panduan perkembangan pembelajaran murid...

Download PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/.../pppmbahasaarabtin… · BAHASA ARAB TINGKATAN 2 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengetahui perkara

If you can't read please download the document

Upload: duonglien

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • BAHASA ARAB TINGKATAN 2

    PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

    BAHASA ARAB

    TINGKATAN 2

  • BAHASA ARAB TINGKATAN 2

    2

    MATLAMAT KURIKULUM BAHASA ARAB

    Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah untuk membolehkan murid memperolehi empat kemahiran berbahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini dipraktiskan berdasarkan kepada skop dan situasi tertentu, memperkayakan murid dengan kosa kata, asas tatabahasa, morfologi dan prosa terpilih, serta meningkatkan keupayaan mereka menggunakan bahasa Arab dengan betul dan membentuk keperibadian mereka dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia. OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA ARAB

    Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah ialah untuk membolehkan murid:

    1) Mendengar, memahami dan membicarakan tentang siaran-siaran dalam bahasa Arab.

    2) Bertutur dengan fasih dan lancar dalam situasi-situasi tertentu.

    3) Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan.

    4) Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan serta memahami kandungannya.

    5) Menguasai kemahiran menulis dalam tiga bentuk kaligrafi Arab ( Khat ); Nasakh, Ruqah dan Thuluth mengikut kaedah yang betul.

    6) Menghafal dan memperdengarkan asas pola morfologi dan mahfuzat terpilih berbentuk puisi, kata-kata hikmah dan perumpamaan.

    7) Menguasai asas tatabahasa Arab serta mampu mengaplikasikannya.

    8) Menguasai sekurang-kurangnya 1500 kosa kata Arab serta mampu menggunakannya dengan tepat.

  • BAHASA ARAB TINGKATAN 2

    3

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

    2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

    3 Mengetahui, memahami dan memberi respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

    4 Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi tertentu.

    5 Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi tertentu.

    6 Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat dengan berhemah tinggi terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi yang tertentu.

  • BAHASA ARAB TINGKATAN 2

    4

    KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR

    MENDENGAR DAN BERTUTUR

    1 Mengecam, mengeja, mengajuk, menyebut dan mengesan perkataan yang didengar dengan betul.

    2 Mengeja, menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan dan frasa yang didengar dengan betul dan tepat.

    3 Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan,frasa, ayat mudah, yang didengar serta mampu menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat.

    4 Menyebut, dan memahami perkataan,frasa, ayat mudah, ayat kompleks, mahfudzat terpilih dan tasrif fiil yang didengar serta mampu menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh yang lain dengan betul dan tepat.

    5 Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara yang didengar dalam situasi tertentu dengan fasih dan lancar secara lisan dengan penguasaan tatabahasa yang baik dan gaya bahasa yang menarik.

    6

    Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara yang didengar dalam pelbagai situasi dengan fasih dan lancar, tekal dan berterusan secara lisan dengan penguasaan tatabahasa yang sempurna dan gaya bahasa yang menarik.

  • BAHASA ARAB TINGKATAN 2

    5

    KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR

    MEMBACA

    1 Mengajuk dan menyebut perkataan yang dibaca dengan betul.

    2 Mengeja, menyebut dan memahami perkataan dan frasa yang dibaca dengan betul dan tepat.

    3 Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan, frasa dan ayat mudah yang dibaca dengan serta mampu menggunakannya dalam ayat dengan betul dan tepat.

    4 Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, ayat kompleks, mahfuzat terpilih dan tasrif fiil yang dibaca dengan serta mampu menggunakannya dalam ayat dengan betul dan tepat.

    5 Membaca dengan fasih dan lancar, memahami secara umum bahan yang dibaca, mengeluarkan isi penting daripada bahan yang dibaca secara lisan dan tulisan dengan penguasaan tatabahasa yang betul.

    6

    Membaca dengan baris yang betul, fasih dan lancar, memahami secara umum bahan yang dibaca, mengeluarkan isi penting daripada bahan yang dibaca secara lisan dan tulisan tekal dan berterusan dengan penguasaan tatabahasa yang betul dan gaya bahasa yang menarik.

  • BAHASA ARAB TINGKATAN 2

    6

    KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR

    MENULIS

    1 Menulis, menyalin semula perkataan dengan betul.

    2 Mengeja, menulis dan memberi makna perkataan dan frasa dengan betul dan tepat.

    3 Menulis dan memberi makna perkataan, frasa dan ayat mudah, serta mampu mengaplikasikannya dalam ayat secara tulisan dengan betul dan tepat.

    4

    Menulis dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, ayat kompleks, mahfuzat terpilih dan tasrif fiil, menguasai kemahiran menulis dalam bentuk kaligrafi arab ( Khat ) mengikut kaedah yang betul serta mampu menggunakannya secara tulisan dengan betul dan tepat.

    5 Menulis dalam tema dan bentuk penulisan yang tertentu, menguasai sebahagian kosa kata dan mengaplikasikannya dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa yang baik.

    6 Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan, menguasai kosa kata dan mengaplikasikannya dengan betul, tekal dan berterusan secara tulisan dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa yang sempurna.