band bab 4 (tingkatan 3)

7
SUBTOPIK 4.1, 4.2 DAN 4.3 (BAND 1 & BAND 3) Arahan : Jawab semua soalan. 1. Lengkapkan jadual di bawah. Bahagian Fungsi 1. Menghasilkan sperma dan hormon testosteron 2. Melindungi testis dan menetapkan suhu lebih rendah sedikit daripada suhu badan 3. Duktus sperma 4. Menolong menghantar sperma ke organ seks wanita 5. Ovari 6. Membenarkan fetus berkembang jika persenyawaan berlaku 7. Menolak ovum yang matang dari ovari ke uterus 8. 2. (a) Sperma ialah sel _______________ dalam badan manusia. (b) Ovum ialah sel _______________ dalam badan manusia. (c) Labelkan rajah berikut. Pilih jawapan yang betul. 1

Upload: akmalwanda

Post on 02-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

revision

TRANSCRIPT

SUBTOPIK 4.1, 4.2 DAN 4.3 (BAND 1 & BAND 3)

Arahan : Jawab semua soalan.1. Lengkapkan jadual di bawah.

Bahagian Fungsi

1. Menghasilkan sperma dan hormon testosteron

2. Melindungi testis dan menetapkan suhu lebih rendah sedikit daripada suhu badan

3. Duktus sperma

4. Menolong menghantar sperma ke organ seks wanita

5. Ovari

6. Membenarkan fetus berkembang jika persenyawaan berlaku

7. Menolak ovum yang matang dari ovari ke uterus

8.

2. (a) Sperma ialah sel _______________ dalam badan manusia.

(b) Ovum ialah sel _______________ dalam badan manusia.

(c) Labelkan rajah berikut.

Pilih jawapan yang betul. 1 Organ yang manakah antara berikut tidak terlibat dalam sistem pembiakan lelaki?

A Testis

B Duktus sperma

C Vesikel Simen

D Ginjal

2 Organ yang manakah antara berikut tidak terlibat dalam sistem pembiakan wanita?

A Ureter

B Faraj

C Ovari

D Tiub Fallopio

3 Apakah fungsi testis?

A Menyimpan sperma

B Mengaktifkan sperma

C Menghasilkan sperma

D Membawa sperma keluar dari testis

4 Apakah fungsi ovari?

A Menyimpan ovum

B Membesarkan saiz ovum

C Menghasilkan ovum

D Membawa keluar ovum dari ovari

Rajah 1 5 Rajah 1 menunjukkan sel pembiakan jantan. Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah letaknya bahan baka?

6 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar?

A Ovum boleh hidup dalam masa 24 jam sebelum disenyawakan.

B Sperma boleh hidup selama 72 jam di dalam badan wanita.

C Pertemuan ovum dan sperma berlaku pada bahagian uterus.

D Sperma boleh bergerak sendiri tetapi ovum tidak boleh bergerak.

Rajah 2 7 Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada organ pembiakan wanita. Apakah proses yang paling penting berlaku pada bahagian berlabel X?

A Persenyawaan

B Penempelan

C Pengovulan

D Pembesaran

8 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang organ dan fungsinya?

Organ Fungsi

A Testis Menghasilkan sperma

B Vesikel simen Menghasilkan cecair semen

C Duktus sperma Menyalurkan sperma dari testis ke uretra

D Uretra Menyalurkan air kencing sahaja

Rajah 3 9 Rajah 3 menunjukkan satu urutan proses kejadian manusia. Antara berikut, yang manakah benar tentang X dan Y?

Proses X Y

A Penempelan Bayi

B Persenyawaan Fetus

C Persenyawaan Embrio

D Pengovulan Ovum

10 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar?

A Pengovulan ialah proses pembebasan ovum matang dari ovari ke tiub Fallopio.

B Persenyawaan antara ovum dengan sperma berlaku pada tiub Fallopio.

C Zigot yang terhasil selepas persenyawaan akan menempel pada dinding tiub Fallopio.

D Zigot akan berkembang menjadi fetus selama sembilan bulan.

11 Antara berikut yang manakah urutan yang betul bagi perjalanan sperma dalam badan seorang wanita?

A Serviks Faraj Uterus Tiub Fallopio

B Faraj serviks Uterus Tiub Fallopio

C Faraj Uterus Serviks Tiub Fallopio

D Serviks Faraj Tiub Fallopio Uterus

Percantuman gamet jantan dan betina berlaku di dalam badan haiwan betina.

12 Penyataan di atas bermaksud

A persenyawaan.

B persenyawaan luar.

C persenyawaan dalam.

D pendebungaan.

13 Bahagian ini berfungsi menyalurkan sperma dari testis ke vesikel semen. Apakah bahagian yang dimaksudkan?

A Ureter

B Skrotum

C Duktus sperma

D Vesikel semen

14 Antara berikut bahagian manakah yang tidak dilalui oleh sperma?

A Uretra

B Duktus sperma

C Vesikel semen

D Skrotum

Soalan 15 hingga soalan 20 berdasarkan ringkasan arahan di bawah ini. Ringkasan Arahan A B C D

I, II, III I, II II, III I

Rajah 4 15 Rajah 4 menunjukkan pandangan sisi sistem pembiakan wanita. Antara bahagian berlabel P, Q dan R, yang manakah tidak terlibat dalam proses pembiakan?

I R

II Q

III P

16 Antara bahagian organ seks lelaki berikut yang manakah terlibat dalam sistem pembiakan?

I Ureter

II Testis

III Duktus sperma

17 Antara penyataan berikut yang manakah benar?

I Sperma merupakan sel terkecil dalam badan manusia.

II Ovum merupakan sel terbesar di dalam badan manusia.

III Sperma boleh bergerak pantas dengan menggunakan bahagian ekornya.

18 Pilih penyataan yang betul tentang ovum.

I Ovum adalah gamet betina.

II Ovum dihasilkan oleh ovari.

III Ovum mempunyai bahagian nukleus, sitoplasma dan membran sel.

19 Pilih penyataan yang betul tentang sperma.

I Sperma adalah gamet jantan.

II Sperma dihasilkan oleh testis.

III Sperma mempunyai bahagian kepala, badan dan ekor.

20 Apakah persamaan antara sperma dan ovum?

I Mempunyai nukleus

II Mempunyai sitoplasma

III Mempunyai ekor untuk bergerak

6