaan kepada pembekal dan kontraktor yang melaksanakan

standard dan amalan alam sekitar yang baik

v. Menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pemuliharaan alam sekitar

vi. Mencegah pencemaran dengan melaksanakan program kesedaran alam sekitar

untuk kakitangan

vii. Sentiasa memantau kesan alam sekitar daripada operasi dan meningkatkan

prestasi dengan menetapkan objektif dan sasaran alam sekitar dan mengkaji

keberkesanannya.

Page 5: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

3. Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001)

Dengan melaksanakan sistem pengurusan persekitaran, sesebuah petubuhan atau

organisasi secara langsung dapat pelbagai faedah (Daevies 2005). Bagi syarikat

Double A, terdapat beberapa faedah utama yang diperolehi melalui pelaksaanan

Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 ini.

3.1. Mengekalkan dan meningkatkan mutu persekitaran

i. Sumber yang ditanam oleh petani.

Bekalan pulpa daripada pokok Eucalyptus yang ditanam di antara ruang-ruang

tanaman tradisional terutama di kawasan sawah Thailand . Pfft telah menjadi konsep

pertanian diterima dan diamalkan oleh lebih daripada 1.5 juta petani. Sebanyak 100

juta anak pokok yang dibiakkan setiap tahun menggunakan teknologi kultur tisu di

tapak semaian wilayah Prachinburi, Setelah empat minggu di tapak semaian, anak

pokok ini diedarkan kepada petani dalam program Paper from Farmed Trees (PFFT) .

ii. Impak alam sekitar yang minimum

Kajian Penilaian Kitaran Hayat (LCA) terdadap produk Double A telah dijalankan

oleh Institut Teknologi Asia, KCL-Finland, dan National Pusat Kecemerlangan Alam

Sekitar dan Pengurusan Sisa Berbahaya di Chulalongkorn University pada tahun

2009. Kajian yang memberi tumpuan kepada dua bidang asas proses pembuatan

kertas ini iaitu tuaian pokok diperoleh dari ladang dan proses pengeluaran pulpa dan

kertas menunjukkan bahawa LCA menepati standard ISO 14040 Penilaian Kitaran

Hayat.

iii. Sumber mampan

Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat dan kilang pengeluar kertas ialah

penebangan hutan asli bagi tujuan penanaman pokok pulpa. Namun, maslah ini dapat

dielakkan dalam penghasilan produk kertas Double A kerana sumber yang digunakan

dalam penghasilan produk dari sumber-sumber diurus dengan diperakui oleh Forest

Stewardship Council. Sesuai dengan Dasar Alam Sekitar Korporat, Double A

memberikan keutamaan kepada pembekal yang menunjukkan tahap dan amalan alam

sekitar yang baik. Selain itu organisasi ini juga mempunyai sistem tersendiri dalam

memastikan tiada pencemaran silang berlaku dan menggunakan pulpa dari sumber

yang mampan sahaja.

Page 6: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

iv. Penggunaan air yang efisien

Teknologi Wash Press digunakan untuk memerah air dari pulpa basah agar air

tersebuat dapat diguna semula. Proses pengeringan cip kayu dibuat sebagai alternatif

bagi amalan tradisional rendaman kayu bagi tujuan pengelupasan kulit kayu.

v. Mengurangkan sisa buangan untuk menggelakan pencemaran alam sekitar

Sistem rawatan biologi state-of-the-art yang dikenali sebagai bacteria digestion

process dilaksanakan. Rawatan air tercemar ini setara dengan standard Scandinavia

yang membolehkan penggunaan air yang dirawat untuk mengairi tumbuh-tumbuhan

hijau di sekitar kilang tersebut, dan tidak ada air limbah yang disalurkan laluan air

semula jadi.

vi. Elementary Chlorine Free (ECF)

Melaksanakan proses pemutihan yang bebas dari gas klorin iaitu teknologi yang

berkesan mengurangkan hasil sampingan toksik proses pemutihan dan

meminimumkan bahaya kesihatan klorin berkaitan.

3.2. Pematuhan undang-undang

Salah satu keperluan elemen yang terdapat dalam standard ini ialah pematuhan

undang-undang. Keperluan undang-uandang perlu dipatuhi agar sistem ini dapat

bergerak berpandukan standard yang telah ditetapkan. Dengan melaksanakan sistem

ini, secara tidak langsung Syarikat Double A tidak akan melanggar peraturan alam

sekitar yang sedia ada. Ini kerana kegagalan mematuhi peraturan tersebut bukan

sahaja mengakibatkan sesebuah syarikat dikenakan tindakan undang-undang malahan

merosakan reputasi sesebuah syarikat.

Selain itu, syarikat juga dapat mengelakkan kemungkinan denda dan

pendakwaan daripada pencemaran yang berpotensi untuk berlaku. ISO 14001 bukan

sahaja dapat membantu Syarikat Double A untuk mengambilkira keperluan undang-

undang, malah memastikan syarikat ini komited untuk mematuhi undang-undang

yang terpakai malah memastikan agar peka terhadap maklumat perundangan yang

terkini.

Page 7: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

3.3. Faedah ekonomi

i. Meluaskan perkongsian pasaran dan memenuhi kreteria pelabur

Dalam kalangan komuniti Eropah, terdapat prasyarat yang menyatakan produk

berkaitan dengan alam sekitar, kesihatan rakyat dan keselamatan perlulah dihasilkan

oleh pengeluar-pengeluar yang mengaplikasi ISO 14000. Pelaksaanaan piawaian ini

dapat membuka ruang pasaran produk Double A bagi menembusi pasaran Eropah, di

mana pembekal dan penggunan di situ sememangnya cukup arif dengan paiwaian ISO

14000.

Produk Double A global telah dapat meluaskan pasaran bermula dari Thailand

seterusnya mengembangkan jangkauan antarabangsa pada tahun 2001 di Hong Kong,

Malaysia, Singapura, Taiwan dan China, kemudiaan ke Australia dan Timur Tengah

pada tahun 2007. Pada tahun 2004 produk ini telah berjaya menembusi pasaran

Eropah, Afrika, Asia Selatan dan Amerika Utara. Pada masa ini Double A telah

meluaskan pasaran lebih 120 negara di enam benua. Ini membuktikan bahawa produk

merupakan produk premium berkualiti tidak dapat ditandingi dan menjadi pilihan di

serata dunia.

ii. Meningkatkan Imej dan Mendapatkan Pengiktirafan

Usaha Double A untuk meningkatkan tahap dalam tanggungjawab terhadap alam

sekitar telah mendapat perhatian di mana Syarikat ini telah menerima Anugerah

Perdana Menteri untuk Kecemerlangan Industri dalam Pemuliharaan Alam Sekitar

dan ISO 9001 Standard Pengurusan Kualiti. Pada tahun 2011, inisiatif Paper from

Farmed Trees (PFFT) ini juga telah diiktiraf dengan Asian Corporate Social

Responsibility Award Poverty Alleviation. Pada tahun yang sama, syarikat ini juga

telah menerima Green Meetings Award dari Thailand Business Council for

Sustainable Development (TBCSD) untuk prestasi cemerlang dalam menganjurkan

mesyuarat inovatif hijau dalam organisasi.

iii. Penjimatan Tenaga (No Waste is Wasted)

Kulit kayu, serpihan kayu, lignin dan black liquor daripada proses pengeluaran pulpa

dan kertas menjadi bahan api digunakan untuk menjana 100 MW tenaga elektrik.

Jumalah tenaga elektrik yang dijana ini melebihi keperluan bekalan elektrik untuk

kilang. Oleh yang demikian, sebarang lebihan tenaga ini akan dijual kepada Lembaga

Page 8: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

Janakuasa Elektrik Thailand (EGAT) bagi kegunaan 400,000 isi rumah penduduk

berhampiran. Langkah bijak ini bukan sahaja menjimatkan kos bekalan elektrik,

malah Double A juga medapat pendapatan sampingan melalui penjualan lebihan

tenaga elektrik.

iv. Penjimatan penggunaan sumber

Kilang ini tidak menggunakan sumber air awam seperti sungai dan tasik kerana ia

mempunyai sumber air tersendiri iaitu Tasik Emarland. Tasik Emerald merupakan

takungan air hujan yang mempunyai kapasiti 36 juta metar padu yang berkemampuan

menampung keperluan air untuk operasi kilang ini. Ia sekaligus dapat mengurangkan

kos sumber air bagi operasi kilang ini.

v. Pembetulan yang berterusan (Continual Improvements)

Wood Management and Chip Management Double A sentiasa membuat kawalan ketat

dan memantau kualiti log yang digunakan. Kilang ini menggunakan piawaian yang

ketat untuk mengesahkan sumber setiap log yang diterima untuk pengeluaran

daripada sumber-sumber diurus dengan baik dan tanpa menyebabkan pencemaran.

Pembetulan yang berterusan ini meningkatkan keefektifan sistem pengurusan

persekitaran Double A. Selain itu Double A juga berkerjasama dengan NGO di

Thailand bagi mengukur prestasi alam sekitar agar memenuhi standard dalam

memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan mendatangkan impak kesan alam

sekitar yang paling minimum.

4. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, pelaksanaan sistem pemgurusan alam sekitar ini bukan sahaja

dapat menunjukkan komitmen Double A terhadap pemuliharaan alam sekitar, namun

ia juga dapat menjimatkan pengguanan sumber dan tenaga dan menonjolkan imej

yang baik agar setanding dengan syarikat multinasional.

Page 9: Faedah Perlaksanaan EMS ISO 14001

5. Rujukan

Department of Standard Malaysia. 2004. Malaysia Standard. Environmental

Managemant Systems – Requirement with guidance for use (First Version) (ISO

14001:2004, IDT). Putrajaya: Department of Standard Malaysia

Kadaruddin Aiyub. 2000. Sistem pengurusan persekitaran Siri ISO 14000 dan

pengimplementasiannya di Malaysia. Dlm. Kadir Arifin (pnyt.). Pengurusan

persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran: 293-309. Bangi: Pusat Pengajian

Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kadir Arifin. 2003. Integrasi siri sistem pengurusan kualiti (ISO9001:2000), siri

sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan siri sistem pengurusan

keselamatan & kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:2000): ke arah

perlaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis PhD. Pusat Pengajian

Siswazah, Universiti Kebangsaan Malalysia.

Double A Global. 2014. November (atas talian) http://www.doubleapaper.com/ 11

November 201